webnovel

lelaki familiar

Hari ini aku dan sepupu aku pergi berkelah. Lagipun hari ini hari cuti. Kami berkelah di Pantai Damai, Kuching.

Aku memakai dress berwarna merah dan topi yang diperbuat daripada kayu rotan dengan ribbon merah yang terikat di tepi-tepi tali.

Saatnya kami pun tiba di Pantai Damai,

Aku sungguh kagum dan dapat menghirup udara yang segar.

"Wah, cantiknya Pantai ni" ujar aku

Tiba-tiba, mata aku tertumpu kepada seorang lelaki yang familiar bagi aku. Aku menghampiri lelaki tersebut.

Semakin dekat aku hampiri, semakin aku kenal. Rupa-rupanya Jeremie pun ada di sini? Aku memandang Jeremie dengan lama. Dia memakai baju berwarna biru dan seluar jeans.

Jeremie sungguh tampan apabila dia memakai baju lain selain baju sekolah. disertai tiupan angin di pantai yang sungguh kuat membuat hatiku semakin berdebar seperti melihat cahaya Ilahi.

Ada sesuatu yang membuat senyuman aku terus kekal dan jantung aku berdebar. Ia membuat aku bertanya-tanya mengapa boleh jadi seperti ini?

Aku berlari ke arah Jeremie dan menjerit nama Jeremie,

"Jeremie"

Jeremie menoleh ke arah aku,

"Hai Ella. Kebetulan pula"

Apabila aku mendekati Jeremie, aku terus memeluknya

"Emm.. Ya, aku pun ingat tadi orang lain. Kau dengan siapa" aku bertanya kepada Jeremie sambil memeluk dia. Tidak disangka, aku akan malu kerana secara tiba-tiba memeluk dia tapi dia membalas pelukan aku dengan pelukan yang hangat. Selama ini aku tak pernah merasa pelukan yang sehangat ini.

"Jeremie"

"Ye, Ella? "

"Aku tak pernah dipeluk oleh sesiapa sebelum ni dan tak sangka pelukan boleh jadi sehangat ni"

"Baiklah.disebabkan kau, kita perlu lama sikit berpeluk macam ni"

Beberapa minit kemudian,

Kami berhanti berpelukan.

"Jeremie, kenapa awak sudi jadi kawan saya? "

"Sebab saya nak tahu maksud dari sahabat itu apa? "

"Awak tak pernah ada sahabat ke? "

"Ye"

"Ouhh.. Ye Ella, awak cakap awak tak pernah peluk sesiapapun termasuk keluarga awak? "

"Ye. Disebabkan anak pertama, aku perlu menjadi tulang punggung keluarga. Aku perlu bekerja keras siang dan malam semasa cuti sekolah. Tapi mereka tak pernah hargai aku dan anggap aku sebagai ahli keluarga mereka. Mereka cuma nak duit! Duit! Duit! "Cerita aku sambil menangis

" Ella? Kau okey? Sorry tau tanya? Aku janji sebagai kawan kau, aku akan bahagiakan kau"

Jeremie memeluk aku lagi tapi kali ini dia memeluk aku drngan penuh kasih sayang dan aku rasa selesa bila dengan dia. Aku terharu dengan kata-kata dia.

Aku memeluk Jeremie sambil menangis dengan sedikit titisan air mata terharu dan sedih.

"Ella, ada lagi ke? Benda yang kau nak luahkan? "

"Tak ada"

"Ouhh.. Ya. Jom kita makan kat kedai Cafesweet"

"Jom"

Tibanya aku dan Jeremie di Cafesweet,

Aku dan Jeremie mencari tempat duduk. Sepupu aku nak balik rumah terlebih dahulu. Jeremie duduk di kerusi hadapan dan menghadap aku.

"Kau nak order apa? " tanya aku

"Maybe.nuts cake. Kau nak sekali ke ? "

"Tak apa. Aku mungkin chocolate cake. Kau tak marahkan? "

"Ouhh.. Lupa pula kau alahn dengan kacang . Sorry ye"

"Tak apa. It's okey"

"Lain kali aku akan lebih berhati-hati"

Aku mengangguk dan rasa terharu kerana aku ingat bahawa tiada sesiapa lagi yang tak peduli dengan aku.

Aku senyum dan mengeluarkan air mata bahagia

"Kenapa ni? Awak okey? "Tanya Jeremie

Jeremie duduk di sisi aku dan memujuk aku supaya aku berhenti menangis dan bergembira

" Ella, i promise kalau kau dengan aku, kau takkan pernah menangis lagi" kata Jeremie

"Tak.aku terharu sebab tak pernah ada orang yang cakap macam tu"

Makanan pun tiba,

"Here's your order miss and mister"

"Thank you"

"Ella, awak nak saya suapkan tak? "

Ehh.. Tiba dia pakai awak dan saya

"Tak apalah Jeremie"

Jeremie menggelengkan kepalanya dan memotong sedikit kek aku dan menyuap aku. Tetapi dia memakai sudunya untuk menyuap aku. Jeremie seolah-olah seperti biasa sahaja. Dia memakai sudu yang digunakan tadi untuk menyuap aku

"Jeremie, pakailah sudu aku. Mana mungkinlah dah pakai bekas orang kan? "

Aku mengambil sudu tersebut dengan pantas dan mengangkat sedikit ke atas. Namun Jeremie mendekati muka aku dan mukanya.

"Ella, why? Kita kawan kan? Cuba baca alkitab ni. Amsal 17:17 (TB) Seorang sahabat menaruh kasih setiap waktu, dan menjadi seorang saudara dalam kesukaran".

"Yeah.but kau tahu kan? Aku bukan dalam kesukaran"

"Kau makan dalam keadaan sedih. Jadi itu bukan kesukaran? "

'Kenapalah muka dia dekat sangat ni. Apalah yang dia nak dari aku? Aku takut tau. Tapi dia ni yang makin berani nampaknya' kata aku dalam hati

"Sweetie, can I call you that? " ucap Jeremie lalu mengambil sudunya di tangan aku dengan lembut.

"Sorry.tapi aku tak selesa"

Kami sambung makan kek masing-masing. Aku melihat dia menggunakan sudu yang ada bekas aku. Aku malu. Apa aku nak buat. Tengoklah nanti, aku akan balas dendam.. Tapi takut.

Selesai makan,

"Ella, kau balik terus ke? "

"Entahlah.menginap mungkin? "

"Kat mana? "

"Maybe rumah kawan? "

"Ouhh.. Dah kawan ye"

"Tak.gurau."

Kali ini, aku cuba bercakap secara berbisik dan ingin membuat Jeremie terkejut

"Ho.. Tel? "Bisik aku

Jeremie kelihatan terkejut dan menelan air liur. Ia dapat dilihat hanya dari halkum Jeremie

" Ella, dengan siapa? "

Aku akan cuba buat dia terkejut dengan cara berbisik

"Maybe, awak? "

"Hah?! "

"Hahaha.. Gurau je. Takdelah. Lepasni saya balik rumahlah"

"Rumah dengan keluarga ke sendiri? "

"Sendiri"

"Ouhh.. "

"Bye"

"Bye"

Aku menaiki kereta dan pergi meninggalkan Jeremie. Sementara Jeremie menuju kepada keretanya sendiri.

Aku sedikit takut, malu dan gembira. Takut sebab dia malu. Malu sebab cakap benda tu. Gembira sebab dah balas dendam. Harap dia tak ambil hati.

Sementara itu, Jeremie

Jeremie masuk ke dalam kereta lalu menjilat bibirnya dan senyum. Dia seolah-olah bahagia dengan hal yang terjadi hari ini. Sedangkan Ella pula menanggung segala rasa yang dihadapi oleh dirinya hari ni.

下一章