'Hampir!' Steve dapat merasai peluh sejuk di tapak tangannya. Hanya dia yang tahu betapa berbahaya keadaan tadi..
Sebaik dia sedar semula, dia memandang Leylin. Pemuda itu kini memegang busur silang di tangannya dan terdapat ekspresi tanpa belas kasihan pada wajahnya. Isabel melarikan diri untuk berdiri dii sebelah Leylin dan selain daripada dia, Jacob dan beberapa orang askar lain juga telah bergegas ke sana.
Dengan Isabel menangguhkan mereka, Leylin mempunyai cukup masa untuk menewaskan pihak musuh dan merampas kapal lanun. Sekarang, Jacob telah membawa baki askar yang hidup dan banyak busur silang dari koleksi Keluarga Faulen, mengepung kawasan tersebut.
Askar-askar Faulen telah memperolehi kelebihan di dalam zon yang lain dan semakin ramai askar yang berhimpun bersama. Di bawah cahaya api, muka Steve bertukar pucat seperti mayat. Dia tahu sangar selepas pertempuran ini berakhir, Harimau Hitam mungkin akan dipadamkan dari sejarah.
在webnovel.com支援您喜歡的作者與譯者