webnovel

Dia Milik ku

Aisy Diandra-Gadis IQ tinggi,Penyabar,seorang yang cool dan hati kering.Tapi siapa sangka dia mempunyai dendam yang dipendam bertahun tahun akibat peristiwa buruk yang terjadi dalam hidupnya ketika dia masih berusia 8tahun. Tengku Aryan-Seorang yang digilai oleh semua pelajar perempuan walaupun sikapnya yang dingin,kasar,garang seperti singa,kacak,ketua pengawas yang tegas dan merupakan anak kepada Tengku Balqis iaitu pengetua di Kingdoll Highschool.Akibat sikap garangnya yang macam singa ramai pelajar perempuan yang cuba mendekattinya habis dimaki hamun dan ada yang ditampar tanpa ada belas kasihan kerana dia tidak minat untuk bercinta akibat pernah ditinggalkan oleh bekas kekasihnya. Tapi apa jadi bila Aisy yang hati kering dan penyabar bertemu dengan Aryan yang garang mengalahkan singa dan kasar.Lebih lebih lagi mereka dipaksa khawin diusia yang muda iaitu 17tahun.Apakah akan wujud perasaan cinta antara satu sama lain? ****** "Kalau bukan sebab Mummy paksa aku suruh khawin dengan kau!..ingat aku nak sangat ke ngan kau BETINA!!!"Tengking Aryan.. "Jadi?..kau nak aku buat apa?..menangis,meraung macam drama melayu tv3..kalau kau taknak khawin dengan aku,cari jelah perempuan lain gantikan aku..takkan takda GF kot,rupa boleh tahan..Ke..kau..GAY?"Perli Aisy dengan wajah yang tenang lalu melemparkan senyumman sinis ke arah Aryan... ****** AMARAN 18 TAHUN KEBAWAH TAK DIBENARKAN UNTUK BACA!!!!!!

Nazri_Nabila · 青春言情
分數不夠
17 Chs

BAB 9

-BAB 8-"I miss u TENGKU ARJUNA.."Kata Aisy perlahan sambil melihat gelang di pergelangan tangannya,masuk ni sudah 11tahun dia memakai gelang tersebut..-BAB 8-

*******

Aku tersedar dari tido bila merasakan ada seseorang meniup telinga sebelah kananku.Mesti Aryan ni sebab dalam kelas dia yang duduk sebelah kanan aku.

"Aryan kau nak ap-"Kata kataku terhenti bila aku melihat orang yang meniup telinga aku bukannya Aryan,tapi seorang lelaki yang aku tidak kenal.

Aku yang terkejut terus melihat sekeliling kosong.Aku melihat jam di pergelangan tanganku sudah menunjukkan pukul 2:00 petang,dan macam biasa Aryan tinggalkan aku lagi.Aku mengeluh lalu melihat semula lelaki yang berada di sebelah aku.Daritadi dia hanya tersenyum sahaja memandang aku.Aku melihat dia dari atas sampai ke bawah.Hensem..Rambutnya yang berwarna light brown seperti aku,anak matanya yang berwarna biru cair sama seperti aku cuma aku sedikit pekat dan memiliki kulit putih seperti anak mat salleh.Entah kenapa aku merasakan satu perasaan yang pelik bila melihat cara senyuman dan pandanganya ke arah aku seakan akan mengingatkan aku pada seseorang,seseorang yang aku sangat rindu,dan iya aku baru sedar akan perasaan aku iaitu Rindu..Argh! perasaan kau je ni,dia bukan orang yang kau maksudkan..

"Dah puas tengok saya..saya tahu saya hensem.."Kata lelaki itu sambil menyilangkan kaki dan tangannya dengan gaya berlagak.

What!..

Aku menjulingkan mataku ke atas.. perasan!

"Kau siapa and asal tak balik lagi.."Tanyaku dingin.

"Saya pelajar baru and saya tak balik lagi sebab saya tengok Kak Aisy tak balik lagi,jadi saya tunggu lah sampai Kak Aisy bangun.."

"Owh...Eh!..JAP!!..Kau panggil aku apa!!..Kak Aisy?!..bila masa aku jadi Kakak kau and macam mana kau tahu nama aku Aisy!!??.."Terbutang mata aku bila lelaki ni panggil aku Kakak,padahal tengok muka macam sebaya je.

"Betul lah..lagi pon Kak Aisy tua setahun dari saya..and camne saya tahu nama Kak Aisy..sebab..tu kat name tag baju sekolah Kak Aisy.."Terang lelaki itu sambil memuncungkan mulut ke arah name tag baju sekolahku.

"Jadi kau form 4 lah tahun ni???"Tanyaku tidak percaya.Sebab dari gaya dia cam sebaya je dengan aku,kerana ketinggiannya yang lebih dari ku mungkin tingginya 178cm macam Aryan manakala aku 157cm.Aku tahu aku pendek :|..

"Ye...jadi boleh lah saya panggil Kak Aisy kan??"Kata lelaki itu sambil tersenyum menampakkan barisan giginya yang tersusun rapi.

"Errr.."Aku taktahu nak cakap apa..

"Alah..boleh lah..boleh lah..plsssssss.."Pujuk lelaki tu,sambil matanya dikelip beberapa kali.INGAT COMEL KE!!.

"Ha yelah yelah..."Kataku pasrah.

"Yay!..ok..nama saya TENGKU ARJUNA..Kak Aisy panggil Arjuna je takyah tengku tengku.."Kata Arjuna sambil tersenyum gembira.Apa yang gembira sangat pon taktahulah.

Entah kenapa melihat senyuman dia buatkan aku teringat kat adikku Arjuna..

"Yelah..dah gi balik.."Kataku sambil mengeluarkan buku teks di laci meja.

"Kak Aisy tak balik?"Tanya Arjuna.

"Nak balik lah ni..Arjuna gi lah balik dulu.."Entah kenapa aku merasa selesa bila Arjuna memanggil aku dengan gelaran Kak Aisy,walaupun aku tengok dia macam sebaya dengan aku,lebih lebih lagi dia ni lelaki kang orang ingat aku ada apa apa dengan dia.

"Kalau macam tu Kak Aisy balik dengan Arjuna lah..biar Arjuna hantar..lagi pon Arjuna bawak kereta.."Kata Arjuna.

Aku yang sedang memasukkan buku dalam beg terus memandang ke arahnya. "Kau bawak kereta??kau baru form 4 kan??".

"Yup..biarlah.."Kata Arjuna selamber sambil menjelir lidah ke arahku.

"Suka hati kau lah.."Balasku bersahaja,malas nak layan.

"Kak Aisy jangan lah panggil Arjuna dengan gelaran 'KAU' panggil lah 'ARJUNA' ke atau pon 'ADIK ' lagi lah Arjuna suka.."Kata Arjuna dengan nada manja.

Entah kenapa tengok gaya Arjuna sebijik macam adik aku,nama sama gaya pon sama anak mata dia pon sama macam Arjuna warna biru cerah,Argh tak mungkin dia orang yang sama.Mungkin kebertulan je kot.Tapi walau macam mana pon aku rasa selesa dengan Arjuna walaupun baru kenal tadi,dia macam pengubat rindu bagi aku yang rindu akan adikku Arjuna.Tiba tiba bibirku terukir senyuman melihat dia.

"Yelah..Kak Aisy panggil Arjuna jelah..lagi pon Arjuna tak nampak macam adik adik bagi Kak Aisy.."Kata ku sambil tergelak kecil.

"Hmm yelah..biasalah Arjuna kan dah matang sebab tu tak nampak macam budak budak.."Kata Arjuna sambil memuncungkan mulutnya tanda merajuk.

Aku hanya tergelak kecil mendengar kata kata Arjuna,lalu mengangkat beg sekolah untuk balik.

"Jadi..Kak Aisy setuju ye balik dengan Arjuna..setuju ye setuju ye plsssss.."Pujuk Arjuna sambil menggoyang goyangkan tanganku.

Aku mengukirkan senyuman melihat kelakuannya,melihat dia buat rindu aku pada adikku terubat.Dia betul betul sama macam adikku membuatkan aku selesa untuk mengganggap dia sebagai adikku.

"Yelah yelah..muka macho tapi manja..ini kalau budak perempuan lain tengok Arjuna camni terus kena gelak..dahlah dah jadi budak hot sekarangni.."Perliku..

"Yay!..dengan Kak Aisy je Arjuna manja..dengan dorang baru Arjuna acah acah macho..lagi pon Kak Aisy je Arjuna panggil Kakak..dengan pelajar form 5 lain Arjuna panggil 'Kau' 'Aku' je.."Terang Arjuna lalu berdiri dari duduknya.Mak Aihhh tinggi betul budak ni,macam ni aku nak panggil dia Adik?.Agaknya adik aku sekarangni mesti dia tinggi jugak dari aku, biasalah lelakikan.. dulu masa kecik perempuan lagi tinggi dari lelaki,sekarang bila dah naik sekolah menengah ni lelaki lagi tinggi dari perempuan.

"Tapi kenapa Arjuna panggil Kak Aisy sorang je Kakak.."Tanya ku sambil berjalan bersebelahan dengan Arjuna untuk pulang bersama sama.

"Saja je..lagi pon Arjuna selesa dengan Kak Aisy..ke Kak Aisy tak suka kalau Arjuna nak jadi adik Kak Aisy?.."Tanya Arjuna sambil memandang ke arah ku.

"Saje je Kak Aisy tanya..Kak Aisy pon selesa je dengan Arjuna sebab Arjuna sebijik macam adik Kak Aisy..cuma tu lah Arjuna kan budak hot..nanti apa kata perempuan lain..walaupun kita anggap hubungan kita macam adik beradik...tapi takut yang lain tu je anggap hubungan kita ni lain."Terangku.

"Alah biarlah..Arjuna tak kesah pon..janji Kak Aisy anggap Arjuna sebagai adik Kak Aisy pon Arjuna dah gembira sangat..."Kata Arjuna sambil tersenyum gembira.

"Kak Aisy ok je..terubat jugak rindu Kak Aisy pada adik Kak Aisy.."Kataku perlahan.Kak Aisy betul betul rindu adik..

Arjuna hanya diam dan tersenyum..

*******

Masuk sahaja didalam kereta AudiX milik Arjuna..

"Ermm..Arjuna ada kakak tak?"Tanya ku bila melihat Arjuna macam beria nak jadi adik aku.

"Ha!..Kak Aisy ada buat apa apa tak balik sekolah ni.."Tanya Arjuna tanpa membalas soalan yang ditanya oleh Aisy tadi.

"Takda kenapa?".Tanyaku.Lagi pon Mummy harini takda dekat rumah pergi jemput Tengku Iskandar iaitu suami Mummy merangkap Daddy angkat ku dekat airport.Aryan???lantak dia lah..dah lah tinggalkan aku lagi..takguna!.

"Kalau macam tu kita pergi makan nak??Arjuna berlanja..Lagipon Arjuna lapar lah.."Kata Arjuna dengan nada yang dimanjakan sambil menepuk perutnya.

Aku menggelengkan kepala tengok perangainya yang macam budak budak."Yelah.."Balasku tanda setuju.

"Yay!!.."Jerit Arjuna dengan gembira

-SKIP!

Selesai sahaja aku dan Arjuna makan,dia terus menghantar aku pulang ke rumah.

Teringat aku masa pergi makan dengan dia dekat MCD,masuk sahaja ke dalam semua mata yang berada di sana semua melihat ke arah kami berdua.Dorang ingat aku and Arjuna ni alien kot :|

"Ok..dah sampai.."Kata Arjuna memberhentikan keretanya di depan rumah Mummy.

"Tq..Arjuna sebab hantar Kak Aisy and berlanjan Kak Aisy makan.."

"Takdehal lah untuk Kak Aisy semua boleh..tq sebab teman Arjuna makan tadi.."Kata Arjuna sambil tersenyum gembira.

Melihat dia tersenyum membuatkan aku turut tersenyum,tanpa aku sedar aku menggosok kepalanya.

"Eh!..sorry Kak Aisy tak sengaja.."Kataku lantas mengalihkan tangan ku."Apa kau buat ni Aisy dia bukan adik kau lah"Bisikku dalam hati.

"Takpe Arjuna suka.."Kata Arjuna tersenyum sambil memegang tanganku dan meletak semula ke atas kepalanya.

Aku hanya tersenyum sambil menggelengkan kepala melihat perangainya,lalu aku menggosok perlahan rambut Arjuna.

"Adik..mana kau..Kak Aisy rindu Dik Juna.."Kataku dalam hati sambil tersenyum melihat Arjuna tersenyum,Mereka sangat mirip.

"Ok lah Kak Aisy nak masuk dalam.."Kataku sambil membukak pintu kereta untuk keluar.

Baru sahaja aku ingin melangkahkan kaki keluar,tiba tiba tanganku ditahan oleh Arjuna.

Aku menoleh dan memandang ke arahnya 'Apa?'.

"Nak no.."Kata Arjuna sambil tersengih.Ingat comel lah tu.

"Bak fon.."Kataku sambil menadah tangan.

"Nah".Arjuna meletakkan iphone 11 pro max.Anak orang kaya biasalah..

Aku terus menaip no fon aku dalam fon Arjuna.

"Dah.."Kataku lalu memulangkan semula fon Arjuna.Takkan nak bawak balik pulak hehe..

Arjuna mengambil semula fonnya dan menaip sesuatu.

"Tengok ni.."Kata Arjuna sambil menayangkan skrin fon ke arahku.

Terbutang mataku melihat Arjuna mengsave no ku dengan nama 'BidadariKu'.

"Gila.."Kataku lalu keluar dari kereta.

"Haha..bye Kak Aisy!!..jumpa kat sekolah esok!!"Jerit Arjuna sambil tersenyum gembira.

Aku hanya mengangkat tangan membuat tanda 'OK' lalu berjalan masuk ke rumah bila melihat Arjuna sudah bergerak pulang.

Baru sahaja aku melangkahkan kaki masuk kerumah tiba tiba aku mendengar suara orang berdehem.

"Ehem..ehem.."

Aku yang sedikit terkejut terus melihat ke berlakang.

"Aryan!??"Terkejut aku melihat Aryan sedang bersandar ke dinding di tepi pintu masuk dengan tangan yang disilang ke dada sambil memasang wajah dingin.

"Kau balik dengan siapa??Siapa lelaki tu?"Tanya Aryan dingin sambil matanya menatap tajam ke arahku.

"Ka..Kawan.."Kataku tergagap gagap.Dah kenapa pulak gagapni.

Aryan tersenyum sinis.

"Kawan ke pakwe?..kau tak payah nak tipu aku lah..kawan apa mesra semacam je.."Katanya dengan nada sinis.

"Betul lah..kawan..tapi kalau lebih dari kawan pon kenapa?tak boleh?.."Kataku kembali tenang.Dia nak sibuk kenapa.

"Dasar perempuan murahan!.."Tengking Aryan tidak puas hati.

Aku sedikit terkejut,bukan sebab ayat 'Perempuan murahan' tapi terkejut dengan tengkingannya.Aku ada salah cakap ke.

Aku menarik nafas dalam dalam dan hembus keluar sebelum mula bercakap.Nasib kesabaran aku ni tinggi,kalau tak dah lama makan penampar mamat ni.

"Untuk pengetahuan TENGKU ARYAN...saya bukanlah perempuan murahan,kalau betul saya perempuan murahan dah lama saya goda TENGKU ARYAN macam mana budak perempuan kat sekolah tu goda TENGKU.."Kataku dengan nada tenang sambil mengukirkan senyuman sambil perkatan Tengku Aryan saja ditekan kan..

"Pandai melawan kau sekarang!.."Katanya dengan nada bengang.

"Aku cakap benda betul..yang kau ni tak puas hati sangat ni kenapa.."Tanyaku dengan dingin.Ingat dia sorang je dingin,aku punya dingin dia tak taktahu lagi.

"Kau jangan kurang ajar dengan aku!..sedar sikit diri kau tu menumpang je dekat rumah ni!!.."Marah Aryan.

"YE!..Aku tahu aku menumpang!..tapi bukan bermakna kau boleh sakitkan hati aku macam aku ni takda perasaan!..aku ni manusia jugak ada hati dan perasaan!!jangan main sedap mulut je cakap aku bukan bukan macam aku takda hati dan perasaan!!..kalau bukan sebab Mummy yang amik aku jadi anak angkat,ingat aku hamak sangat ke nak duduk sini!!..kalau aku ada rumah lain dah lama aku berambus dari sini!! benci tengok muka kau!!.."Nada suaraku bertukar tinggi,entah kenapa kesabaranku mula menipis.Tak perlu kot nak ulang perkataan 'MENUMPANG" banyak kali,aku sedar aku siapa.

"KAU JANGAN MELAMPAU!!"Tengking Aryan.

"KAU TU JANGAN MELAMPAU!!"Tengking aku balik dekat Aryan.Ingat dia sorang je boleh tengking orang.

Lantas dia berjalan ke arahku dengan wajah bengang.Sampai di hadapanku dia dengan pantas menyambar bibirku.Terbutang mataku bila Aryan mencium bibirku.OH NO!!..MY FIRST KISS!!!.

Aku terus menolak badannya tapi malang tidak bergerak malah Aryan dengan pantas memeluk aku dengan tangan kanannya manakala tangan kirinya menahan kepala aku dari bergerak.Aryan terus mencium bibirku dengan kasar sehingga aku merasa sukar untuk bernafas,tiba tiba Aryan menggigit bibirku membuatkan mulut aku yang dari tadi tertutup rapat terus terbukak sedikit lalu Aryan terus memasukkan lidahnya ke dalam mulutku dan bermain main dengan lidahku,tanganku tak habis habis menolak dan memukul dadanya agar dia melepaskan aku tapi makin kuat pelukkannya..

BERSAMBUNG...