webnovel

Berbual berdua dengan Alice? Tidak kiralah puak Debs terlibat atau tidak dengan penyeludupan jed air, apa kaitannya perbualan berdua dengan Alice dan keputusan dia? Jelas sekali, Merritt ada rancangan lain. Nimitz memiliki pengalaman yang luas. Jadi, dia tahu apa yang sedang berlaku.

Mata Nimitz mengecil ketika dia merenung Merritt.

Akan tetapi, Merritt dengan selamba bersandar dan menutup matanya sambil menyelesakan diri. Dia langsung tidak melihat Nimitz. Sikap Merritt cukup jelas menyatakan, 'Jika kamu mahu menyelesaikan 'masalah' keluarga kamu, minta Alice datang dan cakap sendiri dengan saya.'

Nimitz mendiamkan diri buat seketika. Kemudian dia ketawa. "Jadi Tuan Merritt peminat arca 'Terjaga dari Mimpi' ukiran Tuan Linley? Saya faham mengapa tuan mahu berbual dengan Alice. Baiklah, saya pulang dan berbincang dengan dia."

Locked Chapter

Support your favorite authors and translators in webnovel.com

Next chapter