webnovel

Bah. 7 : Tetap Melangkah

Selepas menghantar Hakim dan Amir ke pintu masuk hospital dan mengucapkan selamat tinggal, Aisyah beransur-ansur berjalan pulang ke wad ayahnya. Fikirannya bercelaru memikirkan perkara yang perlu dilakukan untuk mengendalikan situasinya ketika itu.

Dengan fikiran yang tidak keruan itu, dia berjalan dengan menekur ke lantai dan tidak fokus kepada sekelilingnya sepanjang berjalan. Tiba-tiba, dia melanggar seseorang. Dia yang melihat suatu fail jatuh dari gerangan yang dilanggarnya.

Dia segera mengutip fail tersebut dan pantas mengangkat kepalanya untuk menoleh ke gerangan itu. Tanpa sengaja, kepalanya melanggar wajah gerangan itu.

Gerangan itu mengadu kesakitan, "ADUH!".

"Sorry, sorry! Ni fail encik," ujar Aisyah sambil memohon kemaafan ketika memberikan fail itu kembali kepada gerangan itu.

Dia menatapi wajah gerangan itu dengan penuh rasa bersalah dan terselit kerisauan di sebalik senyum suramnya itu lalu bertanya akan keadaan gerangan itu, "Encik, okey, ke?"

Gerangan itu memandang wajah Aisyah dengan suatu renungan tajam seolah-olah ingin menelannya hidup-hidup. Gerangan itu mencapai fail yang dihulurkan oleh Aisyah itu.

Walau wajah gerangan itu seperti sangat berang akan kesalahan Aisyah itu, namun dia hanya tidak bersuara mahupun memarahi Aisyah. Sebaliknya dia hanya berlalu pergi tanpa berkata apapun.

Aisyah menggeleng kepalanya akibat kehairanan dengan sikap gerangan itu sambil mengomel sendirian, "Pakai gaun doktor. So, dia doktor. Tapi kenapa pelik sangat perangainya?"

"Tapi kenapa muka dia macam familiar? Aku pernah jumpa dia, ke?" omel Aisyah dalam fikirannya.

Dia perlahan-lahan menghampiri wad ayahnya. Dia tidak mampu melangkah lagi dan terhenti di hadapan pintu wad ayahnya. Fikirannya bercelaru dan dadanya sesak dengan hiba.

Dia duduk di bangku di kaki lima itu. Dia merenung lantai dan fikirannya buntu. Semakin dia memikirkan keadaan keluarganya ketika itu semakin kebingungan dia memikirkannya. Tiba-tiba, dia teringat akan nasihat Amir dan Hakim ketika mereka di Bali.

Dia tersenyum sendirian mengenang nasihat mereka itu dan dia merasakan dia sudah mendapat cara mengendalikan situasi yang melanda dirinya itu. Dia kembali ke katil ayahnya. Dia mengarahkan ibu dan adik beradiknya pulang berehat di rumah. Dia akan menjaga ayahnya itu malam itu.

Keesokan pagi, doktor-doktor membuat lawatan pemeriksaan pagi selepas pesakit selesai bersarapan. Doktor yang merawat ayah Aisyah datang memeriksa ayahnya dan Aisyah mengambil kesempatan itu bertanya beberapa soalan mengenai keadaan ayahnya.

Seketika fokus Aisyah terganggu saat rancak berbual dengan doktor ayahnya saat melihat doktor yang merawat pesakit di sebelah katil ayahnya menyapa pesakitnya lalu terdiam.

"Poker face?" omel Aisyah saat mengecam doktor itu sebagai doktor yang dilanggarnya semalam.

Doktor merawat ayahnya berasa aneh dengan kelakuan Aisyah lalu menoleh melihat gerangan yang Aisyah maksudkan kemudian bertanya, "Mana cik tahu nickname doktor tu, Dr. Poker Face?"

"Dr. Poker Face?" omel Aisyah yang merasakan nama julukan gerangan itu sangat sesuai.

"Ya, dia doktor baharu kat sini. Tapi semua kenal dia. Sebabnya, ada dua je. Mulut dia dengan ekpresi muka dia." Doktor yang merawat ayahnya menceritakan serba sedikit tentang gerangan itu.

"Dr. Faridz, pernah kena marah dengan dia, ke?" soal Aisyah yang semakin rancak berbual dengan doktor ayahnya itu.

"Tak. Aku cuma nak bermesra dan berkawan dengan dia, tapi layan aku macam busy bee." Dr. Faridz bersungut saat terkenang akan kejadian antaranya dan gerangan itu.

"Apa nama dia?" soal Aisyah yang mula tertarik untuk mengetahui lebih lanjut.

"Dr. Haris. Dia graduated dari Harvard tapi sibuk-sibuk nak kerja kat hospital kerajaan macam ni. Dengan reason for conjuction research," jelas Faridz lagi.

"Apa function kalau genius dalam semua benda? Kalau senyumpun tak reti. Apa lagi nak socialize?" sinis Aisyah perlahan.

"Betul tu. Cik memang sejiwalah dengan saya. Kita patut jadi kawan," ajak Dr. Faridz yang senang hati berbual dengan Aisyah.

Mereka saling tertawa sesama mereka. Dr. Haris melihat keakraban Dr. Faridz dan penjaga pesakit itu dan merasakan ia menjengkelkan.

"Boleh je. Tapi janganlah panggil cik-cik dengan aku. Panggil Aisyah je," ujar Aisyah dengan ramah dan tersenyum manis kerana senang berbual dengan Dr. Faridz.

"Okay, nice." Dr. Faridz senang dapat berkenalan dan berteman dengan Aisyah yang sefikiran sepertinya.

"Okey. Untuk Encik Jamal semua okey setakat ni. Dengan bantuan respiratori kita akan pantau keadaan dia. Kalau ada progress, kami akan maklumkan sebarang update. Okey?" ujar Dr. Faridz yang merumuskan keadaan ayahnya.

"Okey." Aisyah membalas.

"Aku gerak dulu. Ada banyak lagi patients nak kena periksa," ujar Dr. Faridz meminta diri untuk beredar pergi.

"Okey. See you soon later," ujar Aisyah dengan ramah sambil tersenyum manis.

"Okey. Bye," ujar Dr. Faridz yang bergerak ke pesakitnya yang seterusnya.

Dr. Haris masih berurusan dengan pesakitnya. Aisyah memerhatikan dia dalam diam. Tiba-tiba, mata mereka saling bertentangan. Aisyah hanya tersenyum mesra sebagai sapaan ramah.

Dr. Haris tidak membalas senyumannya malah tidak mengendahkannya seolah-olah dia tidak melihat Aisyah yang tersenyum padanya. Aisyah memuncungkan bibir tanda geram kerana niat mesra yang tidak pedulikan.

"Serius, dia memang poker-face." Aisyah mengomel sendirian dengan geram selepas melihat Dr. Haris berlalu pergi sebaik selesai memeriksa pesakitnya itu.

下一章