webnovel

bab25

     Aku dan Zafrel sama-sama terkejut apabila seseorang berdehem.

"aik,akak dengan along buat apa ni?"

"lahh Fira ke?,akak ingat siapa lah tadi" ujarku lalu menarik nafas lega.

"entah mu ni dik,nok tercabut jantung aku." Kata Zafrel sambil merenung tajam ke arah Fira.

Renungan itu! Sudah lama aku tidak lihat,renungan itu lah yang aku terima pada hari pertamaku disyarikatnya.

"hahaha along! What are you doing haa!! Perut tu masyaAllah!" kata Fira yang sudah pun meletus tawanya.

"mu ni dik,buleh diam dok?!,along nok ajar Kak Fira mu tu prepare barang masok." kata Zafrel perlahan.

Comel sungguh melihat sisi lain diri Zafrel,akubakui yang dia bukan lah seorang yang kasar seperti yang aku sangka dahulu,tapi ada kelembutan dalam dirinya.

"aww! So sweet lah along ni,takpo,bar Fira tulong,along gi ah naik nuh,abi cari." ucap Fira lembut.

Fira mempunyai raut wajah yang lembut,perwatakannya juga sangat sopan sesuai lah dengan penampilannya yang bertudung labuh.

"tapi.." ujar Zafrel ragu.

"tak apa,sebanarnya memang nok prepare malam ni,awahnyo,meta lagi mari lah hok lain..jange risau lah,moklong tak dok harini,dio gi klinik, dio royak kepalo dio sakit.

"ok bereh,jago molek bini along ni" ujar Zafrel lalu mula mendaki anak tangga.

"jom kak, kita duduk sambil kupas bawang." kata Fira lalu membentangkan tikar.

Zafira menunjukkan cara mengupas bawang kepadaku,kata Fira tidak semua bawang akan memberi kesan pedih pada mata,mujurlah nasib aku baik,bawang pertama yang aku kupas tidak menjadikan mataku pedih.

Sedang asyik aku mengupas bawang,tiba-tiba aku mendapat akal hendak bertanya Fira mengenai Yusrina.

" erm,Fira,akak nak tanya boleh?" soalku kepada gadis yang manis bertudung merah jambu dihadapan ku.

"tanya apa kak?" soal Fira kembali.

"fasal Yusrina?" kataku yang terus meluahkan perkara yang ada di dalam benar fikiran.

" herm? Kak Reen?kenapa dengan Kak Reen?" soal Fira lagi.

"kenapa Along Fira putus dengan Yusrina?" soalku perlahan.

" ermm...Fira bukan tak nak cerita kak,tapi Fira memang tak tahu,tiba-tiba je,and masing- tutup mulut.sebab tu moklong masih berharap along dengan Kak Reen, sebab dia orang putus tapi tak nak bagitahu sebab,pelikkan,?" ujar Fira sambil tersenyum hambar.

Aku membalas senyuman Fira,.Sedangkan Fira adiknya sendiri pun tidak mengetahui apa-apa inikan pula kau Saira,.

"akak..thanks tau sebab berjaya pikat along Fira,Fira happy dia dapat isteri macam akak." ujar Zafira menggenggam tangan ku.

Aku berjaya pikat Zafrel? Haih,tidak lah,aku yakin namaku tiada di hati Zafrel,mungkin hanya sebagai perkerja ataupun hanya sebagai teman.

"kenapa Fira cakap macam tu," soalku ingin tahu.

"entahlah kak,abang tu,..dulu dengan Kak Reen dia kasar tau,tapi dengan akak,dia lain,tu yang Fira kagum,akak mampu lembutkan dia."ujar Fira.

Lembutkan Zafrel,mungkin itu yang dilihat di mata Fira,namun semua itu hanya lakonan,tapi aku akui yang Zafrel melayanku baik sebagai teman.

Usai menyediakan bahan-bahan,aku melihat,mek menumis bahan yang telah dikisar katanya untuk awah pagi esok,.lusa merupakan majlis perkahwinan ku sebalah Zafrel,yang akan dibuat di rumah ummi dan malam ini merupakan malam terakhir aku di rumah mek,kerana esok,aku akan bermalam di hotel yang keluargaku inap,Ahli keluarga Zafrel melayan ku baik,kecuali moklong,namun mungkin moklong salah anggap dengan aku,

***

Aku duduk di atas pangkin ditepi rumah sambil menikmati kegelapan malam yang dihiasi beberapa butir bintang,malam ini,tidak banyak sangat bintang dilangit tapi masih mampu memberikan aku ketenangan.

"uii! Mokcik wak gapo tu,?!" tegur seseorang.

Aku menoleh ke arah suara yang menyapa,terlihat Zafrel yang baru sahaja keluar dari pintu dapur,yang mengenakan t-shirt hitam dan berkain pelikat,dia berjalan menuju ke arah ku.,

Aku perasan Zafrel sering mengenakan baju yang kosong dari yang bercorak,dan warnanya sering hitam atau putih,tapi dalam apa jua pakaian yang dia pakai,pastinya kekacakkannya akan terserlah.

"puteri Doktor Razif buat apa dekat sini,tak takut kena gigit nyamuk ke?" soal Zafrel yang sudah pun mengambil tempat disebelahku.

" haha biar lah saya nak derma dekat dia orang." jawabku sambil mendongak ke langit.

"Yusrina tak datang ke majlis kita lusa Encik Zaf?" soalku perlahan,entah dari mana tercetus soalan itu dari benak fikiran ku,

"haa? Reen? Tak kot,but why awak macam tertarik sangat tentang Yusrina ni? Tadi awak tanya Fira kan?" ujarnya sambil merenungku tajam,

Hadoi,alah,kenapa Fira bagitahu abang dia,alah kau pun satu Saira,tak cakap dekat Fira jangan bagitahu.aduh-aduh.

"answer me Saira," ujar Zafrel dengan lembut namun ada ketegasan di situ.

" ermm,saja je ,dia kan sepupu Encik Zaf.." jawabku sambil menggaru kepala yang tidak gatal.

"really? Dia bukan sepupu saya,mek ambik moklong sebagai anak angkat before dapat ummi,and saya tak kisah pun kalau dia tak ada." ujar Zafrel mendatar.

"kenapa?" soalku,aku tidak tahu kenapa,tapi hati kecil seperti ingin lebih mengenali lelaki yang sudah pun bergelar suami kepada ku.

"awak suka ke Rafiq datang weddding kita hari tu?, dah jom,masuk dalam,saya kunci pintu baru tahu." ujar Zafrel yang sudah pun berdiri menghadapku sambil menghulurkan tangan kanannya.

Aku berdiri tanpa mempedulikan tangan yang Zafrel hulur.aku tahu menyentuh Zafrel bukan dosa malah pahala namun berilah aku lebih masa kerana hati aku belum dimiliki Zafrel atau mana-mana lelaki.

***

Subuh-subuh lagi rumah mek sudah riuh rendah di dapur mana tidaknya,mereka sedang mempersiapkan untuk majlis tahlil malam ini,dari cerita Fira,tumbang lembu seekor.

Aku yang sedang mengemas katil dikejutkan dengan ketukan di pintu bilik,pastinya bukan Zafrel kerana,mamat itu mana reti ketuk pintu,.aku bangun dan membuka pintu bilik,tersembul muka Fira di hadapan pintu,

"eh Fira,kenapa?" soalku hairan.

"akak nak ikut Fira dengan along pergi pasar tak?" soal Fira ceria.

"pasar? Buat apa?" soalku.

"nak beli barang-barang sikit,jom lah,along dah tunggu dekat kereta" pujuk Zafira.

Aku bersiap ala kadar cukup hanya berseluar denim dan tshirt berlengan panjang bersama tudung bawal,nak ke pasar lah katakan,

Sampai sahaja dipasar,aku memerhati kawasan sekitar,ia seperti padang besar!,pasar ini dua tingkat bahagian bawah lebih tertumpu kepada barang basah manakala bahagian atas kebanyakannya menjual perhiasan dan pakaianya.

Aku tersentak apabila terasa tanganku digenggam seseorang,aku menoleh ke sisi, dan melihat Zafrel.

"jom! Nanti awak sesat pula" katanya lalu menarik lembut tanganku.

Bagaikan dipukau aku membiarkan tanganku ditarik oleh Zafrel.mungkib aku tak mahu dikihat aneh oleh Zafira.

"Encik Zaf,tu itik ke?" soalku sambil menunjukkan satu kedai .

"aah,pernah makan?" soal Zafrel..

"tak,..sedap ke?" soal ku ingin tahu,

"sedap! Macam ayam tapi keras sikit" ujar Zafrel perlahan,

Aku bukannya tak pernah pergi ke pasar,namun aku tak pernah melihat itik di pasar yang aku kunjung bersama mama.

Pelbagai barangan yang diborong oleh Zafrel dan Fira,semuanya mengenai masakan,sedikit sebanyak dapat juga lah aku mengenali beberapa bahan,

Aku terhenti di hadapan kedai yang menjual perhiasan seperti rantai,gelang yang menggunakan tangan.mataku tertarik pada pada seutas gelang tangan yang terhias cantik dengan permata yang berkilau.

"nak ke?" soal Zafrel yang melihat aku merenung lama gelang tersebut.

"erm tak apalah,saya dah ada banyak gelang ,nanti tak pakai juga," kataku lalu meninggalkan Zafrel dan mengejar langkah Fira.

***

Sampai sahaja di rumah,aku lihat,ramai orang dihadapan rumah mek,

"ada apa tu?" soalku di dalam kereta,

"orang nak sembelih lembu,nak tengok?" soal Zafrel lalu memalingkan wajahnya ke arah ku,

"erm tak naklah,saya fobia dengan darah banyak-banyak,nanti,tak termakan pula daging." jawabku jujur.

"aik,anak doktor takut darah,?" soal Zafrel lalu mula mengukir senyuman.

Memang papa merupakan pakar bedah,namun,aku memang alah dengan darah yang banyak,boleh pengsan,.

" suka hati sayalah," kataku lalu keluar dari kereta,

Baru sahaja kaki menjejak tanah,Amir datang menyapa,

"nak Amir tolong angkat barang?" soal Amir sambil tersenyum manis.

"hehe boleh! Ada barang nak kena angkat ," jawabku lalu membalas senyuman Amir.

"aku buleh angkat,mu gi buat kerja lain," sampuk Zafrel dengan wajah serius.

Wajah ini lah yang aku lihat semalam,saat Zafrel menghambur amarahnya,dek kerana aku keluar bersama Amir,cemburukah dia?

"lorh,buat samo-samo lah,mu bakpon bekeng semace(semacam ) jah." ujar Amir yang juga perasan perubahn pada mimik Zafrel.

"jom kak biar lah dia orang along cemburu lah tu!" kata Fira sambil ketawa lalu menarik lengan ku.

"kenapa Fira cakap macam tu?" tanyaku kepada Fira,

"alah kak,tengok pun tahu lah yang along tu cemburu akak dengan Abang Am,jelas sangat dekat muka along tu," ujat Fira ala-ala makcik bawang.

"heh! Gi mano gak?!ore rumoh ni,penat masok mu gi derak?!" jerkah moklong di muka pintu.

Aku dan Fira sama-sama terkejut dengan suara nyaring moklong,andai tiang-tiang rumah ini mempunyai telinga,aku pasti dia pun akan pekak,

"kiteore gi pasar lah moklong,lagi pun ,male,smale kito ore siap doh buat awahnyo,"jawab Fira lembut.

"heh,ni mesti kak ipar mu ni lah kan,nok gi derak,semalam buke(bukan) dio tulong pon kan." kata moklong sambil memberiku pandangan sinis.

Sabarlah Saira,jaga air muka mama dan papa,nanti dah terlajak kata,nak tarik susah,pujuk aku di dalam hati,

"moklong..kalau tak dok bendo molek no royak,diam jah," celah seseorang,

Zafrel? Entah bila dia ada di belakang kami,

"hor backup lah bini mu,mugo baru lagi,mu selamo ni,dok penoh hayat biadab,tapi gak pah nikoh,jadi gini,!" kata moklong lalu masuk ke dalam rumah,

Aku memandang ke arah Zafrel,beku mukanya,tiada senyuman namun tiada juga kerutan,kenapa dia buat begitu?

Aku duduk di dapur sambil menolong apa yang patut,kemas sedikit ,nak memasak? Tidak lah,belum masanya,.

"saira,nak ikut ummi dok?" kata ummi seraya mencuit bahuku.

"nak pergi mana?"

" rumoh ummi,ore pelamin sampai doh,buleh lah tengok rupo pelamin guano,tulong bungkus doorgift lagi,ajok Fira sekali," kata ummi sambil tersenyum.

***

Saat aku melintasi hadapan rumah,mataku bertembung dengan susuk tubuh Zafrel yang sedang melapah daging,walaupun dalam keadaan berpeluh dia masih lagi kacak,aku akui Zafrel memang kacak orangnya,namun hati ini bukan miliknya,

Aku menghantar mesej kepada Zafrel,tak mahu perkara semalam berulang kembali,seperti kata orang,pengalaman mematangkan fikiran,

Masuk sahaja rumah ummi,aku terpukau dengan susun aturnya,cantik! Rumah ini berkonsepkan moden dan klasik,sukar untuk digambarkan,rumah ini miliki laman yang besar dan juga taman mini di sebelah tepi,

"cantik rumah ummi," pujiku,

"ni Zaf hok buat,ikutkan ummi tak dok lah besar gini,tapi Zaf sponsor blako," jawab ummi,

Sedang asyik aku memerhati gambar-gambar keluarga ini,mataku terpaku pada sekeping lukisan gambar bayi lelaki,siapakah bayi ini?

"Saira tengok gapo?" soal ummi lembut,

"bayi ni siapa ummi?" soal ku,

" ouh,ni,ni anak Zaf," jawab ummi.

tersenyum

"anak Zaf?" soal ku hairan,

"baru sahaja ummi ingin menjawab soalanku, seseorang memberi salam,

"Assalamualaikum,"

"wakalaikumsalam,eyh,Kak Zah,." kata ummi,

"hor laa,ni nok hantar kek hokmu orda(order) " jawab wanita yang dipanggil Kak Zah itu.

"hor bereh lah,cukup deh seribu pcs?" soal ummi pula,

Dari perbualan itu,aku dapat agak bahawa kek itu untuk diberikan kepada tetamu yang hadir.

***

"akak legakan lepas dari moklong!,Fira ni walaupun dah lama kenal dia tapi tetap tak selesa dengan dia,." adu Fira bersama keluhan,

"akak tak cerita lagi kan yang macam mana along pikat akak?" soal Fira sambil tersenyum.

Zafrel pikat aku?haih lah,tiba-tiba aku teringat malam yang dia mengajak aku kahwin,malam yang penuh air mata,malam di mana aku tahu papa sakit,malam di mana aku membuat pengorbanan terbesar dalam hidupku,adakah itu yang harus aku cerita kepada Fira? Begitulah kenapa aku terima Zafrel Amran sebagai suami, tanpa secebis sayang dan cinta.

"erm,haha Fira tanya along lah,akak pun tak tahu dia buat apa,tiba-tiba dah kahwin" ujar ku dalam ketawa.

"Fira,mu memey tak dok kerja eh,duk korek rahsia along" satu suara mencelah.

Jelas kelihatan Zafrel yang sudah pun bertukar pakaian di muka pintu,rambutnya pun basah,aku yakin dia baru selasai mandi dan datang ke sini,

"eh?! Along? Buke(bukan) tadi duk lapoh daging ? Buat gapo sini?" soal Fira bersama kerutan,

"doh mu curi bini along,along mari lah" ujar Zafrel lalu mengenyit mata kepadaku,

BEESAMBUNG....

P/s: hai!!! Ni bab pling lama sis ambil masa nak tulis,hehehe,so btul ke Zaf ada anak? Nak thu untk next bab ke? Insyaallag next bab sis update esok,sis usaha ye!ok enjoy reading semua!! Jgn lupa vote,share and comment!! Sayang semua!

下一章