webnovel

Chapter 4

Hana mempunyai teman lelaki. Namun tidak pernah sekalipun mereka berjumpa. Perkenalan mereka hanya sekadar di telefon. Tidak ada sikit pun rasa dalam hati dia untuk lelaki itu. Dek kerana hanya teringin nak berbalas mesej di telefon, maka dia mencari seseorang. Tujuannya hanyalah untuk menghilangkan kebosanan. Dia tidak tahu mengapa, sejak dia mengenali Ayiiz dia merasakan hatinya berbunga. Walau hanya sebagai rakan sekelas. Dia rasa bahagia. Dia makin keliru dengan perasaannya yang sekarang. Bukan kah pada awal, dia tidak begitu sukakan Ayiiz?

Ayiiz. Dia juga mempunyai teman wanita. Walaupun dia dari sekolah agama, namun bila melibatkan hati dan perasaan. Tiada siapa yang dapat mengelak. Namun bezanya dia Hana, dia sayang akan kekasihnya. Tetapi oleh kerana dia sudah pun berpindah ke sekolah baharu, hubungan antara dia dan teman wanitanya itu semakin renggang. Terlalu banyak cerita yang tidak enak yang didengarnya. Akhirnya hubungan mereka terputus di tengah jalan.

Hampir 3 bulan tempoh persekolahan. Ayiiz dan Hana berkongsi banyak persamaan. Ayiiz merupakan budak sukan , begitu juga dengan Hana. Subjek kesukaan mereka juga serupa. Bukan itu sahaja, mereka sudah semakin rapat. Namun hanya sebagai seorang kawan. Hana masih lagi dengan kekasihnya. Dia tidak tahu bagaimana harus dia akhirkan hubungan itu. Walaupun tiada sikit pun rasa sayang, dia tetap merasa kesian jika dia putuskan hubungan mereka. Dia masih keliru.