webnovel

bab15

Kurang dari 2hari sahaja lagi,aku akan bergelar isteri kepada Zafrel.Sanak saudara sebelah mama dan papa sudah ramai yang sampai di rumah mama dan papa.Entah kenapa hati aku terasa kosong.Gembira tidak sedih pun tidak,mungkin hati ini telah mati dengan keputusan sendiri.

Kelihatan ramai kanak-kanak sedang bersuka-ria bermain di halaman rumah.Alangkah indahnya kalau aku mampu gembira seperti mereka.Hidup ceria tanpa duka dan lara.

"Amboi...jauh termenung,dah sampai planet mana dah tu?"

Aku menoleh ke arah suara yang menyapaku sebentar tadi.

"Eh Mak su,mana ada Saira termenung,cuma seronok tengok budak-budak ni bermain."jawabku seraya memberi segaris senyuman.

"Ooo...tak lama lagi kamu pula ada anak." kata Mak su.

"Mak su ni,lambat lagi lah" kataku sambil mencuit peha Mak su.

"apa yang lambat laginya Saira oi,esok kau dah nak nikah dah." jawab Mak su.

"tu kahwin Mak su bukannya bersalin,jauh sangat dah ni Mak su bayang." kataku sambil ketawa

Anak? Aku dan Zafrel? Sungguh tak dapat aku bayangkan pekara begitu akan berlaku.Perkahwinan yang esok akan terbina juga entah sampai bila akan bertahan.

"Saira!" panggil seseorang.

Sudah ku tahu siapa yang memanggil aku itu.

"Kenapa Lyn?" soalku kepada Salina yang sedang menjengah di muka pintu

"jom lah siap untuk malam berinai,Kak Fida dengan Kak Myra sampai dah." kata Salina.

Kak Fida dan Kak Myra merupakan juru solek aku dan Salina untuk sepanjang majlis perkahwinan kami,dari malam berinai sampailah majlis resepsi.

Aku dan Salina mengenakan busana yang bertemakan indian style bagi majlis malam berinai kami.Tema-tema ini semuanya aku serahkan kepada mama dan Salina,dengan alasan sibuk dengan kes-kes anak guamku.

Majlis malam berinai ini diadakan di sebuah dewan yang disewa oleh mama dan papa.Dewan itu juga adalah tempat majlis resepsi aku akan

diadakan.

Sampai sahaja di hadapan pintu dewan,dapat aku lihat sudah ramai sanak saudara dan kenalan rapat yang hadir,

Kami diiringi oleh kanak-kanak yang memakai sari,sungguh comel!

Mata ku terpaku di hadapan pelamin yang dihiasi sungguh cantik,tiba-tiba Salina mencuitku.

"cantikkan pelamin ni,mama dengan mak mentua kau yang design" kata Salina.

"ummi pun design?"tanyaku.

"haah,sekarang ni mama ngan aunty Aisyah dah jadi bff uolss."kata Salina sambil belagak seperti acik-acik bawangs.

Perangai tak macam pengantin langsung,tapi itu memang sifat kami.tak reti malu,hehe

Baru sahaja aku dan Salina meletakkan punggung di atas kerusi pelamin,pengerusi majlis mengummumkan ketibaan bakal pengantin lelaki.

Bulat mata apabila melihat Zafrel dan Syarif memasuk dewan dengan memgena persalinan seperti hero tamil.

Zafrel mengambil tempat di sebelah ku,

"kau tak cakap pun pihak lelaki terlibat sama?" kataku sambil menyiku Salina.

"kau pernah nak dengar ke fasal persiapan majlis,asyik sibuk dengan anak guam je" perli Salina sambil mecebik bibir.

"hai celupar girl,fuh malam ni awak macam Aunty Citra bahagian management" kata Zafrel apabila pandangan kami bertembung

"Aunty Citra? Dia samakan aku dengan Aunty Citra yang dah five siries tu,nk kena betul pakcik ni,aku cepuk kang apa tak dapat" omelku di dalam hati.

" haa kutuk lah saya puas-puas hari ni,esok dah jadi suami tak boleh kutuk dah,pulun yee hari ni,esok kita buat pahala pula sama-sama" kata Zafrel sambil memandang jarinya yang sedang diinai.

"eyyy! Dia ni membela ke? Selalu sangat tahu apa yang aku rasa."rungut aku.

Usai berinai kami pun bergerak untuk bermain acara rebut kerusi,tiba-tiba seseorang menarikku,

"Dina,"..

Aku terpaku melihat dia dihadapanku,mataku mula berkaca dan hampir retak.

BERSAMBUNG....

P/s:haa spe plk watak baru ni? Knp saira nak nanges bile nampak dye? Jadi ke saira kwin? enjoy reading semua!!

Jangan lupa vote,comment and subscribe eyh..I mean share hehe

下一章