webnovel

Bebe Membalas Dendam

Editor: EndlessFantasy Translation

Meskipun Pekan Moller hanyalah sebuah pekan, tetapi ia mempunyai status yang hampir menyamai kebanyakan kota wilayah. Hal ini demikian kerana, seribu penduduk di Pekan Moller ini berasal dari satu puak. Berabad yang lalu, puak ini hanyalah puak yang biasa. Akan tetapi, status seluruh puak ini melonjak naik selepas menghasilkan Ahli Sihir Agung tahap Dewa unsur tanah, iaitu Rudi.

Walau bagaimanapun…

Sekarang ini, bangunan utama di tengah pekan ini telah pun hancur. Ada satu bangkai Naga Hitam tahap sembilan yang besar terbaring di sana, berlingkar di tengah-tengah runtuhan. Sebuah lubang telah ditebuk menembusi kepala Naga Hitam tersebut. Sekarang ini, semua penduduk di pekan ini menyaksikan kejadian yang berlaku di tengah udara dengan penuh ketakutan.

Pada pendapat mereka, Rudi, Ahli Sihir Agung tahap Dewa sangat disanjung tinggi telah teruk dibelasah oleh makhluk jenis tikus hitam tanpa berpeluang untuk melawan.

Locked Chapter

Support your favorite authors and translators in webnovel.com

Next chapter