Pergolakan ruang yang sunyi menjadi kucar-kacir apabila retakan terbuka di antara dua aras. Tenaga elemen yang ganas meluap menerusinya, membinasakan semua benda yang menghalang laluannya.
Bandar terapung terletak megah dalam kawasan ini seolah-olah kubu berkuasa yang tidak dapat dimusnahkan dan kekal abadi. Hanya selepas memasuki bandar tinggal barulah Leylin mengeluh kelegaan.
"Selamat pulang, Tuan!" Shaylin, si pari-pari yang kelihatan seperti pengurus rumah muncul untuk menyambut kepulangan Leylin. Hanya tempat ini yang mempunyai formasi sihir arcane yang membuatkan dia imun kepada pengintipan dewa dan juga sihir-sihir kayangan yang lain.
Sebaik sahaja dia mencampakkan kotnya kepada golem pelayan, Leylin berpaling kepada rangka lich Ilyo, "Awak melakukan dengan bagus sekali."
在webnovel.com支援您喜歡的作者與譯者