Pada pagi sebelum bermulanya rancangan untuk menyelamatkan Ratu Ilusi di malam hari, suatu keindahan berlaku di rumah Abang Rahman. Ketiga-tiga insan yang terkuat di dunia terbentang indah di ruang tamu bagai tiada apa-apa yang merisaukan kehidupan mereka kecuali lena yang diganggu. Bahkan Si Api terikut dengan hobinya Si Hantu dan Si Raja Gila. Kuat sungguh pembawaan mereka berdua. Pada pagi itu, Radyah menggantikan Nur untuk menjadi tukang masak bagi mereka bertiga.
"Assalamualaikum." Ucap Radyah.
"Abang Sufi." Panggil Radyah pula.
"Hmm. Abang Sufi tidur ni. Aku naiklah." Keluh Radyah.
Apabila dia menaiki rumah Abang Rahman, alangkah terkejutnya dia pemilik hatinya sedang bertafakur didalam lena. Bahkan si hantu memeluk si raja gila dalam tidur mereka berdua dia ruang tamu. Radyah mendekati Sufi lalu duduk bersimpuh disebelah pemuda itu. Dia cuba menarik badan Sufi daripada memeluk Rai.
"Abang... Bangun." Arah Radyah.
Sufi berpusing ke arah Radyah dalam tidurnya. Dia mencapai pula tangan kanan Radyah lalu menggenggamnya dengan erat.
"Cantik bunga ini." Bicara Sufi dalam lena.
Radyah kaku dengan kejutan rasa. Di dalam perjalanan waktu, wajahnya berubah menjadi merah padam. Dia ingin berbicara dan menarik semula tangan kanannya. Tapi apa kan daya, yang menggenggam tangannya itu adalah pemilik hatinya.
"Aba... Abang... Sufi!!!" Teriak Radyah.
Sufi terkesan dengan seruan maut itu. Dia duduk lalu memandang wajah Radyah dengan tangannya yang masih menggenggam tangan gadis itu.
"Ohh... Radyah. Kenapa Radyah?" Tanya Sufi.
"Pap!!!" Radyah menampar Sufi.
"Sakitlah Radyah." Keluh Sufi.
"Abang genggam tangan Radyah." Balas Radyah yang mula menundukkan wajahnya yang berubah malu itu.
Sufi melihat tangannya menggenggam tangan Radyah lalu dia melepaskan genggaman itu.
"Maaf ya Radyah. Aku nampak macam bunga. Cantik." Puji Sufi.
Kenji yang tersedar kerana perbualan mereka berdua itu bangun lalu memandang Radyah.
"Comel gadis ini Sufi. Isteri kau?" Tanya Kenji dalam buaian lenanya.
"Isteri!!!" Teriak Radyah lagi.
Radyah yang tidak dapat menahan gelora rasa yang semakin kencang ombaknya itu mula tidak keruan tingkahnya.
"Pap!!" Radyah menampar Sufi untuk kali yang kedua.
"Radyah... Sakit... Tiga kali kau tampar aku. Hari itu pun kau yang peluk aku, aku yang kena." Tegur Sufi.
Radyah hanya memandang ke bawah bersama jari telunjuknya yang mengusik lantai.
"Abang Rahman minta Radyah masakkan makanan untuk Abang Sufi." Ucap Radyah dengan nada yang perlahan.
"Mmm... Kan senang. Jom masak. Aku mandi dulu. Lepas itu aku tolong kau masak." Pujuk Sufi.
Pujukan itu cukup bagi Radyah menggerakkan kedua kakinya untuk memasakkan Sufi makanan. Sufi bangkit dari duduknya lalu membersihkan diri. Kenji yang terjaga baring semula menyambung lenanya yang terganggu manakala Rai terus mematikan diri dari lah awal Radyah tiba hinggalah gadis comel itu menuruti arahan Sufi.
"Masak apa Radyah?" Tanya Sufi yang baru selesai membersihkan diri.
"Sayur, ayam dan sayur." Jawab Radyah lalu tersenyum manis bersama wajahnya yang comel itu kepada Sufi.
Sufi membalas senyuman comel itu dengan suatu sengihan.
"Radyah pandai masak? aku boleh tolong kalau kau tidak pandai." Ejek Sufi.
"Ish. Pandailah. Abang Sufi itu yang tidak pandai. Sebab itu Radyah yang tolong masakkan." Balas Radyah.
Sufi mendekati Radyah. Dia mengambil sepotong ayam yang hampir masak.
"Hmmm. Masinnya." Ejek Sufi lagi.
Radyah merenung tajam kedua mata Sufi lalu dia mengangkat tangan kanannya.
"Mahu lagi yang lebih masin?" Ugut Radyah.
Sufi tergelak kuat dengan ugutan manja Radyah itu. Dia meletakkan jari telunjuknya di bahagian pipi.
"Cubalah." Balas Sufi pula.
Radyah menggenggam tanganya apabila melihat tingkah Sufi itu.
"Iiieee... Geramnya..." Balas Radyah bersama bibir yang mengukirkan senyuman.
Radyah menghadiahkan Sufi jelingan manja atas permainan rasa antara mereka berdua.
"Sedap la Radyah. Belum masak pun sudah sedap. Nanti masakkan aku lagi ya." Puji Sufi lalu bergerak pergi meniggalkan Radyah.
Hancur lebur Radyah didalam rasa yang berwajahkan Sufi. Pujian Sufi itu ibarat pujian dalam pujian yang kesannya terpahat padat didalam jiwa. Namun secara tiba-tiba Radyah menitiskan air mata. Tersedar dia dalam keindahan itu yang dia hanyalah menumpang rasa. Sufi memberikan dia harapan yang sangat indah tapi dia tidak mampu memberikan Sufi harapan yang sama indah seperti mana yang Sufi berikan pada dirinya.
"Aku tetap akan mencintaimu." Ucap Radyah dalam keheningan suasana.
Meski kelukaan dalam kebahagiaan, si gadis comel tetap akan menyintai si pemuda tenang. Si pemuda pasti akan melupakan keindahan itu namun si gadis akan menyimpan rapi kenangan itu dalam kamus memori meski berlangsung hanya untuk seketika.
*****
Berjalanlah masa sehingga siang berganti malam. Pada waktu itu bulan sudah pun menunjukkan waktunya pukul 11 malam. Rai dan Sufi yang meneruskan rancangan seterusnya bersembunyi di hutan tebal yang ada di tepian kampung Hudap untuk memerhatikan kampung itu dalam diam. Menantikan siapa yang bakal mereka hancurkan dan siapa yang bakal mereka selamatkan. Tepat pukul 12 malam, terlihat kelibat tujuh ekor Mu'un datang ke kampung Hudap menggunakan sebuah kapal yang berlabuh di tepi pantai.
"Kapal." Ucap Rai.
"Tanpa jejak. Mereka menggunakan jalan laut." Balas Sufi.
Setelah bulan menunjukkan waktunya dua per tiga malam. Rai mula mengeluarkan aura ungu terangnya di sekeliling tubuh. Keadaan langit berubah menjadi mendung dan berlagu petir yang sambung menyambung. Tujuh ekor Mu'un itu mula menyalak kegembiraan melihat santapan malam mereka sudahpun terhidang. Penduduk kampung mula bergerak keluar daripada rumah masing-masing secara beratur dan setiap rumah terdapat empat orang yang berjalan seperti di pukau sesuatu.
"Sedia?" Tanya Sufi.
"Sedia." Jawab Rai.
"Bunuh!" Arah Sufi.
"Zetttt!!!" Rai hilang sekelip mata.
Rai hilang sekelip mata bersama aura di sekeliling tubuhnya yang berubah menjadi petir. Dia tiba di bahagian belakang salah satu Mu'un lalu meletakkan hujung jari-jemari tangan kanannya itu pada bahagian jantung Mu'un tersebut.
"Panah Petir: Anak Panah." Bicara Rai.
Tangan Rai berubah menjadi petir yang bergetar-getar lalu menusuk tembus ke dalam jantung Mu'un itu dalam sekelip mata.
*Ilmu Gerak Tubuh Panah Petir. Hanya boleh digunakan oleh kaum Baraq dimana tiada sebarang unsur yang boleh menghalang petir tersebut dari memotong sesuatu.
Rai menarik semula tangannya daripada jantung Mu'un tersebut tanpa ada sebarang kesan darah ataupun daging. Bagaimana bentuk tangan petir itu masuk, begitulah bentuknya keluar. Mu'un itu terhempas ke bumi bagai kayu yang rebah dengan kelopak mata yang berubah putih. Mu'un yang enam ekor lagi memandang ke arah Rai bersama wajah mereka berubah cemas menyalak-nyalak dihantui ketakutan. Salah satu dari mereka mula membuka langkah ingin menyerang Rai namun belum sempat dia melangkah, Rai sudah berada di hadapan dengan tangan yang menusuk masuk ke dalam jantungnya. Mu'un yang lain melihat peluang cerah untuk menyerang sementara tangan Rai masih di dalam jantung rakan mereka. Mereka berlari dengan laju lalu melompat secara bersamaan menerkam ke arah Rai.
"Kau yang sambung menyambung. Bermain gendang di atas langit. Kau yang sambung menyambung. Bermain gendang di atas bumi." Bicara Rai dengan suatu senyuman kecil yang menakutkan.
Usai sahaja bicara Rai, lima panah petir dari langit menyambar tepat ke arah jantung setiap ekor Mu'un itu sekelip mata.
"Bummm!!!" Lima ekor Mu"un itu hanya rebah begitu sahaja dengan lubang besar di jantung mereka.
Tujuh ekor Mu'un mati dalam sekelip mata tanpa sempat mengucapkan sesuatu selain daripada nyalakan mereka.
"Mantera Petir: Sahham. Gila orang ini." Puji Sufi dengan nada yang perlahan bersama senyuman kecil dibibirnya.
"Wuuu... Hinanya jadi haiwan." Ejek Rai.
Rai bergerak melihat wajah-wajah penduduk kampung yang beratur di luar rumah masing-masing. Secara tiba-tiba muncul asap berwarna merah jambu terang yang perlahan-lahan berubah menajdi kuntuman bunga sakura dan sangat wangi mengelilingi kampung itu memasuki celah-celah rumah bahkan mengelilingi tubuh Rai. Rai mula hanyut dengan wangian itu hinggalah dia merasa seperti ada seseorang di bahagian belakangnya. Apabila dia menoleh, dia melihat gadis yang sangat cantik berwajah putih berseri-seri, berhidung mancung, bulu matanya melentik bahkan kelopak matanya berwarna merah darah. Rambutnya sangat halus berukuran paras dada di biar lepas. Tubuhnya ramping dan anggun berbaju kebaya berwarna merah jambu terang. Wangian yang sangat wangi dari tubuh gadis itu memaksa Rai bergerak mendekatinya.
"Siapa kamu?" Soal Rai dengan sangat lembut sambil bergerak ke arah gadis itu.
"Kekasihmu." Jawab gadis itu.
Setibanya Rai dihadapan gadis itu, dia melihat gadis itu memegang bahagian dadanya dan menggerakkan tubuhnya seperti ingin memeluk Rai. Rai turut menggerakkan tubuhnya seakan ingin membalas pelukan gadis tersebut.
"Cukuplah itu." Tegur Sufi yang sudah pun berada di bahagian belakang gadis itu.
Suasana pecah menjadi realiti. Tangan yang gadis itu letak di bahagian dada Rai sebenarnya belati berwarna merah darah yang hampir menusuk ke dalam. Gadis itu menoleh pantas ke arah Sufi.
"Cing!!!" Rai memotong belati gadis itu dengan tangan petirnya.
Dalam keheningan suasana, gadis cantik itu terikat pandangan dengan Sufi. Mindanya menjadi kosong apabila melihat wajah tenang milik Sufi. Air ketenangan mula mengalir ke dalam hatinya membahasi setiap sudut dengan ketenangan dan kedamaian. Dia tidak pernah merasa ketenangan seperti itu. Bagai terapung di tengah laut pasrah sehabis mungkin mengikuti ke mana ombak kecil akan membawanya pergi. Dia akhirnya faham, ada ilusi yang lagi indah daripada ilusi milik Ratu Ilusi. Ilusi rasa ketenangan daripada Sufi.
"Maafkan saya." Ucap Gadis itu lalu menundukkan wajahnya.
"Aik?" Soal Sufi.
Rai bergerak mendekati mereka berdua lalu dia memandang wajah gadis itu.
"Ulya?" Panggil Rai.
Ulya menoleh ke arah Rai.
"Raja Petir?" Tanya Ulya semula.
"Ya adikku." Jawab Rai lalu berpeluk tubuh dengan bangganya.
"Sufi?" Tanya Ulya.
Rai menunjuk jari telunjuknya ke arah Sufi.
"Abang." Panggil Ulya.
Gadis itu mengalirkan air mata secara tiba-tiba.
"Abang?" Soal Rai dan Sufi serentak.
"Jangan dia salah abang ipar sudah." Keluh Rai.
Ulya berlari ke arah Sufi lalu memeluk erat tubuh pemuda itu dengan tangisan yang gugur bagaikan hujan. Insan ketiga yang memeluk Sufi di alam itu secara mengejut. Sufi kaku memandang Rai. Ingin dia melepaskan pelukan Ulya tapi Rai memberi dia isyarat tangan untuk bertahan dengan kedudukannya itu. Lalu Rai menunjukkan tiga jari kepada Sufi.
"Isteri ketiga." Ucap Rai tanpa suara.
"Habislah." Keluh Sufi.
"Ulya..." Panggil Sufi.
"Mmm." Jawab Ulya.
"Boleh lepaskan pelukan Ulya." Arah Sufi.
"Tidak mahu." Jawab Ulya sambil menggeleng-geleng kepalanya dibahagian dada Sufi.
"Ulya sudah selamat. Jangan risau ya." Pujuk Sufi lagi.
"Tidak mahu... Ulya kata tidak mahu janganlah lawan." Marah Ulya pula.
Mendengar kemarahan Ulya yang hadir tanpa sebab itu membuatkan Sufi kaku.
"Ehem... Adik... Aku sudah bunuh semua yang menggugat hati adik dan Sofea." Pujuk Rai.
"Diamlah." Marah Ulya lagi.
Sufi tergelak mendengar bicara Ulya. Gadis itu mula melepaskan pelukan Sufi lalu direnungnya sedalam mungkin kedua mata pemuda tenang tersebut.
"Pap!" Ulya menampar wajah Sufi.
"Sakit Ulya. Kenapa orang suka tampar muka aku." Keluh Sufi.
"Sebab kau buat Ulya ketagih... Ulya benci benda itu... Ulya benci kau." Jawab Ulya.
"Kau yang peluk aku... Kenapa kau benci pula dengan aku." Balas Sufi.
"Diamlah." Balas Ulya lalu duduk bersimpuh di atas pasir.
Ulya hanya memancarkan pandangannya ke arah laut bersama jiwa yang takutkan Sufi. Dia risau dikala matanya memandang Sufi, dia akan kehilangan kendali terhadap dirinya semula.
"Ulya?" Panggil Sufi.
"Ish." Keluh Ulya.
"Aku datang ingin selamatkan kau Ulya... Bukannya merompak ataupun merogol." Pujuk Sufi.
"Tahu." Jawab Ulya.
"Jadi?" Tanya Rai.
"Bagi Ulya masa... Degupan jantung Ulya kuat sangat... Bagi dia tenang dulu." Pinta Ulya.
"Sebab apa Ulya? Mu'un itu semua sudah abang kau yang gila ini bunuh." Tanya Sufi lagi.
"Ya Ulya. Apa yang merisaukan kau?" Tanya Rai pula.
"Abang Sufi." Jawab Ulya dengan nada yang perlahan.
Rai memandang ke arah Sufi.
"Sudah aku cakap kan... Isteri kau yang ketiga." Sindir Rai tanpa suara.
Sufi semakin keliru dengan wataknya di alam itu. Kehadirannya itu seperti watak untuk dicintai para gadis yang cantik bukan lagi untuk menyelamatkan alam itu dari kegelapan.
"Ulya.... Aku ingin buang Cop Hamba kau. Lepas itu kita pulang ya." Pujuk Sufi lagi.
Ulya memandang wajah Sufi. Dia mengemam bibirnya kerana terlalu geram dengan wajah pemuda itu yang mampu memukau dirinya lebih dari ilusi miliknya. Dia bergerak mendekati Sufi lalu menunjukkan Cop Hamba yang terukir di bahagian betisnya.
"Hmmm." Keluh Sufi.
Sufi cuba untuk meletakkan telapak tangannya di betis Ulya.
"Pap!" Ulya menepis tangan Sufi.
"Ulya..." Keluh Sufi.
"Kahwin dulu... Dosa." Marah Ulya bersama suatu jelingan yang sangat tajam.
Tingkah gadis itu melenyapkan kebijakan dan kehebatan Sufi dikala itu. Bahkan hatinya tidak ingin memberikan sebarang petunjuk.
"Ulya... Sufi ingin membuang Cop hamba milik Ulya... Lepas hilang, si hantu ini tidak akan menyentuh Ulya lagi. Percayalah." Pujuk Rai pula.
"Janji." Balas Ulya.
"Aku janji... Kau yang sentuh aku daripada tadi Ulya." Keluh Sufi.
"Cepat!" Arah Ulya.
"Cerewetnya..." Keluh Sufi lagi.
Sufi meletakkan telapak tangannya di betis Ulya. Wajah Ulya berubah merah padam kerana sentuhan itu membawa ombak rasa yang berwajahkan Sufi.
"Wahai Air." Bicara Sufi.
"Wrashhh!!!" Titisan air mula naik dari permukaan alam.
"Pulihkan unsurmu yang sakit, yang tidak mengenal, yang sudah berubah. Jalan ke akhir, pulang ke awal." Sufi menyelesaikan lafaz mantera Hyad.
Tititisan-titisan itu terbang menusuk masuk ke dalam Cop Hamba tersebut berpusing-pusing membentuk pusaran air yang kecil.
"Auhhh." Ulya merasakan pedih pada Cop Hamba yang ada di bahagian betisnya.
"Tahan ya Ulya... Tiada siapa dapat yang menghapuskan Cop Hamba kecuali di buang menggunakan mantera Hyad milik kaum Hu." Pujuk Rai.
Ulya hanya mampu mengemam bibirnya menahan pedih daripada proses pembuangan Cop Hamba tersebut. Dalam beberapa minit, titisan air itu berhenti berpusing lalu mengalir jatuh daripada betis Ulya.
"Siap." Ucap Sufi yang melihat Cop Hamba pada betis Ulya itu sudah pun hilang.
Tanpa bicara, Ulya memeluk Sufi semula. Air matanya mulai mengalir tanpa sedar dan arahan dikala kegembiraan hadir bersama dengan rasa yang sedang bergelora. Sufi hanya membiarkan Ulya. Dia membayangkan semula apa yang terjadi pada Kenji setelah pembuangan Cop Hamba itu berjaya. Sinar.
"Tenang... Ulya bukan hamba lagi." Pujuk Sufi.
"Tahu... Sangat tahu." Jawab Ulya dalam pelukannya.
Keheningan suasana menerpa mereka bertiga dihiasi dengan angin laut yang menenangkan jiwa.
"14 tahun... Ulya dan Sofea terpisah. Ulya hanya mampu bercerita dengan seekor merpati putih. 14 tahun... Ulya tidak mempunyai rakan. Ulya hanya bermimpi dengan ilusi sendiri untuk mengubat luka di hati ini. Tiada siapa yang Ulya boleh cintai kecuali seekor burung merpati. Tiada siapa yang boleh cintai Ulya dengan seikhlas hati kerana nafsu manusia yang melebihi cinta. Terima kasih... Kerana berikan Ulya sinar. Sinar untuk mencipta keindahan milik Ulya sendiri." Luah Ulya dalam tangisan yang semakin kuat.
Luahan yang memaksa Ulya untuk memeluk Sufi lebih erat. Sungguh luka di hati yang tidak tertahan dan dilepaskan kesemuanya demi suatu sinar permulaan. Rai yang berhati kering itu turut mengalirkan air mata mengikuti rentak Ulya. Tiada siapa yang dapat menahan tangis apabila melihat insan yang menjadi hamba selama 14 tahun akhirnya bebas dari ikatan yang menyiksa.
"Tenang... Kami ada untuk melindungi Ulya. Sekiranya Ulya tiada rakan sebelum ini, kini Ulya sudah ada rakan. Sekiranya Ulya tiada tempat untuk bercerita, kami ada untuk mendengar luahan Ulya." Pujuk Sufi.
"Kalau... Ulya ingin mencintai Abang Sufi..." Pinta Ulya dengan nada yang perlahan.
Sufi tidak mampu memberikan jawapan terhadap persoalan Ulya. Sedangkan Rai sendiri terkesan dengan permintaan itu, apatah lagi insan yang diminta untuk memberikan jawapan. Ulya melepaskan pelukannya dari Sufi dikala jiwanya menjadi wakil untuk menjawabkan persoalannya sendiri.
"Maaf... Ulya terbawa-bawa oleh perasaan ini." Pinta Ulya sambil menundukkan wajahnya.
Akhirnya Ulya faham, cinta itu adalah takdir yang sudah ditentukan. Meski dipaksa, kalau tidak seiringan di dalam arus takdir, tetap berlainan jalannya.
"Ehem..." Ucap Rai mengejutkan Sufi dari persoalan rasa.
"Ehem... Ulya... Letakkan tangan kau di bahagian dada. Selepas itu ikut apa yang aku ucapkan. Kau jangan tambah-tambah." Arah Sufi mengubah suasana yang semakin mengelirukan.
Ulya mengikuti apa yang Sufi arahkan bersama suatu jelingan.
"Dikau adalah aku. Aku adalah aku. Hitam dan putih adalah aku. Aku lah yang tidak berwarna." Bicara Sufi.
Usai Ulya melafazkan mantera Hasyiq Qalbu, terbit cahaya putih pada bahagian tangannya. Tenang dan menghangatkan hatinya yang sudahpun tenang dengan rasa yang berwajahkan Sufi. Dia tidak ingin melepaskan tangannya demi merasai realiti yang indah daripada mimpi yang terindah. Dalam beberapa detik keindahan cahaya putih itu berlangsung, burung merpati putih datang menghampiri Ulya lalu berubah wujud menjadi Sofea.
"Kakak?" Seru Ulya.
"Ulya..." Balas Sofea yang mula mengalirkan air mata.
Ulya berlari memeluk Sofea seerat mungkin bersama tangisan yang gugur untuk ke sekian kalinya. Perpisahan tanpa bicara selama 14 tahun sungguh menyakitkan bagi suatu hubungan yang terikat dengan pertalian darah. Pelukan tanpa bicara kerana bicaranya hanyalah rindu dan sayang. Luahannya hanyalah pelukan yang erat sebagai tanda kerinduan yang sangat mendalam.
"Jangan menangis lagi ya Ulya. Kita tidak akan terpisah lagi." Pujuk Sofea.
"Kakak pun jangan menangis... Kalau kakak menangis, kakak buat Ulya pun mengalirkan air mata." Pujuk Ulya pula pada Sofea.
Sofea mengarahkan pandangannya ke arah Rai.
"Terima kasih Sufi... Rai." Pinta Sofea dengan senyuman yang sangat manis.
"Ada juga nama aku rupanya..." Sindir Sufi.
Mereka tergelak mengubah suasana yang mengharukan itu. Mengukir gurau dan senda yang pertama buat Ulya.
"Unsur Ulya... Musang berekor tiga. Kan." Soal Sufi.
"Haah... Kenapa Sufi?" Tanya Sofea semula.
"Musang berekor tiga yang terbentuk daripada kuntuman bunga sakura dan bunga sakura itu pula berasal daripada kabus berwarna merah jambu. Setiap ekornya itu mewakili kelebihannya. Ekor pertama mampu menggambarkan ilusi keindahan dan ekor kedua ilusi kegelapan. Kedua jenis ilusi itu boleh digabungkan dan juga dipisahkan." Terang Sufi.
"Apa maksud kau hantu?" Tanya Rai.
Sufi menyilang jarinya dikala akalnya cuba merungkai sesuatu rahsia.
"Apa rahsia ekor ketiga?" Tanya Sufi.
Mereka semua memandang Ulya termasuk Sofea. Tiada siapa yang tahu tentang ekor ketiga milik Ulya. Sufi memberikan suatu pertanyaan yang tidak pernah mereka dengari bahkan orang lain dengari.
"Aku belum pernah mendengar tentang rahsia ekor ketiga." Nafi Rai.
"Aku pun... Aku tahu yang unsur Ulya adalah musang berekor tiga. Tapi dia bukanlah Hawul seperti aku." Sokong Sofea.
"Ulya terpaksa rahsiakan." Jawab Ulya.
"Kenapa?" Tanya Rai.
"Rahsia ekor ketiga itu mampu mewujudkan ilusi menjadi realiti. Ianya terlalu berbahaya sekiranya orang lain tahu." Jawab Ulya.
"Fuh... Kalau aku ingin kawin dengan Sofea." Gurau Rai.
"Ish. Rai." Tegur Sofea.
Rai membalas teguran Sofea dengan sebuah senyuman. Meski ianya hanyalah mainan kata, namun jiwanya menginginkan perkara itu menjadi nyata.
"Bagaimana abang Sufi tahu?" Tanya Ulya.
"Bicara hati." Jawab Rai dan Sofea serentak.
"Tunggal Hantu Salju. Antara kelebihan tunggal ini aku mampu membaca unsur seseorang dengan jelas. Aku sudahpun membaca unsur kau sewaktu kami tiba di kampung ini." Terang Sufi.
"Tekalah bagaimana ekor ketiga berfungsi kalau bijak sangat." Marah Ulya pula.
"Ulya. Sufi adalah ketua kita. Kita kena hormat dengan dia." Tegur Sofea.
"Tidak mahu." Keluh Ulya pula.
"Kenapa?" Soal Rai dan Sofea.
"Kenapa?" Tanya Sufi pula.
"Sebab aku benci kau." Jawab Ulya.
"Aku perlukan syarat rahsia ekor ketiga. Boleh Ulya?" Tanya Sufi.
"Ish! Syaratnya ilusi itu adalah bayangan akal tuan musang berekor tiga. Bukan bayangan akal Ulya." Jawab Ulya.
"Tuan?" Tanya Rai.
"Kau kena ada tuan Ulya?" Tanya Sofea.
"Habislah." Keluh Sufi.
Rai dan Sofea memandang Sufi dengan persoalan terhadap keluhannya itu.
"Kenapa Sufi?" Tanya Rai.
"Dia sudah memilih tuannya." Jawab Sufi.
"Siapa?" Tanya Sofea.
Persoalan demi persoalan yang diajukan itu akhirnya mengundang keheningan.
"Orang yang aku benci." Jawab Ulya sambil mengusik pasir yang berdekatan dengan dirinya.
Keheningan terus berlangsung sehinggalah Sofea bergerak mendekati Sufi bersama tangan yang digenggam erat.
"Kau buat apa dengan adik aku?" Tanya Sofea.
"Tenang Sofea... Tenang ya." Pujuk Rai.
"Patutlah kau peluk aku." Keluh Sufi lagi.
"Ish! Malulah." Marah Ulya.
"Habislah... Tuan musang berekor tiga itu. Adalah pemilik hati Ulya." Terang Sofea dengan nada yang sedih.
Meski Sufi tidak menginginkan gelaran itu, namun arus takdir tetap menghadiahkan dia dengan kelebihan itu.
"Habislah." Keluh Rai pula.
"Jadi macam mana sekarang Sufi?" Tanya Rai.
"Hmmm... Entahlah." Balas Sufi.
"Ehem... Aku sebagai kakak Ulya pun tidak menyangka dengan apa yang sudah terjadi. Bila Ulya?" Tanya Sofea.
"Sejak pertama kali dia pandang Sufi." Jawab Rai.
"Bukan..." Nafi Sufi.
"Sejak pertama kali kakak hantar surat untuk memberi tahu Ulya yang hantu ini akan datang." Terang Ulya bersama wajah malunya yang terus memancar ke bawah.
"Patutlah kau cari hantu ini dulu. Bukan aku." Sokong Rai.
"Akal aku buntu la. Aku pulang dulu ya." Sindir Sofea.
"Sama." Sokong Rai.
"Kakak... Janganlah. Aku takut berduaan dengan hantu ini." Tegah Ulya.
"Tenang... Kita pulang terlebih dahulu ya. Aku pun buntu sekarang ini." Keluh Sufi pula.
Bahkan Sufi yang bijak itu menemui kebuntuan dikala perkara yang kecil mampu berubah menjadi perkara yang sangat merumitkan. Mereka bergerak pulang bersama-sama seperti mana arahan Sufi. Semua sahabatnya tidak menyangka yang Sufi sudahpun menjadi tuan Ulya sebelum sempat dia melihat wajah Ulya. Sungguh terlalu banyak rahsia di balik rahsia.