When the World Rewinds, I Still Break
Mawar bukanlah heroin dalam sebuah kisah cinta. Dia hanyalah gadis biasa, bekerja sebagai cashier di sebuah pasar raya kecil. Hidupnya cukup sekadar makan, berputar dalam rutin yang hambar dan berulang. Senyumannya hanyalah topeng untuk pelanggan, sementara telinganya dibasahkan dengan muzik bising agar realiti yang menyesakkan dapat ditenggelamkan.
Dia tidak cantik, tidak genius, tidak berbakat. Sekadar jiwa yang rapuh dalam tubuh yang berpura-pura gembira. Namun di sebalik semua itu, Mawar bertahan kerana umi, ibunya yang lumpuh selepas kemalangan lima tahun lalu, kemalangan yang meragut nyawa ayah, abang, adik, dan meninggalkan hanya seekor kucing hitam gemuk bernama Riko sebagai teman.
Hinggalah pada suatu malam, dunianya diseksa sekali lagi, api melahap rumah mereka. Dalam sekelip mata, umi dan Riko-satu-satunya alasan Mawar untuk terus bernafas-hilang. Dunia Mawar runtuh. Dia rebah, patah, dan tidak berakhir disitu dia dikhianati pula oleh insan yang pernah digelar sahabat. Maruahnya tercalar, harapannya dirampas, dan jiwanya berkecai.
Dan malam itu, Mawar membuat keputusan untuk mengakhiri semuanya. Bunuh diri.
Tapi saat matanya terbuka, something's wrong. Dia masih hidup. Nafasnya masih ada. Dunia seolah-olah menariknya ke belakang. Mawar sedar-dia telah kembali ke lima tahun yang lalu, sebelum semua tragedi bermula. Sebelum api, sebelum kehilangan, sebelum pengkhianatan.
Was this a punishment? Or a second chance?
Dengan ingatan penuh luka, Mawar berdiri di hadapan hidup yang sama sekali baru, tapi sudah dia hadapi. Deja vu? Bolehkah dia mengubah jalan cerita? Atau, no matter what, destiny akan tetap merobeknya sekali lagi?