webnovel

Bereksperimen dengan Sihir-sihir

Editor: EndlessFantasy Translation

Leylin dan Kaliweir berbincang lanjut tentang butiran misi dan kemudian mengucap selamat tinggal di antara satu sama lain.

Leylin berfikir masak-masak dan pertimbangkan sepenuhnya sebelum membuat keputusan untuk membuat misi bersama Kaliweir dan kumpulannya.

Dia masih mempunyai posyen yang banyak di mana dia tidak berani untuk menjualnya, jadi dia perlu mencari alternatif lain.

Lagipun, mengubah ilmu pengetahuan yang diperoleh dari pembelajaran sesuatu sihir kepada pengalaman pertempuran memerlukan proses pertempuran yang berterusan.

Berkenaan pengalaman pertempuran, purata kekuatan Kaliweir dan kumpulannya agak sama dengan dirinya dan mereka juga datang dari daerah yang sama. Mereka saling mengenali antara satu sama lain dari awal di mana ia lebih bagus berbanding berkumpulan dengan orang yang tidak dikenali.

Tambahan pula, Kaliweir telah menjalani latihan yang sukar untuk jangka masa yang lama dan telah mempelajari banyak benda. Oleh kerana dia juga dianggap mempunyai pengalaman yang banyak, Leylin rasa lebih selesa dengan kumpulannya.

"Selepas aku menguasai model sihir itu, rancangan aku ialah untuk ikut Kaliweir dan kumpulannya dalam sebuah misi dan mengumpul beberapa pengalaman. Selepas itu, aku akan meninggalkan akademi sendirian dan mencari alternatif lain..."

Pulang ke dormitorinya, Leylin mengambil keluar buku sihir Tangan Umbra.

Sarung buku sihir berwarna kuning itu sangat kukuh seperti kulit, dan terdapat beberapa corak di atasnya yang memberi perasaan sejuk dan dingin dari hujung jari sehingga menusuk tubuhnya.

Buku itu diikat ketat oleh satu rantai logam dan di hujungnya dikepit seperti sesuatu yang berbentuk tali pinggang.

"Mempelajari Tangan Umbra memerlukan penyelidikan dalam Tenaga Bayangan dan Pembangkitan. Aku dah belajar kedua-dua benda itu lama dulu!"

Dengan penjualan posyen, Leylin berterusan menambahkan ilmu pengetahuannya dengan memperoleh maklumat yang lebih lanjut tentang elemen Bayangan dan mempelajarinya.

"Mantera untuk membukanya adalah ---- Mansidala!" Leylin bercakap dengan suara yang perlahan.

Selepas mendengar mantera itu, buku itu tiba-tiba bergetar, ketika getaran itu berlaku, ikatan rantai hitam itu terbuka secara automatik sendiri dan halaman-halaman itu mula terselak.

"Cip A.I., sila mula merekod maklumat-maklumat itu!"

Leylin berterusan melihat buku sihir yang mengandungi model Tangan Umbra itu. Selepas menyelak buku itu dengan cepat sekali lagi, dan mendengar pemberitahuan daripada Cip A.I. yang ia telah merekod kandungan buku itu sepenuhnya, baru dia meletakkan buku itu.

"Pembentukan model sihir ialah asas seorang Magus untuk menggunakan sihir-sihir. Proses ini mengandungi beberapa siri variasi yang kompleks dan juga pembentukan sihir model itu sendiri dengan tepat. Untuk belajar satu sihir, sekurang-kurangnya 3 bulan diperlukan!"

Sebaik sahaja dia belajar kesukaran seorang Magus untuk menggunakan sihiri-sihir, Leylin mengeluh. Tanpa Cip A.I., dia hanya mampu untuk menggunakan sihir-sihir selepas percubaan dan kegagalan yang tidak terkira.

[Data sudah selesai direkod, mulakan analisis!] Suara Cip A.I. kedengaran.

"Berapa lama masa yang diperlukan?"

[Jangkaan masa: 106 jam 32 minit!]

"106 jam 32 minit! Lebih kurang empat hingga lima hari, kelajuan ini dikira sangat pantas!" Leylin mengangguk kepalanya.

Dia bangun, menepuk badannya, dan meletakkan kedua-dua buku sihir itu ke tepi dengan rapi.

Dia kemudian jalan ke satu sudut lain dormitorinya. Pada awalnya, seksyen ini digunakan untuk tujuan penerimaan dan kegunaan lain tetapi Leylin telah mengubahnya menjadi makmal eksperimen mini untuk membancuh posyen.

Walaupun agak berbahaya untuk menjalankan eksperimen di sini, dengan bantuan Cip A.I., dia boleh jamin tiada apa-apa masalah akan berlaku.

"Aku akan menjalani satu misi dalam beberapa bulan lagi! Aku kena fokus dalam membancuh beberapa posyen sebagai langkah pencegahan untuk peristiwa-peristiwa yang tidak dijangka!"

Leylin menyalakan satu lilin dan mula membancuh posyen.

Sistem pendidikan di Akademi Abyssal Bone Forest agak longgar. Daripada apa yang Leylin nampak, ia agak sama dengan masa dahulu di mana satu guru ke satu pelajar.

Akademi itu hanya bekalkan tanah dan perkhidmatan-perkhidmatan paling asas. Manakala untuk yang lain-lain, seperti memperoleh maklumat lanjutan, seseorang perlu mempelajarinya daripada seorang profesor, di mana peluangnya sangat tipis.

Tambahan pula, tiada misi wajib yang perlu diambil. Asalkan seseorang itu boleh membayar yuran sekolah dan tidak menemui profesor yang teruk, seseorang itu kebiasaannya akan berada di sini sekurang-kurangnya 5 tahun!

Sudah pasti, jika tiada motivasi, kuasa seseorang akan berkurangan kerana mereka tidak mencari peluang untuk peningkatan. Sekurang-kurangnya di dalam kes Leylin, dia tidak bertembung dengan perkara yang menakjubkan seperti menerima beberapa keping kristal ajaib setiap bulan secara percuma.

Untuk memperoleh kristal-kristal ajaib, seseorang itu kena menjalani misi dan keluar dari akademi mempertaruhkan nyawa mereka untuk kristal-kristal ajaib itu!

Dunia Magus ini sentiasa berpegang teguh dengan prinsip perdagangan yang adil.

Untuk beberapa hari akan datang, Leylin menumpukan masanya menganalisa model-model sihir itu dan membeli beberapa bahan seperti bijiran-bijiran dan nutrien-nutrien untuk misi yang dia bakal lakukan.

Pada satu petang, Leylin pergi ke kawasan bereksperimen sihir.

"Kawasan bereksperimen sihir ini ialah tempat yang disediakan khas oleh akademi untuk pembantu-pembantu paderi dan Magi untuk menguji kehebatan sihir-sihir mereka. Tambahan pula, pelbagai sihir mempunyai kuasa yang kuat dan mungkin juga terdapat masalah radiasi. Jika eksperimen-eksperimen ini tidak diurus dengan betul, akademi boleh hancur meletup!"

Kawasan bereksperimen sihir itu terletak di bahagian kiri sekali akademi itu, satu kawasan yang terpencil.

Persekitarannya terdiri daripada dinding-dinding batu marmar berwarna putih yang disusun dengan rapi dan kelihatan sangat kukuh.

Pelbagai rune tertulis pada dinding-dinding itu, di mana dua daripadanya Leylin kenal. Satu ialah untuk isolasi pencemaran radiasi, dan lagi satu ialah untuk mengukuhkan dinding-dinding itu.

"Adakah awak datang untuk menguji sihir-sihir awak?" Leylin berjalan ke sebuah kaunter di mana terdapat seorang lelaki botak yang berbadan besar senyum dengan ceria bertanya kepadanya.

"Ya, betul. Terdapat tempat-tempat untuk saya lakukan ujian saya?"

"Kami mempunyai dua kawasan besar untuk pembantu-pembantu paderi dan Magi. Awak hanya boleh masuk kawasan untuk pembantu-pembantu paderi, dan dalam kawasan itu, ruang itu terbahagi kepada bilik berkongsi atau bilik persendirian. Bilik berkongsi bermaksud bereksperimen sihir-sihir kamu bersama-sama dengan individu lain. Ini mungkin akan mengakibatkan gangguan, tetapi ia murah. Manakala untuk bilik persendirian, bayarannya lebih mahal!"

"Berapa kadar untuk bilik-bilik persendirian?" Leylin bertanya.

Mata si botak itu berkilauan kerana terang-terang terdapat seorang pelanggan yang berharap di sini, "Tiga jam untuk 1 kristal ajaib. Bilik-bilik persendirian kami juga terdapat alat-alat sukatan khas yang boleh mengira dan melapor kekuatan sihir-sihir kamu. Tambahan pula, kami mempunyai... Ia sangat berbaloi!"

"Bagi saya satu bilik!" Leylin menyerah sebiji kristal ajaib kepada lelaki berbadan besar itu.

"Baik! Sila tunggu sebentar!" Lelaki berbadan besar itu mendaftarkan dirinya dengan cepat dan menyerahkan satu item seperti kristal berwarna hitam.

"Ini kad bilik awak! Nombor 32!"

Leylin mengangguk dan memasuki kawasan bereksperimen sihir itu.

Di kedua-kedua sisi, rune-rune pada permukaan marmar putih itu bersinar-sinar dengan cahaya berkilauan. Beberapa bilik ternyata terdapat penghuni, tetapi tiada sebarang suara kedengaran daripada bilik-bilik itu dan hanya suara tapak kaki Leylin kedengaran sepanjang koridor itu.

"Seperti yang dijangkakan! Isolasi suara sangat efektif!"

Leylin mengangguk dan setelah menjumpai biliknya, dia sentuhkan kristal hitam itu pada satu platform berwarna hitam yang terletak di luar pintu itu!

*Ka-cha!* Pintu itu terbuka dan kedengaran suara perempuan mekanikal, "Selamat datang! Kamu mempunyai tiga jam, sila ambil perhatian terhadap peruntukan masa yang ditetapkan..."

Bahagian dalam bilik itu sangat besar! Ruang itu sebesar saiz gelanggang bola keranjang daripada dunia Leylin sebelum ini.

Di tengah-tengah terdapat beberapa sasaran berbentuk manusia memakai perisai kulit, perisai besi dan berbulu.

Di hujung sebelah kanan, terdapat satu skrin di dinding dan di bawahnya terdapat arahan-arahan cara penggunaannya.

--- Seorang Magus boleh menyerang sasaran dengan sihir, dan skrin akan merekod kekuatan sihir itu secara automatik. ---

'Kemudahan-kemudahan di sini sangat maju dan nampaknya mempunyai akal yang tersendiri. Walau bagaimanapun, sayangnya ia dibentuk oleh kuasa ajaib, haluan yang berbeza dengan apa yang dunia aku sebelum ini ambil! Leylin menjerit di dalam hati.

"Mari kita mulakan dengan serangan fizikal dahulu!"

Otot-otot lengan kanan Leylin membonjol sebaik sahaja dia berjalan ke hadapan satu sasaran berwarna putih yang memakai perisai kulit.

*Bang!* Leylin bergerak, dan dengan suara yang perlahan, dia menjerit dan menumbuk tengah-tengah perisai kulit itu, meninggalkan bekas samar-samar.

Skrin di sebelah kanan berkelip-kelip, dan terdapat beberapa perkataan muncul.

"Klasifikasi: Serangan Fizikial. Darjah kekuatan: 2. Kerosakan pada sasaran: Minima."

"Nampaknya sasaran-sasaran bukan diperbuat oleh bahan-bahan biasa!" Leylin mengomel bersendirian.

"Darjah kekuatan" ialah standard rasmi yang diguna oleh Magi untuk mengukur had kekuatan mereka. Satu unit, sebagai satu standard, sama dengan kuasa yang boleh dikeluarkan sepenuhnya oleh 1 gram kristal ajaib.

"Kaedah ukuran ini boleh tahan. Cip A.I., pada masa hadapan, kau boleh meningkat kandungan berkaitan bidang ini!"

[Rakaman selesai, defragmentasi sedang diproses!] Suara Cip A.I. kedengaran.

"Ha!" Leylin menarik keluar pedang salib yang tergantung di pinggangnya dan mengeluarkan satu angin kencang yang kuat sebaik sahaja dia menghayun dengan kejam.

*Qiang!* Satu jurang terbuka pada permukaan perisai kulit itu mendedahkan luka berwarna putih di dalamnya.

"Klasifikasi: Serangan Fizikal. Darjah kekuatan: 3. Kerosakan pada sasaran: Sedikit."

Melihat skrin itu, Leylin mengangguk kepalanya, "Aku telah sedaya upaya menghayun pedang salibku tadi tetapi hanya memberi kerosakan sebegini terhadap sasaran itu! Nampaknya aku kena bertenang dan belajar ilmu sihir!"

"Cip A.I., hantarkan 2 model sihir itu kepadaku!" Selepas berterusan menyelidik, Cip A.I. telah berjaya menganalisa sepenuhnya kedua-dua sihir itu. Langkah terakhir ialah menghantarkan maklumat itu kepada minda Leylin. Dengan ini, membolehkan dirinya memahami kedua-dua sihir pangkat 0 itu serta merta.

[Beep! Penghantaran dalam proses!] Dengan suara mekanikal Cip A.I. membalas, Leylin merasakan banyak memori berkenaan teknik-teknik dan prosedur-prosedur untuk mengunakan dua sihir ini muncul di dalam mindanya.

Setiap langkah kelihatan sangat biasa padanya. Ia seolah-olah seperti telah dilatih oleh dirinya berulang-ulang kali sendiri.

"Pamerkan data kedua-dua sihir pangkat 0 ini!"

"Tembakan Akua Berasid: Sihir pangkat 0. Masa menjampi: 3 saat. Jarak Efektif: 7 meter. Konsumsi: 2 daya rohani, 2 kuasa ajaib."

"Tangan Umbra: Sihir pangkat 0. Masa menjampi: 4 saat. Jarak Efektif: 10 meter. Konsumsi: 2 daya rohani, 2 kuasa ajaib."

"Kuasa ajaib ialah amaun partikel tenaga yang tersimpan di dalam badan. Ia terhad berdasarkan had atas daya rohani!"

Untuk menggunakan satu sihir, seseorang bukan sahaja perlu menggunakan daya rohani sebagai primer tetapi juga kena memahami kuasa ajaib di dalam badan mereka juga akan dipakai.

Leylin menahan emosi terujanya, "Cip A.I., rekod segala butiran proses menjampi sihir aku!"

"Pandora – Graygonger!"

Dengan bacaan mantera dalam bahasa Byron oleh Leylin itu, sebiji bola yang mempunyai cecair hijau gelap tiba-tiba muncul pada bahagian atas tangan kanannya. Buih-buih berwarna putih berterusan keluar daripadanya.

"Jom!" Leylin melempar bola berasid di tangannya dan cecair hijau itu bergerak dengan pantas dalam bentuk lengkungan, mendarat pada sasaran memakai perisai kulit itu.

*Ssssii! Ssssii!*

Hakisan pada sasaran fizikal itu berbunyi tanpa henti di mana ia melarut secara berterusan sambil mengeluarkan amaun asap putih yang banyak. Pada masa yang sama, terdapat bau menyerang pancaindera Leylin dari semua arah.

Selepas beberapa saat, sasaran manusia itu telah terhakis, meninggalkan sepasang kaki berwarna putih.

"Cip A.I., sila buat kiraan darjah kekuatan itu!"

[Beep! Darjah kekuatan: 5]

Leylin pusing untuk melihat skrin di belah kanan itu. Ketika itu, perkataan-perkatan pada skrin itu berubah dan terdapat rekod baru ditunjuk oleh Cip A.I..

"Klasifikasi: Serangan Mengakis Ajaib. Darjah kekuatan: 5. Kerosakan pada sasaran: Teruk."

"En! Nampaknya Cip A.I. dan skrin ini mempunyai nilai pengiraan yang sama. Jadi, aku tida perlu datang ke sini lagi pada masa hadapan. Aku pasti boleh membuat anggaran darjah kekuatan sihir-sihir aku dengan Cip A.I."

Leylin angguk kepalanya dan mula bereksperimen sihir lain.

"Tangan Umbra!"

Mengikut bacaan mantera Leylin, satu tangan berwarna hitam tiba-tiba muncul di bawah sasaran memakai perisai besi itu. Dia mencengkam leher sasaran itu dengan kuat, dan dengan suara terhempas kedengaran, kepala sasaran itu jatuh ke atas tanah.

"Klasifikasi: Serangan Tenaga. Darjah kekuatan: 4. Kerosakan pada sasaran: Teruk."

Next chapter