webnovel

Puak Beirut

Editor: EndlessFantasy Translation

"Dari segi keturunan dan juga personaliti, Caylan seorang lelaki yang baik." Wharton menarik Nina dalam pelukannya dan berkata dengan lembut. "Saya risau ayahanda kamu akan mengahwinkan kamu dengan Caylan."

Nina mengangguk. "Ayahanda memang sangat memandang tinggi kepada Caylan kerana bakatnya yang besar dalam bidang sihir. Pada masa akan datang, dia berpeluang tinggi menjadi Penghulu Ahli Sihir tahap sembilan malah berpeluang menjadi Ahli Sihir Agung tahap Dewa. Empayar mempunyai ramai pakar tahap Dewa tetapi kebanyakan mereka merupakan pahlawan tahap Dewa. Hanya sebilangan kecil sahaja Ahli Sihir Agung tahap Dewa."

Wharton dapat merasakan Caylan merupakan ancaman kepadanya.

Walaupun Lamonte dari Kolej Dewa Perang, dia hanyalah anak murid kehormat. Tambahan lagi, puaknya tidak begitu berkuasa. Wharton merupakan Pahlawan Berdarah Naga. Jika Maharaja bukan seorang yang dungu, baginda pasti memilih Wharton.

Locked Chapter

Support your favorite authors and translators in webnovel.com

Next chapter