webnovel
avataravatar

chapter ~ 6

Kereta berhenti di depan sebuah kafe dan keluar dari kereta memasuki kafe itu serta duduk di salah satu meja yang masih kosong .

Tidak ramai pelanggan yang ada di situ setiap meja mempunyai tabir ketinggian paras kepala jadi sukar untuk melihat pelanggan yang lain .

Setelah memesan makanan dan minuman Linalin mengesir gesir telefon nya begitu juga Trisa sahabatnya .

"Arfan ingin pesan apa.. makanan sini sangat sedap"

Suara perempuan dari balik tabir di belakang Linalin,

"Ikut apa yang Dewi suka" balas suara laki laki.

Linalin mendongak terkejut mendengar suara laki laki kerana mengenali suara itu , Linalin terus berdiri memutar badannya berjalan menuju sebelah tabir.

"Arfan?"

Linalin berdiri membeku, Trisa yang mengejar Linalin terhenti tepat di belakang nya.

Mata Linalin terkejut melihat untuk ke dua kali nya Arfan dan Dewi sedang duduk rapat berganding tangan sambil melihat lihat buku menu.

Dengan cepat cepat ke dua pasang itu meleraikan tangan mereka. Arfan bangun berdiri menghampiri Linalin memegang lengan nya .

"Baguslah Lin ada di sini kita makan bersama"

Arfan berpura pura tidak bersalah kerana ia tahu bahawa Linalin sudah mengenal Dewi sebagai secretary nya untuk hal tadi ia akan beralasan sebab hal kerja.

Linalin melepaskan tangan Arfan, ia memandang wajah Arfan setelah itu mengalihkan pandangan ke wajah Dewi yang beberapa langkah dari belakang Arfan lalu memandang kembali ke Arfan.

" Perkahwinan kita batal!" t,anpa menunggu jawapan.

Linalin terus berbalik berjalan sambil membawa Trisa pergi.

b"Trisa kita makan tempat lain" ucap Linalin selepas keluar dari kafe itu .

Dua sahabat itu memasuki kereta Linalin merasa lega kerana dapat membatalkan perkahwinan mereka dan tidak menyangka Arfan sudah bersama Dewi sebelum mereka berkahwin.

"Saya sudah buat keputusan yang betul"guaman Linalin.

Tetapi di dengari Trisa yang dari tadi duduk di kerusi pemandu.

"Kamu serius Lin.?"tanya Trisa dan memandang sahabat nya itu.

"Trisa..boleh malam ini kita pesta? Malas fikir hal tadi.." Linalin tidak ingin meneruskan hal itu ia terus mengganti pertayannya.

"Emmr... baiklah"Trisa merasa sedikit tidak berpuas hati tetapi tetap membawanya berpesta.

"Saya tidak ingin berkahwin dengannya!"

Suara Linalin membising di bar tetapi tidak kedengaran pelanggan lain kerana bunyi muzik yang sangat bising.

Dua sahabat itu duduk di salah satu meja

memesan beberapa minuman dan sudah menghabiskan 2 ,3 gelas .

"Baiklah.. baiklah.." balasnya Trisa kerana berulang kali Linalin menceritakan .

Trisa melihat sahabatnya sudah mabuk wajah kemerahan perlahan mata Linalin terpejam

" Emmr.."

suara kedengaran Linalin membuka mata mengkedipkan sekali tangannya merebah rebah mencari telefon yang asyik berbunyi notifikasi whatsapp mengejutkannya dari tidur.

Terpapar gambar profil Arfan di skrin telefon semenjak kelmarin berkali kali menghantar whatsapp. Linalin meletakkan telefon kembali bergegas ke bilik mandi untuk bersiap pergi kerja

"Ah!..7:45 am " ,teriak Linalin.

Setelah keluar dari bilik mandi mengambil jam tangannya di meja make up, dengan cepat memakai seluar silk brown memanjang kemeja warna kelabu berlengan panjang menggunakan kasut bertali tapak tinggi setelah mengikat rambutnya ia terus keluar dari rumah sambil membawa beg tangan dan beberapa fail kerja.

Linalin berlari lari menuju pintu utama bangunan tempat kerjanya selepas keluar dari taxi ,kerana ingin cepat sampai Linalin menyewa taxi, cepat-cepat memasukkan tapak tangan menghentikan pintu lift yang hampir tertutup ia pun masuk tanpa melihat ke belakang.

"Em..alamak terlupa membetulkan cangkuk baju dalam" ucap Linalin di fikirannya sendiri "patut lah rasa tidak selesa" Rungutnya

Sambil menegakkan-negakkan bahunya , tangan di masukkan ke dalam kemejanya bahagian belakang mencapai baju dalamnya sedang asyik membetulkan cangkuk.

Linalin nampak gambaran seorang laki laki di pintu lift yang sepatutnya laki laki itu di belakangnya.

Laki laki itu tidak sengaja melihat adegan Linalin perlahan menarik wajah ke arah tepi .

Tiba-tiba lift berhenti dengan cepat Linalin menurunkan tangannya dan berlari keluar membelakangi laki laki itu.

" PA Rista jam berapa meting nanti?"Linalin mendongak mata nya mencari wajah Rista , menunggu jawapan .

"11:10 am..KP Linalin hari ini meting dengan Ceo baru kemungkinan akan lewat selesai"sambung pertanyaan Rista.

Saat ini Linalin menurunkan kepalanya melihat skrin telefon pintarnya yang berbunyi.

"Okey baiklah.." jawab Linalin sambil menekan jawab di skrin telefon dan meletakkan di telinganya.

"Hello Lin..kita perlu berjumpa.."kedengaran suara Arfan dari telefon.

"Keputusan saya sudah bulat!."ucap Linalin perempuan itu menutup cepat panggilan walaupun masih kedengaran suara Arfan memanggil namanya.

"Ting!" Hampir meletakkan telefon pintar nya, berbunyi notifikasi Linalin menerima satu invoice masuk .

" Hai Cik Linalin, ini dari hotel T mengingatkan temujanji hari ini untuk majlis perkahwinan Cik Linalin . Terima kasih."

"Oh..kenapa hal ini Saya lupa lagi"bertanya di fikirannya Linalin.

Linalin menarik laci meja nya mengambil satu kad kecil "Hotel T no tel:****" Linalin menekan-nekan telefonnya mengikut nombor di kad .

"Tut..Tut ..Tut..Tut.., selamat pagi ini hotel T ada pertanyaan?"suara perempuan dari telefon menjawab panggilan Linalin.

"Selamat pagi ,saya Linalin ingin membatalkan tempahan persiapan untuk majlis perkahwinan "ucap Linalin dengan tegas.

"Cik Linalin" suara terhenti seketika lalu di sambungan kembali. "Baiklah, Cik Linalin..harus membayar pembatalan tempahan 200MYR".

"Baiklah.." agak lama Linalin menjawab kerana tidak menyangka harus membayar pembatalan majlis .

Linalin bersama PA Rista berjalan menuju bilik meting setelah memasuki ruang meting mereka berdua mencari kerusi yang kosong lalu duduk, Linalin melihat sekelilingnya ramai orang hampir setiap bahagian yang datang.

" Rista..kenapa ramai orang?"Linalin berbisik di telinga nya walaupun hanya berbisik tetapi boleh kedengaran orang yang sama-sama duduk di situ, lalu Rista membalas senyum malu.

"Hari ini menyambut CEO baru ,itu sebabnya ramai yang datang "balas Rista yang berusaha mendamaikan situasi kerana banyak jelingan tajam melihat mereka berdua.

Langkah kaki tiga orang laki laki bersama masuk ke bilik meting berdiri di hadapan,laki laki yang mendahului dua orang laki laki itu ketua bahagian berucap.

"Selamat siang, perkenalkan CEO Brent Brooke yang baru " semua tertumpu ke arah seorang laki laki kemeja gelap kot warna dark brown .

Mata Brent memandang tajam ke arah Linalin yang tertunduk menulis sambil membelek-belek kertas kerjanya.

Rista memukul pelan hujung bahu Linalin "KP Linalin" suara rendah Rista mengejutkan Linalin yang menyedari CEO Brent menatap kegiatan Linalin.

Linalin mengangkat kepalanya melihat wajah Rista yang menunjuk arah depan menggunakan dagu nya Linalin mengikut arah dagu itu.

"Dia...!"

Suara pelan keluar dari mulutnya Linalin membeku melihat laki laki di depan orang yang sama semasa kejadian di lift pagi tadi , mata Linalin tidak berkelip.

"Baik lah.. perkenalan selesai teruskan sahaja meting" . arahan Jack, secretary Brent yang bercakap dengan ketua bahagian.

Brent duduk di kerusi bahagian depan dan secretary Jack berdiri di belakang kerusi Brent.

下一章