webnovel

Dipenjarakan

Editor: EndlessFantasy Translation

Disebabkan operasi penyeludupan jed air ini, puak Debs telah banyak berkorban. Bernard telah mengarahkan Adik Ketiganya untuk menguruskan operasi ini. Adik-beradik Lanseer ialah orang kanan dan kiri Adik Ketiga Bernard.

Berdiri di tengah-tengah Dewan Persidangan itu, Linley terus mengekalkan ketenangannya. Tikus Bebayang Bebe juga berdiri di atas bahu Linley dengan senyap.

Lelaki dan makhluk ajaibnya berdiri di situ bagaikan tiada apa yang sedang berlaku. Mereka hanya diam-diam memerhatikan semua yang berlaku di hadapan mereka. Biarpun dia nampak pandangan merayu Bernard yang ditujukan kepadanya, Linley langsung tidak memberi reaksi.

Selepas seketika…

Bunyi rantai berat kedengaran. Dua orang lelaki berambut emas masuk ke Dewan Persidangan diiringi pengawal istana. Kaki dan tangan mereka berdua dibelenggu. Jika dinilai daripada ketebalan belenggu besi pada kaki mereka, belenggu itu tentu seberat dua ratus paun.

Locked Chapter

Support your favorite authors and translators in webnovel.com

Next chapter