webnovel

Bab 17 - Esfarza

Ke Esokan Harinya - Sofea meneruskan rancangan mereka sepertimana yang diarahkan oleh Sufi. Dia mengirim sepucuk surat yang ditulis sendiri oleh Panjiey kepada Esfarza yang sedang menikmati keindahan pagi hari dikamarnya. Suasana hening seketika di dalam Dewan Pemerintah. Nephila pula berada di Penjara Merah untuk memastikan kepulangan Livis.

"Sofea?" Panggil Esfarza yang saling berpandangan dengan Sofea pada wujud merpati putihnya.

Merpati putih meletakkan surat tersebut di atas meja Esfarza lalu terbang meninggalkan dia seorang diri.

"Panjiey?" Soal Esfarza dalam keheningan itu.

Esfarza bergerak membuka surat tersebut.

"Assalamuakaikum isteriku,

Semoga... Sihat selalu hendaknya empunya cinta ini.

Sayangku, Abang ingin memohon maaf sedalam maaf dilubuk jiwa ini.

Abang hanya mampu mencintai Es dengan ketulusan... Tapi tidak berjaya untuk membuktikannya.

Abang sudahpun berjanji menjaga Es... Namun janji abang hanyalah bicara tanpa tingkahnya.

Maafkan abang... Abang gagal melindungi Es.

Sekiranya masih ada peluang untuk membuktikan cinta ini, Abang akan menjaga dan tidak akan melepaskan lagi genggaman abang pada Es.

Sufi sudahpun berjaya menyelamatkan abang... Abang tahu, sahabat abang yang baik itu juga sudahpun menyelamatkan Es.

Kiranya jalan kita berdua masih sehala, abang berharap Es akan hadir pada malam hari ke-20 di pasar besar Jalan Bulan Indah.

Dengan peluang kedua bersama tangan yang sudah bebas melindungi ini, abang akan menyelamatkan Es pada waktu itu.

Tanpa keraguan seperti waktu dahulu dan yang akan datang... Abang sentiasa mencintaimu isteriku.

Salam... Panjiey."

Setiap bait kata Panjiey mengusik jiwa Esfarza yang terikat sebagai pasangan suami dan isteri. Air mata pun mula mengalir semakin kuat dari bergilirnya rangkap ke rangkap mencerminkan jiwa yang terharu pada tulusnya percintaan yang tidak mampu diusik oleh kewujudan apa pun. Tiada tingkah lain selain senyuman. Tiada rasa lain selain kegembiraan.

"Tanpa keraguan seperti waktu dahulu dan yang akan datang... Esfarza juga akan sentiasa mencintai abang." Balas Esfarza dalam hujanan tangis kegembiraan.

*****

Suatu suasana di Penjara Merah. Nephila tidak keruan apabila mendengar maklumat daripada Tentera Merah yang mengatakan bahawa Livis masih tidak kembali bersama dengan tentera Mu'unnya. Akalnya dihantui kekeliruan tanpa sebarang jawapan. Dia menggerakkan kedua kakinya menuju ke sel milik Sufi. Setibanya dia di sana, kedua telinganya mendengarkan alunan zikir merdu dari bibir Sufi yang menusuk ke dalam jiwanya bagai air sejuk yang menzahirkan ketenangan.

"Indahnya..." Ucap Nephila tanpa sedarnya.

Kekeliruan dan kemarahan hilang seketika pada minda Nephila. Sufi yang terjaga dengan ucapan itu dengan pantas menoleh ke arah Nephila.

"Puan?" Soal Sufi.

Nephila memaksa tingkahnya berubah kepada dirinya yang asal. Berwajah bengis bersama dengan dahi yang dikerutkan.

"Keluarkan dia! Bawa dia ke bilik soal siasat!" Arah Nephila pada Tentera Merah yang mengiringinya.

Tentera Merah tersebut akur menuruti arahan itu. Setibanya mereka di bilik soal siasat yang berada di tengah-tengah penjara, Nephila duduk berhadapan dengan Sufi dipisahkan dengan sebuah meja bulat yang kecil.

"Mmm... Siapa nama betul kau?" Soal Nephila.

Sufi mula menyilang jarinya dengan suatu senyuman manis pada bibirnya.

"Sufian..." Jawab Sufi.

"Sufian... Kau tahu kan. Kau itu diperlukan untuk menyempurnakan Tunggal milik Mira." Soal Nephila lagi.

"Maaf Puan. Saya tidak tahu apa-apa mengenai perkara itu." Nafi Sufi.

"Mmm... Bodoh punya Esfarza. Mira itu adalah Ratu Ilmu hitam yang mewarisi kelebihan ibunya Si Laila. Ayahnya itu adalah Si Majnun yang merupakan salah satu daripada insan yang berkelebihan Wujud di alam ini." Jelas Nephila.

"Wujud?" Soal Sufi dengan suatu lakonan pada riak wajahnya.

"Insan yang berkelebihan tanpa menggunakan sebarang unsur. Kelebihan itu adalah wujud manusianya sendiri. Si Majnun itu adalah Wujud Peniru. Wujud yang mampu meniru unsur orang lain dengan sempurna termasuk unsur yang dimiliki oleh Insan Tunggal. Mampu menggunakan Rahsia Tunggal bahkan kelebihan terkuat yang digelar Rahsia Di Balik Rahsia. Sewaktu aku ingin merebut Mira daripada Si Laila, wanita pembelot itu sudahpun membunuh anaknya sendiri. Aku membunuh dia tanpa sebarang perlawanan. Mungkin, wanita itu sangat terkesan dengan tingkahnya sendiri bahkan rela hati untuk mati di tangan pembantunya." Jawab Nephila.

"Wujud Peniru. Tapi Bagaimana... Mira hidup kembali?" Soal Sufi.

"Rahsia Rantaian Jiwa. Antara satu kelebihan yang dimiliki oleh Tunggal Ratu Ilmu Hitam. Si Majnun meniru tunggal Si Laila lalu menghidupkan anaknya sendiri. Mira hidup kembali dengan tiga rantaian jiwa sebagai bayarannya kerana setiap Rahsia itu pasti ada bayarannya. Mira tidak akan sempurna menjadi manusia selagi Tiga Rantaian itu tidak dipenuhi. Ianya juga bermakna dia tidak akan sempurna menjadi Tunggal Ratu Ilmu Hitam. Sepertimana aku dan Lufis mampu hidup abadi. Ianya kerana aku menggunakan Rahsia: Benang Abadi. Benang Hantu yang sentiasa menjahit semula organ dalaman kami berdua agar terlihat muda seperti biasa. Bayarannya pula adalah tubuh manusia yang diubah menjadi Benang Abadi. Sebab itu untuk membuka setiap Rantaian tersebut kami memerlukan ayah dan ibu bagi Mira." Terang Nephila lagi.

"Apa... Tiga Rantaian itu?" Soal Sufi lagi.

"Rantaian Kasih Sayang, Rantaian Harapan dan Rantaian Rindu. Ketiga sifat itu perlu Mira rasakan dari seorang ibu dan ayah yang dipilih oleh jiwanya sendiri. Dia telahpun membenarkan Esfarza menjadi ibunya. Mayat hidup itu berjaya membuka Rantaian Kasih Sayang dan Harapan. Yang tinggal hanyalah Rantaian Rindu dan yang mampu membukanya adalah ayah yang dipilih oleh jiwanya iaitu kau." Jawab Nephila.

Sufi menundukkan wajahnya. Dikala gadis menakutkan itu menceritakan kisah yang dia miliki, hati Sufi menyampaikan suatu ilmu.

"Jangan risau... Aku menjanjikan kau kehidupan abadi sepertimana yang aku janjikan pada Lufis dan juga harta yang melimpah ruah sekiranya kau berjaya menyempurnakan Tunggal milik Mira. Bukti kata-kata ini adalah kehidupan yang dimiliki oleh Lufis sendiri." Sambung Nephila.

Dengan suatu lakonan, Sufi mengukirkan suatu senyuman kegembiraan.

"Mmm... Baiklah. Aku terima syarat itu. Pastikan aku memiliki kehidupan yang abadi bersama dengan harta yang kau janjikan. Apabila sempurna Tunggal Mira aku akan menikmati kehidupan ini sepuasnya." Balas Sufi.

Nephila tergelak kuat mendengar ucapan Sufi.

"Nampaknya... Manusia itu semua sama ya. Aku ingatkan kau ini orang yang baik. Rupanya tiada beza antara kita berdua. Yang satu mengejar harta dan yang satu mengejar kuasa." Balas Nephila.

"Seterang apa pun manusia pasti ada gelapnya. Segelap apapun manusia pasti ada terangnya." Nasihat Sufi.

Dengan suatu senyuman pada nasihat Sufi itu, Nephila berdiri daripada duduknya.

"Panjiey mana?" Tanya Nephila pada tenteranya.

"Dia ada dalam selnya Penguasa." Jawab Tentera Merah tersebut.

"Buat masa ini... Kau perhatikan Panjiey dengan gerak gerinya. Pasti ada sebab mengapa Esfarza memasukkan kau ke dalam penjara. Sama ada kau itu mencurigakan. Atau pun untuk membuka Rantaian Rindu. Tapi bagi aku, kau ini bukanlah insan yang mencurigakan." Ucap Nephila.

Penguasa itu menggerakkan kedua kakinya meninggalkan Sufi yang diiringi oleh dua orang Tentera Merah bergerak menuju sel miliknya semula. Akhirnya, teori dibuktikan oleh watak yang ada dalam cerita itu sendiri. Sufi menggerakkan kedua kakinya dengan senyuman yang tidak pernah lekang dari bibirnya mendengarkan setiap kebenaran yang diucapkan oleh Nephila.

*****

Pada Malam Hari ke-20 - Angin bertiup lembut pada malam itu di pasar besar yang berada di Jalan Bulan Kota Indah. Seperti yang dijanjikan, Panjiey sudahpun berdiri di tengah pasar besar tersebut. Jalan Bulan Kota Indah dikawal sepenuhnya oleh anggota Hiyar Ayil dan Pejuang Pohon. Setiap daripada mereka lengkap dengan pedang dan panah demi mengamankan kawasan tersebut daripada Tentera Merah. Mereka sudahpun membunuh beberapa pengawal yang menjaga kawasan itu tanpa jejak. Dalam beberapa jam penantian Panjiey, Esfarza akhirnya tiba seorang diri. Kedua mata sepasang merpati itu terikat pada suatu rasa yang bernama cinta daripada hubungan yang terikat dengan suatu perkahwinan. Dengan wajah yang dibanjiri air mata keterharuan, Esfarza berlari memeluk Panjiey dengan eratnya.

"Es..." Pujuk Panjiey.

Esfarza melepaskan pelukannya lalu memandang erat wajah Panjiey.

"Kenapa abang lama sangat. Jiwa Es terseksa hidup dalam takdir sebuah kematian. Yang Es ada hanyalah rindu yang tidak dapat untuk diluahkan. Abang... Kenapa abang lama sangat untuk menzahirkan rindu ini!" Marah Esfarza dengan nada yang sangat sayu.

Usai bicara itu Esfarza memeluk Panjiey semula. Meluahkan segala kerinduan dengan pelukan. Memupuk kembali segala rasa yang tersembunyi di dalam jiwa.

"Es... Rindu itu juga separuh daripada cinta. Rasa itu adalah suatu proses yang menguji kesetiaan. Meski seribu tahun kita berpisah, saling merindui itu yang menjadi tanda kita berdua masih saling mencintai. Abang juga tersiksa melihat Es dihidupkan kembali. Tersiksa melihat Es dipaksa untuk menentang hakikat alam. Tapi abang cuma mampu merasa keperitaan itu. Abang tidak mampu menggunakan kedua tangan ini untuk mengubahnya. Es terseksa dengan paluan rindu yang tidak henti memainkan lagunya. Abang juga tersiksa dengan permainan rasa yang berbagai bentuk didalam jiwa ini. Abang ingin menyelamatkan Es kerana rindu, cinta dan harapan didalam jiwa namun akal ini mengatakan agar membunuh Es kerana kedua mata yang tidak ingin memikirkan tentang jasad Es yang terseksa kerana dihidupkan kembali secara paksa. Jiwa dan akal abang tidak selari memikirkan tentang Es." Pujuk Panjiey.

"Jadi.... Abang... Abang ingin membunuh Es?" Soal Esfarza.

Panjiey mengusap lembut dahi Esfarza dengan penuh kasih sayang.

"Es... Ada masanya manusia itu terpaksa akur dengan ketentuan takdir. Ada masanya manusia itu tidak mampu memilih sebarang pilihan yang ada kerana manusia itu lemah. Dikala abang sedari yang jiwa dan akal ini tidak selari, akhirnya jiwa ini berbicara. Ikuti sahaja arusnya takdir. Dihujung arus ada jawapan. Itulah satu-satunya pilihan yang abang mampu pilih dengan rela hati. Dan arus takdir menghadirkan Sufi dalam kehidupan kita berdua. Meski abang masih tidak mampu memilih segala pilihan yang ada, tapi abang percaya dengan pilihan yang akan dibuat oleh pemuda itu. Terlalu tenang pemuda itu sehingga abang juga terikut dengan rentaknya. Mungkin, itulah jawapan yang diberikan oleh arus takdir untuk kita berdua." Jawab Panjiey.

Didalam pelukan itu Esfarza kembali tenang apabila teringat akan ketenangan Sufi.

"Es percaya abang... Es percaya Sufi... Dan Es percaya pada jawapan dihujung arus takdir. Es tidak mampu berbuat apa-apa lagi. Rasa yang ada dalam jiwa Es ini hanyalah cinta pada kekasih hati Es. Tanpa keraguan seperti waktu dahulu dan yang akan datang. Es akan sentiasa mencintai abang." Balas Esfarza.

Dari kejauhan itu, Ulya yang bersembunyi pada lorong-lorong gelap mulai mengalirkan air mata keterharuan melihat kedua pasangan suami isteri itu melepaskan segala kerinduan. Bahkan Alim, Myla, Daem, Rai, Sofea dan sahabatnya yang lain juga mula mengikuti rentak pertemuan yang mengharukan itu. Dalam beberapa minit pelukan tanpa bicara antara Panjiey dan Esfarza berlangsung, Luft keluar daripada bayang-bayang milik Esfarza.

"Luft..." Panggil Panjiey.

Esfarza menoleh kearah Luft.

"Pemuda yang melindungi Es ini... Nama Luft ya." Soal Esfarza.

"Mmm... Terima kasih sahabat kerana memastikan isteri aku selamat sampai ke sini." Ucap Panjiey.

"Kita gerak cepat. Kita sudah lama ada disini. Kita sambung perbincangan ini di Kedai Khamar." Arah Luft.

Paniey dan Esfarza mengikuti arahan itu. Anggota Hiyar Ayil dan Pejuang Pohon mula bergerak mengiringi pasangan tersebut pada setiap lorong-lorong gelap tanpa disedari menuju ke kedai Khamar milik Abang Rahman melalui Cermin Naq.

*****

Setibanya mereka di sana, puluhan Pejuang Pohon lengkap bersenjata mengawal Kg Terbuang bahkan kebanyakan daripada mereka mengawal ketat Kedai Khamar. Suasan hening seketika di dalam Kedai Khamar dengan kehadiran Esfarza. Kejanggalan dan prasangka mula hadir pada mata-mata yang tidak melihat peristiwa berlangsungnya ketulusan cinta antara Panjiey dan Esfarza.

"Esfarza..." Panggil Aslan.

"Dia bersama dengan kita. Bahkan sebelum bersatunya Hiyar Ayil dan Pejuang Pohon." Terang Abang Rahman.

Esfarza mencapai salah satu kerusi yang ada di kedai itu lalu duduk di tengah-tengah ruangan dikelilingi dengan anggota Hiyar Ayil dan Pejuang Pohon.

"Maafkan saya jika menggelisahkan para jiwa yang memperjuangkan sinar. Kebenarannya, saya juga ikut serta dalam perjuangan ini. Meski agak terlambat, tapi Sufi sudahpun menyelamatkan saya dan Panjiey. Seperti perjanjian antara saya dan Sufi, dia berjaya menyelamatkan Panjiey. Bayarannya adalah maklumat sebenar mengenai Lily." Terang Esfarza.

Abang Rahman mula berdiri dari duduknya dia di suatu meja panjang.

"Ini yang kita nantikan." Balas Abang Rahman.

"Apa kebenaran mengenai budak itu?" Soal Luft.

Esfarza menarik nafas sedalam-dalamnya sebelum menyampaikan maklumat yang di tunggu-tunggu.

"Kebenaran ini semua bermula daripada Hikayat Si Majnun dan Si Laila. Si Majun sebenarnya adalah seorang insan Wujud yang berkelebihan untuk meniru sebarang unsur termasuk unsur yang dimiliki oleh insan Tunggal. Gelaran bagi wujud itu adalah Wujud Peniru. Rahsia Janji Nyawa yang dia gunakan merupakan kelebihan unsur yang dia tiru daripada seseorang sewaktu dia menjelajah mencari ilmu. Rahsia itu dia gunakan sewaktu dia ingin mengubah Laila menjadi seorang wanita yang baik." Terang Esfarza.

"Rahsia: Janji Nyawa?" Soal Daem.

"Jika Janji Nyawa itu merupakan kelebihan Rahsia. Maksudnya... Bayarannya adalah Raja Hitam. Dan.... Apa kelebihannya?" Soal Alim

"Bayaran bagi Rahsia: Janji Nyawa adalah pemiliknya tidak boleh menggunakan sebarang ilmu yang berunsurkan kegelapan. Sekiranya dia melanggar syarat itu, maka dirinya akan berubah menjadi Raja Hitam. Kelebihannya pula dia mampu meramal masa yang akan datang. Dia sudahpun meramalkan kehadiran Sufi untuk menarik semula Lily daripada kegelapan. Maksudnya, dia juga sudah melihat yang dia pasti akan tenggelam didalam kegelapan. Dia sanggup mengorbankan dirinya sendiri demi masa depan Si Laila dan Lily yang sangat cerah." Jawab Esfarza.

"Mmm... Ayah dan ibu yang sanggup berkorban demi masa depan anak mereka." Balas Panjiey.

"Jika Rahsia: Janji Nyawa itu adalah kelebihan yang mampu meramal pada masa hadapan. Maksudnya, Si Majnun menggunakan kelebihan Wujud Peniru untuk meniru unsur Tunggal milik Si Pemberi Pesan kerana insan itu juga melakukan ramalan yang Sufi akan hadir pada masa hadapan di tanah ini." Sokong Sofea.

"Semuanya... Semuanya sama seperti teori Sufi. Cuma... Sufi tidak mengatakan yang Si Pembawa Pesan iaitu Si Majnun meramalkan kehadiran Sufi. Bukankah dia katakan Si Majnun meramal bahawa Hantu Salju yang akan menyelamatkan anaknya?" Soal Myla.

Telinga-telinga yang mendengar mengarahkan pandangan mereka ke arah Myla.

"Mungkin... Mungkin itu kebenaran yang sebenar. Si Majnun tidak mungkin mengenal Sufi. Tapi dengan ilmu yang dia ada. Dia pasti mengenal kelebihan Tunggal Hantu Salju. Sebab itu jugalah Lufis terlalu inginkan jantung Hantu Salju." Sokong Esfarza.

"Si hantu itu menyimpan suatu kelebihan yang mereka inginkan. Kan." Sokong Rai pula.

"Mmm... Satu bukti yang kukuh bagi suatu teori. Sebelum kita membuat suatu kesimpulan. Kita dengarkan terlebih dahulu maklumat daripada Esfarza sampai habis." Arah Abang Rahman.

Mata-mata yang terarah kepada Myla mengarahkan kembali pandangan mereka ke arah Esfarza.

"Es." Seru Panjiey.

"Ehem... Maafkan saya. Maklumat seterusnya ialah Rahsia: Rantaian Jiwa yang digunakan oleh Si Majnun untuk menghidupkan kembali Lily. Si Majnun meniru unsur Tunggal Ratu Ilmu Hitam milik Si Laila lalu menggunakan mantera gelap tersebut. Bayarannya adalah Tiga Rantaian Jiwa yang mengunci diri Lily daripada berubah menjadi Tunggal Ratu Ilmu Hitam sepenuhnya. Tiga Rantaian itu adalah Rantaian Kasih Sayang, Rantaian Harapan dan Rantaian Rindu. Nur dan Sufi berjaya membuka Rantaian Kasih Sayang dan Rantaian Harapan. Yang tinggal hanyalah Rantaian Rindu." Terang Esfarza.

"Fuh... Kelebihan Rahsia itu benar-benar merumitkan." Keluh Daem.

Ulya yang berada dipenjuru kedai tergamam untuk seketika mendengarkan penjelasan itu.

"Nephila tahu perkara ini?" Soal Aslan.

"Tidak... Dia menyangka bahawa akulah yang membuka kedua Rantaian tersebut." Jawab Esfarza.

"Itu adalah kelebihan bagi kita." Balas Alim.

"Kelebihannya adalah menghidupkan kembali Lily. Mengapa cara Sufi menjelaskan maklumat itu pada aku seakan-akan ada kelebihan yang lain." Balas Luft.

"Maksud?" Soal Rai.

"Mmm... Seperti ada kelebihan yang lain daripada penggunaan Rahsia: Rantaian Jiwa ini." Sokong Panjiey.

Dalam ketegangan persoalan yang diajukan itu, Laviant dan Radyah datang mendekati perbincangan itu melalui Cermin Naq.

"Ada satu kelebihan lagi." Sampuk Laviant.

Semua mata-mata mengarahkan pandangan mereka ke arah Laviant yang tiba ke kedai itu secara mengejut.

"Laviant?" Soal Sofea.

"Maaf semua... Kami terlambat. Sewaktu kamu semua menyelamatkan Esfarza, aku dan Laviant mendapatkan maklumat daripada Nur." Terang Radyah.

Rai menepuk tangan mendengar penjelasan gadis comel itu.

"Wuuu... Bijak pembantu Sufi. Jika gadis itu tidak dibenarkan untuk ikut berbincang, dia datang sendiri kepada gadis itu untuk mendapatkan maklumat." Puji Aslan.

"Apa maksud Laviant... Es?" Soal Sofea.

"Memang betul apa yang pemuda ini katakan. Ada satu kelebihan lagi. Si Majnun memindahkan ingatan yang dia inginkan ke dalam jiwa Lily. Setiap Rantaian Jiwa yang terbuka menyebabkan separuh daripada ingatan Si Majnun yang dia pindahkan turut terbit dalam bayangan akal Lily." Sokong Esfarza.

"Kata Sufi... Tiada siapa yang melihat peristiwa Hikayat Si Majnun yang sebenar kecuali Nephila, Si Laila dan Si Majnun. Maksudnya cerita yang sebenar ini bukan di bawa oleh ketiga insan. Tapi ingatan yang terbit daripada Lily setelah kedua Rantaian Jiwa itu terbuka." Sokong Luft.

"Nur sudahpun menjelaskan semuanya pada kami berdua. Yang mengetahui perkara ini hanyalah Esfarza dan Nur kerana hanya meraka berdua yang mampu berkongsi maklumat ini. Nur kata... Lily sendiri yang menjelaskan kebenaran ini." Terang Radyah.

"Lily!!!" Teriak para telinga yang mendengar.

"Lily?" Soal Abang Rahman.

"Lily sendiri yang menjelaskan kebenaran ini pada kami berdua. Sepertinya... Dia juga ingin diselamatkan setelah mengetahui segala kebenaran." Sokong Esfarza.

"Mengapa dia tidak membantu kita sekiranya dia ingin diselamatkan. Bukannya perkara itu lebih mudah?" Soal Myla.

"Fikir dulu gadis malang sebelum bertanya." Sindir Laviant.

"Ish! Suka hatilah." Marah Myla.

Alim dan sahabatnya yang lain menahan gelak dengan sindiran itu termasuk Esfarza.

"Rantaian Kasih Sayang itu telerai setelah Lily berjaya merasakan keikhlasan kasih sayang daripada Sufi dan Nur. Rantaian Harapan itu terbuka apabila Lily membalas kasih sayang yang diberikan oleh Sufi dan Nur itu dengan harapan. Harapan untuk diselamatkan daripada kegelapan. Tunggal yang dimiliki oleh Lily itu adalah unsur yang berdasarkan kegelapan. Meski dia menginginkan sinar keindahan namun jiwanya juga berperang untuk melakukan perkara-perkara yang keji. Sebab itu dia meletakkan harapan kepada Nur dan Sufi sebagai perantara untuk mengeluarkan dirinya daripada kegelapan sepenuhnya." Terang Laviant.

"Sepertimana jiwa dan akal aku berperang untuk menyelamatkan Esfarza. Aku tidak tahu memilih pilihan yang mana satu hinggalah Sufi hadir menjadi perantara. Akhirnya, Sufi membawa aku untuk menyelamatkan Esfarza." Sokong Panjiey.

"Dan Rantaian Jiwa yang terakhir itu memerlukan suatu proses perpisahan." Sambung Esfarza.

"Rindu?" Soal Radyah.

"Mmm... Rindu itu memerlukan suatu proses perpisahan. Sufi bukan sahaja ingin menyelamatkan dirinya daripada dicurigai. Tapi dia juga ingin membuka Rantaian Jiwa yang terkahir. Rantaian Rindu." Jawab Laviant.

"Tapi... Bukankah berbahaya jika Lily sempurna menjadi Tunggal Ratu Ilmu Hitam. Dia bukan sahaja mampu menggunakan kelebihan Rahsia. Bahkan dia mampu menggunakan kelebihan Rahsia Di Balik Rahsia Tunggal Ratu Ilmu Hitam. Walaupun kita tidak mengetahui sekuat apa kemampuan terkuat milik Lily. Yang pastinya, unsur darah itu sangat menakutkan." Keluh Daem.

"Entah.... Aku tidak tahu apa yang dirancangkan oleh Sufi. Yang aku yakin. Dia tidak akan membuat suatu kesimpulan tanpa berfikir sedalam mungkin." Balas Laviant.

"Betul... Meski kita tidak tahu apa yang dia rancangkan. Tapi setiap rancangannya itu sudah di atur dengan terperinci." Sokong Abang Rahman.

Mereka mula memikirkan kesimpulan dibalik rancangan Sufi hingga suasana berubah hening untuk seketika.

"Ehem." Ucap Ulya.

Mereka semua mengarahkan pandangan pada Ulya.

"Ulya..." Soal Sofea.

"Abang Sufi ada mengatakan tentang Air Mata Keinginan. Rahsia Ekor Ketiga milik Ulya mampu digunakan untuk menghasilkan Air Mata Keinginan. Dengan syarat... Rahsia Ekor Ketiga akan hilang buat selama-lamanya." Terang Ulya.

Sofea bergerak mendekati Ulya lalu memeluk adik kesayanggannya itu dengan erat.

"Ulya.... Jangan kata perkara yang bukan-bukan. Kakak yakin... Sufi hanya memberikan suatu cadangan. Keputusan itu terpulang kepada Ulya. Jangan melakukan suatu perkara yang akan menyiksa jiwa Ulya sendiri." Nasihat Sofea.

Ulya mula mengalirkan air mata dalam pelukan itu. Sofea dapat memahami perasaan adik kesayangannya itu. Jika Rahsia Ekor Ketiga itu hilang, maksudnya Ulya akan kehilangan penzahiran cintanya yang terbesar pada Sufi. Gadis cantik itu akan kehilangan bukti terbesar bahawa dia mencintai Sufi sedalam-dalam jiwanya.

"Jika perit Ulya, kita cari yang lain. Aku tahu... Hantu itu bukan manusia yang memaksa. Dia sentiasa memberi peluang sebelum melakukan suatu keputusan." Pujuk Rai.

"Sufi ingin melengkapkan Tunggal Ratu Ilmu Hitam milik Lily bukan untuk menguatkan lagi kelebihan gadis itu. Tapi dia ingin mengeluarkan Tunggal itu sepenuhnya dari tubuh Lily menggunakan Air Mata Keinginan. Dia ingin menjadikan Lily seorang manusia biasa yang bebas daripada kegelapan." Terang Aslan.

"Haish... Mengapa perjuangan kita ini semakin rumit." Keluh Daem.

"Ada yang lagi merumitkan sebenarnya." Balas Laviant.

"Laviant... Tolong... Tolong jangan buat perbincangan ini semakin mengusik jiwa kita semua." Pinta Radyah.

Laviant berdiri dari duduknya lalu menghadap Esfarza.

"Kemungkinan... Sufi juga ingin menggunakan Air Mata Keinginan untuk menghidupkan semula Esfarza menjadi manusia sepenuhnya." Terang Laviant.

Panjiey mendekati Laviant dengan gelora amarah pada jiwanya. Dia mencengkam kolar baju pemuda itu dengan kuatnya,

"Kau jangan buat cerita... Dia tidak pernah mengatakan perkara seperti itu." Marah Panjiey.

Luft bergerak pantas meletakkan pedangnya rapat dileher Panjiey.

"Kau cuba lukakan dia... Kau hilang dari alam ini bersama dengan isteri kau." Ugut Luft.

"Tenang Luft." Pujuk Abang Rahman.

"Panjiey." Pujuk Rai.

Esfarza mula mengalirkan air mata yang dihimpit dengan kekeliruan.

"Abang... Jangan... Apa pun keputusan Sufi. Itu adalah keputusan yang sebaik-baiknya. Dia tidak akan membuat suatu kesimpulan tanpa persetujuan kita semua. Perkara yang merumitkan seperti ini memerlukan masa. Kita pasrahkan pada arus takdir ya." Pujuk Esfarza.

Panjiey melepaskan genggamannya pada Laviant. Luft pula menarik semula pedangnya daripada leher Panjiey.

"Sekuat apa pun kau. Sehebat apa pun kau. Meski kau bunuh aku. Bahkan seluruh jiwa yang ada disini. Kau tidak akan mampu mengubah takdir. Kau marah pada aku kerana kau sendiri pun membenarkan apa yang aku katakan. Jiwa mu juga meinginkan Esfarza dihidupkan kembali." Nasihat Laviant.

"Rumit." Keluh Aslan.

"Apa pun kekeliruan yang terjadi. Jawapan akhir terpulang pada Sufi. Air Mata Keinginan itu tersangatlah penting. Sufi tidak mengatakan hanya Lily yang memerlukannya. Dia juga menyebut nama Nephila dan Lufis. Apa yang aku dapat simpulkan daripada bicara ketua kita. Air Mata Keinginan bukannya diletakkan pada nama. Tapi pada Jiwa yang paling memerlukan. Entah jiwa itu adalah milik Lily, Esfarza, Nephila mahupun Lufis. Kita tidak tahu... Kita pasrahkan semuanya pada arus takdir. Seperti yang ketua selalu ucapkan. Siapa yang ingin diselamatkan, kita selamatkan terlebih dahulu." Pujuk Luft.

Mereka mengangguk membenarkan penjelasan Luft. Noktah bagi segala kekeliruan yang menyebabkan berlakunya perselisihan kefahaman untuk seketika.

"Maaf..."Pinta Panjiey.

"Maafkan Ulya juga... Ulya tidak tahu perkara ini akan menimbulkan masalah." Pinta Ulya.

"Tenang... Persilisihan faham itu pasti akan berlaku. Sebab itu kita perlukan seorang ketua yang mampu meleraikannya. Kita pasrahkan semuanya pada arus takdir dan ketua kita." Balas Abang Rahman.

"Jadi... Apa yang kita perlu lakukan Laviant?" Soal Sofea.

Laviant kembali duduk ke tempat asalnya.

"Kita lupakan dahulu masalah tentang Air Mata Keinginan. Kita teruskan menyelamatkan penduduk kota hinggalah tiba masanya kita selamatkan Lichesiss. Luft... Esok malam kau jelaskan kesemua maklumat pada Sufi. Esfarza pula akan tinggal di sini bersama dengan Panjiey sebagai penjaganya. Aslan akan pulang semula ke luar Temabok Zamrud Gergasi untuk mengetuai Pejuang Pohon. Kita nantikan arahan daripada Sufi." Arah Laviant.

Anggota Hiyar Ayil dan Pejuang Pohon mengangguk membenarkan arahan itu. Berlalulah malam itu dengan pelbagai permainan rasa dan fikiran. Sahabat-sahabat Sufi tidak mampu membuat sebarang kesimpulan tanpa keputusan darinya. Mereka terpaksa menunggu Luft berjumpa dengan Sufi terlebih dahulu untuk membuat suatu kesimpulan.

*****

Pada keesokan malamnya, Luft berjumpa dengan Sufi melalui bayang-bayang dan menjelaskan segala pembuktian teori Sufi daripada maklumat yang Esfarza sampaikan. Bahkan Luft juga menyampaikan mengenai kekeliruan tentang Air Mata Keinginan yang cuba Sufi hasilkan daripada Rahsia Ekor Ketiga milik Ulya. Setelah selesai Luft berbicara, Sufi menyilang jarinya seperti biasa memikirkan segala maklumat yang ada termasuk apa yang Nephila katakan pada Sufi.

"Ketua?" Panggil Luft.

"Mmm... Sabar." Balas Sufi.

Luft berdiam diri seketika menghormati permintaan Sufi. Setelah lama mereka berdua mendiamkan diri, Sufi menghembus nafas dengan lembut.

"Kita lupakan terlebih dahulu tentang masalah Rahsia Ekor Ketiga. Kita fokuskan misi untuk menyelematkan Lichesiss. Berdasarkan apa yang Nephila katakan, Lufis menculik penduduk kota bukan untuk menghidupkan semula isterinya. Tapi mereka menggunakan mayat itu semua untuk membentuk Benang Abadi. Kelebihan rahsia bagi Tunggal Hantu Labah-Labah yang mampu menjahit organ dalaman manusia agar kekal hidup abadi. Itulah yang dijanjikan Nephila pada Lufis bersama dengan kuasa dan harta. Itulah juga yang dijanjikan Nephila pada aku sekiranya Lily sempurna menjadi Tunggal Ratu Ilmu Hitam." Terang Sufi.

"Maksudnya... Bukan Lily yang memberikan kehidupan abadi pada Lufis. Ular Berdarah?" Soal Luft.

"Itu tetap menggunakan kelebihan Lily kerana Ular tersebut yang berjaya menghidupkan kembali Esfarza. Bukan Lufis ataupun Nephila. Esfarza ada mengatakan mantera apa yang mereka gunakan untuk menghidupkan dirinya kembali?" Tanya Sufi semula.

Luft menggeleng kepalanya menafikan pertanyaan Sufi.

"Ketua ada teori lain untuk masalah ini?" Tanya Luft lagi.

"Mmm... Ada... Cuma keberangkalian untuk benar itu terlalu sedikit. Esfarza dihidupkan kembali sebelum Rantaian Jiwa pertama itu terbuka. Ada kemungkinan, maksud sebenar Tunggal Ratu Ilmu Hitam belum sempurna adalah kelebihan yang digunakan oleh Lily tidak sempurna sepenuhnya. Lily menggunakan Rahsia Rantaian Jiwa pada isteri Lufis dan juga Esfarza. Namun kelebihan itu tidak berhasil dengan sempurna. Isteri Lufis berubah menjadi Ular Berdarah manakala Esfarza berubah menjadi mayat hidup. Ia tidak berlaku seperti yang mereka inginkan." Jawab Sufi.

"Rahsia Rantaian Jiwa... Esfarza dihidupkan kembali menggunakan Rahsia itu. Bagaimana Ular Berdarah mampu menggunakannya?" Tanya Luft.

Sufi tersenyum kecil mendengar persoalan itu.

"Lily itu memiliki kelebihan Tunggal yang berunsurkan darah. Ular Berdarah itu terbentuk daripada gabungan darah milik Lily dan jasad isteri Lufis. Dia bukan sahaja menghidupkan kembali isteri Lufis bahkan mengawal sepenuhnya Ular tersebut. Kelebihan Rahsia Rantaian Jiwa itu memberikan pilihan pada pemiliknya untuk menunaikan satu keinginan berbentuk Rantaian Jiwa pada manusia yang dia hidupkan kembali. Bukan hanya merantai dengan sifat sepertimana Si Majnun merantai jiwa Lily dengan kasih sayang, harapan dan rindu bersama dengan ingatannya. Lily merantai Jiwanya dengan isteri Lufis menjadi satu. Manakalah Lily merantai jiwanya dengan Esfarza menjadi kesempurnaan tiga sifat yang tidak dia miliki. Esfarza itu adalah bayangan sifat yang Lily inginkan. Sebab itu ketika Esfarza hidup kembali, dia hanya mempunyai rasa sayang, harapan dan rindu pada Panjiey. Tiada sifat lain dan sifat itu hanya ditujukan pada Panjiey." Terang Sufi lagi.

Luft menepuk tangan kerana terpegun mendengarkan jawapan daripada ketuanya yang bijaksana itu.

"Maksudnya juga Esfarza dan Lily adalah satu jiwa cuma berlainan jasad. Sekiranya Lily mati, Esfarza dan Ular Berdarah juga mati. Kita terlalu mengambil ringan tentang kelebihan Rahsia Rantaian Jiwa. Kemungkinan, kelebihan Rahsia itu adalah kelebihan kedua terkuat selepas kelebihan Rahsia Di Balik Rahsia milik Tunggal Ratu Ilmu Hitam." Sambung Sufi.

"Ketua... Adakah tujuan Air Mata Keinginan itu sebenarnya untuk menyelamatkan Esfarza daripada Rantaian Jiwa. Selepas itu kita akan membunuh Lily? Bukankah. Kita juga ingin menyelamatkan Lily?" Soal Luft.

Sufi menghembus nafasnya sedalam yang mungkin untuk kali yang kedua.

"Sebab itu aku tidak ingin kita memikirkan perkara itu... Manusia tetap lemah meski zahirnya terlihat hebat. Kita tidak akan mampu menyelamatkan semua orang. Ada masanya kita hanya mampu memilih satu pilihan. Seperti yang Esfarza katakan, Lily berperang dengan jiwanya yang ingin melihat sinar namun ditentang oleh nafsunya yang inginkan kekejian. Itu semua kerana dasar bagi Tunggal Ratu Ilmu Hitam itu adalah kegelapan. Sekiranya kita menyelamatkan Esfarza, kita terpaksa membunuh Lily kerana kelebihan Tunggal Ratu Ilmu Hitam itu sangat kuat. Kita tidak tahu apa yang budak itu mampu lakukan. Jika kita ingin menyelamatkan Lily, kita perlu menyempurnakan tunggalnya lalu membuang tunggal tersebut sepenuhnya menggunakan Air Mata Keinginan. Selagi Tunggal itu masih ada, selagi itu nafsu keji akan menetang keinginannya untuk melihat sinar." Jawap Sufi.

"Jika kita membuang Tunggal milik Lily, itu juga bermakna kita memusnahkan Rantaian Jiwa antara dia dan Esfarza. Maksudnya, Esfarza akan mati semula. Ketua, pilihan apa sebernarnya yang kita tempuhi." Keluh Luft.

"Entahlah..." Keluh Sufi.

Suasana hening seketika diantara mereka berdua. kekeliruan mula menerpa bahkan pada ketua meraka yang bijaksana itu.

"Jika pilihan yang kita tempuhi ini terpulang pada aku. Aku akan membuat kesimpulan dengan cepat. Tapi pilihan itu terpulang kepada Esfarza sendiri. Dia yang akan menetukan sama ada menyelamatkan Lily, ataupun menyelamatkan dirinya sendiri. Kita hanya mampu mengikuti arus takdir kerana dihujung arus ada jawapannya." Nasihat Sufi.

"Apa yang kami perlu buat sekarang ketua?" Soal Luft.

"Rahsiakan perbincangan kita tentang Air Mata Keinginan dari yang lain. Biarkan masa yang menoktahkan masalah ini. Kita fokus terlebih dahulu untuk menyelamatkan Lichesiss. Berikan peluang pada Lufis. Jika dia ingin untuk di selamatkan, kita selamatkan dia. Jika tidak, kita terpaksa membunuh Lufis. Bahkan kemungkinan, kita akan membunuh Ular Berdarah sekali kerana ianya bayangan Lily. Lily mampu melakukan berbagai kekejian hanya menggunakan ular tersebut." Arah Sufi.

"Mmm... Baiklah ketua... Kami akan fokuskan terlebih dahulu untuk menyelamatkan Lichesiss. Masalah Air Mata Keinginan aku sendiri tidak ingin menjelaskan pada mereka. Terlalu berat mulut ini untuk menjelaskan perkara serumit itu. Aku serahkan masalah itu pada ketua." Balas Luft.

Sufi hanya membalas ucapan itu dengan senyuman kecil. Luft meninggalkan ketuanya seorang diri bergerak menyampaikan arahan seterusnya pada anggota yang lain. Terlalu berat pilihan yang mereka ada. Dua pilihan dan hanya satu yang akan terpilih. Sepertimana yang Sufi katakan, hanya masa yang mampu menetukan pilihan apakah yang akan menjadi noktah.

下一章