webnovel

Chapter 14

KEMUNCULAN DIANA

Di pagi yang indah tidak lagi sempurna,bila gosip terbaru tersebar di kalangan rakan sekerja yang suka menyampaikan berita,Ruth tidak tahu apa yang terjadi kerana Quan tidak mahu dia merasa janggal dengan kehadiran Diana tiba².Ruth di panggil oleh Achong untuk menemui Quan di pejabatanya.Quan menjadikan Ruth sebagai pembantu keduanya,jadi kerja Ruth lebih mudah bila di bawah ketiak Quan,kerana Quan tidak mahu orang lain mengambil kesempatan untuk menbuli Ruth,terutamanya Diana.Diana juga terkejut bila dia mengetahui Ruth berkerja terlebih dahulu darinya di syarikat Quan,padahal dia dah berapa kali meminta kerja di situ,tapi masih tidak dapat.Diana dapat masuk berkerja di sini kerana pakciknya menpunyai hubungan kerja dengan Quan,Quan terpaksa menerima Diana.Quan tahu pasti akan terjadi sesuatu perkara yang tidak baik buat Ruth bila Diana masuk,sebab Diana memang pandai bersosial,sedangkan Ruth bukan seorang yang bermulut manis.Ruth menolak bila Quan ingin menjadikan dia sebagai pembantu kedua,tapi setelah Quan menberitahu mengapa Quan ingin dia jadi pembantu keduanya,kerana tidak mahu Diana main kotor lagi, Quan nak Ruth sentiasa berada di sisinya.Ruth terharu juga mendengar ucapan ikhlas dari Quan.Quan juga ada semakin banyak peluang bersama Ruth kemana saja tanpa rasa risau soal Ruth lagi.

Sesi pengenalan dengan rakan sekerja,Diana mendapat pangkat tinggi di kalangan orang lama kerana latar belakangnya,agak tidak adil buat perkerja lama,Ruth dan Diana dengan mudah naik pangkat,jadi ada gosip panas tersebar pada hari pertama menyambut Diana,mana tak nya Diana mempamerkan kemesraannya di hadapan semua orang,bila dia memanggil nama Quan dengan manja,tapi bila dia terlihat Ruth di antara rakan sekerja,wajahnya terus berubah,rakan yang pernah dia khianati waktu di sekolah dulu.Ruth dan Diana adalah sahabat baik di sekolah menengah,Diana baik sebab dia tahu Quan selalu bersama Ruth,untuk mendekati Quan Diana berbaik dengan Ruth tanpa Ruth sedar dia sekadar pelampung untuk Diana berenang ke arah Quan.

Tiada siapa tahu niat Diana kerana dia tidak pernah pun menunjukkan minatnya kepada Quan,hanya saja bila Ruth bersama Quan dan Ate,pasti ada Diana.Diana bijak mengatur rancangannya,saat itu Diana juga lebih suka bercerita soal Ate dan Boy sahabat pintar Quan,seolah Diana ada hati pada mereka,sebab itu Ruth percaya bila Diana bersama Quan berkerjasama menguruskan hal sekolah,Quan pun tidak pernah bercerita perkara yang tidak baik tentang Diana,kerana terlalu percaya juga Ruth kecewa bila memikirkan soal mereka dahulu,mungkin selama ini Diana selalu mengoda Quan,Quan juga mungkin tahu niat Diana kepadanya,hanya Quan berahsia menikmati sensasi godaan Diana.

Bila Ruth berfikir tentang hal dahulu,dia rasa sangat marah,dia tak perlu mengenangkan peristiwa itu,sekarang pun masih sakit hati lagi bila berfikir pasal Villiam,Villiam mungkin dah lupa kepada dia setelah berkawin.Ruth dah putus asa nak berfikir soal cinta,baginya lelaki memang tak boleh di percayai lagi,biarpun Quan sekarang menlayan dengan baik,rasanya sama juga kot,peminatnya muncul saat Ruth juga muncul,Ruth pasrah nak jadi apa pun jadilah, asal jangan menlibatkan dia lagi.

Diana baru tahu kehadirannya menbuatkan Ruth semakin erat dengan Quan,dia benar tidak sangka,mungkin ini rancangan Quan supaya Ruth sentiasa bersamanya,pada hal Diana yang meminta untuk menjadi pembantu pribadi Quan,tapi Quan menberinya pangkat lain,pangkat yang sedikit besar dan bertanggungjawab ke atas kerja,fikirnya macam mana dia ada peluang mendekati Quan kalau kena menguruskan jabatan yang dia tak suka,perkerjaan itu sangat berat baginya.Diana juga mendapat tahu yang Ruth menjadi keldai sewaktu dia belum masuk, sayang Quan menyelamatnya,kalau tidak pasti seronok mempermainkan musuh lamanya.Diana perlu merancang strategi yang baru.

HLEY CURANG

Malam minggu yang lalu,malam yang sangat bertuah buat Hley,dia bertemu kembali dengan jejaka kacak tempoh hari,namanya Jerry.Jerry juga terpikat kepada Hley kerana Hley mengaku bujang pada malam itu,orangnya boleh tahan sangat bergaya dan manis senyumannya macam kopi C,susu campur gula.Jerry dan Hley selesa berbual sampai tak ingat masa,waktu itu Hley terkata dia masih bujang,jadi Jerry fikir dia tiada kekasih.Hley buaya betina mana mungkin menjelaskan salahfaham si Jerry padanya,mereka sering bertemu pada waktu rehat di tempat kerja untuk keluar makan bersama,sejak Hley bersama Aboy,Aboy tidak pergi ke tempat kerjanya untuk makan bersama,dengan alasan jauh dan tidak ada masa.Aboy terlalu pentingkan kerja darinya.

Sejak Hley dan Jerry selalu jumpa di tempat kerja,Hley kelihatan bersemangat pergi kerja dan selalu menlawa lebih².Aboy menyedari Hley gembira semacam,bila di tanya dia menjawab ada pakwe hemsem kat tempat kerjanya,lepas itu Aboy diam dan menyambung kerjanya.Aboy percaya Hley tidak akan berbuat jahat padanya,sebab dia tahu Hley seorang yang ceria dan banyak kawan,sama ada lelaki dan perempuan.Aboy tidak cemburu kerana itu hal pribadi Hley dan dia tidak mahu menjadi penggongkong.Hley kesal mengapa dia bercakap dengan lelaki hati kering,Aboy seperti itu saja saat dia berkata tentang lelaki lain,Hley rasa tercabar dengan sikap Aboy.

Hley mengajak Jerry keluar malam ini,Aboy ada meeting lagi dengan syarikat baru,kebetulan hari jadi Hley.Hley terasa sedih hingga dia hilang akalnya,malam ini semua nya terasa indah saat bersama Jerry,senyuman dan layan Jerry kepadanya sangat mesra dan romantis sekali,dia cair dengan keadaan hingga mereka berhubungan intim di sebuah hotel.Hley lemah dalam pelukan Jerry biarpun dia rasa bersalah kepada Aboy,Aboy ingin dia menjadi seorang isteri,tetapi dia tidak merasa bahagia kalau hubungan mereka berterusan seperti ini.

Di rumah Aboy menunggu kepulangan Hley,dia menyediakan kek,bunga dan hadiah.Hley tiba di pintu terkejut Aboy menyambutnya dengan ceria,Hley kaku mengapa Aboy berada di rumah,bukan Aboy ada meeting.Aboy berkata meeting batal,jadi Aboy balik awal menunggu Hley,tapi Hley pulang lewat malam,melihat wajah Aboy yang ceria Hley tak sampai hati,dia menlayan saja sambutan Aboy untuknya,Aboy menunjukkan cincin lamaran kepadanya.Hley kelu tidak terkata,dia rasa bersalah sangat terhadap Aboy, Aboy terlalu baik untuknya.Hley ingin menolak lamaran Aboy, tapi Aboy ingin mendengar kemudian keputusan Hley, Aboy ingin Hley berfikir dengan jelas.

"sebab apa... sebab Aboy gila kerja,tapi Aboy akan berusaha untuk menjadi seorang insan yang terbaik buat semua,terutama Hley."

"Aboy...

Hley memeluk tubuh Aboy dengan erat dan kuat, dia merasa bersalah,dia bersetuju untuk berfikir tentang lamaran Aboy,Hley ingin tahu apakah dia mencintai Aboy atau tidak,dengan Jerry dia merasa sangat gembira dan seronok, dengan Aboy selesa dan senang saja.Hley teringat keterlanjuran yang dia baru lakukan tadi,dia kegementaran.Jerry juga telah menluahkan perasaannya tadi, Jerry juga merasai apa yang Hley rasakan,mereka sehati sejiwa,mungkin Hley dalam masalah besar sekarang,dia takut memikirkan apa yang bakal terjadi.

ATE DI SERANG

Kedai gunting rambut Ate di serang,cermin pintu sengaja di pecahkan oleh orang,papa menyuruh Ate menbuat laporan polis, tapi Ate tidak mahu kerana dia tidak tahu siapa yang bakal dia singgung,seperti biasa Ate tidak mahu menperbesarkan masalah,ada orang dengki dengan Ate sebab kedai gunting rambutnya banyak pelanggan,kedainya sentiasa di penuhi oleh pelanggan terutama dari Singapura.Ate mungkin tahu siapa yang sakit hati dengannya,tapi dia cuba bersabar dari bertindak,kalau saja dia mula menbalas pasti masalah menjadi lagi besar,sebab Ate berkenalan rapat dengan geng,geng yang orang tidak mahu cari pasal.Ate seperti biasa melayan pelanggan yang datang untuk menbuat atau mengunting rambut,dia menpunyai lima orang pekerja yang sangat rajin dan tahu bergaya,anak muda kalau pandai bergaya dan berbakat pasti banyak peminat,kerana itu tarikan kedai rambut Ate untuk mendapatkan banyak pelanggan.

Ate menyimpan bukti cctv yang tersorok di luar kedainya,dia tahulah orang mana,tapi yang tak masuk akal orang ini sangat baik padanya,kalau tanpa cctv pasti Ate tidak tahu langsung siapa duri dalam daging.Ate pada mulanya ingin bersemuka,tapi bila dia fikir lagi dia harus memberi peluang,jadi dia biarkan.Encik Tan marah besar bila Ate tidak mahu buat repot dan menbiarkan kedainya di rosakan,sebab encik Tan berkira soal duit tak mahu Ate rugi,encik Tan nak orang yang merosakan kedai Ate bertanggungjawab menganti rugi.Ate hanya berkata dia akan memasang cctv banyak² di luar kedainya nanti,lagi orang tua itu meradang sebab perlu mengeluarkan duit lagi katanya.

Tertekan dengan kata² encik Tan,Ate menbuat menghubungi teman lamanya yang istimewa,teman ini ada wang semua boleh jalan,Ate menceritakan apa yang terjadi kepadanya baru² ini kerana tidak tahan papanya berleter soal duit,Ate tidak mahu repot polis sebab hanya merumitkan keadaan,hanya dengan cara ini segala akan selesai.Ate perlu menunggu satu minggu bagaimana proses yang bakal mereka lakukan,Ate hanya nak orang itu menbayar ganti rugi saja,apalagi bukti ada padanya.Orang itu adalah salah satu pekerjanya sendiri yang tidak berpuas hati terhadapnya kerana masalah pribadi,budak itu datang sebagai pengintip kerana perempuan yang dia suka rapat dengan Ate,jadi dia berpura datang berkerja di situ untuk mengetahui tindak tanduk Ate,dia fikir Ate tidak memasang cctv di luar dan hanya di dalam,jadi dia dan rakannya merosakan pintu besi serta menbaling cat di luar kedai.Mengapa Ate menghantar rakan istimewa menyelesaikan masalah sebab budak itu anak orang senang juga,dapat memeras duit dari orang tuanya,orang tua pasti takut anak terlibat dengan geng dan jenayah sebab itu mereka sanggup mengeluarkan duit untuk menlindungi anak mereka,Ate terpaksa menbuat hal demikian bukan untuk suka²,dia sekadar ingin menakutkan budak itu,Ate pun tidak bersalah,bukan dia yang terhegeh dengan perempuan,perempuan yang datang kepadanya,orang hensem nak buat macam mana.

VILLIAM MENCARI RUTH

Keadaan semakin tenang dan boleh di kawal,Villiam masih berkerja sebagai chef lagi, dia hampir ingin berhenti kerja sebab dia fikir dia tak mampu untuk menguruskan keadaan,tapi Lili menberi dorongan agar dia bertahan dulu,sebab Lili bersedia untuk menjaga rumah puan Anita,dia yang harus berhenti kerja demi adik² di tempat itu,Villiam sangat berterima kasih sebab Lili sangat memahami dirinya,minatnya terhadap dunia masakan tak boleh di nafikan,dia akan menyesal kalau tetiba berhenti kerja.Lili tahu fikiran Villiam,dia perlu banyak berkorban untuk mendapatkan perhatian darinya,Lili hanya ingin Villiam menlupakan Ruth,memang sukar sebab gambar Ruth masih ada di dalam dompetnya,Lili juga masih melihat Wallpaper mereka berdua,hati Lili terasa sakit kerana cemburu,tapi kalau dia terlalu cemburu segalanya pasti akan sia²,puan Anita telah berpesan agar Lili lebih banyak bersabar,berdiam dan berkorban,puan Anita pasti Villiam akan menerimanya lambat laun,apa lagi mereka sah bergelar suami isteri,siapa Ruth?yang pasti Ruth bakal jadi yang ketiga atau perosak rumah tangga orang.

Villiam mendapat tahu dari kawan Ruth yang Ruth telah berkerja di kuala lumpur lagi,yang tak seronoknya bersama Quan,Villiam mengekori Ruth dan Quan selepas mereka habis kerja,tak sangka hubungan Ruth dan Quan semakin mesra,Villiam dapat merasakan kebahagiaan mereka,mereka serumah lagi,sampai di depan rumah Quan Villiam menekan loceng pintu,Quan melihat Villiam di depan rumah.Villiam ingin menemui Ruth, tapi Quan menghalangi sebab Ruth tengah mandi katanya.Villiam naik bengang dengan sikap Quan melayan seperti dia penjenayah,soal bermacam²,mengapa dia ingin menemui Ruth lagi sedangkan dia dah kawin.Villiam tak mampu nak jawab sebab kenyataan.

"tolong beri aku peluang bercakap dengan dia."

"u hanya akan menbuat dia sedih lagi, dia sekarang baru saja elok, u datang pula."kata Quan.

akhirnya Ruth keluar bila melihat Quan dan Villiam bertekak di luar rumah,Ruth baru saja selesai mandi,dia memakai T-shirt serta berseluar pendek,Ruth tergaman bila melihat wajah yang tak asing iaitu Villiam,hatinya berdebar lagi bila melihat Villiam sedikit kurus dan cengkung,seharusnya Villiam hidup gembira segar mugar lepas kawin,ini macam orang sakit.

"Ruth,i nak cakap dengan u...

"Ruth,cakaplah dengan Villiam...

Quan meninggal mereka berdua,dia masuk kedalam rumah sebab tak tahan tengok Villiam terdesak sangat,Ruth juga sedih melihat Villiam,tapi bila dia ingat balik apa yang Lili cakap,dia serba salah.

Perasaan sayang masih ada lagi,tapi Ruth tak boleh pentingkan diri sendiri,dia harus mengalah,kalau tak dia akan menjadi perampas milik orang,dia tak mahu menbuat rumah tangga orang bercerai berai kerananya,bila di fikirkan juga dia tak mungkin berkorban untuk orang lain,benar kata puan Anita dunia mereka berbeza.

"Ruth,i...i sangat rindu pada u."kata Villiam.

"Villiam,u sudah berkawin... kita dah tiada apa² lagi,u harus jaga Lili dan adik² dengan baik,i dah fikir masak²,i tak mampu berkorban untuk u."

"Ruth, i tak minta u berkorban untuk i, i hanya nak kita bersama semula...

"Villiam,u terlalu pentingkan diri sendiri,u tak fikir orang lain ke?"

"Ruth,i hanya nak kita bersama,mengapa i pentingkan diri?"kata Villiam.

"u masih tidak faham keadaan Villiam...

"u yang tak faham!kerana Quan kan,u dah bersama dengan diakan?"

"Villiam!...

"Ruth,tolong...i merayu jangan tinggalkan i, i sedih sangat,hati i terasa sakit."

Villiam melutut di hadapan Ruth, dia mencapai tangan Ruth dan memohon agar Ruth tidak meninggalkan dirinya,Quan dari dalam melihat tidak senang dengan prilaku Villiam,Quan takut Ruth termakan pujukan,sebab Ruth mudah kasihan.Quan menghubungi Lili untuk datang melihat keadaan,mereka berdua telah berkerjasama tanpa sesiapa sedari,Quan akan menolong Lili kalau Lili mengikuti rancangannya,Lili dapat Villiam dan Quan mendapatkan Ruth,yang penting mereka menjaga rahsia dengan baik.

Tiga puluh minit kemudian Lili datang dengan grab,bila melihat Villiam memujuk Ruth,Lili menangis dalam hatinya menidih kepanasan,untuk menerus permainan Lili harus bersabar dan berdiam,keduanya terkejut bila Lili datang,bagaimana Lili tahu tempat ini.

"Lili... Ruth bersuara.

"Lili,macam mana kamu ke sini?"tanya Villiam.

"Vil,maaf Lili mengekori Vil,kalau Vil ingin kita berpisah,Lili terima...

Villiam dan Ruth saling memandang,Villiam tak dapat bersuara lagi bila Lili kelihatan sangat kasihan,Ruth juga rasa bersalah seolah dia curang dengan suami orang,tapi dia juga tidak mampu bersuara saat Villiam ingin kembali,Villiam juga tak mampu menjawab kata² Lili,sebab dia rasa bersalah,bagaimana mereka ingin menyelesaikan masalah hati dan masa depan semua.Quan keluar bertanya siapa Lili.

Lili menjawab dia isteri Villiam,Villiam tak menafikan,Quan ada peluang menyerang Villiam.

"Villiam,u dan Ruth sudah tiada apa² lagi,isteri u nampak baik dan cantik,u mahu macam mana lagi?u hanya akan menbuat semua orang terluka...Ruth dan i bakal berkawin tak lama lagi,jadi tolong lepaskan dia."

Semua terkejut bila Quan berkata begitu,Villiam hanya mampu memandang Ruth, Lili disisinya dan Quan juga,dia tak boleh lagi merayu atau mengenggam tangan Ruth.Villiam seakan di panah ke jantungnya mendengar ucapan dari Quan,Ruth berkawin dengan Quan,mereka berdua akan benar² berpisah.

"Vil,kita balik dulu,dah lewat ni."Lili bersuara lembut.

Lili mencapai tangan Villiam,Villiam mengikuti seperti patung,Ruth berbelah bagi perasaannya dengan semua perkara,macam mana boleh berakhir begini, dia benar² hilang semangat,melihat Villiam di pimpin Lili pergi rasanya kosong,tiada apa² lagi.

Quan ke bilik Ruth,Ruth duduk di kerusi memikirkan Villiam,Villiam kelihatan kurus sangat,Quan mengetuk pintu...

tok... tok...

"termenung jauh...

"takdelah...

"fikir Villiam...

"tidak...

"baguslah...

"tadi Quan cakap kita nak kawin sebab apa?"

"Quan benar maksudkannya,Quan dah berbincang dengan Ate dan encik Tan tentang kita,Quan nak kita terus berkawin...

"kawin,tapi kita...

"Ruth dan Quan sama bujang,apalagi tinggal serumah,dari orang bergosip lebih baik kita kawin,Ruth tahu perasaan Quan macam mana,lagi cepat kita kawin lagi bagus,Quan takut orang gosip pasal Ruth dengan suami orang."kata Quan sambil mengangkat keningnya.

Ruth sebenarnya dah malas nak fikir soal percintaan,tapi sejak Quan balik dan mereka berbaik semula,Ruth berasa Quan ikhlas padanya,tak rugi mencuba dengan kekasih lama,apalagi kekasih baru dah berpunya.

下一章