webnovel

CHAPTER 9

"What did they say,Jay?"

Pantas Beryl memegang lengannya.

"They'll come the day after tomorrow after their meeting. Also,they want me to make sure you're safe til they come back."

"They must be really shocked."

Beryl menghela nafas panjang.

"Then what about you,my lady? You must've been frightened yourself."

"I am..and still trembling."

"Here,drink it while it's warm."

Beryl memegang cawannya dengan sedikit terketar-ketar.

"Let me help."

Jay memegang cawannya lalu membantu cik mudanya untuk minum.

"Thanks Jay. You've been helping me a lot."

"It's my duty." Jay tersenyum kecil.

'Just duty?' bisik hati kecil Beryl,agak sedih.

Raut wajahnya kecewa. Hatinya remuk serta-merta. Air matanya bergenang. Jay menangkap raut sedihnya.

"Cik muda kenapa? Cik muda sakit?"

Dia meneliti kalau-kalau ada luka lain di tubuh cik mudanya yang dia terlepas pandang.

"I'm fine."

"Are you sure my lady? You're not hiding anything from me, aren't you? Because I need to make sure that you're always fine,as per your dad's order."

"I'm just an order to you, right?"

"Pardon?"

"Nothing. I'm going to bed."

Beryl melangkah pergi meninggalkan Jay termangu-mangu sendirian. Dia bingung seketika melihat cik mudanya yang tiba-tiba sedih.

Kemudian otaknya bekerja lebih mencuba memikirkan kata-katanya yang mungkin menyinggung perasaan cik mudanya.

"Just an order?" Bibirnya menutur perlahan.

"No..no..you're not just an order!"

Barulah dia menyedari kata-katanya tadi. Ketika dia berpusing,kelibat cik mudanya telahpun menghilang ke dalam bilik. Jay menderam marah. Dia meremas rambutnya kesal.

"Damn it! Why am I so hopeless!"

Kedua tangannya memegang kepalanya. Dalam hal bertempur,dialah paling handal. Namun bila berkaitan dengan soal hati, tiba-tiba saja dia menjadi lembab.

Untuk melepaskan geramnya,Jay pergi ke gym di dalam mansion itu dengan menumbuk punching bag sepuas hatinya. Setelah puas,dia akhirnya berhenti. Kedua buku limanya kelihatan berdarah.

Dia tidak mengendahkan tangannya yang terluka. Hatinya lebih sakit kerana dia tidak berupaya hendak mengungkapkan isi hatinya dengan baik.

★★★★★

Tok! Tok! Tok! Tok! Tok!

Kedengaran bunyi ketukan bertalu-talu di pintu Beryl. Namun tiada sahutan dari gadis itu.

"Cik muda, bangunlah cik muda. Dah lewat ni. Sarapan dah siap." Madam Lea mengetuk-ngetuk pintunya.

Sudah hampir tiga puluh minit dia mengetuk pintu cik mudanya namun tiada sahutan. Hatinya mula cemas memikirkan kemungkinan cik mudanya pengsan di dalam.

Tidak pernah cik mudanya bangun selewat ini kerana jam sudah pun menunjukkan pukul 10 pagi. Dia mula mundar-mandir di hadapan biliknya. Jay yang baru keluar dari biliknya terlihat Madam Lea yang sedang keresahan.

"Kenapa Madam Lea mundar-mandir di sini? Apa yang berlaku?"

"Oh,Jay. Tolong tengokkan cik muda tu. Sampai sekarang belum bangun-bangun lagi. Dah setengah jam saya ketuk pintu tapi dia tak jawab. Tak pernah dia macam ni. Saya takut dia pengsan di dalam," jawabnya cemas.

"Ada kunci pendua tak?"

"Oh,betul jugak. Saya terlupa semua bilik di sini ada kunci pendua. Tunggu sebentar."

Wanita yang agak gempal itu kelihatan berlari terkedek-kedek ke sebuah bilik kecil di hujung bilik cik mudanya. Dia kembali bersama segugus kunci.

"Yang ini Jay."

Jay membuka biliknya dan menolak pintu perlahan.

"Get out of my room!"

Tiba-tiba sebiji bantal hinggap di wajah tampan Jay. Rambutnya yang kebasahan menjadi berantakan. Madam Lea terkejut melihat situasi itu dan sekadar menahan tawa melihat raut kebingungan di wajah anak muda itu.

Jay memegang bantal bersalut cadar sutera tersebut. Dia kemudian berpusing menghadap Madam Lea lalu berbisik.

"Cik muda dah sarapan?"

"Belum. Dia tak keluar dari tadi."

"Bawakan saya sarapan cik muda ke sini."

"Baiklah."

Wanita tua itu berlari terkedek-kedek lagi ke tingkat bawah. Jay menghampiri katil gadis itu. Beryl sedang berselubung dalam selimut tebal. Bantal tadi diletaknya di hujung katil.

"Cik muda,bangunlah. Sekarang dah lewat. Cik muda kena sarapan."

Tiada jawapan. Gadis itu langsung tidak bergerak.

"Cik muda tak sihat ke? Kalau tak sihat,saya akan panggilkan Dr. Wayne ke sini."

Hanya bunyi sahutan burung di luar yang kedengaran. Madam Lea kembali bersama sedulang sarapan iaitu pancake kegemaran cik mudanya serta secawan latte.

Dia berlalu pergi lagi lalu menutup pintu setelah disuruh oleh Jay.

"My lady,your breakfast is here."

"I don't wanna breakfast!" Suaranya keras dari sebalik selimut.

"But you have to. Do not skip breakfast."

Saat ini Jay benar-benar merasa seperti sedang melayan seorang anak kecil yang merajuk. Dia tersenyum sendirian. Dia melabuhkan punggungnya di sisi katil gadis itu.

"You and your rules!" marah Beryl kerana disuruh bersarapan.

"My lady,I brought your breakfast here so please appreciate my effort at least."

Jay menunduk sedikit mencapai hujung selimut di kepalanya ingin menarik selimut tersebut.

"I said I don't wanna breakfast!"

Pada waktu yang sama,Beryl juga keluar dari selimut lalu kepalanya terlanggar dagu Jay.

"Ouch! That's hurt,again!" Jay mengaduh kesakitan dengan agak kuat. Dia tergigit bibirnya sehingga kelihatan sedikit darah pada hujung bibirnya.

Kejadian itu sama sekali tidak terduga. Beryl pantas memegang dagu Jay.

"Oh my God! Jay, I'm so sorry. I didn't mean it." Wajahnya penuh rasa bersalah.

"It's the second time already,my lady. You hurt me every time I wanna save you."

"But it was an accident! I didn't mean to,I'm sorry." Air matanya bergenang lagi.

Cik mudanya ini benar-benar sangat mudah menangis. Jay senyum lucu. Kasihan juga melihat cik mudanya begitu. Dia cuma berniat hendak mengusiknya.

"Apology accepted,my lady. I'm sorry,too I was just joking. It's not that painful."

"But there's blood..."

"Just tiny bit,no worries. I'm a guy. Now eat your breakfast."

Beryl menurut kerana rasa bersalah. Jay mengambil sebuah kerusi lalu duduk di hadapannya. Pancake dipotong sedikit lalu dikunyah. Secara tiba-tiba pula air matanya menitis. Jay kalut melihatnya.

"Hey,hey..what's wrong my lady? I'm sorry I didn't wanna force you if you really don't want your breakfast."

Jay mengambil dulang kecil dari riba gadis itu lalu diletakkan di atas meja di sisi katil.

"I hate you..I really hate you..! You dummy!"

Beryl memandangnya marah. Jay yang sedang berdiri di hadapannya terkebil-kebil memandangnya.

"Cik muda kenapa ni? Saya ada buat silap pada cik muda?"

"Shut up Jay! I really hate you! I will ask daddy to replace you! Now get out!"

Tangannya berusaha menolak tubuh Jay dengan kuat namun tubuh sasa itu tidak bergerak sedikit pun. Jay memandangnya lembut.

"I'm not going anywhere,my lady."

"I don't wanna see you!"

"I don't wanna see you like this,too."

Jarinya dengan lembut menyeka air mata di pipi gadis itu. Beryl terdiam saat tangan itu menyentuhnya. Terasa lembut dan hangat.

"You're not just an order to me. You've suddenly becomes precious to me. You've changed something inside me,my lady. I can't bear to see you sad like this."

Jay mengucup dahinya lembut. Kedua tangannya memegang pipi mulus itu. Hati Beryl yang kesal tadi langsung terubat. Perasaan bahagia menjalar ke tubuhnya sehingga dia tidak mampu hendak berkata-kata.

"Maaf kerana telah membuat cik muda menangis. Kalau cik muda bersedih,satu mansion akan kalut termasuk saya. Cik muda adalah tuan puteri yang harus dijaga dengan sangat baik."

Merah padam pipi gadis itu.

"Shut up!"

"Saya tak boleh diam bila wajah cantik cik muda ada depan mata."

Jay tersenyum indah. Semakin merona pipi cantik gadis itu.

"Cik muda sarapan lah dulu. Saya ada urusan sekejap."

"Awak nak ke mana,Jay?" Beryl memegang tangannya.

"Rahsia." Jay kenyit matanya. Wajah itu memerah lagi.

★★★★★

"Beryl,betul ke berita yang awak hampir diculik tu?" tanya Merlia,sahabat sekampusnya.

"Dari mana awak tau berita tu,Merlia?"

Beryl yang sedang duduk membaca di tepi private pool keluarganya tersentak mendengar kata-kata sahabatnya itu. Setahunya dia tidak pernah menceritakan hal itu kepada sesiapa pun.

"Alah..satu kampus dah tau lah Beryl. Sebab ada yang tangkap gambar masa kejadian tu dan gadis dalam gambar tu serupa macam awak. Dah viral sekarang ni tau tak?" ujarnya di talian.

Beryl menggigit bibir. Dia sememangnya tidak ingin hal itu diketahui ramai. Apatah lagi pasti akan ada pihak media yang akan mencari keluarganya untuk bertanyakan kesahihan perkara tersebut.

"Merlia,saya sebenarnya tak nak orang tau pasal tu."

"Oh my God! Jadi betul lah tu?"

"Merlia! Jangan kecohlah!"

"Okay..okay. Sorry. Awak tak apa-apa ke?"

"Saya okay. Mujurlah bodyguard saya bertindak pantas,kalau tak entah apa jadi pada saya masa tu."

"Baguslah awak tak apa-apa. Sana sini orang cakap pasal awak jer di kampus."

"Hah...kalau macam tu,saya jadi malaslah nak ke kampus," keluhnya berat.

"Takpe,awak rehat jer lah. Kalau ada apa-apa hal penting pun,saya akan bagitau awak. Jangan risau."

"Thanks Merlia. I owe you."

"No problem,babe. Just get some rest,you need it. By the way,pasti awak macam tuan puteri yang diselamatkan oleh kesatria kan? Like a damsel in distress. Bertuah badan dapat bodyguard hot."

Kedengaran sahabatnya itu terkekeh ketawa.

"Ada-ada jelah awak ni Merlia. Damsel konon." Beryl mencebik geram diusik sahabatnya itu.

"Yelah, damsel yang sangat cantik. Okaylah Beryl saya nak minta diri dulu,mak saya dah jerit-jerit suruh tolong masak. Macam bunyi guruh dah ni."

Beryl tergelak mendengar celoteh sahabatnya. Merlia memang agak lucu dan santai orangnya. Meski Merlia orang biasa-biasa sahaja,itu tidak menghalang Beryl untuk menjalin persahabatan dengannya.

"Alright,Merlia. Bye."

Beryl kembali meneruskan bacaannya yang tergendala tadi. Jiwanya kembali hanyut menghayati suasana romantik dari novel yang dibacanya. Seketika dia membayangkan bahawa watak gadis di dalam itu adalah dirinya dan heronya adalah Jay.

Dia mula membayangkan dirinya dalam pelukan hangat jejaka pujaannya itu. Seketika dia tersedar lalu menampar perlahan pipinya.

"Ish.. memalukan sungguh! Fikir yang bukan-bukan! Eww,Beryl stop it!"

Dia malu sendiri lalu menekup wajahnya dengan buku. Angin yang bertiup lembut ditambah lagi dengan sinaran matahari yang tidak berapa terik,membuai-buai matanya. Lama-kelamaan dia terlena.

Dalam bayangannya,dia melihat sosok tubuh seorang yang tegap sedang duduk di sisinya sambil memerhatinya tidur. Tangan orang itu sedang mengelus lembut pipinya.

Kedua tangannya ditopangkan ke sisi tubuh gadis itu yang sedang berbaring di atas sun lounger. Rambutnya terasa diusap perlahan. Apakah ini mimpi? Tapi terasa nyata jikalau ini mimpi.

Dia ingin menikmatinya lebih lama lagi. Beryl bergerak sedikit sambil memeluk lengan sasa itu. Perasaan damai dan aman seakan menyelimuti tubuhnya. Tanpa sedar bibirnya menuturkan nama seseorang.

"Jay..."

Mendengar namanya disebut,Jay tersenyum. Apakah gadis ini sedang bermimpi? Tapi kenapa dia menyebut namanya dalam mimpi?

"Hmm..?" Dia menggumam dekat pada telinga gadis itu.

"Stay..."

"Whatever you say,my lady..."

Dengan perlahan,dia mengecup leher jinjang itu. Aroma lavender yang lembut terasa menusuk hidungnya. Beryl bergerak sedikit bila terasa sesuatu menyentuh lehernya.

Ketika dia membuka mata, dilihatnya wajah Jay yang sangat dekat di pipinya. Terasa nafas panas Jay menampar perlahan kulit lehernya. Kerana terkejut,dia lantas menjerit.

"Aaahhh..!!"

Pantas Jay menekup mulutnya.

"My lady,it's me.."

Dengan nafas tercungap-cungap,Beryl menarik tangan Jay yang menutupi mulutnya.

"Sejak bila awak di sini? Bukan tadi awak keluar ke?"

"Sejak awak tertidur tadi."

"You were watching me?"

"You're too cute to ignore."

"Sheesh! Jay,since when did you become so flirty like this?" Beryl menutup separuh mukanya dengan buku.

"Since you've make me fallen deep in your dazzling eyes."

Semakin merona merah wajah cantiknya.

"So Jay,where did you go earlier?"

Beryl mengubah topik kerana malu ditenung sebegitu lama. Jay terdiam lama. Beryl kini duduk di sampingnya.

"Saya nak siasat orang-orang yang cuba menculik cik muda semalam."

"Jadi,awak dah jumpa?"

Jay angguk kecil.

"Siapa mereka?"

"Mereka orang yang terkenal dengan aktiviti human trafficking,drugs,money laundering. You name it. They did all."

Beryl menekup mulutnya tidak percaya. Orang semerbahaya itu cuba hendak menculiknya?

"Tapi kenapa mereka nak culik saya?"

"Sudah tentu kerana cik muda adalah anak seorang jutawan bisnes terkenal. Jika cik muda berjaya dijual,lebih besar keuntungan yang akan mereka dapat kerana tubuh cik muda sangat bernilai, mungkin berjuta dolar."

Jay menuturkannya seolah-olah mereka sedang bercakap mengenai barang.

"What?! But how did you know all this?"

Dia hairan bagaimana Jay boleh mengetahui hal sebegini. Sedangkan dia sendiri terkejut kerana nilai dirinya sampai sebegitu tinggi. Meremang bulu romanya.

"Well,I know my onions about the underworld."

"But Jay,do you think they're gonna come for me again?"

"Could be."

Beryl memandangnya risau.

"But don't worry. I'm here to protect you,my lady. I'll make sure you're safe."

"Thanks Jay. It creeps me out to even think that they put such a price on me. I'm scared to even go out now."

"Then you should stay at home for the time being."

"Yeah,I guess so."

Gadis itu kelihatan termenung panjang.

"Jangan terlalu fikirkannya. Serahkan pada saya. Biar saya yang uruskan. Cik muda fokus saja pada pelajaran."

"Thanks Jay. You're like a knight in shining armour."

Suaranya mengendur di akhir ayatnya sambil menutup mulutnya dengan buku.

"I beg your pardon,my lady?"

"Nothing Jay."

Beryl berlenggang pergi meninggalkan Jay di situ. Geram melihat telatah gadis itu,Jay menyaingi langkahnya lalu menggendong cik mudanya di atas bahunya.

"Jay..!!" Beryl terjerit kecil.

"Put me down!"

Jay tidak mengendahkannya. Dia melangkah ke biliknya sendiri. Ketika mereka sudah berada di dalam bilik,Jay mengunci pintu. Melihat renungan tajam Jay,gadis itu kecut perut dibuatnya.

"Jay,awak nak buat apa ni?" Beryl melangkah setapak ke belakang.

Dia tidak bersuara namun terus mendekati cik mudanya.

"Jay..." Dia melangkah setapak lagi hingga tubuhnya terjatuh ke atas katil.

Pantas Jay menghempap tubuhnya.

"Jay,awak buat apa ni? Get off me!"

Beryl berusaha hendak menolak tubuhnya namun tubuh sasa itu bukanlah saingannya.

"You were the one who asked me to stay earlier,so I'm staying now,my lady."

"Since when?!" Beryl meletakkan kedua-dua tangannya ke dadanya.

"Tadi masa cik muda terlena di luar. Cik muda menyebut nama saya dan merayu supaya saya tak pergi. Jadi sekarang saya tak akan tinggalkan cik muda."

Jay merenungnya lama membuat gadis itu semakin tidak selesa dan berdebar-debar.

"Sejak bila saya merayu? Awak jangan nak buat ayatlah Jay."

"Saya tak bohong. Cik muda yang tak sedar."

"Jay,stop it! I'm so embarrassed right now!"

Ditekupnya wajahnya dengan kedua tangannya.

"I like the way you blushes,just like roses."

Jay menarik tangan gadis itu agar tidak menutupi wajahnya. Mata cantik itu ditenungnya lama. Hatinya jatuh semakin dalam melihat pancaran kasih dari mata cantik sang gadis kesayangannya itu.

Pipi montok itu dikecupnya penuh sayang. Begitu juga dahinya. Rasa sayang pada gadis itu semakin meluap-luap. Beryl pula terkedu ketika merasakan lembutnya kecupan Jay di pipi dan juga dahinya.

Apakah benar ini bodyguardnya yang selama ini selalu dingin? Kenapa kali ini dia menjadi seorang yang sangat lembut,hangat dan romantis? Apakah ini masih orang yang sama? Dia terkebil-kebil memandang Jay seperti kebingungan.

"Kenapa cik muda nampak kebingungan macam tu?"

"Saya tak bermimpi kan? Awak Jay kan?"

"What? My lady,are you sick?" Jay pantas menarik kedua-dua lengan Beryl lalu duduk bersama. Tangannya ditekap ke dahi cik mudanya.

"No,I'm not sick at all. It's just that,you caught me by surprise Jay. You seems different."

"What do you mean,my lady?"

"Awak dah lebih romantis, peribadi yang hangat. Tak macam Jay yang dulu dingin."

"Jadi cik muda lebih suka saya yang dulu?"

"Tak,bukan macam tu. Tak kiralah awak Jay yang mana,saya tetap sukakan awak."

Senyuman manis dihadiahkan buat Jay. Pantas dipeluknya leher lelaki itu lalu duduk di pangkuannya. Sifatnya yang manja benar-benar menghiburkan hati Jay.

"Walaupun saya jahat, apakah cik muda masih sukakan saya?"

"Sejahat apapun awak,saya percaya setiap orang ada kebaikan dalam dirinya. Kalau awak jahat,awak tak akan lindungi saya."

"Bagaimana kalau saya berniat nak jual cik muda?"

Beryl tersentak mendengarnya. Laju saja tangannya meleraikan pelukannya lalu memandang wajah Jay dengan riak sedih.

"Sampai hati awak nak jual saya."

Beryl bangkit dari pangkuannya. Namun dengan cepat Jay menarik kembali tangannya untuk duduk di pangkuannya. Tubuh kecil itu dipeluknya dari belakang.

"Let me go!"

"I was just joking my lady. Why so serious?"

"Gurau la sangat!"

"Cik muda janganlah serius sangat. Saya cuma bergurau. Tak mungkinlah saya jual cik muda. Cik muda kan nyawa saya."

Dagunya diletakkan di atas bahu Beryl.

"Tipu!"

"Saya tak tipu. Tak ingat? Semalam saya dah berhempas-pulas bertarung nyawa nak selamatkan cik muda?"

Beryl tertunduk mendengar kata-kata Jay. Saat itulah dia melihat buku lima lelaki itu yang kemerahan luka.

"Jay,kenapa dengan tangan awak?"

Dia langsung memegang kedua tangan Jay.

"Saya berlatih," jawabnya santai.

"Tapi takkanlah sampai macam ni sekali?"

"Saya dah biasa."

下一章