Nak Dengar Tak Satu Cerita Ni...?
Amal, Asimah, Athilah, Asiyah dan Anis merupakan kawan baik dan dikenali sebagai ‘Geng 5A’. Mereka berlima adalah pelajar universiti yang berada di semester akhir. Salah seorang daripada mereka iaitu Amal suka bercerita dan mengusik mereka semua mengenai hantu! Sehinggakan ada rakan-rakan mereka jadi takut dan tidak berani keseorangan lebih-lebih lagi di waktu malam. Sampailah ke satu saat Athilah tersedar yang dia dan Anis telah diganggu oleh ‘sesuatu’ di kolej kediaman mereka itu, Athilah mencadangkan agar mereka meminta pertolongan ustaz-ustaz untuk membacakan doa dan ‘mengusir keluar’ hantu-hantu yang ada di kolej kediaman tersebut.
Pada mulanya Amal membangkang sekeras-kerasnya cadangan itu. Macam mana dia hendak bercerita lagi pada pelajar-pelajar lain kalau semua hantu itu sudah tiada di hostel tersebut? Dia hendak bergosip tentang apa lagi? Gosip tentang artis? Hmm... Awalnya Amal bimbang dan khuatir sekiranya cadangan untuk ‘menghalau’ hantu-hantu tersebut dipersetujui oleh pihak universiti, walau bagaimanapun dia kembali gembira bila mendapat tahu bahawa cadangan kawannya itu ditolak mentah-mentah atas sebab tertentu.
Amal terloncat-loncat keriangan seperti baru menyambut kemenangan. Athilah yang tidak berpuas hati dengan reaksi Amal itu cuba memberi amaran pada gadis tersebut agar berhati-hati dengan tingkahnya itu. Takut tersilap langkah, akan membawa padah nanti! Malangnya Amal buat endah tak endah saja.
Apakah yang akan terjadi seterusnya pada Amal? Adakah gadis yang suka bercerita tentang hantu, hantu dan hantu itu akan insaf akhirnya?
#horror #ghost #mystery #scary #creepy #frighten #ghoststory #ceritahantu #kisahhantu #misteri #funny #lucu #kelakar