webnovel

Ibu Kota Empayar O'Brien. Channe [Chi'yan]. Di seluruh benua Yulan, mungkin hanya Ibu Kota Empayar Yulan yang mampu menandingi keluasan Channe.

Nama 'Channe' diberikan oleh Dewa Perang O'Brien sendiri.

Channe, ibu kota sebuah empayar. Ada jutaan rakyat yang tinggal di dalamnya.

Sebagai sebuah ibu negara yang memiliki sejarah lima ribu tahun, terdapat banyak puak purba yang tinggal di Channe. Di tempat seperti Ibu Kota Empayar Channe, pakar tahap sembilan ialah sesuatu yang biasa ditemui. Tiada sesiapa yang berani bertindak sesuka hati di ibu kota empayar ini kerana terdapat terlalu banyak puak berkuasa di sini.

Namun, kuasa utama di Ibu Kota Empayar Channe sudah tentulah Kolej Dewa Perang.

Locked Chapter

Support your favorite authors and translators in webnovel.com

Next chapter