CATUR(MALAY)
Haris Hanif, seorang pemuda yang dilanda kemurungan, hidup dibayangi misteri lama— kematian ayahnya yang tidak pernah terungkai.
Tiada jasad ditemui. Tiada jawapan diberi. Dan lebih mencurigakan, kes itu ditutup begitu sahaja, seolah-olah tiada apa yang berlaku.
Rasa tidak puas hati itu menjadi bara dalam jiwanya. Haris nekad menyiasat sendiri, mencari klu demi klu - dan tanpa sengaja, dia terjatuh ke dalam "lubang arnab" yang mengubah hidupnya selamanya. Apa yang disaksikannya di situ... sepatutnya tidak dilihat oleh sesiapa.
Namun dari situlah, rahsia demi rahsia mula terbongkar. Kebenaran tentang ayahnya bukan sekadar tragedi peribadi-ia terkait dengan sistem yang lebih besar, lebih gelap, dan lebih licik.
Dalam pencariannya, Haris bertemu Vendetta Crows-sebuah organisasi bayangan yang bergerak seperti buah catur, satu langkah demi satu, melawan sistem korup dan memperjuangkan nasib mereka yang terpinggir dan teraniaya.