Hikayat Musang : Terbit dari runtuhan (Malay)
Di bumi Melaka, kuasa batin dan artifak agung menguasai nasib manusia. Rakhta, wakil menteri, mahu menjual rakyat sebagai hamba, dan hanya Badang yang berani menentangnya. Namun ketika armada Eropah diketuai Ragnar Ortellon, salah seorang Duli Bayangan Derhaka, menyerang Melaka, Badang gugur di medan perang.
Pewaris Keris Saktul Aruan, Musang, budak 11 tahun, mewarisi kuasa luar biasa dan menewaskan seorang Duli Bayangan Derhaka. Diburu tentera Melaka, Musang menyembunyikan identitinya dan kembali ke Nusantara untuk membersihkan nama ayahnya serta menjatuhkan tujuh pelabuhan haram milik Rakta yang menjadi kunci kuasa wilayah.