webnovel

BAB 2:

"Ok, kelas. Harini kamu ada kawan baru. Eka, come!" Panggil Cikgu Aiza.

Aku pun berjalan mendekatinya.

"Ok, perkenalkan nama." Arah Cikgu Aiza.

"Em, nama saya Nur Ireka. Korang boleh panggil saya Eka." Ujarku.

Mereka mengangguk tanda faham. Ash, Yaa, Yah, Ecah, dan Isya bertepuk tangan dengan gemuruh. Malu pulak aku dibuatnya. Hahaha.

"Ok, sila duduk Eka. Awak boleh duduk kat sebelah Tengku Adrian." Arah Cikgu Aiza dan dia menunjuk ke arah tempat ku. Sekali aku pandang, aku buat muka, 'WTF??' What? Asal mamat ni? Mamat gila yang langgar aku semalam. Dari jauh aku dah nampak dia merenung aku dengan renungan tajam. Aku pun terus mengambil tempat di sebelahnya.

Tempat aku dengan dia kat belakang sekali, sebelah tingkap... Budak-budak perempuan dalam kelas ni memandang aku dengan tidak puas hati. Maybe diorang tak puas hati sebab aku boleh duduk kat sebelah mamat ni kut...

"Ok, kelas. Buka buku teks sains muka surat 20" Arah Cikgu Aiza.

Aku pun mengeluarkan buku teks.

"Kau jangan nak selesa sangat, hal semalam belum settle. Aku akan ajar kau cara cakap beradab." Bisik Tengku Adrian dengan dingin.

"Kau ingat aku takut?" Bisikku.

"Well, kiter tengok nanti." Balasnya.

Setelah beberapa jam...

KRINGG!!!

"Okey, kelas. Dah masuk waktu rehat, korang dah boleh ke kantin." Arah cikgu dan cikgu terus keluar.

"Eka! Jom!" Ajak Yaa dan Yah serentak.

"Ok!" Jawabku dan aku terus menuju ke arah mereka.

'Siap la kau.' Bisik Tengku Adrian didalam hati.

#DI KANTIN#

"Haa, korang, macam biasa." Ujar ecah.

"Macam biasa ape benda?" Soal ku.

"Oh, lupa. Macamni, setiap sorang bagi 2 ringgit kat aku, aku and Ash pergi beli mee sup, yaa and yah beli milo ais, isya pulak tanda tempat." Terang Ecah.

"Pastu aku?" Soalku.

"Kau ikut kitorang. Banyak jugak yang kena bawak nanti." Ujar Yaa.

"Aip aip kapten." Jawabku dan tertawa kecil.

Aku, Yaa and Yah pun berjalan beriringan.

Usai kami membeli milo ais, kami pun terus mencari tempat yang isya dah tandakan. Kami pun menjamu selera.

Tiba-tiba,

"Aaaaaaaaaaaaa" Jerit budak-budak perempuan. Aku yang tengah makan tersentak.

"Dah kenapa melalak macam orang gila tu?" Soal ku kepada kawan-kawan ku.

"Haa, apa lagi, geng seven dah turun la tu." Terang Yah dengan meluat. Mungkin dia rimas kut dengan perempuan-perempuan melalak dekat sini.

Aku pun memandang wajah wajah geng seven... Yang aku tak dapat nak percaya, si Tengku Adrian tu ade kat situ jugak do! Semua orang tertipu dengan handsome dia tu, kalau setakat handsome, perangai biadab, tak boleh go jugak!

"Macamana? Handsome kan diorang?" Soal Yaa.

"Handsome? Hum, entah." Jawabku. Kawan kawan aku terus memandang ke arah ku dengan wajah tidak percaya.

"Diorang handsome do! Takkan la kau tak berkenan." Soal Ash dengan hairan.

Aku memandang dengan wajah biasa.

"Korang pun ada feeling jugak ke dekat geng seven tu?" Soalku.

Wajah diorang merona merah.

"Seriously?" Soal ku.

"Aku pun tak tahu la kenapa kawan-kawan kita ni tergila-gilakan geng seven tu. Aku nampak diorang biasa jer. Kawan-kawan kita ni dah sakit mental kut.. Hahahha" Ujar Yah dan ketawa besar.

"Hahahahhahaha" Aku ketawa terbahak-bahak.

"Ei, yahh... Cam lain jer bunyi nye.. Haa, kau Eka! Kau ada boyfriend tak sebelum ni?" Soal Ash.

"Ada. Tapi dah break." Jawabku dengan menyampah.

"Ape kes?" Soal Yaa.

"Kes curang do!" Jawab ku.

"Huh, balik-balik curang, takde ke lelaki yang setia?" Soal Ash dengan tidak puas hati.

"Itula pasal, aku dengan Irshad pun kerap gaduh. Ramai orang bagitau aku yang dia curang, tapi aku tak tahu nak percaya ke tak." Ujar Yaa.

"Sape Irshad?" Soalku.

"Lah, kau tak tahu lagi ker? Dua orang kawan kita ni, Yaa dengan ecah, couple ngan salah seorang dalam geng seven tu. Ecah couple dengan Rykal. Yaa dengan Irshad." Terang Yah.

"What?" Soalku dengan terkejut.

"Kau takyah nak terkejut sangat. Satu sekolah dah tahu pasal benda ni." Ujar Isya.

"Kau isya? Takde boyfriend ker?" Soal ku.

"Boyfriend? Si ketot ni? Hahhaha" Soal Ecah dan ketawa besar.

"Ketot ni mana ada yang nak Eka! hahahahah" Ketawa Yaa.

"Tapi dia crush dekat Tengku Adrian." Ujar Ash.

"Hahahhahah" Yahh ketawa besar.

Aku yang berasa lucu dengan diorang, turut ketawa.

Tanpa kami perasan, ada sepasang mata sedang memerhatikan kami.

"Kau pandang sape tu?" Soal Irshad kepada Tengku Adrian.

"Budak baru tu." Jawab Tengku Adrian.

"Kenapa dengan dia? Takkan la kau suka dia kut. Hahhaha" Ujar Irshad dan ketawa besar.

"Aku? Suka dia? Lambat lagi. Aku just menyampah aje dengan dia, perangai biadab." Jawab Tengku Adrian.

"Eh jap jap. Macamana kau tahu dia biadab?' Soal Irshad dengan hairan. Yerla, kawan dia ni jenis yang tak ambil peduli pasal perempuan... Bagi dia, perempuan ni same aje... Nak hancurkan life lelaki. Dia teramat bencikan perempuan. Tetapi, hari ni dia lain sikit, sebelum ni tak pernah-pernah nak usha perempuan...

"Aku ada kisah sikit dengan dia. Pastu aku tengking dia. Tapi kan, yang aku pelik pasal perempuan ni,dia tak macam perempuan lain tau. Kalau perempuan lain, aku tengking macamana sekalipun, still gatal nak rapat rapat dengan aku, tapi dia lain, dia tengking aku balik." Terang Tengku Adrian.

Irshad memandang Tengku Adrian dengan terkejut...

"Dia tengking kau? What? Seriously? Dia tahu tak kau sape? Takde yang berani tengking kau wei." Soal Irshad dengan terkejut.

"Ni, kalau dia tahu kau ni sape, mesti dia akan cuba berbaik dengan kau punya. Yerla, perempuan kan." Ujar Irshad.

"Ei, aku rasa macam tak, aku rasa macam something dengan dia, macam ada magnet antara aku dengan dia. Aku rasa macam, entah.. Aku tak tahu nak cakap macamana." Ujar Tengku Adrian.

"Kau suka dia?" Soal Irshad.

"Memang tak la wei.. Semua perempuan ni bebal." Jawab Tengku Adrian dengan dingin.

"Eh kau cakap macam tu, nanti macamana kalau kau jatuh cinta dengan dia nanti? Hahahha" Soal Irshad dan ketawa besar.

"Wei, jom balik kelas." Ajak Rykal.

Mereka pun terus ke kelas,

Geng seven ni ada tujuh orang, diorang ni famous la kat sekolah ni.. Rykal ni boyfriend Ecah. Irshad pulak boyfriend Yaa. 5 orang geng seven ni kelas bawah, Irshad dengan Tengku Adrian sekelas dengan aku.

下一章