webnovel

Cheer leader

Tepat jam 1pm Adam muncul. Aku hantar mesej dengan Arisa yang aku keluar lunch dengan Adam dan tidak makan di Pustaka Biru hari ini. Adam nampak handsome dengan baju biru laut dan jean biru gelap. Beberapa gadis ku lihat menoleh dan tidak mengalihkan pandangan dari Adam. Aku jadi tersenyum melihat gelagat gadis-gadis itu. Adam tidak perasan dirinya diperhatikan oleh mereka. Bila mereka nampak Adam melangkah menuju ke arahku air muka mereka seolah-olah kecewa. Tentu mereka fikir aku kekasih Adam! Aku ketawa dalam hati.

"So kita makan di mana? kata nak belanja" Aku dongak pandang Adam sekilas.

" Kita pakai motor aku saja..." ujar Adam tanpa memandang ku. Aku angguk dan mengekori dia dari belakang. Bila nampak motor Adam aku teringat dengan motor inilah Adam ajar aku ride motorbike. Dulu ke mana saja aku perlu terpaksa minta ehsan Adam hantar aku. Tapi akhirnya aku minta ayah belikan motorbike dan minta Adam ajar aku bawa motor hingga aku lulus ujian motorbike dan boleh bawa motorbike sendiri ke mana saja. Aku terhutang budi dengan Adam!

" Restaurant ni agak terkenal. Memang harga makanan mahal sikit tapi memang berbaloi.. portion dia besar puas hati" ujar Adam sebaik saja kami tiba depan sebuah restaurant yang nampak mewah dan cantik. oh wow! banyak duit Adam belanja aku makan tempat yang mahal.

" Tiba-tiba bawa aku tempat mahal.. ada durian runtuh?" tanya ku sambil tengok muka dia.

" Lebih kurang lah.." Jawabnya dengan senyum-senyum. Dia masuk ke dalam restaurant dan aku mengekori dari belakang. Pelayan segera sambut kami dengan mesra. Layanan memang berbeza dari restaurant biasa. maklumlah tempat mahal. Kami duduk dan tengok menu yang di sediakan.

" Okay.. sebelum aku order baik kau cakap.. apa durian runtuh yang buat aku bertuah kena belanja makan hari ni" Tanyaku dan Adam sambut dengan ketawa kecil.

" Kau lupa? hari tu pasukan kami menang pertandingan futsal tu.. hadiah lumayan. selain medal dapat cash. Each of us dapat 3k lepas dibahagi" mulut ku terlompong. Tak rugi selama ini Adam training futsal. Aku tahu pertandingan tempoh hari hadiah yang di tawarkan memang lumayan tapi tak sangka selepas tolak bahagia pelatih, tabung pasukan dan lain-lain belanja !Adam masih dapat bawa balik 3k hadiah tunai perlawanan.

" Awesome! tak rugi aku jadi cheer leader di tepi gelangang futsal.. dapat juga kena belanja makan besar hari ni" kataku tumpang gembira.

"Pasal kau selalu jadi cheer leader tak bergaji.. kawan-kawan lain cakap I'm so lucky ada buah hati yang sporting.." dan Adam ketawa. Aku dah biasa dah di cop buah hati oleh kawan-kawan Adam, biar pun kami pernah menafikan tapi mereka tetap cakap aku buah hati Adam. lantak lah! Sebab kami selalu ke mana saja bersama, kami di anggap macam pasangan kekasih. Dan lagi aku tidak kisah sebab aku tidak selesa bila ada lelaki yang tidak di kenali mendekati aku atau mahu minta nombor telephone untuk berkenalan. Aku sangat trauma ada satu kes, masa tu aku diganggu oleh seorang pelajar lelaki. Dan kerana itu Adam jadi super protective! mungkin sebab lain, kerana ayah selalu pesan Adam supaya tolong jaga kan aku.

" Kalau macam tu.. memang wajar kau belanja makan 'buah hati" kau ni lah kan.. patut bukan belanja makan saja.. nanti belanja shoping kasut ke.. baju ke.. " ujarku sambil mengkedip-kedipkan mataku dengan senyum penuh makna!

" haha.. okay! My dear cheer leader. takda hal. kau cakap saja nak beli apa.. Now! Order saja apa kau suka. Hari ni kita makan puas-puas.." Muka Adam nampak gembira, dia senyum sampai telinga. Dengar kata Adam aku pun pandang menu semula. Dan order macam-macam. Adam kalau masa dia berduit, dia memang pemurah orangnya atau boleh juga dikatakan boros.

Tiba-tiba aku perasaan macam kami sedang di perhatikan. Aku angkat kepala dan tengok ke meja tidak jauh dari kami di mana aku rasa ada mata memerhati.

" eh?"

Aku nampak Arisa. Dia senyum dan angkat tangan. Dia pandang aku dan Adam silih berganti dengan senyuman penuh makna. Arisa pernah tanya aku adakah Adam kekasih aku. Melihat aku dan Adam lunch sama-sama berdua, aku tidak hairan yang Arisa tidak percaya kalau Adam bukan kekasih aku. Tapi aku tidak ambil pusing sangat apa yang Arisa fikir pun. Biarlah...

Rupanya Arisa dan Ariman duduk di meja tidak jauh dari kami dan sepertinya mereka sudah lama melihat gelagat kami berdua. Ariman ikut melihat ke arah kami dan memberi signal 'hai' dengan anggukan kepalanya.

" Eh.. tak sangka Ariman dan Arisa pun ada di sini!" ujarku perlahan. Aku pandang Ariman. Dia juga sedang memandang ku. Aku jadi terpaku. Ariman cepat-cepat mengalihkan matanya. Dia kemudian senyum pada Arisa dan berbual-bual mesra. Hatiku jadi sakit. Aku tahu aku tak ada hak untuk sakit hati. Tapi aku tetap sakit hati melihat Ariman dan Arisa berbual dengan mesra. Aku tak mahu rasa semua ni tapi aku tak berdaya kawal diri.

" Masih nak tenung lagi?" sergah Adam. Aku tersentak. Rupanya aku melamun lagi! Adam masam muka. Dia mengeleng-geleng kemudian memutarkan bola matanya.

" Ah.. sorry.." ujarku lalu tunduk. Tiba-tiba kedua tapak tangan Adam mendakap kedua pipiku dan sambil tenung mataku dengan serius Adam berkata..

" Jangan buang masa.. untuk lelaki yang sudah terang lagi bersuluh depan mata kau.. sudah jadi milik orang lain.. faham!?" Aku terkebil-kebil sambil tengok muka Adam dengan serius. Dia senyum dan lepaskan dakapan tangannya dari muka ku.

" Aku tahu kau ambil berat dan kau tak nak aku end up sakit hati.. but Adam. I'm a big girl.. I promise I'll be okay.. its just a crush. macam aku crush dengan pelakon Kdrama.. " ujarku sambil lirik sekilas ke meja Ariman dan Arisa. Adam hembus nafas panjang dengar jawapan aku.

" entah.. susah aku nak percaya.. " Dia geleng kepala.

" Kenapa pula?"

" Aku kenal kau bukan baru.. aku membesar dengan kau.. aku boleh baca mata kau.. kau tak pernah macam ni.. mata kau bercahaya tiap kali nampak dia.. well. I already warned you..." dan pelayan tiba-tiba datang menyebabkan Adam berhenti bercakap. Aku rasa lega. Gila! kekok rasanya kena 'tegur' oleh Adam pasal hati dan perasaan aku pada Ariman. Aku sebenarnya rasa Adam sudah melanggar batas sebab dia masuk campur hal peribadi aku.. hal hati dan perasaan aku. Tapi aku tahu niatnya baik dan aku kubur dalam-dalam rasa nak melenting pada Adam. Sabar.. Neera!

Bila makanan sampai.. aku cepat-cepat ubah topik. Adam ketawa sinis tapi tidak meneruskan niatnya untuk terus 'cuci' telinga ku pasal perasaan aku pada Ariman. Sepanjang masa makan aku selalu teringin menoleh melihat Ariman di meja sebelah tapi aku tahan diri dan berusaha untuk 'lupa' yang dia dan Arisa ada berdekatan. Lepas makan aku cepat-cepat gesa Adam hantar ke pustaka biru sebab aku perasan aku telah lambat 10minit. masa rehat tengah hari hanya 1 jam saja. ketika kami keluar aku melirik ke meja Ariman, mereka juga sudah memanggil bil dan hendak beredar.

"Lambatnya kau!" kata Diana dengan muka masam.

" sorry.." ucap ku dengan muka kecut. Diana ni senior staff dan garangnya kalah-kalah Arisa.

" Ambil kain basah... pergi lap rak nombor 11 paling hujung" Arahnya masih dengan muka masam. Aku dapat rasa yang Diana suruh aku lap rak buku sebab dia nak hukum aku sebab lambat masuk. Tanpa membantah aku ambil baldi kecil, isi air dan ambil kain lap lalu pergi ke rak buku seperti yang disuruh Diana. Pustaka biru mulai lengang hanya ada 4 orang pelajar yang masih mengulangkaji pelajaran dengan tekun dan senyap.

Tidak lama kemudian aku lihat Ariman masuk. Arisa tidak kelihatan.

" Mana risa?" tanya Diana pada Ariman.

" Dia ada hal.." jawab Ariman melirik pada ku sekilas sebelum masuk ke bilik pejabatnya. Diana memandang aku dengan riak muka kurang senang. Habislah.. aku tiba-tiba dapat musuh di Pustaka Biru? arghhh.. ini semua salah Adam. Kalau dia tak ajak aku makan luar, aku tak akan lambat. Jadi aku tak buat Diana marah dengan aku.

"hmmm.. tapi dari awal lagi.. aku sudah rasa Diana macam tak suka aku" bisikku pada diri sendiri. Dengan perasaan yang berat aku ambil tangga dan mula membersihkan atas rak buku yang sebenarnya tidak berhabuk pun. Tapi sebab itu arahan Diana. Aku kena bersihkan lagi.

*****

下一章