Suara pengacara, Jiang Shan terus bergema. "Pari-pari Dongfang lakukannya dengan indah sekali! Sejurus selepas kembali ke medan pertempuran, dia bergolek ke atas Tuan Muda Pembunuh Phoenix! Ini sama seperti raja, atau permaisuri yang kembali! Kini, raksasa sotong hodoh itu sedang menghalang jalan Pari-pari Dongfang. Bagaimana dia boleh uruskan raksasa itu?"
"Saya langgar ni!" Pari-pari Dongfang menjerit memberi amaran. Kelajuan traktor kendalian tangan bernombor 37 menjadi semakin laju dan laju.
"Tukul Hujan Bergelora!" raksasa sotong dengan marahnya menghayunkan tukul-tukulnya dan menyerang Pari-pari Dongfang.
"Klang, klang, klang~"
Satu siri bunyi logam kedengaran.
Tukul-tukul raksasa sotong itu terus mengetuk penghalang perlidungan traktor Pari-pari Dongfang. Tenaga rohani milik kedua-dua pihak berlanggar, lalu menghasilkan letupan setiap masa.
Letupan itu seperti guruh yang menyakitkan telinga.
在webnovel.com支援您喜歡的作者與譯者