webnovel

Benci tapi sayang

Gavin berdehem beberapa kali.Elita melihat ke arahnya.

"Kenapa awak tengok saya?"tanya Elita.

"Saya nak keluar sekejap je boleh tak?"

"Boleh,saya tak kisah pun"Elita melihat komputernya.

"Kalau saya jumpa Elmira boleh ke?"

Elita melihat Gavin dengan pandangan tajam.

"Kalau awak nak jumpa siapa-siapa pun saya tak kisah!Awak bukan siapa-siapa pun untuk saya!Dan 1 lagi jangan banyak tanya pada saya!Saya banyak kerja sekarang!"

"Awak tak cemburu ke?"

"Tak langsung!"

"Betul ni?"tanya Gavin lagi.

Elita tidak membalas pertanyaan Gavin dan terus fokus menyiapkan tugasannya.

"Dia nak jumpa Elmira?Kenapa?Mungkin dia suka Elmira?Tapi.. takkanlah saya nak biarkan,eh!Tak guna! Kenapalah nak fikirkan tentang dia pula ni?"bisik hatinya.

Gavin tersengih dapat membuatkan Elita marah.Gavin berdiri dan membuka pintu.Gavin menutup pintu dengan perlahan.

Baru sahaja Gavin ingin mencari Elmira,dia sudah berada di depan Gavin.

"Hi"sapa Elmira.

"Hi awak buat apa kat depan pintu Elita?"

"Saya nak jumpa awaklah"

"Saya pun nak jumpa awak"

Berbunga-bunga hati Elmira saat dia mendengar kata Gavin.

"Yeke,untuk apa?Elmira tersipu-sipu malu di depan Gavin.Mukanya berubah merah.

"Saja nak bercerita dengan awak,boleh?"

"Boleh untuk awak saya sanggup"

"Awak tak busy ke?"

"Busy tu memang busy,tapi kalau awak nak duduk kat sebelah saya pun boleh,dapat juga awak tengok cara kami siapkan tugasan"

"Ok"balas Gavin dan senyum melihatnya.Gavin mengekori Elmira menuju tempat duduknya.

Beberapa pekerja perempan mula memandang mereka berdua.Elmira meletakkan kerusi di sebelahnya untuk Gavin duduk.Gavin duduk di sebelahnya.

"Kenapa awak tak nak duduk dalam bilik cik Elita?"

"Saya bosan,lagipun dia tu kan tak suka saya kat dalam bilik dia tu"

"Haha cik Elita memang macam tu, awak boleh duduk kat sebelah saya setiap hari boleh juga kita bercerita sementara tak ada Encik Alvis dan Puan Jefina di sini"

"Awak selesa ke kalau saya kat sebelah awak?"

"Selesa sangat2"

Gavin menganggukkan kepalanya.Gembira kerana selepas ini dia tidak akan berasa bosan.

"Tapi cik Elita kan cantik,kalau awak tengok dia setiap hari awak boleh jatuh hati kat dia haha"Usik Elmira.Saja mahu memastikan jika Gavin suka pada Elita.

"Awak rasa saya padan ke dengan Elita?"

"Mungkin tak"

"Sebab?"

"Awak lagi padan dengan saya"bisik Elmira di telinga Gavin.Gavin dan Elmira ketawa kecil.

"Baiklah haha"balas Gavin.

Elita menggaru kepalanya yang tak gatal.

"Kenapalah pula saya terfikir tentang dia pula!Haish!"

Elita melihat kertas-kertas di sebelah bukunya.Kertas-kertas itu adalah tugasan yang diberikan oleh ayahnya kepada Elmira.

Elita mendapat ideanya.Dia bingkas bangun dari duduk dan mengambil kertas-kertas tersebut.

Elita membuka pintu dan berjalan menuju tempat Elmira.

Elita terkejut melihat Gavin berbual dengan Elmira.

Gavin menoleh ke arah Elita.

"Elita rindukan saya kan?"

"Jangan perasanlah!"Elita menjeling Gavin.Dia terus meletakkan kertas-kertas itu di meja Elmira.

"Kenapa awak tak ambil tugasan ni kat meja saya?"

"Oh maaf cik Elita,saya lupa"balas Elmira.

Elita mengangguk faham.

"Siapkan kerja ni jangan berbual je tau,nanti tak siap kerja ni,faham"

"Ok cik Elita"

Elita menuju ke biliknya meninggalkan Gavin dan Elmira.

Elita termenung.

"Sedar Elita!Dia tu cuma bodyguard awak.Awak tak boleh halang dia bersama Elmira"

Elita menenangkan hatinya.Sedih.

Tiba-tiba pintunya dibuka tanpa diketuk terlebih dahulu.

"Morning sayang"sapa Alden dan menutup balik pintu.Alden berjalan menuju tempat Elita dan duduk di depannya.

"Morning"balas Elita.

"Kenapa awak sedih ni?Any problem?"

"Nothing"

"Tak sangka kan bodyguard awak tu sedang berbual dengan pekerja awak,sweet je"

"Saya tak kisah pun"

"Tapi dia kan perlu jaga awak kat sini"

"Saya tak suka dia kat sini"

"Jadi awak lebih sukakan saya kat sini?"

"Mestilah"Elita senyum melihatnya.

"Saya happy awak tak suka Gavin tu kat dalam sini"

"Awak tak kerja ke?"Elita bertanya untuk bertukar topik.

"Nanti je,saya nak ponteng"Elita ketawa melihat dia.

"Nanti bos awak marah then pecat awak macam mana?"

"No problem,sebab saya boleh pindah kerja kat sini dan temankan awak"

"Awak mesti bergurau kan?"

"Mestilah"

Elita mencubit bahu Alden.

"Janganlah marah haha ,ok saya nak pergi kerja sekarang"

"Cepatnya?"

"Saya hanya dibenarkan keluar sekejap je"

"Erm..ok"

Alden mengucup dahi Elita.

"Bye next time saya ajak awak keluar"

"Ok"

***

Gavin mengetuk pintu dan membukanya.

"Sekarang dah tengah hari,jom kita keluar pergi makan"Gavin mengajak Elita.

"Saya tak nak!Awak ajaklah Elmira"

"Saya nak ajak awak seorang je,Elmira keluar dengan kawan2 dia"

"Bukan ke Elmira suka kat awak?Kenapa awak masih nak ajak saya?Awak ikutlah Elmira sekali"Elita berdiri dan berjalan ke arah pintu.Gavin sempat menghalangnya dan memegang tangannya.

Muka Elita berubah merah.

"Saya kan dah cakap yang saya tak akan tinggalkan awak dan saya akan jaga awak"

"Awak tipu!"

"Kalau saya tipu memang dah lama saya berhenti jadi bodyguard awak"

Elita mengetap bibirnya dan menghembuskan nafas panjang.

Gavin membawa Elita ke parkir sambil memegang tanggannya.Elita terpaksa mengikut arahan Gavin.

'Takpe kali ni awak yang menang ,nanti saya akan kalahkan awak!'kata Elita dalam hatinya dan menjeling Gavin.

***

Gavin termenung lama melihat Elita sedang makan.

"Comelnya dia ni"bisik hati Gavin da senyum melihatnya.

Elita berhenti makan dan rimas kerana Gavin hanya melihatnya.

"Boleh tak jangan tengok saya?"

"Salah ke?"

"Yes!"

"Saya suka tengok masa awak tengah makan sebab awak comel"

"Habiskan makanan awak tu!"

"Saya tak dapat habiskan makanan saya ni bila saya tengok awak,sejuk je mata"

Elita tidak mengabaikan Gavin dan menghabiskan makanannya walaupun Gavin sedang melihatnya lagi.

"Siap,tolong bayar ye"

Elita menghulurkan duit pada Gavin tetapi Gavin tidak menerimanya.

"Kenapa awak balikkan?"

"Saya belanja awak"

"It's okay saya yang belanja awak"

"Awak mesti ikut arahan saya"

"Yelah awak"

Selepas sahaja Gavin bayar,Gavin mengajak Elita untuk balik ke pejabat.Sekali lagi,Gavin memegang tangan Elita.

"Boleh tak jangan pegang tangan saya lagi?"

"Awak mesti ikut arahan saya"

Elita menjeling Gavin.

"Ok!"

Mereka berdua keluar dari restoran itu.Sewaktu mereka berdua ingin menuju ke kereta, Gavin ditegur oleh seorang nenek.

Gavin berasa kasihan melihatnya.

"Nenek nak pergi mana?"

"Nak pergi sana"

"Saya boleh tolong nenek"

Gavin melepaskan tangan Elita.Dia membantu nenek itu untuk melintas jalan.

Elita senyum melihat Gavin.

"Baiknya dia ni"

Nenek itu memberikan upah pada Gavin kerana membantunya.

"Takpe, nenek simpan sahaja duit ni,saya ikhlas tolong nenek"

"Terima kasih cu,nenek doakan yang terbaik untuk kamu"

Gavin menganggukkan kepalanya dan senyum melihatnya.Gavin melambaikan tangan pada nenek itu dan berjalan menuju ke arah Elita yang sudah menunggunya di depan kereta.

***

"Kenapa awak tak pergi duduk lagi kat sebelah Elmira?"tanya Elita kerana hairan.

"Saya nak temankan awak"

"Yelah"balas Elita.

Gavin mengangkat kerusi dan duduk di sebelah Elita.

"Jangan duduk kat sebelah saya!"

"Kenapa tak boleh ke?"

"Tak boleh"

"Saya cuma nak tengok je cara awak buat kerja"

Elita menjeling Gavin dan sambung menyiapkan tugasannya.

"Boleh tak jangan jeling saya?Saya nak awak senyum kat saya"

"Memang patut pun saya jeling kat awak,duduk kat sofa sana,jangan duduk sini!"

"Awak nak ke saya berhenti jadi bodyguard awak?"

Elita menoleh ke arah Gavin dan memandangnya dengan pandangan tajam.

"Yelah!"

"Thank you"balas Gavin dan memberikan senyuman manis.

Semasa Elita sedang menyiapkan tugasannya dia tidak sedar jaraknya antara Gavin semakin dekat.Elita fokus dengan tugasannya itu sehingga Gavin tertidur lena dengan meletakkan kepalanya di meja Elita.Elita ketawa kecil melihat Gavin.

Sehinggalah malam Elita menyelesaikan tugasannya dan akhirnya sudah siap.Elita melirik ke arah jam tanggannya.Elita terkejut kerana jam sudah menunjukkan tepat pukul 8 tetapi Gavin masih tidur.

Elita membangunkan Gavin dan Gavin terjaga dari tidurnya.

"Jom balik"

"Awak dah siap ke?"

"Ya!"

Gavin menguap.Elita bangun dan menyusun barang untuk dibawa balik.

Gavin menunggu Elita di depan pintunya.Rupanya hanya mereka berdua masih belum balik.

Elita keluar dari biliknya dan menutup pintu.

Gavin memegang tangan Elita walaupun Elita tidak mahu mengikuti arahannya.

"Gavin.."

Gavin melihat ke arahnya.

"kenapa?"

"Saya rasa takutlah macam ada yang tengok kita berdua sekarang"

Gavin melihat sekeliling.Manalah tahu jika dia nampak sesuatu.Tapi langsung tiada dia ternampak sesuatu yang mencurigakan.

"Tak ada apa-apa pun"

Elita memaut lengannya.Dia tidak kisah walaupun dia malu.

"Cepat bawa saya masuk kereta sekarang"

"Ok"

Gavin membawa Elita sehingga di depan kereta dan membantu Elita untuk membuka pintu kereta.

"Awak jangan takut,saya selalu ada dengan awak"

Gavin memegang tangan Elita kerana risau melihatnya semakin takut.

Elita menganggukkan kepalanya.

下一章