"Kak Ning, jangan bimbang. Saya tahu apa yang perlu dilakukan." Han Xiner membalas dengan yakin.
Selepas diam seketika, Tangning tergelak lembut. "Bei Chendong ego sangat. Ambil peluang ini ajar dia sikit. Kalau kamu berniat nak luangkan seumur hidup dengan dia, jangan lemah dan mengalah."
"Saya faham, Kak Ning."
Selepas bercakap dengan Tangning, Han Xiner segera menghubungi media. Tetapi, kerana mereka sudah mempunyai bukti kukuh Bei Chendong mengucup wanita misteri itu, Han Xiner terus memberitahu mereka, "Kami tak boleh beri kamu respons sekarang, tapi kami pasti akan kongsi berita baik dengan kamu tak lama lagi."
在webnovel.com支援您喜歡的作者與譯者