webnovel

Aela Bazea - Trilogi Yang Pertama : Bermulanya Sebuah Kembara

作者: MF_Omar92
奇幻言情
連載 · 27.3K 流覽
  • 8 章
    內容
  • 評分
  • N/A
    鼎力相助
摘要

標籤
1 標籤
Chapter 1Pembukaan Hikayat Cerita Dari Seorang Penglipurlara

Jika kalian sangat bertuah untuk hidup salah satu waktu pada zaman itu, sudah pasti kalian akan mengetahui siapakah gerangan bernama Faneda, Osyphanova dan Daema yang sebenarnya. Tiga-tiga nama besar yang aku katakan kepada kalian tadi merupakan orang-orang penting yang pernah hidup pada waktu di zamannya. Empunya bagi ketiga-tiga nama itu di katakan pernah menguasai sepertiga dunia di bawah penguasaan mereka hanya di selangi zaman yang berbeza di antara mereka. Faneda di Era Rawda; Osyphanova pula di Era Zavphea manakala Daema pula di Era Howma. Satu masa dan ketika di mana pemerintahan berganti pemeritah di sebabkan oleh peperangan demi peperangan, rampasan kuasa dan bala bencana di sepanjang Fasa Pospa-Vaira yang huru-hara.

Di sebabkan oleh jasa serta kebaktian mereka yang sangat hebat terhadap agama, bangsa dan tanah air tercinta, nama mereka bertiga di abadikan dalam satu perenggan istimewa di lembaran Inskripta Prasisna yang berpanjang-panjang jela. Tetapi bukannya kisah agung mereka itu yang ingin aku sampaikan kepada kalian semua yang ada di sini.

Di berinya aku kesempatan di sini untuk menceritakan kepada kalian tentang Saga Darkozga, yang di karang oleh orang-orang tua sebagai tanda penghargaan kepada seorang tokoh yang berjaya memulakan legasi Pemerintahan Beraja Gora setelah di buang oleh rakyat dan kepimpinannya sendiri. Jadi, aku pintakan keizinan daripada kalian semua untuk aku memulakan pengisahan aku tentang hikayat itu secara langsung tanpa sebarang penangguhan.

Percayalah dengan sepenuh hati dan perasaan tentang segala penceritaanku ini, aku sangat yakin yang kalian pasti akan terhibur keriangan akhirnya setelah kalian mendengari hikayat yang aku ceritakan kepada kalian semua.

Bersambung...

你也許也喜歡

Aku Di Dunia Elf

Kerana dibenci oleh sahabat baiknya sendiri, dia terbunuh dalam satu misi yang dirancang. Aubree ialah seorang assasin dan juga seorang tentera dengan kemampuan ilmu bela diri yang sangat tinggi dan sukar untuk dikalahkan. Kerana iri hati dengan kelebihan Aubree, Lucy yang sudah menjadi sahabat baik kepada Aubree sejak dari kecil sanggup berkomplot dengan musuh mereka untuk membunuh Aubree. Aubree terlahir kembali di sebuah dunia lain, dunia yang tidak pernah Aubree lihat. Dia terlahir semula di sebuah dunia yang dipanggil Dunia Elf. Dunia Elf? Siapa yang menyangka yang dia akan terlahir semula di badan seorang elf perempuan yang mempunyai nama yang sama dengan dia. Bezanya, elf perempuan ini adalah seorang yang lembap, bodoh dan sangat lemah. Di Dunia Elf, mereka memiliki elemen-elemen dunia dan ilmu bela diri. Elf paling lemah hanya mampu melakukan beberapa jenis ilmu bela diri tanpa elemen mereka... Tapi apa hal pula Elf yang satu ini tiada elemen dunia dan tiada ilmu bela diri. Aubree yang sangat mementingkan ilmu bela diri demi keselamatan diri, menjadi pening dengan badan baru ini. Badan baru ini sangat lemah, sangat-sangat lemah sehingga dia tidak mampu melakukan kerja lain selain menjadi pembantu rumah biasa... Dan pemilik sebelum ini meninggal hanya kerana tertelan roti---Tunggu, apa? Dunia, apa dah jadi? Memandangkan Aubree yang memiliki tubuh ini sekarang, dia berjanji kepada pemilik sebenar yang dia akan meneruskan hidup dan menukarkan sejarah kehidupan yang menyedihkan.

bbeatyybrr · 奇幻言情
5.0
93 Chs

評分

  • 全部評分
  • 寫作品質
  • 更新穩定度
  • 故事發展
  • 人物形象設計
  • 世界背景
評論
哇! 如果您現在填寫評論,您將會是第一個評論的人!

鼎力相助