webnovel

bab21

Aku membuka mata perlahan kerana terganggu dengan bunyi penggera,sambil tangan mencari telefon untuk mematikan.

" hurmm 5 pagi dah" kataku perlahan

Bibirku mengukir senyuman pabila melihat satu susuk tubuh yang sedang tidur beralaskan comforter.Masih segar diingatan aku kejadian malam semalam.

Throwback..

"Encik Zaf nak tidur mana ni?" soalku kepada Zafrel yang masih tekun menghadap komputer ribanya.

Aku memang sudah mula mengantuk,tapi memikirkan bukan aku seorang dalam bilik ini,jadi kami hendaklah berbincang,lagi pun aku memang tak percayakan Zafrel yang gila ni.

"herm? Saya tidur dengan awak lah" katanya lalu memusingkan badan menghadapku.

"Encik Zaf gila ke? Mana boleh!!" jawabku dengan tegas.

Dia fikir kelakar ke asyik buat perangai macam tu? Annoying!! Rungutku di dalam hati.

"awak dah mengantuk ke?" soalnya lagi.

"aah saya dah mengantuk,then cepat lah,Encik Zaf nak tidur mana? Atas katil ke bawah?" soalku lagi yang sudah hampir hilang sabar.

" ermmm..awak tidur lah dekat atas katil,nanti saya join" katanya sambil mengenyitkan mata.

"Encik Zafrel!!" kataku geram.

"hahaha sabar lah wahai Puan Saira,usik sikit pun tak boleh,tak apalah saya tidur bawah ye,saya kan suami yang baik,ehek!" katanya sambil membuat muka belagak.

"orite,daa!!" balasku.

Ayatnya tadi sedikit sebanyak membuat aku terkesan,aku ni,kejam sangat ke sebagai isteri? Tapi,aku tak mampu untuk memasak diri ini menjadi yang terbaik dalam masa sehari.Ampunkan aku yaAllah.

Zafrel bangun,lalu menuju ke sebuah beg miliknya lalu mengeluarkan sesuatu.

"apa tu?" soalku

"sleeping bag," jawabnya ringkas sambil tanganya lincah menyarung sleeping bag tersebut.

"haa? Encik Zaf bawa sleeping bag? Why?" kataku sambil ketawa.

"hello! Puan Saira oi,mana lah tahu awak nak halau saya tidur kat luar ke,saya prepared lah." balasnya dengan wajah serius.

Aku tidak dapat menahan ketawa melihat dirinya yang tak ubah seperti ulat beluncas yang berwarna kelabu.

"amboi..seronok eh gelak..tiba-tibakan saya rasa macam,nak tidur sebelah awak lah..may I?" katanya sambil merenungku dengan tenungan maskulin.

Aku dengan pantas menekup kepalaku deng bantal

Terdengar suara Zafrel yang galak ketawa.

Aku mengeluarkan kepalaku perlahan-lahan, dari sebalik bantal.

"Puan kura-kura nak apa? Boleh saya bantu?"

Haish sibuk je,

"erm jap,saya ambikkan comforter untuk Encik Zaf,kesian dah macam beluncas dah." perkataan beluncas tu aku perlahankan tapi aku yakin telinga lintah si Zafrel pasti dapat menangkapnya.

"herm? Beluncas? Maksudnya,saya comel lah kan,urmmm,thank you puji! Saya hargai sangat!"jawabnya sambil mengkerdipkan mata beberapa kali.

"nah," kataku sambil menghulurkan comforter yang diambil dari almari.

"thank you isteri" katanya lalu tersenyum manis.

*****

"Amboi...seronok ke tenung saya? Saya tahu lah saya ni kacak walaupun baru bangun tidur,lain kali kalau nak tenung datang lah dekat-dekat,janganla malu-malu"

Aku tersedar dari lamunan,haish selalu je dia perasan yang aku tengok dia,

"hergh mana ada! Saya mamai lagi ni,Encik Zaf jangan nak perasan lah!" kataku lalu bingkas bangun dari katil dan menuju ke kamar mandi.

"Saira,bagi saya lah mandi dulu boleh?" tanya Zafrel.

"herm? Boleh,tapi kenapa?" soalku pelik.

"saya janji dengan papa nak solat dekat masjid,so kita tak boleh berjemaah pagi ni,jangan kecewa pula tau" katanya seraya tersengih dan mengenyit mata kanannya lalu berjalan menuju ke kamar mandi.

Dia ni,kalau sehari tak kenyit mata tak sah,suka benar dia melakukan perkara itu detak hati kecilku sambil tersenyum.

Turun sahaja ke bawah,mama sudah berada di dapur bersama dua lagi pembantu rumahnya.

"morning ma!" sapaku mesra lalu mengambil tempat di hadapan mama yang sedang memotong kuih dari dalam loyang.

"aik awal Saira bangun? Selalu tak macam ni" kata mama sambil tersenyum.

"mama ,orang tu kan baru kahwin mesti la propa lagi" kata Syazril yang tiba-tiba muncul dari belakang.

"kau diam dik.hal semalam tak habis lagi tau!!" kataku tajam.

"haa mula lah tu,haih tak padan dah tua masing-masing,perangai macam budak-budak" tegur mama sambil menggelengkan kepala.

"ma,mana Lyn? Selalu dia lepas subuh dah terpacak pagi-pagi ni," soalku kepada mama.

Memang Salina lebih rajin daripada aku,Salina pandai masak,tapi aku tak,kami ni rupa je sama tapi sifat berbeza.memang aku akui Salina lebih matang berbanding aku.

"Entah,tak turun pun lagi," jawab mama ringkas.

"Abang long  mana kak?" soal Syazril yang mengambil tempat di sebelahku.

"ikut papa solat dekat masjid" jawabku.

"wahh jadi menantu mithali lah macam ni," kata Syazril sambil tersengih.

"Assalamualaikum"

"wakalaikummusalam ehh papa dengan abang long dah balik lah" kata Syazril,

Aku tak mahu memandang kepada Zafrel,nanti pastinya dia akan mengatakan yang aku renung dia,malas!!

"uii,buat apa tu cik kak?" soal Zafrel yang tiba-tiba sudah berada di sebelahku,

"Encik Zaf nak apa? Sibuk je" jawab ku acuh tak acuh.

"amboi..tak baik tau cakap macam tu dengan suami," katanya perlahan.

Dia terasa ke? Kasar ke? Aduh-aduh!! Haishhh..

"awak dah siap kemas barang nak ikut saya kelik kelate?" soalnya sambil merenung wajah ku.

Haish ni yang buat aku tak keruan ni,aku pun tak tahu kenapa setiap kali Zafrel mrenungku,aku diselubungi pelbagai rasa dan perasaan.

"dah,pukul berapa nak gerak?" soalku.

"lepas sarapan,sebab,takut lambat pula sampai" ujar Zafrel.

"dah borak apa lagi tu pengantin baru? Jom sarapan," tegur mama yang lalu di sebelah kami.

"uish awalnya akak kita bangun hari ni?" Sapa Salina yang baru turun dari bilik.

"eyy!! Tadi Ril ni kau pula,sebelum kau nak sakat aku, baik kau diam! Aku lapar!!" tekan ku.

****

"ma..Saira gerak dulu ye" pamitku.

" haa yelah,lagi tiga hari kami pula menyusul" kata mama lalu memeluk ku.

"Saira behave ye dekat rumah mertua,jangan buat perangai"nasihat mama..

"hish mama ni,Saira tahu lah" kataku sambil tersenyum.

"mama jangan risau,Zaf akan jaga Saira," kata Zafrel  lalu memeluk bahuku.

Seluruh tubuhku menjadi kaku,bagaikan patung tak bernyawa,seluruh wajah ku ibarat hilang semua darah,apa yang dia buat ni? Ni boleh dikira mengambil kesempatan ke? Tapi dia suami kau lah! Kata hatiku.

Masuk sahaja dalam kereta aku hanya diam membatu.Marahkah aku? Entah, aku keliru dengan layanan Zafrel sepanjang tiga hari kami bergelar pasangan suami isteri.Adakah itu hanya lakonan?

"aik kenapa diam je ni?" soal Zafrel memecah kesunyian.

"tak ada apa lah," jawabku ringkas.

"awak ready ke nak balik kampung saya ni?" soal Zafrel tanpa memandang ke arah ku.

"balik kampung je pun,kenapa nak kena ready?" soalku pelik.

Teruk sangat ke kampung dia tu? Pendalaman ke? Tak ada elektrik ke? Haih,jujur sememangnya aku tidak biasa pergi ke kampung.Arwah atuk dan nenek aku juga tinggal di bandar.Namun disebalik gemuruh itu,sebenarnya terselit juga rasa teruja,akhirnya dapat jugalah aku merasa naik kereta berjam-jam untuk pulang ke kampung.

"eleh,jangan confident sangat,papa cakap awak ni,manja,and kampung saya tu bukan kampung moden tau,elektrik pun tak ada,air paip pun tak ada,kalau nak mandi,kena mandi sungai." katanya bersungguh.

Gulp! Kaku aku menelan air liur apabila mendengar bait-bait bicara yang keluar dari mulut Zafrel.tapi wujud lagi ke tempat macam tu,?

"betul ke ni Encik Zaf? Soalku cuak.

"well kita tengok nanti," katanya sambil mengukir senyuman yang menampakkan barisan giginya yang tersusun cantik.

Terasa sentuhan lembut di pipiku,pipibku di oles lembut,aku yang baru terjaga dari tidur,membuka mata perlahan,

"Encik Zaf buat apa?!"kataku dalam nada terkejut.

"erk,saya nak kejut awak lah,kita berhenti solat and makan dulu,dah pukul satu ni," jawabnya dalam nada sedikit gelabah.

Hurm? Aku yakin,sentuhan tadi bukan mimpi,and Zafrel yang melakukan perkara itu,tapi kenapa?kenapa dia buat macam tu? Seram sejuk aku dibuatnya.

Klk!

Aku tersentak apabila pintu kereta dibuka,

"puan puteri,bila awak nak keluar dari kereta? don't tell me,yang awak nak saya dukung? " kata Zafrel lalu mengecilkan pandangannya terhadap ku.

Wajah Zafrel benar-benar berada di atas wajahku saat ini,tangan kirinya diletakkan di atas pintu kereta,dan mengurungku yang sedang beku dengan situasi ini.

"eyy tepi lah Encik Zaf,saya nak keluar lah ni"kataku kalut.

"haha,comel!"

Hah? Aku yakin aku mendengar perkataan itu terbit dari bibir merah jambunya,yang menandakan dia bukan seorang perokok.

"what?" soalku.

"nothing.cepatlah" ujarnya yang menunggu di hadapan kereta.

Setelah hampir sembilan jam perjalanan,akhirnya kami tiba di negeri negeri cik siti wan kembang ini.

Dapat aku lihat banyak sawah oadi terbentang luas di sini,tanpa sedar bibirku mengukir senyum mengagumi keindahan alam ciptaan sang pencipta ini.

"happy nampak?" tegur Zafrel perlahan.

"bestnya dekat sini,tenang,kalau saya,saya tak nak dah keluar kampung kalau macam ni"ujar sambil tersenyum lalu membuka tingkap.

Aku mengeluarkan sedikt kepalaku menikmati udara di negeri serambi Makkah ini,

"Saira! Bahaya lah,tutup tingkap tu," tegur Zafrel.

Haih kecoh betul MrB ni,pakcik-pakcik sangat,omelku di dalam hati.

"haa mengutuk saya lah tu,tak baik tau,kutuk suami,dosa...." katanya dengan nada keanak-anakan.

Haish!! Ada aja dia ni,mujurlah mengenangkan aku ni dekat kawasan dia,manalah tahu dia tinggal aku tepi jalan tak ke naya! Hehe.

Sepanjang perjalan menuju ke kampung Zafrel ini,aku perasaan,rumah-rumah disini,semuanya besar-besar,agak-agak rumah mrB macam mana ye? Tanyaku sendiri di dalam hati.

Kami menyusuri sebuah perkampungan sawah padi,rumah-rumah disini,tidaklah terlalu dekat,tapi tidaklah terlalu jauh.

"cantiknya padi tu" ujarku perlahan sambil mata tertancap pada sebuah petak padi yang menghijau.

"mana?" soal Zafrel mencelah.

"tu,"tunjuk ku menggunakan jari terlunjuk.

"tu? Really?  Hahaha" Zafrel ketawa dengan kuat,seluruh kereta dipenuhi dengan gemaan suara milik Zafrel.

"why? Soalku pelik?

"Saira Irdina,tu,bukan padi lah,tu lalang,awak ni kelakar lah," katanya lalu ketawa sambil menggelengkan kepala.

Haa? Lalang? Saira-saira,kenapalah tahap confident level kau ni menggunung sangat,kan dah malu. Aduh-aduh.

Zafrel memberhentikan kereta di sebuah halaman yang agak luas dan berumput,dihadapan kami tersergam sebuah bunggalow kayu yang berkonsep tradisional,tapi masih mempunyai unsur-unsur moden.

"ni ke rumah ummi abi Encik Zaf?" soalku

"aah ni lah rumah ummi abi saya,rumah ni dah buat baru,ikut design yang ummi nak"terang Zafrel.

"jom keluar,sayang.." kata Zafrel lalu mengenyitkan mata kanannya.

"eyy Encik Zaf jangan nak mengada," jawabku lalu membuka pintu kereta.

"eh sampa doh pengantin baru ni!" sapa ummi dengan dialek kelantannya sambil menunggu di hadapan rumah.

"Saira sihat? Anak ummi tak buli Saira kan?" Soal ummi lalu memelukku.

"ummi,..Zaf dok buli pun menantu ummi ni,tapikan,ummi nok tahu dok  Saira ngoyak  lale tu .."

Belum sempat Zafrel menghabiskan ayatnnya aku terlebih dahulu menutup mulutnya.

Eyy dasar mulut tempayan,nak jaja cerita yang aku tak tahu bezakan lalang dan padi lah tu,eyy tak suka.

"heheh ummi,tak ada apa,jangan percaya cakap Enc..eh Zaf ni ummi,dia ni mengada." jawabku sambil tersengih.

"Saya mengada dengan awak je sayang.." jawab Zafrel lalu mengukir senyuman yang mampu menghentikan jantung aku ni,haishh.

"amboi..dah tak nampak ummi dekat sini ke?" soal ummi sambil tersenyum.

"dah jom masuk,"pelawa ummi.

"ummi,mek ada mari sini doh ko?" soal Zafrel.

"tak dok,Zaf gilah ambik mek" kata ummi.

Mek? Siapa?terkulat-kulat aku disitu cuba memahami dialek mereka,adoi..

BERSAMBUNG...

P/s:hi guys!! Sbenrnya sis plan memg nk bt part dekat kampung,tp,dh pnjg sgt,so  kita tunda bab22 ye,sorry ye,.and mungkin bab klini a bit boring,tp insyallah,bab22 dye lbih wrna-wrni,hehehe,bila sis nk update bab22? Hurm,sis xbleh nk jnji dlm minggu ni,tp pling awal pon next week.so enjoy reading semua!! Kito jumpo nnt!!

下一章