webnovel

Makhluk Ajaib Tahap Betara

Editor: EndlessFantasy Translation

"Tikus Pemakan Dewa?" Linley dan Delia saling berpandangan.

Beirut, pakar nombor satu benua Yulan sebenarnya adalah 'Tikus Pemakan Dewa'. Mendengar namanya saja, Linley tahu ia pasti sejenis makhluk yang sangat menakutkan. 'Pemakan Dewa'. Mana mungkin makhluk ajaib yang biasa berani menamakan diri mereka sebegitu? Linley memandang penuh tanda tanya ke arah Bebe.

Delia juga turut bertanya. "Bebe, ibu dan ayah kamu merupakan makhluk ajaib tahap sembilan, bukan? Ini… Apa yang berlaku?"

"Bos, perkara ini seperti puak Pahlawan Berdarah Naga tetapi tentulah tetap terdapat perbezaan." Bebe menjelaskan dengan lebih terperinci. "Selepas Atuk Beirut lahir, disebabkan ia sahaja Tikus Pemakan Dewa yang wujud, Atuk Beirut dan Nenek Carolina [Ka'lai'luo] mempunyai tiga anak, iaitu Harry, Hart dan Harvey, tiga Raja Tikus Violet Keemasan."

Linley menghafal nama tersebut. 'Carolina'.

Locked Chapter

Support your favorite authors and translators in webnovel.com

Next chapter