SETELAH satu jam Sagara menunggu, akhirnya Rasha dan Amanda muncul di depan dewan kuliah utama mereka. Disana juga ada Iefan, Mahesa dan juga Argion. Rancangan mereka setelah mengambil haiwan comel itu, mereka ingin berjalan di pasar malam Sindhu. Cari makan.
"Lama nunggu?" Soal Amanda, saja berbasa basi.
"Ga kok. Ya udah, ayo. Manda sama Rasha numpang abang sama kak Iefan. Mahesa bareng Gio." Sagara mengatur mereka sebelum memulakan perjalanan. Sagara sudah memesan awal kepada Amanda untuk tidak membawa kereta sendiri.
Setelah sampai di pusat 'adoption' kucing, hanya Sagara, Rasha dan Mahesa yang turun dari kereta. Mata Rasha menjadi rambang melihat kucing-kucing yang comel itu. Rasa seperti mahu mengambil semuanya. Setelah hampir 10 minit memilih, akhirnya Rasha memilih seekor kucing putih, betina, baka Munchkin.
Mahesa tiba tiba ketawa kecil setelah memillih kucing itu. "Lucu deh, kayak kamu. Putih, pendek."
"Hey! Tak baik lah kak Esa." Rasha memukul lembut bahu Mahesa. Wajah Sagara sedikit berubah. Cemburu mungkin? Kemudian Rasha menuju ke kaunter untuk mendaftar pengambilan kucing itu.
"Kucingnya mau dinamain apa kak?" Tanya pekerja yang sedang membantu pendaftaran. Tidak tahu mahu menamakan kucingnya, Rasha meminta bantuan dari Sagara dan Mahesa. "Abang, kak Esa, rasa-rasa nama apa yang sesuai?"
Sagara menggaru kepalanya. "Ermm, Rara aja."
"Rara? Gimana kalau Hera?" Mahesa pula memberi pendapat.
Rasha makin bingung. Dia memandang muka pekerja itu tadi dan pekerja itu senyum. "Gimana kalau gabungin aja namanya? Pasti lucu. Sahera, contohnya."
"GA!" Serentak Sagara dan Mahesa menjawab cadangan pekerja itu. Mereka saling menjeling satu sama lain. Rasha mengeluh. Makin binggung!
"Dikasi nama Tyara aja. Cocok putih, kayak mutiara. Ga usah nama lain." Lanjut Sagara dan Rasha bersetuju. "Ok no more other suggestion!"
***
SEMINGGU berlalu, mereka semakin sibuk dengan tugas masing-masing. Petang itu, Rasha dan Amanda menuju ke sebuah kafe berdekatan dengan kampus mereka. Mereka sudah berjanji dengan beberapa orang lagi kawan sekelas mereka untuk mengerjakan kerja kumpulan. Akhirnya, setelah satu jam mereka pun selesai berbicang dan berbahagi tugas. Kawan-kawan mereka yang lain terus beransur pulang manakala mereka berdua masih duduk di kafe, bercerita.
Tidak lama, Lydia tiba-tiba mendatangi mereka dengan muka yang marah. Dan tiba-tiba menyiram air ke Rasha. Untung saja, tidak terkena keseluruh badan Rasha. Tidak menunggu lama, Amanda menampar Lydia. "AMANDA?! WTF?!" Teriaknya seperti orang histeria.
"Masalah lo apa? Tiba tiba banget ganggu temen gue?! Monyet lo?!" Sergah Amanda dengana nada keras. Rasha menarik tangan Amanda, cuba menenangkan Amanda.
Lydia berdecak. "Ck! Asal lo tau ya, temen kesayangan lo ini udah gangguin hubungan gue sama Dani. Mantan ya mantan. Ga usah di ganggu!"
Muka Rasha berubah kehairanan. Sejak bila pula dia ganggu Danial? Seingat dia, kali terakhir berjumpa dengan Danial ketika di lapangan terbang tempoh hari. "What do you mean, Lydia?"
"Alah! Ga usah pura-pura ya lo! Dani udah cerita ke gue soal di bandara. Lo goda-godain dia terus play victim. Terus nyuruh Sagara dan temennya support lo, kan?"
"Gue bilang lo bego ga salah kan? Soalnya memang asli bego. Percaya banget sama cowo lo yang ani ani itu." Balas Amanda geram. Yang sebenarnya 'play victim' siapa? Tiba-tiba saja menuduh orang lain yang play victim.
Lydia yang semakin geram menarik rambut Amanda. "Eh lo jangan kurang ajar ya ke gue! Gue itu masih kakak sepupu lo!" melihat keadaan itu, Rasha menarik tangan Lydia untuk melepaskan rambut Amanda. "Lydia, Lepas!" Herdiknya kuat.
"Berani lo teriakin gue?!" Lydia melepaskan tangannya kemudian mengangkat kembali ingin menampar Rasa. Tapi belum sempat tangannya sampai sudah ditahan oleh Sagara yang entah tiba-tiba muncul dari mana. "Lydia, stop!"
Suara Sagara kedengaran lain. Marah dan tegas dalam masa yang sama. "Udah Lydia. Ini pertama dan terakhir ya. Gue liat lo ganggu Amanda dan Rasha lagi, gue laporin ulah lo sama oma. Lo tau kan oma orangnya gimana?" Mendengar ugutan Sagara, Lydia terus keluar dari kafe itu dengan perasaan marah yang makin meluap.
"Kamu ga pa-pa Manda? Rasha?" Mereka berdua hanya mengangguk. Terkejut sebenarnya, tiba-tiba diserang tanpa tahu punca. Sagara meminta mereka berdua mengemas barang mereka, dan kemudian dihantarlah mereka berdua kerumah. Kereta Amanda pula dibawa oleh Iefan.
***
MALAM setelah kejadian, Sagara meminta Rasha untuk keluar duduk di bangku depan rumah. Rasha hanya menuruti. Mereka berdua duduk disana, hanya diam dan tidak lama Rasha tiba tiba menangis. Sagara hanya membiarkan sehinggalah Rasha sedikit tenang.
"Udah nangisnya?" Tanya Sagara, lembut. Rasha menangguk. Dia tidak tahu kenapa dia boleh menangis didepan Sagara. Rasa malu pun ada. "Rasha, aku senang kamu mau nangis di depan aku. Itu artinya kamu nyaman sama aku. Tapi bukan berarti aku mau kamu sentiasa nangis ya."
Rasha senyum. Peka sekali. "Abang, boleh tanya tak?" Sagara menangguk dengan senyuman manisnya. Kemudian Rasha menyambung, "Kenapa abang bagi nama Tyara as Tyara?"
Sagara ketawa. "Tya itu dari Aditya nama depan aku. Ra dari nama kamu Rasha Humaira. Terus aku selalu dengar kamu panggil Tyara dengan panggilan Tya aja. Aku suka." Jawabnya jujur.
"Lah, tiber…"
"Kok tiber?"
"Ye lah! Kalau ikut logik, Rasha mamanya. Tapi abang bukan papa dia. Mana boleh gabung-gabung nama." Pertama kali Rasha menjawab Sagara panjang lebar. Sebelum ini, jika satu ditanay Sagara, satulah dijawabnya. Ya, memang benar. Dia sudah selesa bersama Sagara.
Sagara ketawa mendengar coleteh Rasha. Senang. "Ya ga pa-pa lah! Eh, by the way. Maaf ya kalau aku nanya. Emang habis dibandara kemarin kamu ada ketemu lagi sama Dani?"
Rasha mengeluh malas mengingat kejadian tadi tapi, dia juga mahu tahu alasan kenapa Lydia tiba-toab menyerang dia. Tidak mungkin hanya kerana mereka berembung di lapangan terbang kan? "Tak ada. Lepas di airport, seminggu ni memang taka da lansung terserempak dengan lelaki tu. Nombor dia, semua account media social dia pun Rasha dah block. There is no way to communicate with him."
"Hm… Aneh banget." Sagara mengeluh. Dia sebenarnya risau jika Lydia semakin menjadi.
"Nah! Buat kamu." Mahesa yang tiba tiba datang menghulurkan segelas smoothie kepada Rasha. Kedua manusia yang sudah lama duduk disana Nampak terkejut. \
"Loh, lo tiba-tiba banget. Kaget tau ga?" Ujar Sagara.
"Ya maaf. Ini buat lo Gar. Chocolatenya habis, jadi gue order matcha aja buat lo." Tanpa dijemput, Mahesa terus duduk di sebelah Rasha. Jadi posisinya, Rasha ditengah mereka berdua. "Sha, kamu ga apa-apa?" Sambung Mahesa.
Rasha hanya mengangguk sambil mencicip smoothie yang dibawa Mahesa. Tahu tahu saja dia perlukan benda yang manis pada saat itu. Perisa strawberry pula tu! Kegemaran Rasha. "Terima kasih, kak Esa." Ucapnya sambil senyum.
***
DANIAL yang sedang berbaris untuk membeli makanan tiba-tiba ditarik oleh Mahesa. Mahrsa membawa Danial ke sebuah bilik kelas yang sedang tidak digunakan. Disana Sagar, Gio dan Iefan sedang menunggu.
Sampai saja disana, Sagara terus melayangkan satu tumbukan tepat dimuka Danial. Danial terduduk. "Apa masalah korang ni?!" Tengkingnya. "Kita ga punya masalah. Lo dan cewe lo yang bermasalah." Ujar Mahesa sambil menarik kolar baju Danial. "Bukannya gue udah pernah bilang ya, jangan ganggu Rasha? Kok makin malah diganggu? Lo suka diginiin? Hah?!" Sambung Mahesa.
Sagara mendengus. Dia menarik kolar baju Danial, terlepas dari tangan Mahesa. "Lo dan cewe lo udah ganggu Rasha sekaligus Amanda. Ini yang terakhir. Kalau Lydia ataupun lo sendiri yang masih gangguin dia, gue ga akan tinggal diam. Gue ancurin hidup lo berdua satu satu. Bilang ke cewe lo yang menye menye itu, gue Sagara. Gue bisa lakukan apa aja yang gue mau!"
Dia melepaskan Danial dengan kasar dan kemudian berlalu pergi. Berharap setelah ini tiada lagi gangguan yang dilakukan pasangan sejoli itu. Keluar dari kelas itu mereka tiba-tiba bertembung dengan Amanda dan Rasha. "Loh, kok kalian di sini? Ga mungkin nyasarkan?" Soal Amanda yang kebingungan.
"Erm! Kalin uda abis kelas kan? Ayo makan diluar." Ujar Sagara dan dengan cepat menarik tangan adiknya itu berlalu pergi dari kawasan itu. Tidak mahu apa yang mereka lakukan diketahui oleh dua wanita itu. Rasha hanya mengikuti mereka, tidak berkata apa-apa.
"Ini kita mau makan dimana?" Tanya Amanda.
"Ga tau. Hehe…" Sagara tersenyum membuat muka tak bersalah. Dia yang mengajak, dia pula yang tidak tahu. Tindakannya tadi hanya spontan.
"Kalau macam tu, kita balik rumah saja lah. Rasha masak." Ajak Rasha. sebenarnya tadi sebelum ke kelas, dia sudah mengeluarkan ayam dari freezer. Sayang kalau ayam itu tidak digunakan.
"Setuju, soalnya tadi Amanda sama Rasha udah janjian mau makan dirumah aja. Kalian join aja." Sambung Amanda.
"Emang kamu bisa masak? Bukannya bibi ART ya masakin kamu biarpun itu cuman mee instant." Iefan mengusik. Dan ya, tangan Amanda terus hinggap di belakang Iefan. Muka nya berubah masam. Ditambah lagi dengan bunyi ketawa Sagara dan rakannya yang lain.