webnovel

DARAH TITIK DI SEMANTAN

shid0 · 历史
分數不夠
4 Chs

Mencari Penyelesaian

inSuatu hari, kira-kira dua minggu selepas Syres membina rumah pasung,aku dan Samad sampai lebih awal ke kubu kami di Lubuk Sengarat.Kami seronok mengintip perahu-perahu yang hilir mudik melalui lubuk itu.Waktu itu hari masih pagi.Setelah beberapa ketika kami duduk di situ, Awang Muhammad pun tiba

"Mana Rahman?" tanya Samad.

Awang Muhammad diam.

"Sakitkah dia?" soal Samad lagi.

"Dia ikut ayah saya pergi ke Johor," jelas Awang Muhammad.

"Ke Johor?" aku terkejut.

"Tengahari semalam Mat Kilau datang menemui ayah," jelas Awang Muhammad."Lama Mereka berbincang.Abang saya,Mat Lela dan Datuk Panglima Raja ikut berbincang.Tapi saya tidak tahu apa-apa yang dirundingkan itu. Cuma saya agak perkara itu sangat sulit sebab mereka berbincang di dalam bilik ayah. Lepas berbincang,Mat Kilau pun balik ke Pulau Tawar."

Aku mengangguk.

"Subuh tadi,apabila saya terbangun ayah tidak ada," jelas Awang Muhammad lagi."Kata emak, ayah ke hilir bersama Datuk Panglima Raja.Rahman juga ikut mereka."

"Mengapa tidak ikut Genting Bidai?" soal Samad pula.

"Kalau ikut Genting Bidai, terpaksa jalan kaki, jelas Awang Muhammad lagi."Tapi, kalau iku sungai lebih selesa.Mereka pula hilir dengan perahu kecil sahaja".

Aku diam.

"Apabila sampai ke Kuala Bera, mereka akan mudik sungai kecil itu sehingga ke Penarik," jelas Awang Muhammad."Dari Penarik,mereka berjalan kaki ke Hulu Muar.Kemudian,hilir Sungai Muar hingga ke kuala.Dari bandar muar, mereka akan menunpang kapal api hingga ke Johor Bahru."

Aku mengangguk.

"Apa halnya mereka pergi ke Johor?" Samad mengerutkan dahi.

Saya agak tentu sangat penting," jawabku pula ."Kalau tidak penting,tentu dia tidak mahu meninggalkan Semantan ini."

Samad mengangguk

"Sebelum perjanjian ditandatangani, Raja Johor ada menghantar utusan kepada Raja kita." jelas Awang Muhammad pula."Kerana desakanyalah Raja kita menurunkan tandatangan.Pemergian ayah ke sana,boleh jadi kerana mengadukan hal Inggeris itu kepada Raja disana."

"Boleh jadi begitu." kataku pula.

"Boleh jadi juga Datuk Bahaman hendak membeli senapang kopak di Singapura," jelas Samad pula."Kudengar disana banyak senapak kopak dan peluru dijual di pasar gelap."

"Itu pun boleh jadi juga."kataku lagi.

Masing-masing dibuai perasaan.

"Semasa Rahman tiada,kita mesti menukarkan cara kita mengawal," Samad mengusul kan.

"Bagaimana?" soal Awang Muhammad.

"Dulu kita berempat," jelas Samad."Kalau dua orang keluar meronda,dua orang lagi tinggal di dalam kubu.Tapi sekarang bagaimana?Siapa hendak mengawal kubu kalau seorang diri?Kalau ditangkap musuh dan dibenamkan ke dalam Lubuk Sengarat,tiada sesiapa pun yang tahu."

"Betul!" jawab Awang Muhammad."Tapi kalau seorang saja meronda,tak jadi juga."

"Itulah kita mesti cari penyelesaian,"kata Samad.

"Apa candangan awak?" soal Awang Muhammad.

"Awaklah katakan dulu," desak Samad.

"Kalau kita meronda,eloklah kita keluar bertiga," jelasku pula."Kalau tinggal didalam kubu,kita sama-sama tinggal,Berat sama dipikul,ringan sama dijinjing."

"setuju?" soal Samad sambil memandang Awang Muhammad.

Awang Muhammad memandang Samad.

"Saya setuju," sahut Samad

"Saya pun setuju balas Awang Muhammad.

Kemudian,kami bertiga ketawa bersama-sama.

"Kita semua setuju kerana semua orang takut berkawal seorang diri di pangkal merbau berdarah ini," jelas Samad."Kata orang,pokok merbau berdarah ada penunggu."

"Memang betul merbau berdarah ini ada penunggu," aku cuba menangkis."Bukankah kita bertiga ini penunggu di pangkal merbau berdarah ini?"

Kami ketawa lagi.

"Sebenarnya hantu itu ada didalam hati," kataku pula."Hantu dan syaitan itu sentiasa mempengaruhi manusia supaya berbuat jahat.Kata orang kalau kita menentang pengaruh syaitan itu,kita akan maju dan jaya.Terpulanglah kepada kita."

"Ah,saya main-main saja tadi!" Samad mengalah."Telah berberapa hari kita disini,tak pernah kita jumpa hantu.Saya percaya apa-apa yang dikatakan oleh Zahid itu.Hantu dan syaitan itu ada dalam hati kita.Tapi kalau kita tidak dapat dipengaruhinya,dia akan lari meninggalkan kita.Oleh itu,kita lawan perasaan malas,dengki,hasad dan besar diri."

Semasa kami berbual itu, Awang Muhammad diam sahaja.

"Eh,mengapa termenung sahaja, Awang?" usik Samad yang menyedari juga keadaan Awang Muhammad itu.

"Sebetulnya,saya sedang fikirkan gerakan kita disini semasa Rahman tiada."

Aku dan Samad diam.

"Saya fikir bergini," Usul Awang Muhammad lagi."Sebelah pagi,kita meronda ke segenap kampung.Kita melihat kubu kubu orang kampung yang berselerak di tebing-tebing sungai.Sebelah petang kita berkawal di kubu sahaja sehingga senja."

Samad mengangguk.

"Bagaimana kalau sekarang kita keluar meronda?"Awang Muhammad mengusulkan.

"Ke mana?"Soal Samad.

"Kita ke mempatih," Usulku pula."Disana ramai budak yang sebaya dengan kita.Kita lihat bagaimana persiapan mereka disana.Apabila melihat kita datang,tentu semangat mereka akan kuat juga.Dalam perjuangan kita mesti bersatu-padu.Kita mesti sama-sama kuat.Kalau kita saja menentang musuh,sedangkan orang lain tidak,tentu kita akan kalah juga."

"Betul kata Zahid," sokong Awang Muhammad."Saya tadi pun berfikir begitu.Itulah sebab saya termenung.Tapi Zahid sudah katakan demikian,kita ikut saja.Mari kita pergi!"

Kami bangun dan bergerak dari hujung.Kami terus ke jalan darat sedikit dan beriringan menuju ke Mempatih.

Apabila sampai ke belukar dusun durian orang disitu,kudengar bunyi riuh budak-budak.Kami pergi ke tempat itu.Kulihat Rahmad dan kawan-kawannya sendang bermain-main di dalam semak di situ.

"Hei,Zahid!"panggil Rahmad apabila melihat kami.Dia melompat-lompat kesukaan,lalu menghampiri kami.

Kemudian empat orang kawannya keluar dari semak itu.Mereka mengelilingi kami.

"Hendak main sama,zahid? soal Rahmad dengan rasa gembira.

"Main apa?"

"Sembunyi-sembunyi!"

Aku diam.

"Seronok!"jelas Rahmad lagi."Disana sini ada kubu orang.Kita main dicelah-celah kubu.Lepas main kita berjalan-jalan ke kubu orang.Kadang-kadang mereka memberi kami emping atau dodol.Seronok!"

"Rahmad!" kataku perlahan."Sekarang bukan zaman kita bermain-main lagi.Negeri kita dalam keadaan berjaga-jaga.Peperangan bila-bila masa sahaja boleh berlaku .Kita mesti mempersiapkan diri kita.Daripada bermain begini lebih baik kita berlatih bermain senjata ataupun berlatih membaling bambu runcing."

"Emak dan ayah kita tak akan membenarkan kita ikut berperang ,"Kawan rahmad menentang usulku.

"Saya tidak kata kamu mesti berperang," jelasku pula."Saya juga tidak minta kamu mesti berlatih sehingga menjadi kuat dan pandai bermain senjata macam Datuk Bahaman atau Mat Lela."

"Jadi ,apa maksud awak?" celah seorang lagi kawan Rahmad.

"Kalau negeri kita berperang dengan inggeris ,kita mesti tahu mempertahankan diri kita sendiri," jelasku pula ."Kalau tidak,kamu mahu jadi tukang masak mereka?"

Kulihat mereka diam dan mengangguk-angguk.

Sebelum masuk zuhur,kami pulang ke kubu kami di Lubuk Sengarat.Samad menyuruh aku memasak nasi.Dia sendiri membawa pancing dan turun di olak Lubuk itu.

Air sungai di olak Lubuk itu berpusing dan mudik ke sebelah hulu.Disitu banyak ikan.Samad memancing seketika.Tidak lama kemudian ,dia naik ke darat dan membawa seekor ikan kelar yang agak besar juga.

Tengah hari itu,kami makan nasi dengan ikan kelar anggota dibakar.Selepas makan,kami sembahyang zuhur berimanlah Awang Muhammad.Kemudian,kami berehat-rehat di dalam kubu.

Aku membelek-belek buku huruf Alif,ba,dan ta yang ditinggalkan oleh Rahman di dalam kubu itu .Samad pula terbaring,lalu bedengkur tidur.Awang Muhammad gelisah.Dia melihat-lihat ke bawah.

"Zahid," bisik Awang Muhammad sambil mencuit aku.

Aku memandang ke arah sungai ,Dua buah perah yang masing-masing dikayuh oleh empat orang melayu mudik arus di Lubuk itu.Di dalam perahu pertama ada seorang lelaki Inggeris yang memakai memakai pakaian seragam berwarna kuning.Dia bertopi keras dan memegang senapang.Dia diapit oleh tiga mata-mata inggeris yang semuanya memegang senapang.

Perahu kedua pula berisi empat orang mata-mata inggeris .Mereka juga siap sedia dengan senapang.

Awang Muhammad membangunkan Samad .Kami bertiga memerhatikan perahu itu.

"Kita serang mereka?" tanya Samad.

"Jangan!" balas Awang Muhammad."Kalau semuanya dapat kita bunuh tak ape.Tapi kalau ada nanti yang hidup atau melarikan diri,bala akan menimpa kita."

"Mereka tentu melaporkan serangan itu kepada yang lain" jelas Awang Muhammad lagi."Selepas itu, Inggeris akan datang dan menyerang Lubuk Terua ini."

"Bukankah kita sekarang sudah bersedia untuk berperang?"Samad tidak puas hati.

"Tapi ayahku tidak ada disini sekarang ,"kata Awang Muhammad lembut lembut."Saya takut nanti pertahanan kita muda sahaja dipatahkan oleh pihak musuh.Kata ayah kalau hanya untuk kalah lebih baik kita jangan berperang."

"Cakap awak betul,Awang."aku menyokong."Semantan ini,kalau tidak ada ayahmu,seperti anak ayam kehilangan ibu!"

Samad diam.

"Lagipun perkara ini mesti kita lapor kan kepada Tuk Muda Bidin dulu," jelas Awang Muhammad."Selain dia orang tua disini,dia menjadi wakil ayahku semasa ayah tidak ada di Lubuk Terua.Untuk menyelesaikan perkara besar begini,kita tidak boleh bertindak sendirian .Kita mesti mengikut perintah ketua.Kalau kita tidak mengikut perintah dan bertindak bersendirian.Kita akan kecundang!"

"Samad mengangguk."

Perahu itu terus mudik ke hulu.Kemudian kulihat kedua-duanya singgah di rumah pasung.

Orangnya naik ke darat.

Setelah pasti perahu itu singgah di rumah pasung Awang Awang Muhammad menyuruh aku pergi ke rumah Tuk Muda Bidin ."Perkara ini mesti dilaporkan kepadamya,"bisik Awang Muhammad.

Aku tidak menolak perintah yang diberikan oleh Awang Muhammad itu.Walaupun dia tidak dilantik menjadi ketua ,tetapi perintah Awang Muhammad jarang-jarang kami bantah.

Dari jauh kulihat pintu serambi rumah Tuk Muda Bidin ternganga luas .Aku membekan salam.Tuk Muda Bidin menjenguk dan mengajak aku naik.

Setelah menceritakan perihal perahu Inggeris dan mata-mata Inggeris mudik ke rumah pasung milik Awang Muhammad itu,kulihat Tuk Muda Bidin menarik nafas panjang.Kemudian dia menggetap-getap giginya.Aku tahu dia sangat marah.

"Datuk Bahaman tidak ada di Semantan," bisik Tuk Muda Bidin seolah-olah pada dirinya sendiri ."Sukar juga hendak membuat keput."

"Dia pergi kemana tuk?" soalku pura-pura tidak tahu.

"Dia pergi ke Johor kerana mencari penyelesaian di sana ," jelas Tuk Muda Bidin dengan suara perlahan .

Aku diam.

"Tak apalah ," kata Tuk Muda Bidin lagi,lalu bangun dan menukar pakaiannya.Tidak lama kemudian ,dia keluar memakai sepasang baju pahlawan dan berbengkung merah.Kepalanya dililit dengan kain merah juga.Sebilah keris panjang terselit di pinggangnya.

Dia turun ke halaman.Aku pulang ke kubuku di Lubuk Sengarat.Dia pula menuju ke sebelah hulu.Tidak lama kemudian dia pun hilang daripada pandangan ku . Kira-kira sejam kemudian Mat Lela dan Imam Perang Weh datang ke kubu kami di Lubuk Sengarat.

"Kamu agak, siapa lelaki Inggeris tu?"soal Imam Perang Weh membulatkan mata.

"Entahlah!"kata Awang Muhammad."Tapi dia bukan Syres.Umurnya lebih muda daripada Syres."Awang Muhammad Cuba meneka.

"Kalau dia bukan Syres,siapa?"Mat Lela mengerutkan dahi .

"Barangkali Owen!" sebut Mat Lela lagi."Malam tadi Mat kilau bercerita kepada kami tentang Owen.Owen ini masih muda dan berdarah panas.Dia angkuh seperti Syres juga."

"Mengapa dia datang kesini?"soal Imam Perang Weh.

"Kalau betul Inggeris itu Owen,tentu dia akan membanci penduduk disini,"kata Mat Lela lagi.

"Membanci?" Imam Perang Weh tidak faham.

"Membanci itu artinya menghitung penduduk di sini," jelas Mat Lela lagi."Inggeris mahu tahu jumlah orang yang tinggal dalam tiap-tiap kampung di negeri ini."

"Untuk apa?"Imam Perang Weh masih sangsi."Untuk pungut cukai kepala?" Jika demikan maksudnya,jangan kita biarkan mereka bergerak .Kita musnahkan mereka."

"Boleh jadi,"sebut Mat Lela pula."Boleh jadi juga mereka hendak menakut-nakutkan kita semua disini ."

"Mereka ini bahaya,"bisik Imam Perang Weh."Apabila mereka masuk ke kampung,mereka nanti akan terlihat kubu-kubu kita .Kalau rahsia kita telah diketahui,mudahlah mereka menyerang kita nanti."

Kami diam.

Aku dapat rasakan kalau Datuk Bahaman ada di Semantan sekarang,kami tak sebimbang ini.