webnovel

Hutan Layu

Editor: EndlessFantasy Translation

Tidak lama kemudian, setelah dipaksa oleh Viscount Jackson, pembantu paderi yang lain akhirnya bersetuju.

Lagipun, mereka sudah lama tinggal di wilayah Viscount Jackson dan dia pula Jaguh Satria wilayah itu. Oleh itu, ia akan nampak janggal kalau mereka tidak akur pada permintaannya. 

Bagaimanapun, para pembantu paderi yang berjerawat di muka mendapat pengecualian. Seperti yang dilihat oleh Leylin, dia menolak tanpa berfikir panjang.

Akhirnya, pandangan Viscount tertumpu pada Leylin, "Bagaimana dengan awak, Tuan Leylin?"

Viscount Jackson ada sedikit kemusykilan terhadap Leylin. Masa Leylin tiba telah menimbulkan perasaan pra-sangka di fikiran Viscount Jackson yang menyangka pembantu paderi ini bertindak sebagai utusan yang telah menerima misi keluarga diraja.

Sejak Leylin tiba, dia telah menghabiskan sebahagian besar masanya di manornya dan jarang tinggalkan tempat itu. Nampaknya dia tiada musuh daripada golongan ahli sihir, seolah-olah dia suka menyendiri.

Kalau bukan Leylin yang memerintahkan untuk menyambung misi ke hutan layu, Viscount Jackson pasti akan kecewa.

"Lagipun, kita perlu mencari penyelesaian untuk masalah ini, dan ia lebih baik kalau kita pergi sebagai satu pasukan!"

Leylin berfikir jauh, namun dia masih teragak-agak, "Baru-baru ini saya telah membuat eksperimen dalam pembancuhan posyen. Oleh itu, saya sibuk kebelakangan ini. Beberapa eksperimen saya telah mencapai tahap kritikal..."

"Namun, saya mohon kepada Tuan Leylin untuk meluang masa demi masalah ini!" Viscount Jackson berkata tiba-tiba, "Saya tahu yang awak telah membeli Daun Hove Violet dengan kuantiti yang banyak baru-baru ini. Bahan ini sukar dicari oleh orang awam dan bandar-bandar lain pun tidak mempunyai bekalan yang banyak untuk daun ini. Namun, istana kami mempunyai sebuah gudang dan sekiranya Tuan Leylin bersetuju dengan permintaan saya, saya akan sediakan daun ini sebagai ganjaran untuk awak!"

"Daun Hove Violet?" Mata Leylin berkilau; ini kejutan besar buat Leylin. Dia menganggap tawaran ini sebagai titik permulaan Viscount Jackson. Leylin kelihatan ragu-ragu sebelum menerima tawaran itu.

Selepas itu, para pembantu paderi merancang masa untuk berhimpun sebelum bergegas membuat persediaan.

Kepada para pembantu paderi lain yang ingin bersara dan hidup senang, Leylin tidak berharap sangat dengan kekuatan pertempuran mereka.

"Namun apa sekalipun, mereka masih tergolong sebagai pembantu paderi. Dan kemahiran mereka dalam jampian masih sesuatu yang tidak boleh dinafi oleh sesiapa pun." Leylin berkata dalam hati.

Pada masa ini, Murphy sedang mengucap salam perpisahan sambil berjalan di sebelah Leylin dan dia berkata, "Wahai anak muda, tolong lindungi saya ketika di hutan layu nanti."

"Tuan! Awak sudah capai tahap 3! Pembantu paderi tahap 3! Saya hanya seorang pembantu paderi tahap 2!" Mata Leylin melebar.

"Hmm... saya terlalu tua untuk ini. Saya sudah terlupa kebanyakan koleksi sihir saya. Awak pun tahu, penyihiran perlukan kerja yang teliti. Jikalau berlaku sebarang kesilapan, ia akan memberi akibat yang besar hinggakan mayat pun tidak akan terlepas!" Murphy nampak kurang semangat.

"Bilakah kali terakhir awak membuat jampian?" Leylin mempunyai prasangka yang buruk.

"Hampir 30 hingga 40 tahun yang lalu! Seperti yang awak ketahui, saya selalu menganggap diri saya sebagai seorang cendekiawan!" Murphy berkata tanpa rasa bersalah.

"Aduhai!" Leylin terasa agak menyesal.

Dua hari kemudian. Di waktu pagi, pintu-pintu masuk Bandar Malam yang Ekstrem terbentang luas. Sebuah skuad tentera sedang berarak di bahagian tengah laluan pintu. Skuad itu telah meninggalkan bandar dalam sekelip mata.

"Saya tidak sangka yang Viscount Jackson akan mengikut kita!" Murphy nampak gembira. Dia rasa terjamin kerana Jaguh Satria pun mengikut mereka.

Viscount Jackson memakai perisai berwarna hitam bersama helmet perang yang menutup seluruh wajahnya sambil menunggang kuda di sebelah Murphy.

"Bagaimana persiapan awak?" Leylin dapat masa yang sesuai dan dia berbisik ke telinga Murphy.

"Saya telah tumpukan perhatian selama dua hari yang lepas. Saya masih tidak dapat melafaz dua jampian pun dengan sepenuhnya," jawab Murphy dengan perlahan.

"Bagus!" Perbualan mereka selalunya penuh dengan jenaka. Leylin semacam tak percaya yang lelaki tua ini tidak membuat sebarang persediaan.

Dunia Magus bukan tempat yang aman. Tanpa kemahiran yang cukup, Murphy sudah lama meninggal dunia. Jadi, bagaimana dia dapat bertahan sehingga sekarang sebagai seorang cendekiawan?

"Bagaimanapun, walaupun askar-askar Besi Hitam yang mengikut, namun bilangan mereka hanya sekuat 2 skuad kecil iaitu 20 orang!"

"Sudah tentu, ini semua tentera elit di bandar!" Kata Murphy. Sebenarnya, mereka berdua tahu yang skuad tentera ini hanya mempunyai satu matlamat di hutan layu itu. Umpan peluru!

Hutan Malam yang Gelap tidak jauh dari bandar. Pasukan itu berjaya sampai di pinggiran hutan setelah mengharungi perjalanan selama kira-kira setengah jam.

"Tahap bahaya di sini serupa seperti Akademi Abyssal Bone Forest, walaupun saiznya lebih kecil. Sekurang-kurangnya, kalau manusia biasa lebih berjaga-jaga ketika mereka keluar dan masuk ke sini ikut suka mereka ketika mengumpul herba.!"

Leylin berada di tengah-tengah pasukan. Melihat kedua-dua skuad itu membuka jalan di hadapan, fikirannya melayang jauh.

Sepanjang perjalanannya, Leylin dapat rasakan kuasa kehidupan di Hutan Malam yang Gelap itu berkurangan. Walaupun ia musim bunga, hutan itu kelihatan lemah.

Lebih-lebih lagi, semua orang dapat rasakan badan mereka semakin berat dan seolah-olah ada bayangan yang menyelubungi hati dan jiwa mereka. Perasaan itu membuat mereka kurang senang.

Leylin memandang sekeliling. Akar pokok kelihatan layu. Sesetengah pucuk segar pula bertukar kekuningan dan nampak pucat.

"Kawasan yang layu belum sampai ke tahap ini tetapi ini hanya hipotesis semata-mata!" Leylin terkejut.

"Ianya memang agak berbeza di sini! Keluarga saya dulu terdiri daripada pemburu. Beberapa tahun yang lalu, terdapat banyak haiwan yang berkeliaran di kawasan ini. Malahan, ada juga banyak tumbuh-tumbuhan liar dan herba-herba yang segar..."

Leylin terdengar perbualan beberapa ahli askar yang sedang berbisik antara mereka.

"Cip A.I.! Adakah perubahan dari segi udara di sini?"

[Mengimbas. Membanding dengan pangkalan data! Kesimpulan: Ketumpatan/paras oksigen telah menurun sebanyak 3.7%, Ketumpatan nitrogen telah meningkat. Sebuah gas adi yang tidak bernama telah muncul. Ia kini menyumbang kepada 1.2% tetapi ketumpatannya sedang meningkat secara berterusan!]

Suara Cip A.I. kedengaran.

"Bolehkah gas adi menjadi penyebab utama kepada masalah hutan layu ini?" Leylin mengelus dagunya, sambil menunggu Cip A.I. membuat simulasi.

"Berhati-hati! Kita berada di kawasan utama hutan layu ini!" Viscount Jackson memberi peringatan.

Leylin mengusap perisai kulitnya. Di dalam perisai kulit itu, dia memakai jubah kelabu Akademi Abyssal Bone Forest sebagai lapisan pertahanan kedua. Dia sengaja mencabut keluar cap mohor akademinya.

Kelemahan di kalangan para pembantu paderi merupakan pembinaan pertahanan sementara yang telah dibuat oleh Magi di sekeliling mereka ketika mereka bertempur.. Kemenangan sering bergantung pada kekuatan mantera yang akan melawan pihak musuh.

"Jampian sihir dengan serta-merta, Sihir Posyen, artifak ajaib! Semua ini dapat membantu pembantu paderi ketika pertempuran!"

Leylin masukkan tangan ke dalam jubah kelabu yang dipakai olehnya dan mengeluarkan posyen dari beg kulit yang terikat pada pinggang.

Di Lembah Brey, dia telah mengisi semula bahan-bahannya dan telah membuat banyak posyen letupan sebagai peluru untuk ekspedisi ini.

Ketika pasukan itu mula maju ke hadapan, persekitaran di hutan layu mula berubah.

Semakin banyak tumbuhan dan pokok yang layu di hutan itu. Mereka memberi aura kematian dan kerosakan.

Leylin menghampiri pokok-pokok itu dan cuba memegang salah satu ranting dari situ. Matanya berkilau, "Ia telah kehilangan semua kandungan airnya dan malah...."

Apabila Leylin menggenggam ranting itu dengan lebih ketat, ranting itu berubah menjadi abu putih dan melayang ke tanah melalui celah-celah jari-jemarinya.

"Malah struktur dalamannya pun telah musnah dengan sepenuhnya!" Leylin berasa berat hati. Dia tidak menjangka kerosakan yang sebegini.

"Ke mana kita patut pergi?" Viscount Jackson bertanya kepada Murphy yang berada di sebelahnya.

"Bahagian tengah hutan! Jampian saya hanya akan memberi efek di bahagian tengah hutan yang sedang melayur ini!" Murphy berkata dengan penuh semangat. Dia keluarkan sebuah item yang kelihatan seperti kaca mata dan kemudian meletakkannya pada hidungnya.

Sebuah pokok besar yang layu terbentang di atas tanah. Pokok itu lembut seakan span apabila mereka melangkah ke atasnya.

[Amaran! Amaran! Organisma berbahaya di hadapan!] Penggera Cip A.I. terpadam secara tiba-tiba dan Leylin telah cuba berfikir untuk mencari alasan supaya dia dapat memberi amaran kepada yang lain.

* Hu! * Tiba-tiba cawangan berwarna coklat dan ranting berterbangan. Sebuah tubuh berwarna hitam meluru ke arah mereka.

Tubuh ini sangat laju. Ia membuka rahangnya yang penuh dengan taring yang berwarna putih salju. Lidahnya yang berwarna merah melibas keluar.

* Su Su! * Lidah dari tubuh itu melingkar salah satu askar yang bertugas di hadapannya. * Pa! * Lembing askar itu jatuh ke tanah.

"Berhati-hati!" Viscount Jackson memberi amaran.

"Argh!" Tangisan perit kedengaran. Askar yang terperangkap dalam gelungan lidah itu telah hilang dalam sekelip mata. Badan dia terbelah kepada dua bahagian. Darah merah yang segar dan isi perutnya bertaburan di atas tanah.

"Sialan!" Viscount Jackson menjerit dan mengayun pedang lebar yang tergantung pada pinggangnya. Dia segera meluru ke arah tubuh hitam itu untuk bertempur.

"Sihir Lembap!" Pemilik kedai yang berambut merah itu melambai tangannya. Tembakan lampu berwarna kuning kehijauan terlepas di udara. Ia berubah menjadi cincin bulat yang menutup tubuh hitam itu. Para pembantu paderi mula betindak balas dengan jampian mereka.

* Sssii! * Dengan desiran daripada pelbagai jenis makhluk, akhirnya kelajuan tubuh hitam itu berkurangan dan penampilannya terserlah.

Tubuhnya berwarna kuning seperti tanah liat. Ia mempunyai empat kaki, lidah seperti ular dan tanduk kecil pada dahinya.

"Bukankah laporan keluar yang makhluk ini sudah mati? Kenapa masih ada lagi?" Leylin curiga tetapi dia aktifkan Cip A.I..

[Bip! Organisma yang tidak bernama. Kekuatan: 5.5, Ketangkasan: 4 (6-7), Daya tahan: 5, Kuasa rohani: 3. Persamaan dengan Cicak Biru sebanyak 67.4% manakala 45.8% dengan Ular Terbumi Mance]

"Ia makhluk yang boleh tahan kuat. Selain daripada daya rohani yang rendah, ia tidak mempunyai kelemahan dari aspek lain. Bilangan mereka juga masih kabur; tidak hairan kenapa Jackson tidak mampu menanganinya sendiri!"

Walau bagaimanapun, ketika Sihir Lembap itu mula memberi kesan, kelajuan cicak aneh itu bertambah laju. Setelah menyerang antara satu sama lain, Viscount menjerit, "Maut Lengkungan Cahaya!"

Melalui pedang dia, satu lingkaran cahaya yang terang berlanjut dan cahaya itu membentuk sebilah pedang di mana ia menusuk leher cicak yang aneh itu. 

"Teknik membunuh kelas Satria! Ia mempunyai sifat yang sama seperti teknik Cross Slash saya. Walau bagaimanapun, Jackson telah gunakannya dengan mudah. Dia tidak pernah menggunakan mana-mana teknik rahsia Satria."

* Bang! * Mereka dua berselisih antara satu sama lain. Cicak besar itu menyerang ke hadapan sebelum jatuh ke tanah.

* Sssii! * Sisiknya jatuh ke tanah satu demi satu. Terdapat potongan besar di sekitar kawasan leher cicak itu. Darah merah gelap berlumuran di tanah.

"Tengok itu semua!" Seorang pembantu paderi menjerit tiba-tiba.

Setelah kematian cicak itu, badannya mereput ke dalam bersama sisik-sisiknya. Darahnya pula tersejat dalam sekelip mata. Dalam beberapa saat kemudian, hanya tinggal tulang putih dan beberapa sisik berwarna kuning di atas tanah.

Next chapter