webnovel

Episode 100 : Mengenakan

Alfareeze berdiri dengan tangan bersilang di dada sambil sandarkan punggung ke meja kerjanya. Memandang Darra dengan muka serius. Sambil dia berkira-kira apa yang hendak dilakukan dengan Darra, jarinya mengetuk-ngetuk lengan yang silang bersama.

Patut ke dia bawa Darra bersama terus balik ke Coravia terus?

Atau kenakan kekasihnya ini sebagai pengajaran.

          "Cakaplah..kenapa senyap??"tegurnya selepas mereka berdua senyap untuk beberapa minit sejak tadi.

Darra duduk di atas katil menghadap Alfareeze. Dia tidak berkedip dari membalas renungan Alfareeze. Kalau bukan kerana kepala dia sedang pening, sudah lama penampar hinggap di pipi itu.

           "Kenapa kau buat-buat tak kenal aku?Adakah kau benar-benar dah lupakan aku?"tanya Darra.

           "Aku sengaja buat macam tu.."

           "Apa?Sengaja?Kenapa?Untuk apa kau sengaja pura-pura tak kenal aku?"

            "Untuk apa?Kau serius tanya soalan tu?"Alfareeze berdengus tak percaya. "Darra, kau sedar tak dalam situasi sekarang ni siapa yang patut salahkan siapa?"

             Darra pandang dengan mata terbutang luas kerana terkejut."Kau-"

             "Kenapa kau lakukannya Darra?" Alfareeze terus potong kata Darra."Susah sangat ke untuk kau tunggu aku sekejap?Perlu ke kau pergi tinggalkan aku selepas apa yang kau katakan pada aku?Aku dah merayu pada kau...stay di sisi aku..sebaliknya aapa yang aku dapat?"dia aju tangannya ke kanan dengan marah. "Kau tanya aku kenapa...ya sudah tentu la aku akan berpura-pura tak kenal kau lepas kau buat aku macam ni...takkan nak aku melompat gembira lepas jumpa kau pulak..."

Dengusan kasar lepas dari Darra kerana dia ikut marah kerana luahan itu.

             "Aku pergi tak beritahu sebab kau sendiri cakap kau akan halang aku kan. Kau cakap dengan serius macam tu mana aku berani nak beritahu hal sebenar...kau tahunya nak marahkan aku...cuba la kau fikir sikit Alfa...itu ayah aku. Ahli keluarga aku. Kalau kau suruh aku buat pilihan, aku masih akan tetap pilih ayah aku.."luahnya begitu berang.

Alfareeze menarik sengih mengejek.

            "Dan jawapan aku adalah sentiasa   engkau!"bentak Alfareeze berdiri tegak dari sandarnya di meja itu. "Kau berilah aku pilihan apa saja, dan ianya akan sentiasa kau Darra!Berapa kali kau kecewakan aku!?Berapa kali kau khianati perasaan aku?Pernah sekali aku putus asa?!Tak!Kau aje yang cepat putus asa pada aku!"

Melompat terkejut Darra di katil tu. Matanya terkedip secara refleks.

              "Tiga tahun aku hilang kewarasan semata cuba hendak menemui kau! Ada kau tanya?Ada kau tanya khabar aku?Ada kau tanya apa perasaan aku lepas kau pergi macam tu aje!?Ada!?Tak ada kan? Balik-balik dengan kepala angin kau yang tak menentu tu!Macam tadi...kau datang-datang nak marahkan aku sebab aku buat tak tahu siapa kau?Siapa yang salah sekarang ni!?"marah Alfareeze dengan kening berkerut. Dia tiada niat hendak tinggikan suara, tapi dia rasa macam tak adil la kalau dirinya aje yang dimarahi.

              Tercebik bibir Darra kerananya. Dia berkerut kening sebelum berkata. "Ya!Aku mengaku aku bersalah dekat sini. Tapi kalau kau bencikan aku sekalipun jangan lah kau sampai hati nak kenankan aku pada orang lain..."beritahunya tercebik-cebik nak menangis. "Aku pun ada hati perasaan jugak.."

              Alfareeze berdengus tak percaya. Dia     mencekak pinggang sebelum pandang sekitar khemah sebelum pandang ke Darra. "Kau merepek apa ni?Aku?Jodohkan kau pada orang lain?"

Air mata menitis turun ke pipi blushing Darra. Bibirnya yang kering menggeletar sebak.

              "Yalah!Kau rasa sebab apa aku datang sini...bergaduh dengan kau tanpa sebab!?kau boleh je datang temui aku...dan aku akan ikhlas minta maaf pada kau...tapi sebaliknya kau balas dendam pada aku dengan cara ni...siapa aje yang tak marah kalau lelaki yang di suka cari dia semata nak suruh berkahwin dengan orang lain..."

Tergamam Alfareeze dibuatnya.

Dari mana pulak Darra dengar semua ni?Celah mana dia suruh Darra berkahwin dengan orang lain?Alfareeze turunkan tangannya ke bawah sebelum berjalan ke arah katil dan melutut sebelah kaki di hadapan Darra.

             "Siapa yang beritahu kau?"dongaknya ke muka blushing Darra.

             "Semua orang...ayah aku...Raja Aryyan..Putera Malik...dia orang beritahu aku kena kahwin sebab kau pilih aku untuk dijodohkan dengan Raja Coravia demi menyelesaikan isu perebutan kuasa antara dua negeri kau orang ni..."kening Darra berkerut-kerut hingga merah dibuatnya. Dia pula yang dibentak! Sampai hati!

Hah?

Hujung bibir Alfareeze terjungkit.

             "Dia orang cakap macam tu?Yang kau akan berkahwin dengan Raja Coravia?"tanya Alfareeze sedaya upaya hendak mengawal diri dari ketawa. Salah faham betul Darra ni.

              "Itu-"

Terdiam Darra. Dia pandang muka berjambang tiga suku Alfareeze dengan bingung. Tak adalah dia orang cakap macam tu...dia orang cuma beritahu dia hanya akan berkahwin saja. Tak cakap pula dengan siapa.

Alfareeze tepuk dahinya tak percaya.

Alahai...apa la nak dibuat dengan Darra ni!

Tidak semena dia terduduk di situ dengan sebelah kaki ditegakkan.

            "Darra...Darra..."ucapnya sambil mengusap perlahan dahinya. Buat dia terkejut aje la! Ini mesti sebab Darra tak cuba dengar betul-betul. Memang dia suruh Darra berkahwin. Tapi bukan dengan Raja Coravia. Sebaliknya bersama dengan dia. "Sebab itu kau marahkan aku?"

            "Habis tu kau fikir aku buat apa dekat sini yang sepatutnya minta maaf tapi sebaliknya bergaduh dengan kau?"

Masih duduk dengan kaki tegak sebelah, Alfareeze sikukan tangan kiri di atas lutut sebelum menopang bawah rahangnya untuk pandang Darra.

           "Kalau kau tak nak berkahwin dengan Raja Coravia..kau nak berkahwin dengan siapa pulak?"Alfareeze cuba hendak mengenakan Darra. Patut ke dia biarkan dulu tanpa memberitahu Darra siapa yang Darra akan kahwini nanti?

Darra menggigit bawah bibir kerana geram. Ditanya lagi!Tak dengar dia membebel tadi!? Tanpa sengaja matanya terarah pada tulang selangka Alfareeze dimana seutas rantai tergantung. Cincin silver yang berada di dada terdedah itu buatkan dia teragak-agak hendak menjawab.

           "Dengan siapa Darra?"tanya Alfareeze lagi.

          "Dengan kau la...dengan siapa lagi!"jawab Darra marah-marah hendak menangisnya. Dah dia tengah frust...bolehnya Alfareeze tanya soalan menyakitkan hati begini.

Alfareeze melepaskan hela nafas panjang berasa lega mendengar jawapan Darra. Hendak tersenyum tapi dia terpaksa control macho dihadapan Darra. Tak la nampak sangat yang dia suka. Darra kena tahu dia masih marahkan Darra.

            "Tiada apa-apa yang aku boleh tolong kau kali ni. Kau bakal berkahwin demi membantu dua negeri dari berperang."sakatnya lagi.

           "Tapi aku tak nak kahwin dengan orang lain!"lafaz Darra dengan cemas. "Alfa... tolong.. jangan buat aku macam ni..Kau tak nak kahwin dengan aku?"tanya Darra.

             Semakin bergelut Alfareeze hendak kekal tenang di situ. Darra perlu pergi dari sini segera sebelum dia hilang pertimbangan. "Entahlah..."acah-acah bernada tidak peduli Alfareeze pun berdiri. "Aku masih marahkan kau...jadi aku tak dapat nak fikir apa-apa mengenainya."

Mana boleh macam ni!Cepat-cepat Darra pegang tangan Alfareeze. Dia tarik sedikit tangan itu supaya Alfareeze tidak bergerak pergi. Kepalanya mendongak ke atas.

               Sementara Alfareeze berdiri tegak di situ memandang ke depan. "Nak apa lagi?"soalnya sambil tu.

Tercebik sedih, Darra goyangkan perlahan tangan Alfareeze. Cubaan hendak memujuk. Dia tidak tahu hendak pujuk mister komando seorang ni. Biasanya bab pujuk memujuk ni Alfareeze punya kerja.

               "Aku tahu aku salah. Aku tahu kau susah payah cari aku...jadi maafkanlah aku...jangan bencikan aku lagi.."rengeknya semasa pandang tangan Alfareeze yang dipegang. Dia mahu memeluk Alfareeze. Mahu berada dalam dakapan Alfareeze semula. Bukan orang lain!Takkan la lelaki ini tidak faham-faham!? "Jadi batalkan perkahwinan ni.sebagai ganti..kau minta apa saja pada aku...aku akan cuba tunaikannya selagi mampu.."

Kuat-kuat Alfareeze ketap gigi.

               "Cukup Darra. Kalau dah tak ada apa-apa,  balik ke rumah sana...aku arahkan Tolan untuk iring kau nanti.."Alfareeze tarik tangannya sewaktu mahu bergerak pergi.

               Tapi Darra yang enggan membiarkan Alfareeze    pergi terus bangun dan memeluk Alfareeze belakang. "Maafkan aku...aku minta maaf Alfareeze. Tolong jangan tinggalkan aku..."mintanya dengan muka tersembam di belakang badan tu.

Alfareeze tunduk memandang tangan yang melingkar kesekeliling dadanya dengan senyuman lembut di bibir. Dia suka bila Darra merayu padanya. Biasanya dia yang merayu pada Darra...tapi kali ini keadaan terbalik.

               "Sebaiknya kau pulang ke rumah Darra. Tak elok sekiranya anak buah aku melihat aku bersama kau di kem tentera begini.."arahnya sambil cuba menurunkan tangan Darra dari dadanya.

                "Tak nak!"Darra mengeratkan lagi pelukan. Dia sembamkan lagi mukanya ke belakang Alfareeze kuat-kuat.

               "Darra!"Alfareeze memusingkan badannya menghadap Darra semula. Cuba hendak leraikan pelukan erat gadis tersebut. 'Sudah la tu...lepaskan aku sekarang..."

Sambil membuat muka Darra dongak ke atas. Bertemu muka dengan Alfareeze. Air mata mengalir turun dari tepi matanya. Dia menangis bukan kerana sedih tapi kerana matanya sedang panas.

Tatapan itu membuatkan Alfareeze terus kejung di situ. Sumpah beritahu, dia betul-betul tidak boleh bertahan lagi. Dia mahu mengalah taktala melihat Darra begini padanya. Tanpa dapat lagi dihalang, Alfareeze angkat tangan lantas menekup sebelah pipi Darra sebelum menyeka air mata di tepi mata tadi.

Mata Darra pun terpejam kerana sentuhan lembut Alfareeze. Dia sandarkan ke dalam tapak tangan itu sambil mengeratkan pelukannya ke sekeliling tulang rusuk Alfareeze. Sakit betul kepala dia sekarang ni!Nak baring je sekarang ni!

            Namun tidak lama Alfareeze menyentuh pipi itu, dia terkejut. Keningnya terangkat tinggi. "Panasnya kau..."lalu tangan sebelah lagi menekap atas dahi Darra pula. "Kau demam ke ni?"kerutnya kerisauan apabila baru perasan betapa panasnya badan itu. Patut la pipi Darra blushing aje dia perhatikan sejak tadi.

             Enggan menjawabnya, Darra gerak merebahkan kepalanya ke Dada Alfareeze. Kepalanya dia makin berat. Matanya pula seakan mahu terlelap. "Tolong kembali pada aku Alfareeze."bisiknya perlahan menggeselkan mukanya ke ceruk leher Alfareeze. Hendak mencari kehangatan dibalik pelukannya.

Bengang kerananya Alfareeze mengerang sambil menguak rambut ke belakang.

           "Kau ni memang suka buat kerja gila tau tak!"terus dia dukung Darra gaya pengantin sebelum dibaringkan ke atas katil. Tergesa-gesa dia dibuatnya. "Baring sini sekejap..."beritahunya hendak bergegas keluar mendapatkan doktor.

            Tapi Darra cepat-cepat mencapai hujung lengan kemeja Alfareeze. Dia cengkam kain itu dengan sisa kudrat yang ada. "Jangan tinggalkan aku.."rayunya.

             Alfareeze tunduk memandang tangan Darra. Keningnya mencerlung tajam, nafasnya tidak menentu kerana kerisauan. Tak guna betul!Kenapa la dia senang sangat tunduk pada Darra ni? "Tolan!"laungnya tidak semena sebelum kembali duduk di atas katil itu mendapatkan Darra.

Sekelip mata itu juga Tolan masuk ke dalam khemah. Lelaki itu berdiri di depan laluan masuk dengan kedua tangan di belakang badan.

            "Saya tuan.."sahutnya memerhatikan Alfareeze sedang tunduk memandang Darra di atas katil. Kenapa tu?Apa dah jadi?

            "Panggil doktor ke sini sekarang."

            "Baik tuan."terus Tolan berpusing keluar semula dari situ.

            Sementara Alfareeze di situ pandang Darra dengan muka tidak puas hati. Dia sepatutnya marah pada Darra!Bukannya berasa risau begini. Tak adil la kalau dia aje yang mengalah. "Berhenti buat aku risau boleh tak?"bisiknya dengan perlahan mengerlus rambut panjang berkilat Darra dengan lembut. Sekejap saja rambut ini panjang. Dia lebih suka lihat Darra berambut pendek!

Darra sudahpun memejamkan mata berehat sewaktu mendengarnya kerana sudah tidak larat lagi sewaktu mendengar ucapan itu.

下一章