webnovel

Chapter 47 : Terima Kasih Sayang

"Oh ya ke...kalau macam tu kita jumpa dekat pejabat sajala nanti."beritahu Kade dengan ceria melalui panggilan itu.

Cubaan terakhirnya adalah gigit. Jadi Naera gerakkan kepala dengan gigi tergagau mahu mengatup bahu Seth. Tetapi Seth cepat-cepat elak.

"O-okay..."sengih Naera menahan diri dari ketawa dek kegelian.

Seth ikut tersengih meleret nakal. Dia suka tengok reaksi obvious Naera yang jelas-jelas beritahu, Naera sukakan dia!

"Bye...see you later then."ucap Kade pamit diri hendak putuskan panggilan.

"Bye.."Naera putuskan panggilan cepat-cepat lalu menempik ke tepinya. "Are you crazy?"soalnya dengan dari balik nafas sesak menahan diri dari ketawa sewaktu memandang Seth. Boleh pulak Seth ni ya!Ih!

Sambil buat muka tak bersalah, Seth duduk tegak dan turunkan tangan dari Naera untuk mencapai garpu di pinggan. "Pancake?"suanya pada Naera.

Naera buat muka 'seriously?' pada Seth apabila lelaki itu sikit pun tidak tunjuk reaksi serba salah atau apa saja selepas buat scene semasa dia bercakap dengan Kade. "Perlu ke awak buat perangai tadi?"tanya dia.

Seth menjungkit kening main-main.

"Apa?"soalnya dengan muka poker face.

SLAP!

Satu tamparan hinggap di tepi lengan tu oleh Naera.

Ketawa kecil keluar darinya. " Saya cuma nak bau je awak dah mandi belum?"seloroh Seth sebelum suap potongan penkek ke dalam mulut dengan menggoda sewaktu memandang Naera.

"Kejadahnya!Memang sah saya dah mandi!Tak macam awak tu.."cebik Naera dengan menyampah.

"Excuse me lady...I'm bath okay. Tak bau ni?"agah Seth yang mendekatkan lehernya ke Naera.

Tiada kata-kata yang dapat diluahkan, Naera hanya mampu menggeleng kepala kesal. "Kalau Kade tahu tadi macam mana?Tak ke cari pasal namanya tu. Dia kan kerja untuk ayah awak. Mahunya dia beritahu kita berhubungan..masalah lagi bertambah"keluhnya semasa capai garpu dari tangan Seth dan cucuk potong penkek yang Seth sedia potongkan tadi lalu di suap ke mulut.

"Beritahu la..."balas Seth dengan bersahaja. Dia tidak takut pada Kade. "Sesiapa cuba berdiri di tengah-tengah hubungan kita, akan saya tentangi mereka.."beritahu dia sewaktu memandang Naera.

Tanpa berkata apa-apa Naera kunyah makanan di dalam mulutnya dengan berselera. Pandai jugak crush dia ni masak ya!

Senang melihat Naera berselera makan masakannya, Seth pegang tepi pipi itu lalu diusap dengan jarinya. Dia akan pastikan ayah dia terima Naera dan isu keluarga mereka selesai sebaik mungkin tanpa menyakiti sesiapa. Terutama sekali ibubapanya.

"Nah.."sua Naera makanan ke depan mulut Seth, mahu menyuapkan.

"Saya tak apa. Awak makan la..."senyum Seth tanpa alihkan tangan dari pipi Naera.

Naera pun tarik pinggan rapat ke depannya lalu tunduk menikmati sisa makanan yang ada di pinggan itu dengan berselera.

"Terima kasih Naera..."ucap Seth sewaktu dia termenung menatap tepi wajah itu.

Kepala Naera berpaling pantas ke kiri apabila mendengar ucapan itu. Keningnya berkerut sedikit. "Kenapa awak cakap macam tu?"tanya dia dengan muka tak faham. Memangnya apa yang dia telah lakukan buat Seth sampaikan lelaki ini berterima kasih kepada dia.

"Even awak tahu keluarga saya dah buat banyak salah terhadap diri awak dan keluarga awak...awak masih terima sayadan tidak bencikan saya. Malah awak tidak berdendam pada keluarga saya."jelas Seth dengan jujur. "Ya..awak memang pernah beritahu saya yang awak bencikan saya..tapi saya tahu awak tak maksudkannya." sengihnya semasa memandang wajah Naera. Sebab itu la dia tidak boleh biarkan Naera tinggalkan dia atau di rampas darinya!

Naera terus berhenti dari mengunyah kerana begitu terkesan dengan kata-kata Seth. Dia letakkan garfu ke dalam pinggan lalu duduk tegak memandang lelaki di sebelahnya. Jantungnya berdetak aneh mendengarnya. Terus berderau naik darah dia ke leher lalu buatkan kedua-dua belah telinganya berbahang.

"Hisy!Awak ni...buat saya malu la.."Naera pukul manja dada Seth hampir mahu tersengih dek pujian itu.

Seth ketawa kecil. Dia pegang dadanya yang dipukul Naera tanpa mengalihkan pandangannya dari mata Naera.

"Selain awak...tiada siapa dapat terima saya seperti awak terima saya...jadi saya minta pada awak untuk terus percaya pada saya tidak kira apa sekalipun yang berlaku."Belakang kepala Naera di pegang Seth sebelum lelaki itu tolak kepala Naera ke depan dan mengucup dahi itu dengan mata terpejam.

Bersama senyuman sedih di bibir, Naera letakkan tangan pada tangan Seth sebelah lagi yang berada di meja dining itu. Dia harap satu hari nanti, Seth akan bahagia tidak kira la Bersama dengan dia atau tidak. Lelaki ini terlalu baik untuk hidup menderita. Dan dia akan pastikannya hal itu terjadi.

下一章