Gara-gara semua perkara yang berlaku, Lan Xi sedar akan nilai potensi yang dimiliki Tangning. Jadi, dia mahu mencari rahsia yang disimpan Tangning, berharap rahsia itu akan membantu dia mengawal Tangning suatu hari nanti.
Hari sebelum perjalanan mereka ke London, Long Jie sedikit tertekan ketika dia memberitahu Tangning, "Baru-baru ini, saya sedar yang ada seseorang sedang menghendap saya…"
Tangning mengerutkan keningnya. Dia rasa dia tahu kenapa Long Jie dihendap. Lan Xi pasti mengesyaki hubungan Long Jie dan Lu Che sebenarnya palsu!
"Dah banyak hari berlalu selepas kejadian itu. Kamu tak jumpa Lu Che walaupun sekali?" Tangning bertanya.
在webnovel.com支援您喜歡的作者與譯者