webnovel

Laluan Bawah Tanah Dalam

Editor: EndlessFantasy Translation

"Tidak perlu tengok lagi. Perkara yang sama berlaku apabila saya membunuh makhluk-makhluk ini dulu"

Viscount Jackson mengeluarkan sehelai sapu tangan berwarna putih dan mengelap pedangnya sehingga bersih sebelum memasukkannya semula ke dalam sarung pedang.

"Sebenarnya ia mempunyai fenomena penghancuran secara sendiri selepas mati!"

Leylin agak terkejut. Ini tidak selaras dengan undang-undang alam semula jadi.

Leylin mengambil salah satu tulang daripada kerangka yang sedang mengeluarkan asap putih.

Tulang putih kering yang penuh dengan retakan bergelimpangan di atas tanah. Ia seolah-olah akan berderai kalau terkena sebarang tekanan walaupun sedikit. Leylin hanya menekannya sedikit dan tulang-tulang kering itu berubah menjadi serbuk halus berserta bunyi yang berdesis.

"En, ada sesuatu yang tidak kena!" Mata Leylin bersinar. Dia terjumpa beberapa urat halus daripada serbuk tulang putih itu.

[Sasaran masih keluarkan tenaga daya tahan. Terkenal pasti sebagai patogen tahap tinggi. Tuan badan digalakkan untuk menjauhkan diri!] Pada saat ini, penelitian Cip A.I. muncul dalam penglihatan Leylin.

Leylin tergesa-gesa membuang serbuk itu dan dia mula memancar zarah-zarah tenaga dalaman melalui tangannya untuk proses pembersihan.

"Apa yang berlaku?" Murphy juga mendapati sesuatu yang tidak mengena.

"Berhati-hati dengan tulang-tulang itu, ada sesuatu di dalamnya!" Kening Leylin berkerut. Tanpa membuang masa, dia jauhkan diri daripadanya.

* Sssii! * Pada masa itu, banyak urat darah merah muncul pada tulang cicak yang kering itu. Lubang-lubang yang tidak terkira mula menumbuh dari tulang itu dan ia kelihatan seperti urat-urat itu sudah lama berlarutan di sana.

Lebih banyak urat-urat darah berwarna merah mula mengait bersama seperti cabang-cabang pokok dan mula berubah menjadi makhluk bersaiz kecil.

Ia agak serupa seperti makhluk yang sebelum ini, tetapi sekarang tubuhnya berwarna merah darah. Dari masa ke masa, urat merah muncul. Makhluk itu tidak mempunyai mata atau mulut. Bagaimanapun, empat kakinya kelihatan sangat kukuh.

* Xiu! * Serangan makhluk itu sangat cepat. Sebelum Viscount Jackson dan pembantu paderi lain bertindak balas, ia telah lenyap. Hanya garis merah yang kabur kelihatan.

"Kejar dia! Makhluk ini pasti ada kaitan dengan hutan layu itu!" Seorang yang berselubung dalam jubah kelabu berbisik sesuatu kepada Viscount Jackson yang segera mengeluarkan arahan itu.

"Lelaki yang berjubah kelabu itu selalu mengikut Viscount Jackson sejak kami beredar dari Bandar Malam yang Ekstrem. Dia pasti seorang pembantu yang setia. Dia juga mempunyai kebolehan untuk mengesan yang hebat."

Mata Leylin mengecil ketika dia gunakan Cip A.I. untuk membuat imbasan. "Penampilan dan tubuh badan ini mempunyai gelombang tenaga pembantu paderi tahap 2? Menarik!"

"Cepat! Teruskan!"

Apabila mendengar arahan Viscount Jackson, Askar Besi Hitam segera mengikutnya, dan memotong Viscount Jackson. Dia pastikan Viscount Jackson berada di bahagian tengah sementara lelaki berjubah kelabu itu mengikut rapat.

Pembantu paderi yang lain memandang diri masing-masing. Murphy yang kurang bersemangat itu berkata, "Mari kita mengikut mereka!"

Leylin sengaja menambah kelajuan dia dan mengikut rentak kelajuan Murphy, "Adakah awak mempunyai apa-apa maklumat tentang benda tadi itu?"

"Ia kelihatan seperti sejenis parasit! Berdasarkan kekuatannya, induknya kelihatan seperti mempunyai kekuatan pembantu paderi tahap 3... Bahkan seperti seorang Magus rasmi!" Murphy tersenyum kelat.

Leylin dan pasukan kecilnya bukan ancaman kepada seorang Magus rasmi. Mana-mana sihir pangkat 1 boleh menghapuskan seluruh pasukan mereka dengan mudah.

"Itu tidak boleh jadi!" Leylin menggeleng kepalanya. Menurut pengiraan Cip A.I., kekuatan parasit itu agak bagus. Tubuh induk itu secara teorinya mempunyai kekuatan seorang pembantu paderi tahap 3. Jika tidak, Leylin akan melarikan diri dahulu.

"Ia hanya… misi penyiasatan, saya yang bersetuju untuk ikut serta. Organisma yang mempunyai kekuatan seorang pembantu paderi tahap 3, betapa buruknya nasib saya..." Leylin tidak tahu apa yang harus difikirkan olehnya lagi.

Dia gembira kerana dia tidak datang ke sini seorang. Dia bukan seperti watak-watak utama dalam novel-novel dari dunia sebelum ini, dia tidak mempunyai kemampuan untuk bertempur ketika waktu sukar. Dan dia hanya akan bertemu dengan kematian.

"Berhati-hati, kita sedang bergerak jauh ke dalam hutan. Saya dapat rasakan aura tenaga yang negatif di udara!"

Seorang pembantu paderi menjerit.

Leylin mempunyai persepsi yang tinggi terhadap tenaga negatif itu. Lagipun, sifat utamanya terdiri daripada tenaga zarah-zarah Elemen Bayangan dan Kegelapan. Sama seperti afiniti Tumbuhan dan afiniti Cahaya yang tertumpu pada kajian tenaga positif, afiniti Leylin membuat diri dia tertumpu kepada tenaga negatif berbanding orang lain.

"Ia hampir seperti persekitaran Akademi Abyssal Bone Forest. Tidak hairan kalau saya berasa seperti seekor ikan di dalam air."

Leylin menarik lengan baju dan menutup senyuman pada sudut bibirnya.

* Clang! * Berbunyi perisai mereka apabila pasukan itu menghentikan pergerakan.

"Ia telah hilang! Saya melihat makhluk merah itu berhenti di tempat ini seketika, sebelum ia lenyap untuk selama-lamanya!" Jackson mengayun pedang panjangnya, "Bersedia!"

Askar Besi Hitam segera membentuk bulatan melindungi Jackson dan para pembantu paderi untuk mencegah mereka daripada sebarang serangan hendap.

"Ini pasti jantung hutan layu!" Murphy menggosok hidungnya.

"Sekarang kita boleh gunakan kaedah peninjauan yang telah saya sediakan!" Murphy mengambil posyen berwarna hitam dari jubahnya dan menuang kandungannya ke atas tanah selepas membuka palamnya.

* Plop plop! *

Selepas dia mencurah posyen berwarna hitam ke atas tanah, ia berubah menjadi semut-semut kecil yang menjalar ke semua arah.

Dengan penggunaan posyen itu, Leylin nampak sekurang-kurangnya hampir sepuluh ribu semut yang muncul.

"Peninjau seperti ini mempunyai liputan dari semua arah. Ia pasti sukar untuk makhluk itu larikan diri!" Leylin fikir.

Seperti jangkaannya, selepas beberapa minit, seekor semut berwarna hitam muncul di kaki Murphy. Ia merangkak sepanjang jubah Murphy sehingga ke telinganya, dan berbisik sesuatu.

"Kita berjaya! Ikut saya!" Murphy mengikut semut itu dan mengetuai pasukan ke pokok oak yang layu.

"Alihkan pokok oak ini!" Murphy menunjuk pokok besar itu, "Menurut penyiasatan saya, terdapat terowong rahsia di bawahnya."

"Skuad 1! Mara!" Jackson melambai tangannya.

Beberapa Askar Besi Hitam maju dan mencucuk tombak mereka pada pokok oak.

Pohon oak yang layu itu nampaknya tidak mampu menahan serangan itu. Setelah ditindas oleh tombak beberapa kali, banyak kepingan dan serpihan kulit kayu memenuhi udara seolah-olah hutan salji. Sepuluh askar dengan segera menggerakkan pokok oak yang layu. Sebuah terowong gelap yang mencurigakan kelihatan di depan mata.

"Di sini!" Mata Murphy berkilau, dan dia sebutkan sebuah jampian.

Semut-semut hitam kembali dari semua arah dan masuk ke dalam lubang tersebut.

Tiba-tiba, muka Murphy bertukar pucat, dan tubuhnya jatuh ke belakang. Dia hampir pengsan.

"Apa yang berlaku?" Leylin muncul di belakang Murphy dan menahan pinggangnya.

"Nampaknya makhluk yang sangat berbahaya itu berada di dalam. Ia telah hapuskan semua bayi kesayangan saya!" Ekspresi Murphy kelihatan terperanjat.

"Apa yang kita perlu buat?" Tanya seorang pembantu paderi. Dia kelihatan ingin beredar dari situ.

"Sediakan api!" Jackson melambai tangannya, "Kita akan melihat ke bawah sana!"

"Ya!" Para askar dengan cepat laksanakan perintah tuan mereka. Leylin dan para pembantu paderi lain memandang antara satu sama lain. Mereka terpaksa mengikut perintahnya kerana tiada pilihan lain.

Lubang itu agak kecil. Oleh itu, seorang lelaki dewasa perlu berjongkok sebelum mereka boleh masuk. Walau bagaimanapun, semakin jauh mereka berjalan, semakin luas terowong itu. Beberapa askar dapat berjalan mengikut arah itu tanpa obor api mereka menyentuh siling gua.

"Ini akan memberi kesukaran untuk semua! Dengan melihat ketinggian gua ini, pasti badan 'induk' itu besar." Leylin mengusap karung kulit yang tergantung pada pinggangnya. Dia mungkin telah menyelinap pergi dan tinggalkan pasukan itu sekarang kalau bukan kerana muslihat asalnya.

Lagipun, hidupnya lebih berharga berbanding kemurkaan tuan bandar.

"Tuan Viscount! Ada percambahan di depan!" Seorang pemimpin pasukan memberi laporan kepada Jackson.

"Izinkan saya untuk melihat!" Jackson melangkah ke hadapan.

Leylin mengikut dari belakang. Seperti jangkaan mereka, terdapat dua terowong yang hampir sama di hadapan. Tiada siapa yang dapat mengagak titik tamat terowong itu apabila melihat kedalaman gua yang gelap itu. Ia berasa seolah-olah berjalan ke dalam mulut ular anakonda.

"Tenaga negatif di sini semakin padat. Beberapa kaedah tinjauan tidak boleh kita gunakan di sini!" Pembantu tuan bandar yang memakai jubah kelabu itu bertutur.

"Panggil dua lelaki untuk meninjau setiap laluan di depan!" Kening Jackson berkerut ketika dia memberi perintah itu.

"Lebih baik saya yang buat!" Leylin berjalan ke hadapan secara tiba-tiba.

Oleh sebab dia tahu yang 'induk' itu sangat kuat, dia tidak mahu pasukannya mengalami pertumpahan darah yang banyak ketika pertempuran.

"Sejak Tuan Leylin telah memutuskan untuk mara ke hadapan, maka ia pasti jalan yang terbaik!" Viscount Jackson tersenyum.

Leylin berjalan beberapa langkah ke hadapan dan keluarkan kristal yang lut sinar daripada jubahnya.

"Gurisitong - Jiaonateyer!" Leylin melaung. Sebiji pupil mata yang menegak muncul dalam permukaan kristal.

Pupil mata itu sebesar pupil mata manusia tetapi tiada permukaan putih seperti manusia biasa. Melihat pupil mata yang hitam legam ini membuat seseorang seolah-olah boleh merobek jiwa daripada tubuh badan mereka.

"Ini... Mata Tenaga Negatif!"

"Hanya para pembantu paderi yang mahir dalam tenaga negatif yang mampu menggunakannya!"

Pembantu-pembantu paderi di belakang mula berbisik dan renungan mereka lebih kelat dan ketakutan.

Ahli penyihir yang berbakat dalam sihir pangkat 0 dan tenaga negatif selalunya bersifat agresif, dahagakan darah, dan lebih ganas berbanding Magi yang lain. Mereka terkenal sebagai Magi Gelap.

Ia agak biasa jikalau ahli-ahli penyihir ini nampak garang.

Leylin tidak terfikir untuk menjelaskan dirinya kepada orang-orang yang berada di sekelilingnya. Jari-jemarinya menekan kristal itu di mana kristal itu kemudian pecah berderai.

Pupil mata yang hitam itu pecah kepada dua bahagian. Setiap satu bahagian terapung ke dalam setiap laluan terowong.

Sambil mengikut pupil mata yang menegak itu secara mental, Leylin menutup matanya. Viscount Jackson semakin tidak senang hati ketika dia menatap Leylin. Pasukan di sekitar Leylin kekal senyap dan hanya bunyi pembakaran obor api yang kedengaran.

Beberapa minit kemudian, Leylin membuka matanya, "Ada beberapa cicak yang bermutasi di terowong kiri dan batu granit yang besar di hujungnya."

"Bagi terowong di sebelah kanan, ia hanya menuju ke jalan buntu yang tidak diketahui. Jampian saya telah musnah setelah saya cuba menyiasat secara lebih mendalam."

"Oleh itu, mari kita semua turun bersama." Jackson menunjuk ke arah terowong di sebelah kanan.

Bahagian kanan gua itu bertambah suram dan lembap. Leylin menyentuh dinding yang berlumpur itu dan dia mendapati beberapa tumbuhan seperti lumut, "Ia lembap!"

Hati Leylin terasa berat hati, tetapi ekspresinya tetap kelihatan tenang. Dia keluarkan sapu tangan putih dari jubahnya dan mengelap tangannya sehingga bersih.

"Nampaknya kita sedang menghampiri sarang makhluk pelik ini."

Next chapter