webnovel

Xia Yu dari Dewan Dewa Ganas, Jasad Makhluk Agung

編輯: EndlessFantasy Translation

Satu gegaran yang kuat menyebabkan riak tersebar di setiap arah. Ada satu suara berkuasa yang menjerit marah dalam restoran itu.

Fikiran Bu Fang menjadi kosong. Adakah ini bermaksud ada orang mahu mencari pasal dalam restoran ini? Adakah lelaki jahil ini masih berani membuat kacau selepas insiden yang baru berlaku?

Ji Chengxue juga terperanjat. Bukan dia seorang sahaja, semua orang dalam restoran itu pun rasa terkejut.

Semua pelanggan-pelanggan di situ tahu betapa menakutkan restoran Tauke Bu ini. Sudah banyak darah yang tumpah di luar restoran itu, di lorong yang baru lepas dibaiki. Itu semua darah orang yang bodoh dan jahil.

Mereka sentiasa percaya tiada siapa dalam dunia ini yang berani buat kacau di restoran Tauke Bu. Tapi, tidak lama kemudian, akan ada sahaja orang yang datang menempah maut.

鎖定章節

在webnovel.com支援您喜歡的作者與譯者