webnovel

Linley boleh dikatakan mempunyai semua yang diingankannya ketika menetap di Wilayah Pentadbiran Barat Laut. Dalam sekelip mata, dia, Bebe, Barker dan adik kedua Barker, Ankh semuanya telah mencapai kuasa tahap Dewa. Kumpulan mereka sekarang ini mempunyai empat pakar tahap Dewa. Malah, tiga kesatuan perdagangan atau empat pertubuhan pembunuh upahan terbesar tidak memiliki ahli berkuasa seramai ini.

Ini merupakan kuasa tersembunyi yang sangat berkuasa.

Malangnya, lain pula ceritanya dengan Wharton yang berada di ibu kota empayar.

Di dalam kawasan latihan yang luas di bahagian belakang manor, Wharton sedang berlatih dengan keras menggunakan pedang pusaka moyang mereka, iaitu pedang perang 'Penyembelih'. Peluh berjurai keluar dari setiap anggota badannya tetapi Wharton langsung tidak nampak letih malah, meneruskan latihannya.

Atuk Hiri yang memerhatikan Wharton hanya mampu menggelengkan kepalanya sahaja.

Locked Chapter

Support your favorite authors and translators in webnovel.com

Next chapter