"Apakah manfaat yang kau sebutkan ini? Aku boleh terus bagikan kepada kau sekarang juga!'
Mata Celine berkilauan.
"Ini peluang terakhir kau! Kalau ini berlaku sebelum persidangan gabungan, aku mungkin akan mempertimbangkannya tetapi sekarang…"
Gus menggeleng kepalanya dan berkata, "Tidak perlu bagi kau menangguh masa lagi! Tiada Magus yang akan dapat hidup selepas diletup oleh pemusnahan diri Gergasi Kabus aku! Walaupun Leylin terselamat daripada letupan itu, dia mungkin tlumpuh dan tidak dapat bergerak seotot pun."
Celine berputus asa sepenuhnya kerana harapan terakhirnya hancur.
"Teruskan!" Celine menutup matanya dan menunjukkan lehernya yang pucat.
"Di mana Skrill?" Gus bertanya pada akhirnya ketika dia menghasil sebiji bebola gangguan yang penuh dengan tenaga kebinasaan.
"Aku tak tahu. Leylin secara peribadi telah menyoal siasat dia!"
"Maka kau ini tidak berguna lagi!"
在webnovel.com支援您喜歡的作者與譯者