webnovel

Tiba Di Akademi

編輯: EndlessFantasy Translation

"Afrit 1petir gergasi yang menyerang kita!"

"Tak guna! Bagaimana kita boleh bertembung dengan benda-benda begini dalam haluan ini, bukan kita dah selesaikan ke sebelum ini?"

"Di mana Magi dari akademi-akademi yang lain? Kita perlukan bantuan mereka!"

Beberapa suara yang gelabah kedengaran.

"Mari kita aktifkan formasi sihir pertahanan berskala-besar dahulu. Kalau tidak, pembantu-pembantu paderi ini pasti mati!"

Selepas membaca beberapa mantera, semua dinding kapal udara itu diliputi dengan lapisan cahaya keputih-putihan. Setiap retakan di kapal udara itu memancarkan cahaya hijau sambil pokok-pokok menjalar tumbuh ke atas dan menghalang setiap lubang yang ada.

"Hu hu...." Muka Leylin berubah merah sambil tercungap-cungap.

Semasa Afrit gergasi itu bercakap tadi, semua pembantu paderi merasakan aura sejuk menekan diri mereka.

Amat besar, tiada batasan dan niat jahat yang asli! Leylin mendapati susah untuk bernafas.

Nasib baik, selepas formasi sihir pertahan diaktifkan, Leylin berasa lebih baik selepas tekanan itu tiada lagi.

Jika tidak, kebanyakan pembantu paderi di dalam dewan itu mungkin mati akibat kesesakan nafas sebentar lagi.

"Manusia, kau kena bayar untuk kebodohan kau!" Afrit petir gergasi itu meraung.

Gelombang bunyi itu melepasi formasi sihir pertahanan itu, cahaya keputih-putihan itu bergetaran.

"Makhluk perkasa alam semulajadi! Sila redakan kemarahan kau! Aku ada surat ini!" Suara yang biasa Leylin dengar, iaitu kapten kapal udara itu.

"Ini surat persetujuan di antara kami dengan Baginda Yang Agung, raja Afrit petir, yang telah memberi kebenaran kepada kami untuk melalui kawasan ini!" Kirkwul bercakap dengan yakinnya.

"Surat persetujuan?" Afrit petir gergasi itu ragu-ragu dan ini diikuti dengan ngauman ganas, "Pendra ialah percuma! Persetujuan ini tidak terikat bagiku!"

"Sambung mengaum! Mulakan kemarahan! Damikan Buthra!" Dengan mantera yang dituturkan, rebut petir di luar menjadi sepuluh kali lebih ganas daripada sebelumnya.

"Bangsat! Perantau rupanya, aku telah menjumpai cepumas!" Suara Kirkwul kedengaran sekali lagi, tetapi kali ini tidak seyakin tadi, tetapi lebih kepada kegeraman.

"Semua serang bersama-sama!"

* Serang! *

Terdapat banyak cahaya terang bersinaran keluar daripada tingkap, bertembung dengan petir itu.

Kapal udara itu perlahan-lahan mula berayun.

Muka Leylin berubah pucat. Dia hanya mampu berdoa supaya Magi menggunakan kuasa mereka dan menghalau Afrit petir gergasi celaka itu pergi, kalau tidak, dia tidak mampu untuk melarikan dirinya kerana dia sedang tersekat tinggi di langit.

"Bang!"

Terdapat satu serangan lagi dan kapal udara mula stabil.

"Dia dah pergi ke?"

"Ia hanya seekor Afrit petir gergasi yang baru matang, kuasanya hanya setengah kalau dibandingkan dengan Magus elemen. Terdapat sembilan orang di sini, jadi ia melarikan diri ialah natural."

Suara-suara Magi itu kedengaran dari luar. Ternyata mereka tidak bersusah payah langsung, ini membuatkan semua pembantu paderi tenang.

Seperti yang dijangka, apabila pembantu-pembantu paderi mendengari apa yang Magi itu cakap, semua menjerit kegembiraan.

"Woo! Kepada Magi yang terhebat!"

"Tak guna! Aku ingatkan aku akan jatuh dan akan dihancur lumat!"

"Haha! Tengok penakut itu, dia kencing dalam seluar!" Semua pembantu paderi mengejek pembantu paderi yang tidak bernasib baik itu dan melepaskan perasaan takut yang mereka rasai selama ini.

Mata Leylin mengimbas sekeliling.

Semasa afrit petir gergasi bercakap awal tadi, Jayden telah melepaskan pokok-pokok menjalar yang telah membelit Kaliweir itu dan nampaknya Kaliweir telah melepaskan dirinya. Walaupun muka Jayden agak pucat, dia teguh berdiri di tempatnya dan mengekalkan posisi seperti seorang pemenang.

"Cip A.I. tidak dapat mengesan Jayden membawa artifak ajaib sebelum ini. Nampaknya ia baru diperolehi baru-baru ini dan ini bermaksud ia diberi oleh Dorotte!"

"Nampaknya setelah memperolehi artifak ajaib itu, Jayden telah menjerat Kaliweir untuk bergaduh dengannya. Kalau bukan disebabkan insiden ini, mungkin dia sudah berjaya!" Leylin berfikir sendirian.

Kerana gangguan aftir petir gergasi itu, pergaduhan antara Jayden dan Kaliweir belum tamat.

Mulai sekarang, Kaliweir patut cuba menjauhkan dirinya daripada berada di tempat yang sama dengan Jayden. Nampaknya dia takut dengan artifak ajaib lawannya.

Pergaduhan itu telah mempengaruhi fikiran Leylin.

"Kaliweir telah menyemarakkan tenaga hidup dalamannya dan telah melepasi kesesakan had dan menjadi Satria matang sepenuhnya. Tetapi, di hadapan seorang pembantu paderi yang mempunyai artifak ajaib, dia masih lemah seperti seekor kambing biri-biri! Nampaknya kekuatan seorang Magi lebih kuat daripada Satria-Satria!"

"Asalnya, aku ingat aku kena menyemarakkan tenaga hidup dalaman aku. Tetapi jika selepas ini, aku tidak dapat menyemarakkannya sebelum tiba di sekolah, aku akan berputus asa! Aku akan sedaya upaya menumpukan perhatian dan tenaga aku untuk belajar menjadi seorang Magus!" Leylin telah membuat keputusan.

Masa perlahan-perlahan berlalu dan akhirnya kapal udara itu telah tiba di benua lagi satu.

Selain insiden dengan afrit petir gergasi itu, kapal udara itu telah bertembung dengan beberapa makhluk terbang. Ini membuatkan Leylin menyedari bukan Laut Mati sahaja yang susah untuk dilalui, sama juga dengan haluan udara.

Nasib baik, surat persetujuan Kirkwul itu masih efektif di hadapan beberapa makhluk yang besar dan tiada sebarang konflik bermula.

Ketika jangka masa ini, kapal udara itu telah mendarat beberapa kali dan menurunkan beberapa Profesor dan pembantu paderi pergi. Kapal udara itu perlahan-lahan menjadi kosong.

Dua belas hari lagi telah berlalu tanpa disedari.

* Bang! * Kapal udara itu mendarat dan seluruh bahagian dalamannya bergegar.

"Kita telah tiba di Abyssal Bone Moor! Perhatian kepada semua pembantu paderi Akademi Abyssal Bone Forest! Sila bawa barang kepunyaan kamu semua dan turun daripada kapal udara dengan teratur!" Satu suara kedengaran menerusi kabin-kabin itu.

"Kita dah sampai?" Leylin mengemas barang kepunyaannya dan bergegas meninggalkan ruang kecil yang dia telah terperuk selama sebulan itu.

"Jayden, Kaliweir, sila ambil kehadiran!" Dorotte memegang satu staf hitam yang mempunyai permata hijau yang terbenam pada hujungnya.

"Baiklah!" Jayden dan Kaliweir mengangguk kepala mereka dan mula mengira kedatangan.

Leylin menjeling Kaliweir. Sejak insiden di dewan makan itu, pemuda ini telah menjadi pendiam dan sentiasa mengurungkan diri di dalam biliknya. Melihat mukanya sekarang, dia kelihatan lebih suram daripada sebelum ini.

Bertentangan dengan Jayden yang kelihatan lebih aktif dan berdasarkan khabar angin, dia telah diterima oleh Dorotte sebagai seorang perantis.

Perantis-perantis berbeza daripada pembantu-pembantu paderi yang lain kerana status mereka lebih tinggi dan mereka boleh mendapat ilmu yang lebih canggih dan tinggi daripada profesor mereka.

Dua belas atau lebih orang turun dari kapal udara itu.

"Jadi, ini akademi kita? Ia kelihatan agak sepi!"

Leylin melihat sekeliling dan kawasan itu kelihatan sepi. Terdapat beberapa denai kecil yang mengandungi tanda-tanda jelas ada orang telah guna sebelum ini.

Terdapat tanda kayu di tengah-tengah persimpangan yang penuh dengan beberapa lubang.

Terdapat arahan yang bertulisan hitam, menunjukkan beberapa lokasi.

"Daratan bayang-bayang dan kematian -- Bone Abyssal Moor!" Ayat-ayat itu ditulis bengkok dan ini membuat kulit kepala Leylin kebas.

"Hehe... Sila ikut saya!" Dorotte merenggangkan badannya sambil lewa dan tulang-tulang putihnya berderak dan berderap seolah-olah tulang-tulang itu akan pecah pada bila-bila masa.

"Sila beri perhatian! Walaupun pembantu-pembantu paderi akademi kami sentiasa membuat pembersihan secara berjadual, masih terdapat beberapa makhluk hidup yang telah dijangkiti dan jahat merayau-rayau di kawasan ini. Jadi, jika awak merayau-rayau daripada kumpulan, saya jamin kami semua sudah boleh memberi perhargaan pada mayat kamu selepas itu!"

Dorotte mendekih dan semua muka pembantu paderi berubah. Mereka mengikut belakang Dorotte dengan rapat kerana takut kehilangannya.

Kumpulan itu perlahan-lahan melalui Abyssal Bone Moor.

"Apa benda itu?" Leylin berjalan di tengah-tengah kumpulan itu dan tiba-tiba ternampak sesuatu berwarna hitam berkelip di hadapannya. Nampaknya seperti makhluk biru yang mempunyai tanduk.

"Cip A.I.! Mulakan imbasan!"

"Tugas dimulakan. Mulakan imbasan!" Suara robot Cip A.I. kedengaran.

"Ss! Apa sahaja benda itu, ia lebih kuat daripada canis dirus dan mempunyai beberapa teknik tersembunyi. Seorang Satria akan maut jika menemuinya!"

Leylin cepat-cepat berasak-asak ke hadapan. Di daratan berbahaya ini, nampaknya hanya rangka berjubah hitam, Profesor Dorotte itu satu-satunya jaminannya.

"Nampaknya pembantu-pembantu paderi kecil kita ini telah faham akan situasi berbahaya di sini!"

Api hijau di rongga-rongga Dorotte berkelip-kelip sambil bercakap dengan acuh tak acuh.

Kumpulan itu mara ke hadapan dan makin lama tanah tandus di belakang mereka semakin kurang dan perhutanan kelihatan di sekeliling mereka.

Tidak lama selepas itu, Leylin telah memasuki sebuah hutan berwarna hitam.

Dia tidak tahu ia hanya satu ilusi, tetapi Leylin berasa seperti matahari di langit malap apabila memasuki hutan itu dan terdapat lapisan kabus putih di sekeliling yang mengeluarkan aura sejuk.

Leylin cepat-cepat melihat ke bawah dan tunduk.

"Kak!" Kedengaran bunyi yang lantang.

Seekor burung gagak berwarna hitam dengan mata merah terbang ke bawah dan melepasi posisi Leylin, dengan cakarnya yang tajam menuju ke muka seorang perempuan pembantu paderi.

Boom!

Sebiji bola yang mempunyai cecair hijau melekat pada badan burung gagak itu dan burung gagak itu menggauk sambil jatuh ke tanah. Asap putih muncul dan menghasilkan efek mengakis.

Perempuan paderi perempuan itu terduduk di tanah dan menangis sekuat hatinya.

Beberapa saat kemudian, burung gagak di lantai itu lenyap tanpa sebarang mayat dan terdapat kesan yang besar di bumi yang terhakis itu.

"Nampaknya bilangan burung gagak bermata merah ini telah meningkat sekali lagi. Saya rasa kita kena agihkan lebih banyak misi apabila kita sampai ke akademi nanti, dan memberi arahan kepada pembantu-pembantu paderi untuk membersihkan kawasan ini!"

"Apa kamu semua lihat itu? Mari bergerak!"

Suara Dorotte kedengaran di hadapan dan perempuan pembantu paderi yang sedang menangis itu mengelap matanya dan mengetap giginya sambil meneruskan perjalanan ke hadapan.

Leylin terkejut, dan bergegas mengikutinya.

Selepas satu jam perjalanan, kumpulan itu akhirnya tiba di tengah-tengah Hutan Abyssal Bone.

"Ini ..." Leylin melihat kawasan luas di hadapannya.

Dan apa yang mereka nampak ialah tanah perkuburan yang besar.

Di tengah-tengah Hutan Abyssal Bone, terletak satu tanah perkuburan yang besar tanpa disedari.

Tanah perkuburan ini sangat besar dan dibina dengan batu marmar berwarna hitam dan putih dan kelihatan mewah.

Tetapi, nampaknya ia telah terbiar buat sementara waktu. Terdapat banyak kubur yang terdapat rumput rumpai tumbuh di atasnya, malah ada yang terdapat pokok-pokok yang menjalar. Kadang-kadang, kumpulan burung gagak itu menggauk di atas pokok-pokok itu, mengeluarkan aura menggerunkan.

"Selamat datang ke rumah bayangan dan kematian kamu semua -- Hutan Abyssal Bone!" Dorotte mendekih, tetapi tidak kira bagaimana Leylin melihatnya, Dorotte kelihatan gembira terhadap nasib malang mereka.