webnovel

Awal mulanya Tragedi

Cahaya berwarna hitam berterbangan di angkasa lepas.

Cahaya aneh itu terus bergerak melebihi kelajuan cahaya.

Cahaya aneh berwarna hitam itu terus bergerak merentasi berbagai planet di berbagai sistem suria dalam alam semesta ini.

Cahaya berwarna hitam itu mesti sudah bergerak merentasi alam semesta selama berbillion-billion tahun lamanya.

Jadi,apa tujuan cahaya berwarna hitam yang aneh itu?

Tidak ada yang mengetahuinya.

Tapi, yang pasti cahaya aneh itu menuju ke suatu tempat dalam alam semesta ini.

Cahaya aneh itu mencari sesuatu, suatu tujuan yang membuat cahaya aneh itu terus bergerak merentasi alam semester, tapi memang cahaya aneh itu memiliki tujuan? Cahaya berwarna hitam itu sudah bergerak merentasi alam semesta sebegitu lamanya sehingga tidak dapat dibayangkan oleh makhluk hidup.

TIDAK. Cahaya itu sudah memiliki tujuannya dan sekarang cahaya itu sedang menuju ke arah tujuan yang sudah dia tetapkan.

Cahaya aneh itu sedang menuju ke suatu sistem suria di alam semesta ini.

Cahaya aneh itu sedang menuju ke suatu planet di alam semesta ini.

Dan untuk apa dia pergi ke tujuannya itu?

SIAPA YANG TAHU.

***

Sudah dua minggu sejak kali pertama aku mengalami mimpi itu.

Dan mimpi itu terus menghantui aku setiap masa.

Setiap kali aku bangun dari mimpi itu aku selalu berpeluh sampai membasahi katil serta merasakan kesakitan di seluruh tubuhku terutama mata kanan aku dan juga merasakan rasa takut akan mimpi itu.

Walaupun aku mendapat semangat dari orang yang aku cintai supaya tidak mempedulikan mimpi itu.

TETAP SAJA AKU TIDAK DAPAT MELARIKAN DIRI DARIPADA MIMPI ITU.

Selama dua minggu aku mencuba menggapai mimpi itu dan menjalani kehidupan normal sebagai anak remaja sekolah.

Aku pergi ke sekolah seperti biasa dan belajar berbagai subjek, sudah tentu kebanyakan subjek aku tidur kerana aku anak pemalas serta kadangkala melawak dengan rakan-rakan ku.

Aku pergi menonton panggung wayang bersama rakan-rakan ku dan adik ku.

Dan kami bermalam di rumah akmal yang kaya-raya yang memiliki rumah yang besar untuk bersenang-senang sepanjang malam dengan memain game, menonton filem serta memainkan permainan tradisional.

Semua kenangan itu sangat manis, aku tidak ingin melupakan semua kenangan indah itu bersama orang-orang yang aku sayangi.

Walaupun begitu aku selalu memendamkan perasaan sakit dan takut akan mimpi itu sepanjang waktu.

Walaupun kadangkala aku tertangkap basah oleh Luisa iaitu adik aku kerana masih tidak dapat melupakan mimpi itu.

Tetap adik ku mahupun sahabat-sahabat ku sentiasa memberikan semangat dan nasihat untuk aku dan itu sangat membantu mengurangkan beban yang aku pikul.

***

Seika mendengarkan bunyi.

Tak*

Tak*

Bunyi yang sering seika dengarkan dan bunyi yang selalu Seika abaikan.

Seika bangun dari tidur dan melihat kehadapan dengan wajah masam akibat baru bangun daripada tidur.

Seika berada di tempat biasa, tempat yang selalu seika datangi setiap pagi hari, iaitu ruangan kelas.

Seika melihat ke hadapan ada guru yang sedang menulis di papan tulis serta menjelaskan hal yang ditulisnya.

Tapi ketepikan itu dahulu dan bertanya, kenapa seika tidak mengalami mimpi itu semasa seika tidur di dalam kelas?

Ironisnya,mimpi yang seika alami semenjak dua minggu terakhir ini ialah seika hanya mengalami mimpi itu di waktu malam tapi tidak sewaktu seika tidur di dalam kelas.

Seika yang sudah tidak mampu untuk tidur semula,mula termenung.

Seika melihat cikgu sejarah sedang menjelaskan tentang subjek sejarah yang dia tulis di papan.

Seika termenung beberapa minit untuk melihat cikgu sejarah menjelaskannya dan mula cemuh dan mengalihkan pelihatan.

Seika mula melihat ke tepi dan di tepi ada tingkap yang luas dan seika mula meletakkan satu tangannya di dagu untuk menahan kepala.

Seika melihat pemandangan di luar tingkap.

Di kerana kan ruangan kelas ini berada pada lantai empat dalam bangunan sekolah, ditambahkan lagi kawasan sekolah ini berbukit tinggi seika dapat melihat pemandangan yang indah dari luar tingkap.

Di luar tingkap seika dapat melihat orang-orang sedang berlatih bola di padang sekolah.

Seika melihat sebentar mereka. Selepas itu, seika mengalihkan pandangannya ke langit dan seika dapat melihat awan yang terapung-apung di langit.

Dalam keheningan seika, seika berkata di benaknya.

Hari yang damai.

Seika terus melihat awan yang terapung-apung itu sambil mengabaikan cikgu yang sedang menjelaskan subjek sejarah.

Dalam beberapa minit.

Apabila seika melihat di atas langit. Tiba-tiba muncul satu titik kecil berwarna hitam yang terapung di langit.

Mata seika terbeliak melihat itu, seika mencuba memejamkan matanya kerana menganggap ia hanya salah melihat.

Seterusnya, apabila seika membuka matanya semula seika masih dapat melihat titik kecil berwarna hitam itu.

Kulit seika serta-merta menjadi pucat dan gelap.

Walaupun titik hitam itu jauh daripada kawasan sekolah, seika masih dapat melihat titik hitam itu.

Seika mencuba sekali lagi menutup dan membuka matanya kerana menganggap ia sedang mengigau kerana baru bangun tidur sambil mengusap-usap matanya menggunakan sebelah tangan yang lain.

Seika yang masih dapat melihat titik hitam itu, berfirasat sesuatu yang buruk akan berlaku dan berkata di benaknya.

APA ... ITU?!

seika mula mengalihkan tangannya dari dagu dan mula memerhatikan titik hitam itu dengan saksama.

Titik itu membesar.

Seika tak salah lihat, titik itu memang membesar.

Seika melihat titik hitam itu semakin membesar, hampir tidak percaya apa yang ia lihat.

Entah kenapa, hati seika berdegup dengan kencang, seika merasakan sesuatu akan terjadi, sesuatu yang bahaya dan sesuatu yang sangat buruk akan berlaku.

Perasaan itu bukan datang daripada Logika tetapi naluri, dua minggu seika mengalami mimpi yang aneh dan tiba-tiba melihat titik hitam yang aneh terapung di langit membuat naluri seika berkata ini situasi yang sangat tidak masuk akal dan sangat bahaya.

Nafas seika tidak dapat diatur dan keringat mula keluar daripada tubuh seika serta wajah Seika semakin memucat akibat syok.

Seika yang tidak dapat berkata apa-apa kerana syok mencuba memfokuskan semua inderia untuk melihat titik hitam itu.

Titik itu semakin membesar sehingga membentuk Lilitan¹ sehingga dapat membuatkan seorang manusia untuk masuk. ¹(Dalam geometri, lilitan ialah perimeter bulatan atau elips. Lilitan ialah panjang lengkok bulatan, seolah-olah ia dibuka dan diluruskan kepada segmen garisan. Secara umumnya, perimeter ialah panjang lengkung di sekeliling mana-mana rajah tertutup.)

Lilitan hitam itu semakin membesar, tiba-tiba sebuah kaki keluar daripada lilitan hitam itu.

Seika tersentak dan terkejut melihatnya.

Sampai-sampai cikgu yang berada di hadapan kelas mula perasan ada yang aneh dengan seika.

Selepas kaki yang keluar daripada lilitan itu, mula disertai oleh badan,tangan dan muka.

seika melihat secara utuh, tubuh badan yang keluar daripada lilitan hitam tersebut dan menganggap makhluk itu berbentuk seperti manusia keluar daripada lilitan hitam itu.

Makhluk yang terlihat seperti manusia itu memakai Armor yang berikor , ia memakai Armor yang berwarna perak meliputi seluruh tubuhnya di sertai oleh ekor yang berwarna hitam.

Seika tidak tahu jenis kelamin lelaki atau perempuan kerana tubuh diliputi Armor.

Tapi itu sudah tidak penting, seika melihat makhluk yang berbentuk manusia keluar daripada lilitan hitam dan makhluk itu berterapun di langit.

Dan itu memunculkan sebuah perasaan yang selalu seika lalui setiap hari. Iaitu, takut.

Seika mula merasakan perasaan takut dan membuat hatinya berdegup dengan sangat kencang dan nafas seika yang tidak teratur serta keringat yang melimpah keluar daripada tubuh.

Seika terus melihat makhluk itu.

Dan tiba-tiba makhluk yang beramor itu mengelurkan tangan kanannya ke hadapan.

Tiba-tiba muncul sebuah sabit yang panjang.makhluk mengelurkan satu tangannya lagi dan memegang sabit itu dengan kedua-dua tangannya serta mengangkatnya ke langit.

Sabit yang diangkat ke langit tiba-tiba berubah bentuk dari sabit ke pedang.

Seika yang sudah tidak tahan melihatnya mula bangun dengan kuat serta membuat kursi terhentak dan mengakibatkan suara 'GEDEBUK!' yang kuat dan membuat semua orang dalam ruangan kelas terkejut serta mula melihatnya, tapi seika tidak mengalihkan perlihatannya daripada makhluk itu.

Cikgu yang tidak tahan melihat kelakuan muridnya mula memanggil.

"Hei seika, kamu sudah kenapa?!"

Murid dalam ruangan kelas mula berbisik-bisik antara satu sama lain kerana melihat kelakuan aneh seika, semua murid melihat seika termasuk Akmal dan amir sekali.

Seika menggapai mereka dan fokus melihat makhluk berbentuk manusia itu sambil berekspresi pucat serta peluh yang melimpah keluar daripada tubuh.

Makhluk itu memegang pedang yang mengarahkan ke langit dan makhluk itu terapung di langit, sudah tentu ini tidak masuk akal sihat kalau seika menceritakan apa yang ia lihat mungkin seika akan dianggap sebagai orang gila. oleh di kerana itu, seika memilih untuk diam.

Tiba-tiba pedang yang dipegang oleh makhluk itu membesar, membesar sehingga menutupi cahaya matahari.

Ruangan kelas menjadi gelap serta-merta dan cikgu melihat ruangan kelas tiba-tiba menjadi gelap mula berbicara.

"Kenapa tiba-tiba mendung ni?" Selepas itu, cikgu melihat Seika sekali lagi dan kali ini wajahnya memerah kerana marah dan berkata dengan kasar "hei seika!! Duduk! Kenapa kamu berdiri lagi?!"

Seika yang menggapai cikgu dan melihat keluar tingkap sambil berekspresi terkejut dan takut.

Akmal yang duduk disebelah seika mula berbicara.

"Seika, kau dah kenapa? Macam melihat hantu saja."

Seika menggapai akmal juga kerana seika memfokuskan semua inderia nya terhadap makhluk itu.

Seika berkata di benaknya.

APA ITU? MAKHLUK APA ITU?! KENAPA DIA KELUAR DARIPADA LILITAN HITAM ITU?!

Tiba-tiba seika merasakan sakit di mata kanannya dan mengeluarkan bunyi 'ugh!'

Seika mengangkat tangannya kanannya dan meletakkan di mata kanannya,Sakit di mata kanannya terus berdenyut-denyut sehingga hampir membuat seika ingin menjerit kesakitan.

Cikgu yang sudah tidak tahan kerana diabaikan mula meledak.

"Seika!! Duduk!!"

Amir yang berada di hadapan kerusi seika juga mula memusingkan tubuhnya dan berkata dengan berekspresi risau.

"Seika, dengar cikgu kata apa itu,kau dah kenapa?"

Seika menggapai mereka lagi dan melihat makhluk itu sekali lagi.

Pedang makhluk itu semakin membesar sehingga menembus atmosfera.

Makhluk itu tetap diam di posisi awal daripada tempat dia muncul kali pertama sambil memegang pedang yang besar dengan kedua-dua tangannya.

Dan... tiba-tiba pedang itu mula menurun dengan kelajuan yang tinggi.

Seika menggapai kan suara-suara yang memanggilnya dan berkata di benaknya.

Ini tidak bagus!!!!

Dan secara reflek seika berkata dengan suara yang paling kuat yang dapat dia keluarkan walaupun seika tidak yakin apakah kata-katanya akan ditangkap.

"SEMUANYA!! MENUNDUK!!!!!!"

Semua murid dalam kelas terhairan-hairan dan hanya akmal yang mendengarkan kata seika dan terus menunduk ke bawah meja walaupun ia tidak memahaminya.

Seika juga dengan cepat berlindung di bawah meja.

Dan...

Pedang yang besar itu menghamtam permukaan bumi.

BOOOMMMMM!!!!!!!!!

下一章