webnovel

62.

"Hm?"tiga kepala yang terlentok sambil pegang dagu buat muka berfikir di pandang Xiana seorang demi seorang. Dah rasa macam bahan pameran pulak di pandang macam ni.

"Sesuai ke?"soal Kian.

"Rasanya tak kot.."balas Mateo.

"Cuba kenyit mata sikit."aju Ryan.

Mateo menyiku tepi Ryan yang duduk dekat sebelah dia."Kau suruh dia kenyit mata dekat siapa?Jangan nak yang bukan-bukan..lain pulak jadinya nanti."marah dia.

"Cuba cik senyum sikit.."cadang Kian.

Nak tahu tak apa yang tengah berlaku sekarang? Well tiga lelaki lampai bermuka supermodel depan Xiana ni sekarang cuba latih Xiana untuk berlakon macam mana nak mengurat lelaki. Lepas balik dari kerja tadi, mereka bertiga dah berkumpul dekat apartment Xiana. Siap makan malam semua. Duduk la mereka dekat ruang tamu tu sejak 20 minit yang lepas.

"Kenyit mata lagi comel.."cadang Ryan buat kali kedua.

"Kau ni kenyit-kenyit...aku jadikan kau kunyit nanti baru tahu.."sekali lagi Ryan di siku dengan Mateo.

"Tuan tengok la...muka Cik Xiana ni...mata bundar bulat lagi tu...pipi pun comel...bibir pun comel, hidung pun comel...kalau dia kenyit mata kan comel.."bidas Ryan.

"Saya rasa senyum...senyum lagi senang...mana-mana lelaki suka pada wanita yang suka senyum.."ujar Kian.

"Senyum tu simple sangat..."bantah Ryan.

"Aku kata cakap macam biasa je la.." marah Mateo.

Xiana yang tengah bersila dekat permaidani menghadap sofa dimana tiga lelaki sedang duduk dipandang dia silih ganti. Sambil berkerut kening kebingungan tak tahu nak buat apa, Xiana pandang Ryan yang lipat lengan kemeja sampai ke siku sebelah kiri Mateo. Kemudian dia pandang ke Mateo yang duduk di tengah-tengah, lelaki tu bersila sebelah kaki atas sofa sebelah lagi di tegakkan mengenakan hoodie kelabu dan sweatpant sama warna. Lalu terhenti pada Kian yang kemas mengenakan pakaian bersut hitam dan sweater turtle neck duduk tegak dengan tangan bersilang dekat dada pula.

Dari tadi, mereka bertiga ni tak habis-habis nak tentukan aegyo apa yang dia perlu buat untuk trick target mereka nanti.

"Guys.."panggil Xiana dengan nada biasa.

"Well...kalau macam tu suruh dia kenyit mata je la.."

"Aku tak nak dia kenyit mata dekat sebarangan lelaki kau faham tak ni!"

"Masalahnya dia bukannya lelaki.."

"Senyum je la...senang. Tak payah pening kepala."

"GUYS!"tempik Xiana sekuat hati kerana tak ada seorang pun beri perhatian pada dia sejak tadi. Tiga orang tu bergaduh seakan dia tak wujud langsung.

Terus senyap suasana ruang tamu tu. Dengan serentak ketiga-tiga lelaki tu pandang Xiana dengan mulut terkatup rapat.

"Seriously?"soal Xiana bernada tak percaya. Memangnya dia ni apa? "Buruk sangat ke saya ni sampai awak semua kena tentukan macam mana saya nak menggoda lelaki?"dia pandang mereka dengan kening mencerun marah.

Dengan serentak ketiga-tiga menggeleng kepala.

"Dah tu yang bertekak tu kenapa?"renggus Xiana. "Saya akan senyum. Itu saja. Tak ada kenyit mata tak ada apa. Titik!"tegas Xiana.

"Baik."sahut mereka dengan serentak.

Belum apa-apa lagi dah letih. "Haih.."keluh Xiana dengan panjang.

"Kalau macam tu cuba senyum."minta Ryan.

Xiana senyum.

Elok mereka beria nak rasa teruja tengok macam mana muka Xiana bila senyum, serta merta mereka terus tarik muka lepas menengok cara Xiana senyum.

"What?"soal Xiana bila tengok reaksi mereka. "Senyum kan tu?"

Ryan ketap bibir untuk elakkan diri dari ketawa sebab rasa lucu lepas tengok Xiana senyum buat-buat.

Kian pula angkat kepalan penumbuk depan mulut lalu palingkan kepala ke arah lain kerana hampir hendak meledak ketawa.

Sementara Mateo buat muka kesal. "Tak boleh ke senyum elok-elok?Ini tak, dah macam patung model Mcdonald senyum je aku tengok."komen dia dengan muka tak suka.

Keluar je komen dari mulut Mateo habis meledak ketawa Ryan dan Kian. Sambil ketawa terbahak-bahak Ryan tumbuk peha sendiri sementara Kian tunduk memegang perut bahu menggigil kuat kerana tak tahan.

"Haish.."desis Xiana dengan bengang lepas dengar komen tu. Ada ke patut samakan dia dengan model mcdonald tu.

"Senyum macam ni sayang...ni..tengok.."tunjuk Mateo wajah senyum dia pada Xiana.

Ryan dan Kian jengah kepala nak tengok jugak contoh Mateo. Sekali mereka tengok, makin menjadi-jadi ketawa mereka. Lagi kelakar dari Xiana punya.

"Buahahahha...Tuan punya lagi la.."komen Ryan.

"Hahahahha.."Kian lontarkan kepala ke belakang lalu tersandar ke belakang kerana penat ketawa kuat.

Mateo beri jelingan tak puas hati. "Kau nak kena ke!"

Xiana yang tengok betapa gembiranya mereka ketawa tersenyum senang.

Kebetulan masa tu Kian nampak Xiana tersenyum, lelaki tu terus terpaku diam.

Mateo pun nampak jugak masa tu. Jadi dia lah yang paling luas matanya masa pandang.

Ryan yang biasa tengok Xiana senyum macam tu sikit pun tak terkutik. "See..itu namanya senyum tuan.."tunjuk dia pada Xiana merujuk kepada Mateo.

下一章