webnovel

Episode 76 : Hang Out Terakhir

Waktu itu tengah hari.

Kebanyakan pelajar akademi ada yang berada di dewan makan untuk makan, ada juga yang keluar untuk beriadah. Antara ramai-ramai di situ kelihatan beberapa orang pelajar lelaki sedang duduk berteduh di sebuah pokok rendang sambil memerhatikan sekumpulan pelajar lelaki yang lain bermain bola sepak di kawasan lapang di situ.

Marvin duduk melunjur semasa bersandar di batang pokok.

Darra sedang baring di atas beg sebelah kaki Marvin dengan buku tegak di atas muka. Membaca buku sejarah memandangkan petang nanti ada kuiz.

Ricardo sedang bersila sambil di sebelah kiri Darra. Memerhati mereka yang lain bermain boleh sepak.

"Selepas ni kamu berdua ada kelas apa?"tegur Ricardo saat paling ke bahu kanan. Tunduk memandang buku yang memayungi muka Darra.

"Lepas makan tengah hari nanti kami akan sesi bergambar.."beritahu Marvin. "Senior pun ikut sama?"soalnya.

Ricardo menggeleng kepala. "Tidak. Saya sudahpun mengambil gambar minggu lepas.."ketika angin kuat bertiup, menerbangkan sama dengan dedaun dan rambut depannya. Serta merta dia angkat tangan ingin meratakan semula rambutnya.

"Ahh...malasnya nak bergambar...Sudahlah kena ambil dua kelas berasing.."keluh Darra menurunkan buku ke dada dan memejamkan mata.

"Hahaha...teruk sangat ke kelas saya?"tanya Marvin.

"Kenapa dua kelas?"soal Ricardo pula.

Sehelai daun jatuh mengenai dahi Darra saat dia membuka matanya. Terkejut kerananya lekas-lekas Darra angkat tangan hendak membuangnya, tetapi Ricardo mengalihkannya terlebih dahulu. Buatkan mereka berdua saling bertentang mata untuk seketika.

Haih!

Keluhan panjang pun lepas dari Darra. "Disebabkan aku ada kelas peralihan sementara kerana tukar jadual, aku mempunyai dua kelas berbeza. Nak tak nak kena la bergambar..."jawabnya.

"Mestilah kena bergambar...kalau tidak rugi aje nanti.."beritahu Marvin dia menutup buku lalu gerak merangkak di sebelah Darra sebelum baring di situ juga.

"Kau yang buatkan William beritahu dekat master kan suruh aku bergambar sekali!"tangan kanan Darra hinggap kuat ke dada Marvin kerana memukulnya.

"Auw!"serta merta Marvin pegang dadanya. "Sakitlah...jangan marahkan saya. Marahkan William.."

"Dia kawan kau!"gerutu Darra sebelum meletakkan kedua belah tangan di atas perut lalu termenung memandang langit yang bersih di atasnya.

Ricardo pun ikut sama melakukan hal yang sama.

Ketiga-tiga mereka termenung memandang ke langit tanpa mengatakan apa-apa selepas itu kecuali mendengar bunyi bising suara rakan sekelas mereka menjerit dan melaung saat bermain.

Dan ketika itulah muncul satu susuk lampai dari atas kepala Darra. Memayungi wajahnya tidak semena. Bila mereka masing-masing memandang ke atas, di situ berdirinya Putera Eilian. Tersengih penuh maksud.

"Kamu bertiga ada di sini rupanya. Patutlah tak nampak dekat dewan tadi..."

Kening Darra berkerut, datang dah! Nak apa lagi kali ni?Jangan kata Putera Eilian bawa bunga ke coklat seperti hari tu sudah!Mahunya orang salah faham nanti. "Kenapa tuanku berada di sini?"

"Saja...saya bosan. Biasanya Ricardo ada bersama dengan saya, tapi nampaknya Ricardo sudah menjadi bayang kamu pula di sini.."

"Mana ada...kan tadi tuanku yang suruh saya keluar dulu?"bidas Ricardo.

"Memanglah tapi sama aje la..jangan nak cari gaduh!Ke tepi sikit..saya pun nak baring jugak!"arah Putera Eilian menolak Ricardo supaya rapat ke Darra supaya dia atas ruang untuk baring di tempat yang teduh.

Marvin ketawa apabila mendengar perbalahan dua orang itu.

Nak tak nak Darra terpaksa anjak merapat ke Marvin sementara Ricardo anjak merapat ke Darra.

Jadi berempat la yang baring dekat situ.

"Kau orang memang dah tak ada kerja lain ke nak buat?"tanya Darra dengan muka berserahnya selepas sedar yang sebenarnya dia seorang aje yang ada di situ kemudian muncul la seorang demi seorang menyertainya.

"Sebab tak ada la saya dekat sini.."beritahu Marvin sambil memejamkan mata.

"Awak la kerja saya dekat sini.."balas Ricardo pula.

"Bagaimana dengan coklat yang saya berikan kepada kamu?Sedap?"soal Putera Eilian tiba-tiba.

Darra menyampah bila dengar. Tak habis-habis lagi ke mereka ni!?

"Sekejap..coklat?"Marvin bangun sedikit memandang mereka bertiga. "Untuk apa?"

Lalu Putera Eilian pula yang bangun. "Bukan urusan kamu untuk tahu.."

"Serius?Tuanku bukan ke berminat pada Pearl?"Ricardo pula yang duduk dalam keadaan mengiring memusing kepala ke Putera Eilian.

"Tuanku berikan Darrius coklat sempena apa?Hari lahir awak ke?Kenapa tak beritahu?"tanya Marvin.

"Hari lahir dia dah lama lepas la.." beritahu Ricardo.

"Yang kamu berdua nak tahu kenapa?Ianya urusan antara saya dan Darra dekat sini.."

Ketiga-tiga orang itu saling bertekak antara satu sama lain.

Serius la mereka ni?Darra menarik nafas dalam-dalam lalu dihela panjang kejengkelan. Dia datang sini nak berehat, nak lapangkan fikiran. Bukan nak serabutkan lagi. "Hish!"marah-marah dia bangun dari situ.

Terkejut mereka bertiga. Masing-masing pandang Darra dengan mulut terketap.

"Kau orang nak bertekak kan?Bertekak dekat situ!Aku pergi dulu."Darra berdiri, dia bawa beg dan bukunya bersama mahu pergi.

Marvin cepat-cepat bangun. "Eh..nak ke mana...kami tak bergaduh pun..nak tahu aje.."

"Ini semua salah tuanku.."getus Ricardo ikut bangun.

"Saya pulak?Kamu berdua yang sibuk nak tahu..."keluh Putera Eilian saat bangunkan diri dari situ dengan lekas.

Sementara Darra yang sudah menjauh diekori oleh Marvin di belakang. "Awak nak ke mana?"

"Jangan ikut aku la!"pusing Darra ke belakang menunding jari pada Marvin.

Sekali tu tiga-tiga sekali ikut. Seperti anak itik.

"Darrius...jangan hiraukan mereka berdua. Kamu ikut saya okay. Kita selesaikan urusan kita yang belum habis tu.."minta Putera Eilian.

"Urusan apa yang tuanku maksudkan ni??"soal Ricardo di sebelah.

"Jangan ikutlah!Apa masalah kau orang ni!"Darra sudah berlari hendak menjauhkan diri dari mereka bertiga. Namun baru sahaja beberapa langkah dia berlari, ketiga-tiga itu ikut berlari mengejar Darra.

"Kenapa awak lari!Tunggu la!"panggil Marvin.

"Tak nak!Kau orang merimaskan!Jauhkan diri kau orang dari aku!"jerit Darra saat pecut sepanjang kawasan lapang berumput itu. tiada sesiapa yang tahu mengenai keberangkatan Darra nanti.

Ricardo yang tiba dulu pada Darra. Dia rangkul pinggang itu dari belakang dengan mengejut.

"Arghh!!"jerit Darra kerana terperanjat dibuat rangkulan itu. "Apa kau buat ni!Lepaskan aku!"

"Janji dulu tak lari..."arah Ricardo.

"Tak kuasa aku nak janji bagai!Lepaskan aku sekarang!"

Marvin berada di depan semasa Darra berjaya melepaskan diri dari rangkulan Ricardo. "Beritahu dulu apa urusan yang Putera Eilian katakan kepada awak?Adakah dia juga cuba ambil hati awak?"

"Apa kejadahnya yang kau cakapkan ni!Tak adanya!"Darra lari ke kanan mereka sebelum berjaya di hadang oleh Putera Eilian dari depan.

"Kamu nak saya beritahu pada mereka ke?"ugut Putera Eilian. "Kalau tak nak ikut saya sekarang. kita berbincang.."

"Jangan nak cari pasal boleh tak!?Berapa kali nak saya jelaskan hal ni?"beritahu Darra sesaat sebelum dirinya terangkat dan berakhir di atas bahu Marvin. "Oh my god!Apa masalah kau orang ni!"dipukul belakang badan tu dengan jengkel.

"Turunkan dia Marvin.."arah Ricardo.

"Tak...saya ada urusan nak bercakap dengan dia!"bantah Marvin cuba melarikan diri dengan Darra di atas bahunya.

"Apa masalah kamu berdua ni?Berebutkan Darrius??"soal Putera Eilian.

"Turunkan aku sekarang la!Kau orang bertiga bergaduh dekat sini buat apa!"

Riuh rendah kawasan tu dibuatnya suara mereka bertekak dan suara marah Darra. Menceriakan hari di tengah hari pada kawasan lapang berumput akademi tersebut.

Dan mereka semua di situ langsung tidak tahu bahawa hari itu adalah hari terakhir momen mereka bersama Darra, kerana selepas ini gadis tersebut tiada lagi di akademi.

下一章