webnovel

Dikhianati? Bukan masalah saya

作者: Solofish
武侠
連載 · 9.2K 流覽
  • 4 章
    內容
  • 評分
  • N/A
    鼎力相助
摘要

Tragedi kelam yang telah berlaku kepada dirinya terus cuba dilupakan, Eric memulakan kehidupan barunya di Arcland, dengan menjadi seorang calon hero yang akan menyertai ujian di sana. Namun, apa yang diperolehi tidak sama seperti apa yang telah di rancang. Pertemuannya dengan seorang wanita di dalam kereta api Victoria telah memutar dan mengubah hidupnya. Sejak itu, sejarah kelam Eric semakin lama semakin muncul kembali dalam ingatannya. Dan rahsia yang ditemui... merungkai segalanya.

Chapter 1Kutulis surat untukmu, penerusku

12 September, 1914.

Di saat saya mengarang surat ini, umat manusia mungkin sudah seinci menghampiri zaman kegemilangan dan hari kedamaian yang mereka impikan.

Dengan pengorbanan Cain, salah seorang daripada dua belas hero terawal di kalangan manusia.

Primordial Evil Anarchist telah berjaya dikalahkan oleh umat manusia.

Bumi yang selama ini telah dicemari berjaya dibersihkan daripada radiasi burma manakala senjata purba, Clemalyst, yang merupakan senjata terkuat pernah dicipta oleh umat manusia telah kembali kepada Archon yang tersisa selepas perang agung ini.

Umat manusia yang berjaya bertahan dalam perang bergembira dan bersyukur apabila mendengar bahawa perang yang selama ini meragut jutaan nyawa berakhir dengan kemenangan dimiliki oleh umat manusia.

Namun, dalam menggapai kedamaian yang diinginkan, mustahil tiada sebarang pengorbanan yang diperlukan. Umat manusia berkumpul memberikan penghormatan terakhir mereka atas perginya kesemua 12 hero terawal semasa invasi Evil Anarchist bermula. Kematian 3 Archon yang lain dalam menahan invasi Evil Anarchist turut memberi dampak buruk kepada umat manusia kerana kehilangan seseorang yang dianggap sebagai pelindung mereka. Kini, hanya 4 Archon sahaja yang tersisa sebagai pelindung.

Cain. Seorang remaja bertalenta tinggi yang sangat mudah diajak bicara dan sentiasa dikelilingi orang yang dipercayainya. Sanggup melawan bersama manusia membantu Archon yang lain bagi melawan Primordial Evil Anarchist.

Ketika pertama kali saya bertemu dengan Cain di persidangan pertama antara Archon dan Irradiate bagi merancang strategi melawan Evil Anarchist, Karisma yang dia ada semasa dia membuat perancangan dan cara dia memimpin pasukannya membuatkan saya, salah seorang Elder tertua tertarik dengannya.

Namun, tidak disangka, hingga akhir hidupnya dia bahkan sanggup mengorbankan dirinya sendiri demi kebaikan umat manusia semasa melawan Evil Anarchist. Tetapi saya, yang berada di sana dengan kecederaan yang parah hanya mampu kaku berdiri melihat Cain mengorbankan dirinya di perbatasan terakhir. The End. Benteng terakhir Primordial Evil Anarchist.

Pengorbanan yang melampaui generasi kami, generasi para Elder yang hanya di penuhi oleh orang yang sudah berusia seperti saya di bandingkan dengan generasi mereka... Yang dipenuhi oleh mereka yang berbakat seperti Cain.

Perkara itu membuatkan saya tersedar akan sesuatu yang amat penting dan membuatkan saya mengarang surat ini. Seiring bertukar dari generasi ke generasi yang akan memimpin kedamaian bumi nanti, semakin sukar cabaran yang akan mereka hadapi. Dan semakin sukar cabaran yang akan mereka hadapi nanti, semakin banyak pengorbanan yang perlu mereka lakukan.

Dan maksud pengorbanan yang ingin dikatakan ini tidak spesifik, bukan bererti hanya berkorban masa dan tenaga tetapi mungkin lebih daripada itu. Nyawa yang akan dipertaruhkan jika mampu membawa erti pengorbanan yang sebenar.

Dan semakin sukar cabaran yang dihadapi dan semakin banyak pengorbanan yang dilakukan oleh generasi tersebut, maka akan wujud satu masa yang akan menentukan segala-galanya.

Apabila masa itu digunakan dengan benar oleh generasi tersebut, maka apa yang akan berlaku ialah generasi tersebut akan dapat seperti apa yang mereka inginkan buat sementara waktu. Iaitu sudah tentu, kedamaian.

Tetapi jika mereka gagal dan tidak menggunakannya dengan baik, ia akan menjadi bencana terkutuk yang berpanjangan buat mereka sehingga generasi yang lain muncul bagi menyambung semula menentang bencana tersebut.

Dan bencana itu dikenali oleh kami para Elder sebagai absolute disaster. Absolute disaster sudah berlaku sebanyak tiga kali dan kami para Elder hanya menyelasaikannya sebanyak dua kali.

Manakala Absolute disaster yang ketiga diselesaikan oleh generasi Cain dan sekaligus menamatkan Absolute disaster buat sementara waktu.

Hah. Sepertinya, perjuangan yang dilakukan akhirnya membuahkan hasil yang diharapkan. Saya, selaku wakil para Elder akan mengundur diri dari pakatan Humanity sekaligus membubarkannya untuk membiarkan generasi 'Cain'ini mentadbir sendiri.

Dan kami akan mendiamkan diri kami sampai waktunya tiba.

Waktu yang dijanjikan.

Ada satu petunjuk yang mengatakan bahawa akan ada satu masa perkara seperti ini akan berulang kembali. Walaupun radiasi Burma sudah hilang, Tetapi serpihan Anarchist masih ada.

Serpihan Evil Anarchist akan dikenali sebagai Klein dan apabila seseorang yang mengenai serpihan tersebut ia akan menjadi Villain dan akan kekal sebagai Villain buat selama-lamanya.

Tetapi jika seseorang terkena serpihan memori Cain, ia akan menjadi Hero untuk melawan Villain. Bagi saya ia agak rumit tetapi generasi akan datang lebih mengetahuinya apa itu Hero dan apa itu Villain.

Apabila perkara ini sudah mencapai kemuncaknya, akan terjadilah Great War kedua di antara Villain dan Hero. Sulit untuk dikatakan bahawa sesorang yang menjadi ketua bagi Villain adalah Hero dan ketua bagi Hero adalah Villain.

Perang ini pun berakhir dimenangkan oleh Hero yang diketuai oleh Villain.

Sejak perang itu berakhir,Villain yang mengetuai Hero hilang tanpa meninggalkan sebarang jejak dan akan kembali buat kali kedua setelah kemunculan pertamanya di Great War. Tetapi tiada siapa yang tahu termasuk saya tentang siapa dia sebenarnya.

Saya tidak tahu apa yang akan berlaku pada zaman itu kerana saya tidak pernah merasainya, tetapi apa yang pasti, dia akan dikhianati oleh kawannya yang dianggap sebagai keluarga selepas berakhinya Great War.

Saya, The Primordial One bersama The First Human mengundurkan diri setelah mendampingi manusia selama ratusan juta tahun. saya harap generasi yang akan datang menjadi lebih baik dari generasi sebelumnya.

...

Dan sanggup menghadapi bencana selanjutnya.

Yang benar,

Lelaki tua yang sudah berusia dan tidak mampu lagi mengangkatkan pedangnya di medan perang.

你也許也喜歡

Hikayat 6 wira bersaudara

Sofian umur 24 tahun masih lagi bujang dia ialah seorang peon disebuah syarikat terkemuka di negeri sembilan, lama dia berkhidmat disitu tapi tidak diberi peluang untuk merasa kenaikan pangkat mahupun gaji, dalam masa cuti rehat dia menghabiskan masa mengikuti kelas silat hanya itu yang dia minati sejak kecil selepas mendengar cerita dari arwah datuknya tentang lagenda 5 bersaudara membuat dia tertarik mempelajari ilmu seni mempertahankan diri tersebut. Nak dijadikan cerita dia mendapat arahan dari pegawai atasan untuk menghantar dokumen ke sebuah bank, setibanya di destinasi berlaku sesuatu yang tidak dingini, sekumpulan lelaki bertopeng cuba untuk melakukan rompakan dibank tersebut dan memegang seorang tebusan yang juga kanak-kanak, dengan bersenjatakan parang dan pistol mereka mengugut pihak keselamatan untuk membukakan laluan tanpa halangan untuk mereka melarikan diri, Sofian tanpa berfikir panjang masuk campur dalam pergelutan itu demi membebaskan kanak-kanak tersebut dalam masa yang sama terdengar beberapa das tembakan dilepaskan..bang*....bang*.......bang*...... perompak berjaya ditahan pihak berkuasa, tetapi Sofian terkulai layu dihadapan lantai bank berkenaan, dia dimasukkan ke hospital dengan pendarahan teruk diperut, rusuk kanan dan paru-paru kiri doktor pembedahan hanya menggelengkan kepala menunjukkan tanda yang Sofian tidak mungkin dapat hidup lama dengan kehilangan darah yang banyak Sofian jatuh koma...ikuti pengembaraan roh Sofian kembali ke zaman lampau melalui masa ke era 13 kurun mengambil alih tubuh seorang kanak-kanak yang mati akibat dipatuk ular berbisa. saya translate dibawah menggunakan google translate maaf. Sofian was a peon in a leading company in the state of nine, where he served a long time but was not given the opportunity to feel a promotion or salary, during his rest period he spent the course of silat only that he had been interested since childhood after hearing the story of his grandfather about his grandfather The 5 legendary siblings make him interested in learning the martial arts science. He made the story he received instructions from his superior to send a document to a bank, upon arrival at a destination of something unusual, a group of masked men tried to commit the robbery and held a ransom as well as a child, armed with their machetes and pistols threatening security forces to open their path without hindrance to escape them, Sofian without long thought to intervene in the struggle to free the child at the same time sounded several shots fired. .... bang * ...... the robbers have been arrested by the authorities, but Sofian was dropped in front of the bank's floor bleeding heavily, he was admitted to the hospital with severe critical bleeding, on the right ribs and left lung the surgeon just shook his head showing signs that Sofian could not possibly live long that was the time Sofian's were fallen coma ... follow the journey Sofian's soul went back past through the 13th century takes over the body of a dead child that has died because of venomous snake bite. I translate it under google translate sorry. TAGS: HISTORICAL FICTION, MARTIAL ARTS, WAR&MILITARY, BROTHERHOOD, FAN FICTION.

linchufeng · 武侠
分數不夠
16 Chs

評分

  • 全部評分
  • 寫作品質
  • 更新穩定度
  • 故事發展
  • 人物形象設計
  • 世界背景
評論
哇! 如果您現在填寫評論,您將會是第一個評論的人!

鼎力相助