webnovel

04.

"Hello?"sapa dia semasa tunduk memandang ke bawah menuruni anak tangga.

"Kau dekat mana dah ni?"tanya suara lembut dalam panggilan tu.

Sambil tersenyum, dia angkat kepalanya setiba di bawah tangga, Kepalanya di gerak kanan dan kiri mencari kelibat orang dalam panggilan ni. Dan tak lama dia kerling sekeliling restoran bawah tanah tu, matanya terus terarah pada wanita yang anggun mengenakan dress paras lutut memegang telefon dan berambut bob cut tak jauh dari tempat dia tengah berdiri.

"Dah sampai...aku nampak kau..."ujarnya.

Dan masa itu la kepala tersebut berpaling ke arah dia sebelum lambai tangan. Tanpa berlengah Xiana terus atur langkah ke meja tersebut.

"Hai Ana..."

"Sorry lambat...lama ke kau tunggu Elissa?"balas Xiana semasa ambil tempat di kerusi menghadap rakan baiknya. Kenalkan. Elissa Nyx. Rakan baik sejak sekolah menengah dia. Elissa merupakan seorang pereka fesyen, dia juga anak kepada seorang businessman Berjaya. Mempunyai rupa paras dimana, bila orang pandang mesti akan jatuh cinta. Elissa ni seorang yang berdikari. Walaupun mempunyai ayah yang kaya, Elissa lebih prefer kerja sendiri. Sebab itu la Elissa ada butik pakaian sendiri di beberapa buah tempat. Ini la sebabnya dia suka kawan Elissa ni.

"Tak ada la...dekat 10 minit macam tu...kau dari rumah parents kau ke?"soal Elissa sambil mematai Xiana yang anggun mengenakan dress cekak leher warna krim melon lengan pendek dan bersanggul kemas. "Cantik kau hari ni...ada apa-apa ke?"

Xiana ketawa lepas dengar. Tajam betul mata kawannya ni. "Kenapa kau tanya macam tu?"soal dia sambil letakkan napkin dekat atas riba.

"Alah...macam la aku tak kenal kau...kau tu kalau melawa mesti ada something..."sengih Elissa.

Xiana pandang kanan dan kiri dia hendak mencari waiter sambil berkata. "Kejap lagi aku nak pergi jenguk keluarga Isaac...itu yang aku berdandan lebih ni.."

Elissa mengangguk kepala. "Iya ke...Isaac ke sini sekali la kalau macam tu?"tanya dia sambil capai gelas berisi air kosong lalu di sisip sedikit air itu sebelum di letakkan semula.

Melihat saja seorang waiter berdekatan, Xiana angkat tangan sambil memandang Elissa. "Ha'ah...dia on the way ke sini katanya tadi masa aku last call.."

"Okay...aku ingatkan kita berdua je hari ni...Si Isaac tu ada sekali.."Elissa buat muka merajuk.

Tersenyum bersalah, Xiana buat muka comel minta maaf."Sorry la....maybe lain kali kita berdua je yang keluar. No boys okay?"balas Xiana semasa seorang waiter berdiri di sebelah meja Bersama buku nota pesanan kecil di tangan.

"Janji eh.."

Xiana angguk kepala sambil tersenyum nipis.

"Ya cik...boleh saya ambil pesanan?"minta waiter lelaki tu.

Xiana dongak memandang waiter itu lalu menopang kedua-dua tangan di bawah dagu. "Hmm...apa menu istimewa hari ni?"tanya dia.

Waiter lelaki itu memandang Xiana lalu tersenyum. "Hidangan istimewa kami pada hari ini ialah German Sauerbraten with potato dumplings, Austrian Wiener Schnitzel dan Grilled Kansas City strip steak topped with onions and mushroom.."sebut waiter itu.

Xiana pandang Elissa dengan kening terangkat. "Kau ada pilihan makanan yang kau nak ke?"

"Aku dah order awal tadi.."jawab Elissa.

Xiana angguk kepala faham lalu kembali memandang waiter tadi. "Berikan saya German Sauerbraten with potatao dumplings...air kosong saja ya."pesan dia.

Waiter itu beri senyuman mesra pelanggan dia lalu tunduk kecil sebagai faham. "Baik"dia tunduk catit pesanan itu sebelum beredar dari situ.

"So...apa cerita dengan kau punya showcase? Dah siap semua preparationnya?"soal Xiana sejurus itu.

"Semua dah ready. tinggal model je aku kena cari dua orang lagi."cerita Elissa.

"Kau nak aku tolong kau carikan ke?"

Elissa geleng kepala. "It okay...marketing team aku tengah usahakannya..terima kasih sebab offer. "

Baru saja Xiana hendak buka mulut, telefon yang dia letakkan sebelah gelas berkaki berdering. Buatkan Xiana alihkan perhatian dia dari Elissa ke telefon tersebut. Dan bila dia nampak nama yang tertera dia skrin itu, Xiana terus tersenyum.

"Isaac call."Xiana pegang telefon tu sambil pandang Elissa.

Elissa yang dengar hanya pandang senyum mengetap bibir.

"Yes?"sapa Xiana setelah dia jawab panggilan tu. "Awak dah sampai?"tanya dia sambil toleh ke belakang dimana arah tangga dia lalu tadi. "Oh...saya nampak awak..sini.."tangan kanannya di angkat lalu melambai ke arah lelaki lampai yang berada di depan tangga dan memegang telefon di telinga.

Pada masa itu, beberapa kepala pelanggan yang ada di situ turut berpaling setelah melihat lelaki lampai berwajah handsome jalan melewati mereka. Terkesan sekejap dengan kehadiran lelaki itu. Dan setelah mereka lihat lelaki tu kemudiannya tunduk mengucup tepi pipi Xiana terus mereka palingkan kepala ke arah lain semula.

"Hai..."sapa Xiana semasa tunang dia tarik kerusi lalu duduk di sebelahnya.

"Hai...sorry kalau lambat"ucap Isaac semasa selesakan diri di kerusi tu.

Elissa yang perhatikan dua orang itu tersengih. "Elok la...kau orang berdua ni, dua-dua sama perangai suka datang lambat."komen dia lepas dengar perkataan yang sama dengar dari Xiana tadi.

Xiana yang dengar hanya ketawa kecil. "Awak nak order?"soal dia masa pandang Isaac.

"Tak...nanti nak makan lagi dekat rumah mama...bising pulak dia saya tak makan."geleng Isaac.

"Okay...kalau macam tu teman saya makan je." senyum Xiana semasa menatap wajah Isaac dengan kasih.

下一章