webnovel

Misi Rondaan

Editor: EndlessFantasy Translation

Melihat penilaian yang ditayang pada skrin, Leylin mula membuat perbandingan antara kebaikan dan keburukan kedua-dua sihir itu.

"Walaupun Tembakan Acidic Aqua lebih berkuasa, musuh dapat mengelaknya dengan senang. Ia juga perlu sentiasa dilatih bersama kuasa rohani. Untuk Tangan Umbra, ia lebih lemah, tapi teramat senyap dan paling baik digunakan untuk serangan menyelinap!"

"Kedua-dua mantera ini dipilih oleh saya dengan teliti. Bukan sahaja mereka memenuhi pertalian elemen gelap saya, ia juga tidak memerlukan bahan untuk menjampinya, sangat mudah.

Tiba-tiba mata Leylin berkilau, "Cip A.I., adakah mungkin untuk mengoptimumkan kedua-dua mantera ini?"

[Beep! Affirmatif! Kegunaan optimum: 19 mata kuasa rohani, teruskan?]

"Pasti tidak! Sya tidak mahu kuasa rohani saya hilang dengan cepat! Mengapa ia memerlukan begitu banyak?" Ekspresi Leylin kelihatan sedih.

[Optimumkan Tembakan Acidic Aqua memerlukan 9 mata kuasa rohani. Memerlukan maklumat terkini: Koleksi sihir komprehensif Farl, Teori misil…]

[Optimumkan Tangan Umbra memerlukan 10 mata kuasa rohani. Memerlukan maklumat terkini: Pembelajaran Evokasi Terperinci, Analisa Kuasa Gelap…]

"Baiklah, ia kelihatan seperti tiada harapan sekarang!"

Leylin menutup skrin, "Tambahan pula, mantera mudah ini sudah memerlukan 2 mata kuasa rohani. Saya hanya boleh menggunakannya untuk beberapa kali pada masa ini!"

Cip A.I, keluarkan statistik semasa saya dan tunjukkan dengan konkrit!"

[Beep! Leylin Farlier, pembantu paderi tahap 2. Kekuatan: 2.2, Ketangkasan: 2.4, Daya Tahan: 2.7, Kuasa Rohani: 0.1 [4.1], Kuasa Sihir: 0[4] - Kuasa Sihir di sinkronisasikan bersama kuasa rohani. Status: Sihat]

[Skil: Teknik Pedang Silang, Pembuatan Posyen]

[Sihir: Tembakan Acidic Aqua: pangkat 0 sihir, Masa Menyihir: 3 saat, Jarak efektif: 10 meter. Penggunaan: 2 kuasa rohani, 2 kuasa sihir]

[Tangan Umbra: pangkat 0 sihir, Masa menyihir: 4 saat, Jarak efektif: 10 meter, Penggunaan: 2 kuasa rohani, 2 kuasa rohani]

Dengan arahan Leylin, sebuah imej 3D diri sendiri ditayang oleh Cip A.I., dengan pelbagai maklumat bersamanya.

"Ia lebih jelas macam ini! Dua mantera itu telah menggunakan kuasa rohani dan kuasa sihir saya dengan sepenuhnya tadi, tidak hairanlah saya berasa pening sekarang!" Leylin menggosok sisi dahinya kerana ia berasa sakit sedikit.

"Dengan kekangan kuasa rohani dan kuasa sihir ini, tidak mungkin dapat mempelajari lebih mantera. Apa yang tinggal ialah untuk saya menyediakan beberapa lagi posyen! Kalaulah saya mempunyai sihir artifak, kekuatan saya pasti akan meningkat dengan drastik..."

Di dalam akademi, Kawasan Misi.

Pelbagai jenis pembantu paderi berkumpul di sini, dan ramai di antara mereka berwajah suram. Badan mereka penuh dengan darah dan mempunyai parut-parut kecederaan.

Ada masanya, beberapa orang pembantu paderi berjubah kelabu mengeluarkan tenaga sihir yang kuat akan menjunjung seekor makhluk besar di belakang mereka, menanamkan rasa iri hati dan perhatian orang lain.

Di tengah Kawasan Misi itu terdapat satu dinding batu berwarna hitam, di mana rancangan untuk pelbagai misi akan dibuat oleh mereka.

Perkataan berwarna hijau akan berkilau pada dinding hitam itu, dan kelihatan menakutkan.

Di antara misi, ada yang ditulis dengan darah merah dan mengeluarkan perasaan yang tidak menyenangkan. Kebanyakan misi yang tersenarai di sana berbahaya, tapi ganjarannya juga lebih baik.

Di sudut taman itu, beberapa orang berdiri dengan sabar seolah-olah menanti seseorang.

"Leylin masih belum tiba lagi?"

Raynor menyelang tangannya di depan dada dia, kelihatan bosan.

"Belum tiba masa lagi, kenapa awak tergesa-gesa pula? Dia kan sudah bersetuju, dia pasti akan datang." Kaliweir menjawab sambil menggilap sebilah pisau lebar berwarna hitam, bilah licin itu terdapat kesan darah.

"Leylin? Adakah awak merujuk kepada Pembantu Paderi Peramuan yang itu, Leylin?" Mata seorang gadis berambut hijau terkilau.

"Ia dikatakan bakat Peramuannya hanya kedua kepada Merlin. Lebih-lebih lagi, dia sudah mula membancuh posyen dan mengaut keuntungan yang besar, kenapa pula dia ingin menyertai pasukan kita?"

"Dia berasal dari kawasan yang sama dengan kita, jadi tidak hairanlah dia menyertai kita dalam misi!" Raynor ketawa.

"Jadi awak mesti perkenalkan dia kepada kita nanti. Kalau kita dapat mendekati seorang pembantu paderi yang mahir dalam Peramuan, kita mungkin tidak perlu lagi merisikokan nyawa kita dalam misi akan datang!" Seorang gadis berambut merah ketawa bersungguh-sungguh. Badan dia teramat menjolok mata.

Mata Raynor mengimbas buah dada gadis itu tanpa dia perasan, dan tiba-tiba dia berasa hangat.

"Maafkan saya! Saya terlambat!"

Leylin memakai perisai kulit dengan jubahnya di luar, yang nampaknya sedikit besar. Sebilah Pedang Salib tergantung dari pinggang dia, dan sebuah busar salib tergantung di belakangnya bersama sebuah karung hitam yang besar.

"Kita juga baru sampai!" Kaliweir menyarung pisau lebarnya dan tersenyum.

"Cuma kita berlima?" Leylin memandang pasukan itu. Dia kenali Kaliweir dan Raynor, tapi tidak nampak Beirut dan yang lain.

"Beirut dan yang lain adalah pembantu paderi gred tiga, tapi mereka belum lagi sampai kepada pembantu paderi tahap 2. Mereka mempunyai ketahanan yang sedikit terhadap sihir mantera, jadi kawasan luar terlalu bahaya kepada mereka. Ini juga merupakan kali pertama kita akan keluar selepas kegagalan sebelum ini dan saya tidak inginkan sebarang kecederaan lagi.

Kaliweir menerangkan.

Leylin memahami tiba-tiba. Walaupun dia seorang pembantu paderi gred tiga, bakat dia setanding seorang pembantu paderi gred empat dengan bantuan Cip A.I., dan dia mungkin juga mengatasi mereka dalam mempelajari mantera.

Beirut dan yang lain hanya berada di kalangan pembantu paderi tahap 1. Membawa mereka keluar tidak membantu pun, dan mungkin akan menjadi beban. Jadi memastikan mereka di dalam kawasan akademi adalah baik untuk mereka. Ia benar, namun menyinggungkan.

"Mari! Biar saya perkenalkan ahli!" Kaliweir tersenyum.

"Gadis berambut hijau itu bernama Lilisse, dan yang di tepi adalah Neela. Mereka berdua adalah perantis di bawah panduan saya dan telah maju kepada pembantu-pembantu paderi tahap 2 dua bulan lalu..."

"Hello!" Tuan Leylin! Mata Neela mengilau dan mengambil kesempatan untuk menghampiri Leylin.

"Untung saya bermisi dengan awak kali ini!" Neela menonjolkan dada dia dan bercakap dengan nada yang sangat menggoda.

Melihat situasi ini, Raynor memandang ke arah lain, ekspresi dia menjadi suram.

"Saya hanya mempunyai sedikit bakat dalam Peramuan dan saya mesti berterima kasih kepada Mentor Kroft, dia yang..." Leylin menggosok hidungnya. Dia ketahui yang dia hanya perlu mendedahkan sedikit keinginan dan gadis jelita ini akan jatuh ke dalam pegangannya. Tapi, dia sudah menumpukan perhatian kepada pertapaan kebelakangan ini dan mempunyai keinginan yang rendah dalam aspek ini.

Lebih-lebih lagi, selepas banyak percubaan di dalam dunia dia yang lalu, bagi dia, Neela hanya seorang gadis yang jelita.

"Baiklah, apakah kandungan misi kita?" Leylin mengambil inisiatif dan bertanya, mengganggu apa yang Neela ingin berkata seterusnya.

"Oleh kerana ini kali pertama kita bermisi bersama-sama, saya bersedia untuk mengendali misi yang paling mudah: meronda sempadan akademi dan membunuh beberapa Burung Raven Bermata-Merah, apa pandangan awak semua?"

Sebenarnya, keempat-empat mereka sudahpun berbincang sebelum ini jadi Kaliweir hanya bertanya Leylin.

"Baiklah! Mantera pangkat 0 saya belum lagi sempurna!" Leylin bersetuju.

Pasukan mereka ini baru ditubuh, jadi mengambil misi yang mudah untuk meningkatkan kerjasama mereka merupakan alasan yang baik. Dari sini, ia boleh dilihat yang Kaliweir sudah matang selepas kematian Hank dan cara dia mengendali tugas sekarang difikir olehnya dengan lebih teliti.

"Cip A.I.! Imbas!" Leylin mengarahkan dengan nada rendah.

[Beep! Raynor. Kekuatan: 1.8, Ketangkasan: 1.9, Daya Tahan: 2.5, Kuasa rohani: 3.7. Status: Sihat]

[Lilisse. Kekuatan: 1.9, Ketangkasan: 2.5, Daya Tahan: 2.4, Kuasa rohani: 4.3. Status: Sihat]

[Neela. Kekuatan: 2.7, Ketangkasan: 3.4, Daya Tahan: 2.9, Kuasa rohani: 4.6. Status: Sihat]

"Sejak kapabiliti proses Cip A. I. meningkat, kebolehan tanggapannya juga meningkat. Kecuali Magi itu, kesemua pembantu paderi di dalam akademi ini sekarang tidak dapat melepasi pembacaan Cip A.I."

Leylin berfikir dalam hati. Keutamaan bacaan ini secara semula jadi mesti tidak menarik perhatian pihak lain. Sejak Magi rasmi mempunyai lapisan kuasa halangan sekeliling mereka pada setiap masa, Cip A.I. sudah pasti akan terdedah kalau ia mencuba mengambil bacaan mereka.

Namun begitu, selagi pembantu-pembantu paderi berada dalam lingkungan Leylin, setiap statistik mereka akan dibaca oleh Cip A.I. itu.

"Dari data ini, kesemua mereka memang sudah maju kepada pembantu-pembantu tahap 2. Tapi, saya tidak pernah menganggap yang Neela sebagai pembantu paderi yang terkuat di kalangan mereka. Nampaknya gadis ini juga berlatih teknik Nafasan Kesatria. Badan and kekuatan dia tidak boleh dipandang rendah!"

Beberapa orang ini baru sahaja maju, dan biarpun mereka pernah membeli model mantera, mereka mungkin tidak mampu memahaminya. Lebih-lebih lagi, model itu mesti dibina di dalam minda, jadi mereka pasti tidak mengenalinya. Lagipun, mantera pangkat 0 masih sangat merbahaya kepada seorang pembantu paderi tahap 2. Tanpa kawalan sepenuhnya, ia mempunyai peluang untuk gagal dan juga mungkin menyebabkan tindak balas!

Berdasarkan kekuatan fizikal mereka, Neela boleh mengalahkan mereka bertiga sekaligus kalau tiada siapa menggunakan mantera.

Neela ini, yang seolah tergila-gila dan ingin mendekatinya, adalah yang terkuat di kalangan empat mereka. Ia seolah-olah seperti Kaliweir juga tidak mengetahui ini. Leylin tersenyum.

Untuk mempunyai kawalan penuh akan mantera pangkat 0, pembantu paderi tahap 2 biasa mesti berlatih sekurang-kurangnya 3 bulan hingga setengah tahun. Walau bagaimanapun, bagi dia, dia akan mempelajari mantera ini dengan pantas apabila Cip A.I. ini habis menganalisa model mantera dan menghantarnya ke otak dia.

Bagi kekuatan mana-mana mantera pangkat 0, ia bukan tahap yang seorang Kesatria boleh tentang. Mungkin Kesatria Hebat mempunyai peluang yang nipis.

Jelas sekali, data Neela hanya berada di tahap seorang Kesatria. Walaupun dia mempunyai teknik sulit, Leylin tidak takut.

Sementara Leylin sedang mengambil bacaan itu, Kaliweir sudah berlari ke kaunter dan menerima misi rondaan tersebut.

Selepas perbincangan dengan semua orang, mereka berangkat dan meninggalkan akademi.

Mata Leylin mengecil apabila cahaya matahari menyilau padanya.

"Memikirkannya, saya sudah tinggal di bawah tanah selama setahun. Sekarang saya sudah keluar, saya seolah-olah seperti satu mayat berusia seribu tahun yang telah bangkit semula.

Leylin menggunakan tangannya untuk menghalang cahaya matahari. Tangan salji putih dia berwarna pucat, seperti seorang yang sakit tenat selepas kehilangan darah yang banyak. Ia disebabkan lamanya dia tinggal bawah tanah dan meluangkan masa yang sedikit di bawah cahaya matahari yang dipancar oleh lumut di taman.

Sudah tentu, kebanyakan pembantu paderi daripada Akademi Abyssal Bone Forest menghadapi masalah ini.

Apapun, selagi kekuatan mereka meningkat dan menggunakan kuasa rohani, untuk mendapatkan kenaikan beberapa mata kecergasan mereka bukanlah masalah. Oleh itu, mereka tidak perlu keluar untuk berjemur di bawah cahaya matahari.

"Mari!" Kaliweir memimpin.

Melihat tanah perkuburan besar yang ada di belakang mereka dan dua buah arca pelindung, Leylin memusing kepalanya dan mengikut pasukannya.

"Kita akan meronda arahan barat daya akademi, di mana beberapa ekor burung Raven Bermata-Merah telah muncul kebelakangan ini. Kita perlu bunuh mereka, dengan beberapa lagi organisma yang lain. Tentu sekali, kesemua bahan yang diperolehi akan jadi milik kita. Lebih-lebih lagi, semua orang akan menerima ganjaran sebanyak 3 kristal ajaib."

Selepas kelima-lima mereka meninggalkan tanah perkuburan itu, Kaliweir memilih tempat dan mengeluarkan peta yang besar dan bercakap sementara mereka berkumpul.

Pada muka kertas berwarna kuning pucat, Akademi Abyssal Bone Forest terletak di tengah-tengah dan mengambil ruang sebanyak sepuluh peratus daripada jumlah kawasan.

Terdapat beberapa laluan mudah di sekelilingnya, dan penerangan tempat-tempat yang tertulis dalam warna hitam. Beberapa tempat yang berbahaya bertanda merah dengan tanda amaran.

Next chapter