webnovel

Ayame

Ayame,

Entah kenapa…. Kak Surimah mengikat kaki dan tangan kami. Dia kemudiannya menyambung ikatan kaki kami dengan ikatan tali yang lebih panjang. Aku terfikir juga apa yang ingin dilakukannya? Rupa-rupanya, dia ingin menggantung kami dengan kepala yang menjulur ke bawah. Dengan menggunakan tangga, dia mengikat tali gantungan itu di palang-palang yang terdapat di bumbung rumah kami. Borhan yang gayat dengan ketinggian menangis teresak-esak. Aku pula merayu-rayu pada Kak Surimah agar menghentikan perbuatannya itu. Dia datang ke arah kami dan menyumbat mulut kami dengan surat khabar. Kami tidak boleh bersuara dan hanya mampu berdoa agar Kak Surimah melepaskan kami.

Namun syukur kepada Tuhan. Tiba-tiba sahaja wajah ibu terpacul di hadapan pintu rumah. Dia mengucap panjang apabila melihat kami dalam keadaan begitu. Dia menjerit memanggil Kak Surimah. Perempuan gila itu menurunkan kami dan memberi pelbagai alasan kepada ibu. Namun, ibu tidak mempercayainya. Ibu segera menelefon pihak polis. Kak Surimah dimarahi secukup-cukupnya hari itu. Dia hampir-hampir ingin mengamuk. Lantas, dia dibawa ke balai polis. Aku dan Borhan begitu gembira. Tiada lagi orang yang akan menyeksa kami.