webnovel

Episode 3 : Pearl Chang

Orang pernah kata, berkawan tu biar banyak bermusuhan jangan sesekali, tapi entah kenapa fikirannya terlintas satu perkara ni setiap kali berjumpa dengan anak bangsawan depannya ini.

Macam mana dia boleh berkawan dengan cik muda ni selama 6 tahun dengan lama tanpa gagal?

         "Bukan yang ini....ini pun bukan....rasanya yang ini...hmm?"

Satu persatu pakaian di campak keluar dari cabinet pakaian lalu bersepah atas lantai dan katil ketika Pearl Chang sibuk menyelongkar pakaian dari situ sejak tadi. Para maid yang berdiri belakang Pearl pula kelam kabut mengutip sepah yang dihasilkannya.

          "Hah!Yang ini!Aku yakin dress ini sangat sesuai untuk kau Darra.."Pearl berpusing bersama sepasang dress labuh biru cair di tangan sebelum mendekati rakan baiknya situ.

Jangan terkejut!Ada ceritanya bagaimana Pearl tahu nama sebenar Darra!

Bersama muka tidak berminatnya, Darra menyilang tangan ke dada dan berdiri di situ membiarkan Pearl perlakukan dirinya sebagai mannequin sejak tadi.

         "Aku dengar dari Anthony yang kau ada kecemasan sampai perlukan kehadiran aku segera untuk selesaikan masalah...apa masalahnya tu?"soalnya untuk kesekian kali. Namun tidak dijawab sama sekali. Ibarat seperti dia bercakap dengan tong dram pun ada rasanya.

          "Betul la tu...aku ada masalah...masalah yang sangat besar."beria Pearl letakkan dress biru ke depan badan Darra. Dia belek pakaian itu untuk seketika di badan Darra.

Bila Darra pandang dress di badannya, serta merta otak geliga dia beritahu bahawa kawan baik dia ini menyuruh dia ke kediaman Keluarga Tanner bukan kerana dalam masalah tapi mahu mencari masalah!

Semata hanya kerana hal ini?Hanya untuk bermain tukar-tukar dress?

Serius la?

          "Aku suka dress ni. Kau pakai dress biru ni...rambut palsu aku dah sediakan sekali.."dengan teruja Pearl letakkan dress itu ke tangan Darra. Setelah itu Pearl berpusing ke arah cabinet dimana kasut-kasut tersimpan.

          "Baik kau beritahu aku Pearl. Apa masalah kau sebenarnya!??"

          "Tak menyabar la kau ni."Pearl mencebik muncung menyampah. "Fine. Aku beritahu.

Sebenarnya kan, masalah aku adalah aku perlukan kau untuk temankan aku ke bandar nanti untuk membeli set edisi terhad beg dan kasut idaman aku...." gadis itu tunduk menyelongkar laci. Cuba membelek kasut yang ada untuk dipadankan dengan dress Darra.

Sementara Darra waktu itu sedang menahan diri sebaik mungkin untuk tidak menghamun gadis di depan dia sedalam Laut Pasifik!

Pearl Chang, anak perempuan Duke Wendell Tanner. Mempunyai rupa paras yang bersih serta berkulit putih seperti tauhu, seorang gadis yang suka bergaya dan bubbly. Kegemaran ramai tuan muda dan anak bangsawan kerana rupa paras dan latar belakang yang dimilikinya. Malah sangat pandai dalam mengait dan menjahit. Kebanyakan dress yang dikenakan semuanya dihasilkan oleh Pearl Chang kerana ibunya adalah seorang pereka fesyen terkenal di bandar mereka. Malah mempunyai banyak butik pakaian di seluruh negara. Banyak-banyak kelebihan itu ada satu aje yang masalahnya.

        "Boleh tak kau kawal sikit sikap boros kau tu Pearl?Bukan ke minggu lepas kau baru aje beli koleksi kain ela sutera yang berharga beratus syiling emas tu?"

         "Itu kain...ini beg..lain Darra.."

Bila Darra hadap sikap Pearl ini, Darra tiba-tiba rasa lega kerana berpakaian seperti lelaki kerana tidak memerlukan kesemua benda merepek yang Pearl selalu kenakan pada gadis itu. Dari aksesori rambut, make up, dress, set persalinan, kasut, beg dan banyak lagi. Memikirkan hal itu aje sudah buat dia pening, apalagi menghadapnya.

Pearl dan Darra berkenalan sewaktu mereka berusia 13 tahun. Ini la kisahnya bagaimana Pearl tahu nama sebenarnya. Mereka berdua bertemu sewaktu Darra dibawa oleh Duke Elijah menghadiri majlis pertabalan seorang Menteri yakni ayah kepada Pearl sendiri. Dari situ persahabatan mereka bermula. Tidak lama bersahabat, rahsia Darra diketahui oleh Pearl apabila gadis itu cuba menemui Darra dalam kamar tidur gadis itu dan tanpa disengajakan waktu itu jugalah Darra sedang menyalin pakaian. Mulai detik itu Pearl tahu bahawa Darra bukanlah seorang lelaki tetapi seorang perempuan. Dan Darra telah menceritakan semuanya dari awal akan sebab kenapa Darra perlu berpakaian lelaki dan alasan kenapa Duke Elijah memalsukan identiti Darra sebagai anak lelaki Keluarga Kirk.

Kini mereka berdua sama-sama berusia 18 tahun. Menjadi sahabat baik yang tidak dapat dipisahkan. Malah keluarga Tanner sangat menyenangi kehadiran Darra dalam keluarga mereka itu dan bersahabat baik dengan Pearl. Kadang kala Duke Wendell sering mempelawa Darra untuk menginap dikediaman mereka tanpa bantahan Duke Elijah sama sekali. Dan Duke Wendell turut mengetahui identiti Darra yang sebenarnya melalui Pearl. Alasan kenapa Duke Wendell mengizinkan Pearl bersahabat baik dengan Darra.

         "Ini bukan kecemasan Pearl!Berapa kali aku nak beritahu kau!Aku tak boleh selalu berpakaian macam perempuan!Kalau ayah aku tahu tentang hal ni aku dalam masalah. Apa salahnya kalau aku temankan kau dalam pakaian lelaki macam ni?"Darra beritahu dengan nada mengalahnya.

          Pearl menjadi Pearl. Jenis orang yang memang tidak tahu hendak mendengar kata apalagi mematuhi amaran terus berkata. "Mestilah tak boleh...aku lebih suka tengok kau pakai dress dari pakaian budak lelaki macam ni..."tidak semena Pearl meletakkan kasut atas timbunan dress dalam pelukan Pearl waktu itu.

           Terkebil-kebil mata Darra. "Susah la berjalan dalam dress...aku lebih suka pakai seluar."jelas Darra satu daripada sebab dia suka menyamar jadi lelaki. Pakaian mereka sangat selesa dan mudah untuk dikenakan.

            "Na'ah...memang tak la!Kau jangan risau. Ayah kau takkan tahu tentang hal ini. Kalau dia tahupun bukannya dia boleh buat apa-apa....Jadi....Tolong la Darra...kau sayang aku kan...tolong aku kali ini ya?"dengan manja Pearl rangkul lengan Darra lalu menyandar pada bahu itu.

            Bersama muka berserah mengalahnya Darra pandang kepala Pearl di tepinya sebelum melepaskan keluhan panjang. Letih betul la dia nak melayan 'lady maiden' yang seorang ini. "Isy...kau ni kan...kenapa la aku terima untuk berkawan dengan kau.."

           "Sebab aku comel la...sebab apa lagi..."

            "Dah la kau...rimas aku!"Darra akur dengan permintaan Pearl itu. "Aku tukar..berhenti merepek!"

             "Hahaha...yeah. Ini yang buatkan aku makin sayangkan kau.."Pearl melompat girang. "Kau tahu bila kau pakai cantik-cantik macam ni, tetibanya kau berjumpa pula dengan Lord Alfareeze dekat pekan nanti..terus dia jatuh cinta dekat kau lepas tu mesti dia akan berhenti dari sakitkan hati kau kemudiannya kan.."sakat dia mengenai musuh kegemaran Darra itu.

Penuh kegelian Darra membuat reaksi saat pandang Pearl seakan rakannya itu ditumbuhi tanduk atas kepala.

             "Tolong la...jangan sesekali kau kaitkan aku dengan Lord Alfareeze boleh tak...kalau bukan dia yang aku tampar, kau yang aku terajang Pearl!"

              "Ahahahah...garang betul...takut gegirl!"ketawa Pearl yang sememangnya kegemaran dia menyakat Darra berkaitan dengan tuan muda dari keluarga Marcel Guzman yang terkenal dengan rupa paras kacaknya itu. Semua orang tahu tentang permusuhan Keluarga Marcel dan Keluarga Elijah ini. Jadi tidak hairan la sekiranya anak-anak mereka pun saling bermusuhan."Relaks...jangan marah. Dah sekarang tukar pakaian kau. Aku rias kau kemudian.."pipi mulus Darra di cubit geram oleh Pearl sambil tu.

              "Awas kau ya kalau ayah aku tahu tentang hal ni, nama kau jadi taruhannya Pearl.."

             "Ya...ya...dah lekas."Pearl sedikit pun tidak takut dengan ugutan itu kerana sudah beratus kali dia dengar. Tapi tidak pernah sekali Darra buatkan dia dalam kesusahan. Hafal dengan sikap kasar tetapi lembut Darra itu, Pearl semakin suka berkawan dengan Darra. Tidak seperti orang lain di luar sana. Mereka semua mahu mendekatinya hanya ingin dapatkan kelebihan dan pengaruh semata. Tiada seorang pun yang ikhlas untuk berkawan dengannya melainkan ada niat di sebalik batu!

Dalam rela terpaksanya Darra pun menukar pakaian lelaki kepada dress yang diberikan oleh Pearl sebentar tadi. Setelah beberapa minit berlalu, keluar Darra dari balik papan penghadang di situ dan berdiri menghadap Pearl serta maid yang ada.

Seperti kali pertama mereka lihat Darra mengenakan pakaian perempuan, begitu la reaksi mereka setiap kali melihat rupa Darra dalam dress. Terserlah keayuan dan kemanisan di wajah Darra apabila gadis itu tidak lagi mengenakan kemeja dan sut.

               "Kyaaa!Comelnya kau ni...~!"seru Pearl saat menggomol geram pipi Darra sebelum menarik rakannya ke depan cermin meja solek untuk dirias. "Kalau la rambut kau panjang, aku yakin kau adalah cik muda tercantik dalam kingdom ni...bukan aku...."

               "Senang la kau cakap Pearl..."

Darra diam di situ apabila melihat pantulan imej dia di cermin depannya sebaik duduk. Kalau dia berpakaian seperti lelaki, dirinya mirip dengan ayahnya. Kalau dia mengenakan dress. Mukanya saling tidak tumpah seperti ibunya. Yang mana sentiasa mengundang rasa sebak di dalam dada Darra diam-diam.

Pearl di belakang Darra waktu itu perasan akan mata berkaca kawannya dari balik pantulan cermin serta merta. Yang mana dia faham apa puncanya. Jadi tanpa mengatakan apa-apa Pearl lingkarkan tangan ke sekeliling bahu Darra dan merehatkan pipi atas mahkota kepala Darra. Hendak memberi comfort kepada Darra.

Bersama mata kemerahan mahu menangis, Darra senyum sambil memegang lengan Pearl di bahunya. Dia tenung wajahnya dalam-dalam di cermin itu lalu ke rambut pendek seperti lelakinya dengan renungan terkilan.

Bila agaknya dia dapat bernafas dengan normal tanpa bersembunyi di balik korset dan kemeja lelaki ni ya?

下一章